Monday, October 29, 2012

Sesak & Kenduri

Assalammualaikum korang...

sedang berblogging dirumah sambil tunggu orang ASTRO siap pasang ASTRO kat rumah..berlari balik rumah..nasib rumah dekat ngn office. so boleh main lari-lari..

Macam biasalah, tajuk entry pasal semalam..semua orang cerita jalan jem la..sesak gila..and ingatkan aku akan terlepas dari kesesakkan jalan raya..rupa-rupanya..adooii..sama jugak. bertolak dari Sg. Buloh ke JB dalam pukul 3 petang macam tu.. pergi kenduri kahwin kawan universiti aku dulu then baru gerak balik...bila sampai dekat Nilai macam tu, cakap ngn suami "abang tengok sebelah..kesiannya.." kereta beratur panjang..rasa-rasanya sampaio Ayer keroh jugak lah..suami dah gelak mengejek..

tengok bertapa bahagianya kami..ni jalan yang kami lalui..memaang bahagia..

ni pulak jalan menghala ke KL..sangat kesian..sebaab tu suami gelakkan.. tapi sebenarnya, kami pun menghadapi nasib yang sama.."tulah abang, gelakkan lagi..tengok orang belah sana dah gelak kat kita.." suami dengan selamba balas.."ala..dorang xtahu kat seremban lagi jem teruk..gelakkan dorang jugak.." suami saya memang macam ni..dia nk hilangkan tension dengan buat benda gila-gila..

ohh..by the way...tahniah buat my friend Asma Niza Omar & Imran Romlan..cinta korang dari zaman universiti sampai sekarang kan? semoga dapat baby comel-comel..

No comments:

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016