Thursday, November 18, 2010

Aku dah bertunang??

haluuuuu....
isshhh x sopan punya anak dara...
ok semula-semula..
.
.
.
ASSALAMMUALAIKUM...
sopan x???
sopan kan??
hehe..
.
.
.
anyway aku sebenarnya dalam mood bercuti raya, tapi disebabkan aku perlu berkorban so aku korbankan cuti aku demi kerjaya...haha...memang ayat x boleh nak bla..ayat nak sedapkan hati..syok je aku tengok family aku tido balik after sembayang subuh..tapi aku...kena bekerja...ohhh...x palah, itu amanah and tanggungjawab kan??
.
.
.
sebenarnya aku x mau story sal aku kena kerja. ada story yang lagi bes..korang nak tahu??? ala nak la..nak la..(sambil wat muka gedik-gedik manja..hehe)
.
.
.
sebenarnya, tanpa aku sedar..aku sudah menjadi tunangan orang..
.
.
.
WHAT???? TUNANG???
.
.
.
PERHATIAN!! aku belum dipinang orang lagi ok...i mean ada rombongan datang meminang aku..tapi tak langsung nya dah lah kot..bile aku baca artikel nie kat fb siang tadi..apa yang dia tulis?? haaa...sila lah baca..mybe kena kat korang jugakkan??
.
.
.

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

.

.

.

haaaa...cm ne???haha..x ku sangka aku sudah ada tunang...kikiki..

p/s:jgn lah korang percayan sangat..aku suka-suka aje...

3 comments:

AkuBukanLelaki said...

ahhahaha
xcited aku okehh
maknanya aku pun....erkk putus sudaaa..

ok,pasni nak bertunang ngan org lain plak laa camni..jimat sket xpyh nak hantaran2 bagai...

Blogger said...

kan senang ikut syarak. jimat.

Wanie Boahari said...

mentadak~haha..cari cepat..nnti kalo die ckp nk kawin kira dh tunang...pastu leh pksa die kawin cpt..haha

ben~tu la..senang sgt kn?

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016