malam ni baru ada mood nak update entry baru. selepas sesi mengubahsuai blog ni, semangat makin berkobar-kobar supaya blog ni sentiasa di update seperti masa dulu...
.......................................
aku baru balik dari OBML ahad lalu. OBML tu singkatan untuk Outward Bound Malaysia Lumut. satu pengalaman yang sangat-sangatlah mengujakan diri sendiri. bila aku pergi sana, aku baru tahu tahap sebenar kemampuan aku. before pergi sana, aku ingat OB ni macam teambuilding yang biasa-biasa tu. kena kawad, kena tengking, kena denda. tapi sebenarnya lain dari yang lain. siapa yang pernah pergi sana, mesti korang tahu apa yang aku rasa sekarang.
sebelum ni, aku rasa tahap confident aku berada pada tahap yang ok. yang sebenarnya x patut dimalukan. tapi pada hakikatnya, tahap confident aku sangat lemah. aku boleh menagis masa buat water confident. bile instructor aku suruh kami semua terjun laut. aku sedar masa tu aku pakai life jacket, tapi bile aku berada dalam air, aku x percaya pada life jacket tu. aku rasa benda tu x berfungsi langsung. sampaikan masa tu instructor aku terbalikkan kayak aku, and aku boleh je terjun macam tu saja and akibatnya kepala aku terhantuk kat kayak tu. and sampai sekarang aku agak takut dengan air yang dalam tapi tak la setakut macam dulu..
kat OB pun aku diuji dengan perasaan takut aku. bila salah satu ekspidisi kami adalah Solo Camp. kami telah diberi camp site sorang satu. aku kena buat kemah sendiri, hidupkan api sendiri, masak sendiri and semua sendiri..bila malam, duduk dalam kemah sendiri. time tula baru kita akan teringat ALLAh, keluarga, and diri sendiri...muhasabah diri sendiri bertemankan suara unggas, burung hantu and rintik-rintik hujan.
...............................................
1st expedition..kayak keliling pangkor 16km++ menuju ke Pulau Segadeh..expedition 2 hari 1 malam..
view dari Teluk Rumbia..naik whaler dari OBML ke Teluk Rumbia...time ni, baru tahu apa itu mabuk laut and rasa macam nak pengsan aje..
Solo Camp...tempat aku berteduh dari hujan.."my house"
mengajar aku apa itu kesusahan..
red team..sebelum berkayak..masa ni muka putih lagi..
...............................................
pengalaman ini mengajar aku menjadi manusia yang lebih matang dan berfikiran positif. bila aku berada diluar comfort zone, aku sedar aku perlu buat sesuatu untuk memastikan aku selesa dengan zone baru and x semestinya apa yang aku buat, orang lain akan suka. dan dekat sini jugak, aku mengajar diri sendiri untuk mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain sebab orang lain x akan mencintai kita sepertimana kita cintakan diri kita..
No comments:
Post a Comment