tetiba je nak tepek gambar muka kembang semangkuk ni kat sini...
:
:
tadi ada meeting kat luar. sekarang ni suami akan hantar and ambil aku balik kerja. tapi disebabkan aku ada meeting kat luar so hari ni drive sendiri. so bila drive sendiri, nak cari parking semua tu yang aku x suka. kalau boleh nak cari yang dekat. tapi yang dekat semua dah penuh terpaksa la mak buyong ni berjalan terkedek-kedek.. baru tahu penat..plus tahan sakit sama..ohh kena tabah sangat!
:
:
lepas tu, dalam pukul 11 lebih masuk balik office, pun sama, x ada parking yang dekat. terpaksa parking paling jauh nun dihujung sekali. jalan terkedek-kedek, sambil muka berkerut-kerut tahan sakit nak jalan. aiiissshhh..kenapalah dorang ni x sediakan 1 atau 2 parking untuk perempuan mengandung? bukan rugi pun. kesianlah kat kami ni ha..dah lah mengandung, lagi-lagi tengah sarat. parking pulak x ada..kena parking jauh..pastu kena jalan lagi.. tabah lagi :(
:
:
oh, tadi office-mate bagi ni kat aku. bukan bagi free. tapi kena bayar lah. sebotol RM60. tapi aku belum bayar lagi. baru beritahu suami suruh bayarkan. suami tanya kenapa mahal sangat. aku cakap nak buat macam mana, memang harga kat kotak macam tu. suami tanya kenapa nak makan madu ni...ohh dia x tahu kot khasiat madu untuk ibu hamil. sebenarnya, apa yang aku pernah baca, madu bagus untuk kurangkan kuning anak. kalau boleh makan time pregnant. ni dah 35 weeks baru terhegeh-hegeh nak makan. bukan makan satu botol terus. at least satu sudu sehari. sebab madu ni panas. macam susu kambing jugak..madu banyak khasiatnya..kalau nak tahu khasiat madu.. Mr. Google handsome banyak maklumat tu.
:
:
tapi bermadu sangat x berkhasiat!
No comments:
Post a Comment