Showing posts with label sajer suka-suka. Show all posts
Showing posts with label sajer suka-suka. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

Suami Isteri satu Company

Hi korang..


siapa dekat sini yang husband or wife satu office???


saya! saya!


memang suami aku satu office dengan aku. opss! silap satu company tapi department lain-lain and lain-lain bangunan. aku dekat main building dia dekat building lain. walaupun sama company tapi kami pergi kerja asing-asing. motipnya? sebab nanti sampai checkpoint dia akan ke kiri, aku akan ke kanan. so kami main bye bye kat situ. so suami akan naik motor aku akan naik kereta. 


dulu masa x ada budak kecik Azhad tu, rajin jugak ajak suami lunch sekali. tapi jarang nak dapat sebabnya nanti dia ada kerja luar lah.. dia dekat atas kapal lah, so bini dia makanlah sorang diri or dengan officemate lain. tapi selalu makan sendiri sebab dalam office aku majoriti lelaki and aku sorang perempua. macam mana kerja semua lelaki? aku x ada masalah..bahkan aku selesa sebab dorang ni pun dah pangkat abang and pakcik dengan aku. so no hal lah.. selagi pandai jaga diri sudah.. sekarang dah ada anak, time rehat selalunya aku akan pergi rumah pengasuh jumpa dia, susukan dia, main dengan dia, gomol gomol dia.. so balik office baru makan..makan laju-laju.. so sekarang lagi susah nak lunch date dengan suami.. ada jugak tapi jarang-jarang berlaku.


ada officemate aku ni, bila dia kerja shift pagi (aku office hour), mesti and wajib makan dengan isterinya. memang kira kena makan sekali. kalau dia tanya aku "wani x makan dengan suami?" aku jawab "saya x kesah..sebab dah biasa x lunch sekali dengan dia". bagi aku senang je, kalau ada masa kami lunch sekali, kami akan lunch sekali..kalau dia sibuk, aku lunch sendiri, pandai bawak diri. kalau dia beritahu aku "sayang, abang makan dengan kawan office, dorang nak belanja" aku akan ok je. aku x dalah sampai nak ikat kaki suami aku.. nak kata x boleh kan..tapi kawan aku ni, kalau kami makan ramai-ramai dengan officemate kami, mesti dia bawak bini dia. mesti angkut sekali. x boleh nak tinggal. kadang-kadang rasa pelik pulak. bini dia ni x bagi suami  dia makan sendiri ke? tapi nak kata apa, lain orang lain caranya kan?


baru nak masuk 2 tahun kahwin dah nak bagi tips. bukan nak bagi tips, tapi bagi aku senang je, jangan buat suami rimas, jangan sekat pegerakkan dia dah ok. tapi suami aku Alhamdulilah bukan jenis keluar malam, bukan jenis lepak kat mamak dengan kawan-kawan. dia cakap zaman tu dah berlalu, sekarang kualiti masa adalah bersama isteri dan anak-anak. yelah, ko dah kerja 8 jam dekat office, balik kerja nak keluar balik jumpa kawan-kawan, bila masa ko dengan anak-anak and isteri? x kan time tidur je kan?? so renung-renungkan dan selamat beramal..


lagi 8 hari nak balik kampung !!!!!

Tuesday, July 30, 2013

Dah kenapa?

Gila Bosan!!!
:
:

bos x da..
dia wassup aku tadi cakap hantar anak dia pergi klinik..
ok tanggungjawab sebagai ayah and suami kena laksanakan kan??
:
:

sekarang dok termenung je..
pastu siapkan kerja sikit-sikit..
sebab kerja aku, banyak dah bagi kat orang..
pastu orang pun x nak bagi aku kerja..
sebab aku dah start cuti khamis ni..
sok last day..
makanya.. aku bosan..
mati kutu...
aiiisssshhhhh!!!
:
:

sebab kan bosan tahap gaban..
aku terbeli dress raya..
janji lepas dah bersalin nak beli..
tapi tangan gatal nak beli jugak..
xpe, at least ada satu baju raya aku leh pakai kan..
sian aku x da baju raya..
:(

Thursday, May 2, 2013

Yeah! Balik Kampung!!!

dah Kamis..
petang ni after kerja nak pecut perlahan-lahan balik kampung!!
yeaaahh i balik Sg. Buloh uols..
suka sangat..
rindu dekat mak, abah..
rindu dekat Sg. Buloh..
rindu dekat Selangor..
i kan anak jati Selangor walaupun merantau worrior jauh..
Selangor tetap dihati..
hahahha..


tapi sedih pulak..
sebab besok pagi suami tercinta balik Kedah..
lepas hantar aku, dia naik bus pulak dari Hentian Duta ke Kedah..
ala..sedih.. sob sob sob..
tapi x pelah, demi tanggungjawab sebagai Rakyat Malaysia..
i sangup lepaskan u..
nanti isnin kita jumpa ye..
hahah..gedik seh!


banyak benda dah dirancang..
Jumaat pagi kena hantar suami naik bus kat Duta,
pastu balik rumah and tunggu akak pickup aku nak pergi PWTC ada pesta buku..
aku x pernah x pergi pesta buku..
hari sabtu nak pergi teman akak aku beli barang kawin pulak..
tahun lepas dia teman aku..
tahun ni aku teman dia pulak..
balas budi..
hihi..
ahad nk pergi mengundi..
waahhh 1st time mengundi ni..
jangan buat undi rosak sudah lah...


macam x sabar nak tunggu petang...
cepatlah petang...
baby nak jumpa atuk ngn nenek ni..


