Wednesday, June 12, 2013

50 Hari Lagi Kot

Hari ni, officemate baru balik dari umrah..
dia bawak banyak kurma, kismis and kacang..
sedap..sebab aku memang nanti-nantikan semua tu..
lagi-lagi dari Mekkah..
walaupun x berapa nak suka.
tapi aku makan untuk baby dalam perut..


Di hitung, di conggak,
lagi 2 minggu lebih aje nak abis bulan Jun.
then bulan Julai akan tiba.
masa tu dah nak Ramadhan kan?
and July is the last month before aku bersalin.
so banyak kerja aku kena siapkan.
banyak jugak kerja aku kena set reminder kat henpon supaya masa cuti nanti senang, aku x lupa then just inform to them suruh buat itu and ini. cuti-cuti jugak kan? kerja yang penting jangan lupa.


Di hitung, di conggak jugak,
lagi 50 hari je lagi sebelum bersalin.
nervous gile!
excited pun ada..
kejap je..pejam celik, pejam celik..
x sangka pun ada..
dalam masa 50 hari aku akan jadi Ibu..
dah ready ke belum ni?
dah ready kena berjaga malam ke? sebab aku ni kuaaaattt tido!
dah ready fizikal & mental ke berjauhan dengan suami dalam tempoh berpantang? sebab aku akan berpantang dekat rumah mak. lepas kahwin x pernah jauh ngan suami :(
dah ready ke dengar suara anak menagis? itu rasa ok kot sebab aku ada 9 orang anak buah yang memekak je memanjang kalau jumpa..
dah ready ke nak berebut tidur sebelah suami ngan anak? itu pun nak jadi isu kan?hihi :)
yang paling penting, dah ready ke aku nak jadi ibu yang Mithali yang boleh membentuk anak aku menjadi anak yang soleh/solehah? berat tanggungjawab tu...


x pelah, just buat yang terbaik, ikut flow yang ditetapkan.. semoga segalanya lancar :)

No comments:

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016