cerita yang berlaku Jumaat yang lepas..
ini bukan cerita malam jumaat ye..
ini cerita pagi jumaat..
aku pun xtahu kenapa on that day aku macam rasa aku x reti nak membawak kereta. sedangkan kerja cilok mencilok aku dah arif sebab masa duduk KL dulu, berdepan dengan kesesakkan lalu lintas yang mengila. sebab tu pro. tapi Jumaat tu rasa lain macam sangat. macam fikiran melayang sedangkan x tahu fikir apa kan..
kejadiaan bermula lepas aku keluar simpang macam biasa. tetiba aku nampak ada labah-labah aku jadi x focus. selalu aku buat x tahu. selagi binatang itu bukan cicak. ni aku pergi amik..pastu terjatuh kat kaki..aku pergi la tengok kot-kot jatuh kat peha aku ke kan. masa tu dah x pandang depan.. bila aku pandang je kereta aku dah masuk line sebelah dan hampir melanggar van. van tu sempat langgar side mirror aku je. nasib x patah just termasuk kedalam macam tu. tapi aku punya shake sampai x boleh nak bawak kereta. dah pikir kalau ada lori kat belakang van macam mana? Nauzubilah...
Alhamdulilah x da apa-apa jadi. masa tu fikir suami and anak dalam perut je.. kalau something happen macam mana. anak aku macam mana.. tapi Allah masih sayang aku..tiap kali usai sembahyang aku selalu doa supaya Allah bagi keselamatan pada aku, suami dan keluarga. bila jadi macam ni, baru sedar yang Allah dengar segala doa-doa aku. Terima kasih Ya Allah...
gambar ini diambil waktu petang after rehat. sempat balik rumah sebab rehat lama kan hari jumaat..and cakap kat suami takut nak drive. so dia yang hantar aku pergi office and sempatlah amik gambar jalan yang selalu aku lalu. kalau aku sorang memang x dalah.. jalan ni banyak lori. lori kalau nak parking ke ape ke dia main sedap ikut hati je. dah lah jalan sempit..
semoga Allah sentiasa melindungi perjalanan kami suami isteri pergi dan balik kerja. Amin
1 comment:
kadang2 tulah bila balik keje, aku selalu je fikir mcm2, sambil memandu sebenarnya langsung xfikir, nasiblah highway so maybe kita jalan lurus je
bila nak masuk simpang baru aku tersedar yg aku dah mengelamun kat highway langsung tak fokus kat cara aku drive. menakutkan.
syukur ko selamat beb, syukur takde ape2. be careful after this ok
Post a Comment