Assalammualaikum...
ingatkan nak cerita weekend lepas. tapi aku x nak cerita time tu jugak sebabnya tengah panas kan? so tunggu sejuk dulu..
cerita sabtu lepas. pagi tu ada tournament boling untuk company. aku ni x pandai sangat main boling tapi saje mengedik nak masuk. main untuk suka-suka. abis tournament dalam pukul 1 petang, terus cabut balik nak amik Azhad.. lepas tu nak bawak dia keluar berjalan. nak dipendekkan cerita, petang tu kami pergi ke City Square. saje je nak abiskan masa. nak balik rumah awal lagi. so decide nak minum kopi dekat Coffee Bean kat situ. so macam selalu, suami akan jaga Azhad.. masa tu bawak stroller Azhad, aku pulak pergi order makanan. aku suruh suami cari tempat duduk. memandangkan tempat kat dalam dah penuh, terpaksa pergi dekat luar. suami tolak stroller Azhad, masa tengah tolak tu, ada kerusi menghalang laluan suami aku. sebelah kerusi tu ada seorang perempuan cina. bukan nak tolong tolakkan kerusi tu ke dalam ke ape ke.. x tengok je..suami aku yang alihkan kerusi tu. kalau masa tu aku yang tengah tolak stroller Azhad, memang aku tolak je kerusi tu pakai stroller tu..
ni entry bukan nak racist tau.. lepas tu suami aku kena tolak pintu sebab nak keluar, memang dekat sebelah pintu tu ada orang tengah duduk.. korang boleh bayangkan x macam mana nak handle stroller sambil buka pintu. x ada seorang pun yang tolong bukakan pintu untuk suami aku. dorang tengok sahaja. and dorang tu jugak adalah cina. aku pandang, x sempat nak rakam sebab henpon aku dekat suami masa tu.. memang panas hati..
tolonglah rakyat Malaysia, x kiralah kau bangsa apa, tapi please jangan racist sangat. x membazir pun duit kau kalau kau tolong orang. kononnya rakyat Malaysia ni terkenal dengan budi bahasa dan sopan santun yang tinggi. tapi sekarang aku tengok makin teruk. rasanya kalau aku pergi Europe dorang punya culture lagi hebat dari kita. dorang lagi polite dari kita. jangan buat malu dengan orang luar..
No comments:
Post a Comment