Friday, August 3, 2012

Redhakah aku?

assalammualaiku..
alhamdulilah, baru je lepas berbuka and bersolat..sekarang tengah bersandar kekenyang. macam ular sawa je gamaknya..hihi..jap lagi ada next procedure pulak..iaitu MENGEMAS & MEMBASUH pinggan mangkuk and periuk semua. kan nak kahwin, mestilah kena belajar and practice skill yang hebat and mantap-mantap..tak gitu bakal-bakal isteri solehah??hihi..

anyway, tadi waktu driver balik dari kerja, dalam suasana hujan yang lebat diikuti jem yang teruk from Pasir Gudang to Skudai, tiba-tiba hati terusik sayu je. dalam hati ni macam x percaya next month aku akan kahwin. pas kahwin aku kena taat perintah suami. syurga isteri dibawah telapak kaki suami. tapi, dah bersediakah aku menghadapi semua ini? 26 tahun hidup sendiri, susah senang sendiri walaupun encik tunang sangat membantu. x kalut nak gaduh balik raya sebab sure akan balik rumah family. tapi after ni.."abg, raya ni balik rumah syg blh?"..suami jawab "balik rumah abg la.." so nak tak nak kena ikut walaupun dalam hati rasa macam "unfair!!!!" sebab tu masa kursus kahwin aritu ustaz cakap kat bakal-bakal isteri "sapa yang redha kalo setiap hari raya, mesti raya rumah suami?"..memang x da siapa yang angkat termasuk aku.

sedihnya, bila pikir, rutin yang selalu aku buat, tempat yang selalu aku tuju akan berubah dan akan dibahagi dengan dua. suami adalah keutamaan. lepas ni, x ada baju sedondon dengan mak, abah, akak, abang dihari raya. tahun ni tahun terakhir. Ya Allah, redhakanlah hati hambaMu ini..

insyallah, bakal suami saya nanti, sangat consider orangnya, kami dah berbincang..akan ada giliran nanti. tapi hati ni tetap sayu. aku duduk dalam rahim mak sampai 9 bulan, sakit perit dia tanggung untuk lahirkan aku, dia besarkan aku dengan tapak kaki aku masih dua jari dia sampailah sekarang. aku akan sentiasa sayang mak dan abah. walaupun suami yang utama, tapi mak and abah adalah segalanya. darah yang mengalir dalam tubuh aku adalah darah mereka juga..

*sayunya hati..*

4 comments:

anakpakshaikh said...

samalah... zura pun nilah raya terakhir sebagai bujang, lepas ni berdua.... dah pegang status isteri plak raya tahun depan.

Wanie Boahari said...

nnti dh jadi isteri..jadi yang solehah..and jgn lupa kat ibu bapa kita..dia yg besar kn kita..sbb kita ank perempuan..anak perempuan bila dh kawen suami yg tanggung dosa kita..tp dosa kita sblm kawen?mak abah kita yang tanggung kn?hihi

AkuBukanLelaki said...

aku belom puas hidup ngan mak ayah aku.......................



oke,kita sebaya dan aku belum menuju kearah hidup berdua.

Wanie Boahari said...

mentadak~haha..sbb aku dh smpy seru dulu kot...hihi

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016