Wednesday, November 21, 2012

Mesej Keamanan: Pray For Gaza

Assalammualaikum...

Sejak minggu lepas kita asyik dengar or tengok sendiri kat TV, radio ataupun surat khabar pasal isu Palestine ni kan. Israel buat serangan ke atas Gaza. Sangat sedih bila tengok rakyat Palestine dibunuh. x kiralah kanak-kanak, orang tua or wanita. Israel tanpa rasa belas ehsan main bunuh je. Kalau dorang rasa dorang nak bunuh, dorang bunuh..

Semalam, x sure TV mana tapi Astro Awani kot, buat dokumentari pasal isu ni. Aku tengok pun masa tu dah tengah-tengah. Sedih sangat bila tengok mayat kanak-kanak, rasa macam anak buah aku pulak. Rasa macam nak menitis air mata ni. Aku yang belum ada anak ni (hopefully one day) rasa macam kehilangan anak sendiri. Mak pulak bila tengok terus cakap "Ya Allah, cucu nenek".. Tengoklah kesan penderitaan rakyat Palestine boleh meresap kesanubari kita. Sebab, kita dan mereka sama..iaitu sama bernaung dibawah panji Allah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Macam mana kita nak membantu rakyat Palestine ni? mungkin kita x macam Cristiano Ronaldo yang boleh jual kasut emas dia untuk membantu rakyat Palestine (doakan hati dia terbuka untuk Islam). Tapi mungkin kita boleh memboikot product yang menyalurkan bantuan kepada Israel. Walaupun agak susah sebab kebanyakkan product Israel tu kita guna. Tapi kita boleh memboikot perlahan-lahan kan?

Cara aku. Aku ni suka makan MacD (dulu). Serius suka makan Ayam Goreng MacD. Tapi apa kena mengenakan. Ada... Sebab aku dah tahu MacD ni penyumbang kepada Israel. Aku tahan diri dan berazam untuk x kan makan MacD. Kalau Aku sorang yang buat macam tu, rasanya ada effect x pada MacD and Israel? Maybe adakan? Maybe 0.00001% je effect dia. Tapi kalau Suami aku pun x pergi MacD tu..maybe dah jadi 0.00002%.. Kalau satu keluarga aku x makan MacD tu maybe peratus akan bertambah... Kalau kawan-kawan aku pun buat benda yang sama, ia akan makin bertambah. Kalau kawan-kawan blog aku ni buat macam tu jugak mungkin makin bertambah, and bayangkan kalau seluruh rakyat Malaysia buat macam tu rasanya berapa peratus kerugiaan MacD?

Ye, memang tahu MacD tu sedap. Tapi ubah selera kita, beli Burger Ramli kat tepi jalan, kan dah boleh sokong bisnes rakyat Malaysia. Jimat pun jimatkan? Mungkin pendapat aku ni x masuk akal. mungkin ada pendapat yang lagi bagus. Tapi ini mungkin cara aku untuk tunjukkan sokongan aku kepada rakyat Palestine. Berubah demi kebaikkan..

 Product yang boleh kita boikot..


 Note: Jangan berhenti berdoa untuk GAZA..


No comments:

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016