Friday, June 28, 2013

34 Weeks.. Checkup + Preparation

Dah lama kot x update new entry kat sini..
last entry pun Khamis lepas.
sebabnya.. Malas nak update..
ehh..macam ada yang kesah je aku update ke x kan?

macam mana nak mula cerita ye. tetiba rasa macam x tahu nak cerita apa kan? sedangkan banyak je benda yang nak di story mory kan kat sini. 
:
:

ok, Rabu lepas macam biasa appointment dengan Klinik Kesihatan Pasir Gudang, checkup pregnancy. dah 34 weeks. Alhamdulilah.. sekarang checkup jadi sebulan 2 kali. so aku biasa buat appointment petang dalam pukul 3 sebab aku nak masuk opis dulu and orang x ramai. korang tahu jelah kan klinik kesihatan selalu ramai orang kan..
:
:

checkup macam biasa la. timbang berat (macam naik aje..) pastu beritahu nurse yang check aku tu, aku sakit dekat bahagian bawah. macam sengal and kena tekan je.. nurse suruh baring..dia tekan-tekan.. pastu dia cakap kepala baby aku dah engaged dah. maknanya dah masuk dalam saluran dia la.. patut sakit bila nak berjalan or nak bangun. dia cakap tah-tah 36 weeks dah besalin. ok yang tu aku takut. kalo 36 weeks maknanya lagi 2 minggu. and time tu aku nak balik Kedah sebab nak sambut Ramadhan kat sana. dah lah raya aku x balik sana. terus dia suruh refer doktor. so pergi jumpa doktor. doktor pun x tekan ape. sebab time tu dah lepas office hours. nak cepat balik la kot. aku pulak dah risau sangat time tu..
:
:

malam tu terus discuss ngan suami, suami pun pening kepala. nak balik Kedah ke tak. pastu teringat barang-barang baby macam pampers dia, breastpump and set besalin x beli lagi. terus pergi kedai barang baby and beli semua tu. settle semua dah..x payah pikir dah..
:

besoknya, semalamlah, aku dah rasa makin sakit. macam kena tekan. nak jalan pun sakit. nak solat pun sakit. telefon mak aku, mak tanya sakit perut x, rasa senggugut x.. aku cakap x pun. cuma sakit kat bawah je.. then mak dah bising suh g klinik. aku telefon suami suruh amik aku kat office. so kami pergi Hospital Penawar Pasir Gudang. jumpa pakar terus. minta doctor scan and check. dia tekan-tekan perut aku. dia kata memang baby dah engaged dah. tapi sikit je. dia kata, boleh lagi ni nak balik Kedah. tapi kena get ready apa yang patutlah kan. barang baby dah kena masuk dalam kereta semua. dia kata normal perempuan hamil anak pertama akan rasa sakit macam tu. so terus lega bila dia cakap macam tu...
:
:

masa scan, suami dah excited. terus tanya doctor baby boy ke girl. x sabar langsung.. and alhamdulilah baby sihat. dah makin berat dia dalam rahim ibu dia. and yang penting dah tahu gender baby. senyum lebar suami. pastu malam tadi makin aktif baby. sebab dia dah tahu abah and ibu dia tahu gender dia, tu dok tendang je. sampaikan suami letak pipi kat perut aku, terus dia tendang..hihi. comel je..
:
:

oh my baby..my son..jadi anak yang soleh ye..

2 comments:

.::WaNiE::. said...

huhu

walaupun sakit, tapi berbaloi kan?

m U c h ! k said...

Wahhh anak laki.. Tahniah korg

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016