Friday, April 5, 2013

Cerita Hari Jumaat

Hari ni aku berjubah uols..
nampak baik and solehah je (amin..) haha..
sebabnya bila aku tengok deretan baju yang tergantung..
aku mesti x tahu nak pakai baju ape..
baju kurung?
alahai dah x muat.
kalau blh pakai pun, baju je yang boleh, kain x boleh..tersangkut..
abis semua baju kurung pahang, kurung moden and segala mak nenek jenis baju kurung x boleh nak pakai..
kan semakin hari pembesaran aku makin hebat..
2, 3 helai je yang still muat..
and x da hati nak buat baju lagi..
tunggu bersalin ye..
selagi boleh bertahan, pakai jela baju yang  boleh ulang-ulang..


semalam ke, semalam lagi satu..
tengok cerita Romantika Shuib Sepah ngan Sarah..
cakap ngn suami..
"abang bila nak honeymoon macam ni"
oooo ayat gile gedikss!!
suami wat x tahu je..
"terpengaruh la tu.."


ok sepanjang tempoh perkahwinan kami,
belum ada istilah honeymoon..
konon ari tu plan cantik punya nak g Sabah..
honeymoon kat sana..
tapi disebabkan kita hanya merancang Allah yang menentukan..
kena cancel honeymoon..
sebab dah mengandung..
suami x bagi aku naik flight sebab SIL aku pernah gugur masa dia 3 bulan..
sebab dia naik flight pergi Sabah..
kira suami aku fobia la bile dengar cerita akak dia tu..
sebenarnya boleh je..
tp takut rahim x kuat..


ermmm...
x pelah.. berangan la dulu..
yang penting next year suami cakap nak g Sabah..
bawak baby sama..
lagi syok!!

Thursday, April 4, 2013

Mood Hilang Kawalan

hari ni macam x da mood..
tak tahu pasai pa..
merajuk ngn suami..
mana main majuk-majuk..
gedik je lebih..
haha..


tapi serius weii..
kenapa tah..
nak cakap pun rasa macam ada emas..
suami mesej pun balas pendek..
try cari punca..
tapi hilang punca..


cepatlah mood kembali..
x nak la nanti dah balik rumah..
muka sememeh menghadap suami..



hoiii la mood..
berdampinglah engkau wahai si mood..

Monday, March 11, 2013

Cuti ~ OZ The Great & Powerful.

cerita hari jumaat lepas.. cerita dah basi baru nak tulis kat sini..

aku mintak cuti Jumaat tu, sebab aku nak relax kat rumah. disebabkan tuntutan kerja yang melambak and keadaan fizikal aku yang makin lama makin menurun. aku apply cuti hari khamis. so cuti tu jadi EL la. aku x kesah yang penting aku nak cuti. sedangkan dekat rumah x da buat apa pun. kalau time kerja, lepas subuh aku mesti akan tidur balik. kena tidur. kalau x pening la, ape la..selalu suami aku je yang x tidur balik. dia tengok TV la, online la.. nanti pukul 7.50am baru bangun. biasalah office dengan rumah 10 minit. tu yang boleh tidur lama sikit.. haha..

tapi bila aku cuti, bukan nak tidur balik..segar bugar.. suami aku pun pelik.. so Jumaat lepas jadi suri rumah. pukul 11 dah masak-masak.. sebab aku dah suruh suami lunch kat rumah. so sementara duduk sorang. memang best sangat. tengok tv, online, tidur..tapi kalau hari-hari macam ni, bosan jugak. sebab dah biasa kerja kan..

memang suka hati kan duduk rumah.. atas riba laptop..depan mata TV..hihi..

so malam tu pulak ajak suami tengok wayang. dah besoknya cuti kan. kami tengok cerita OZ The Great & Powerful. mula-mula tengok cerita tu macam x da mood..sebab masa tu perut x berapa nak ok. baby dok tendang. pastu lama-lama best pulak. cerita dia kelakar. syok layan bersama anak-anak. dalam kereta pun dok cerita paal cerita tu..so aku bagi markah 4/5 la tu cerita tu. 

suami cakap, baik tengok cerita ni dari cerita hantu. sejak aku mengandung ni, dia x bagi aku tengok cerita bukan-bukan. kalau kat TV keluar iklan cerita hantu mesti dia akan tukar, atau dia tutup mata aku jangan tengok. maybe sebab aku ni x berapa nak kuat semangat kot. then selalu aku akan terbawak sampai ke tidur. so dia akan pantau semua tu..

semalam suami dah tanya weekend ni nak buat apa. alahai suami, isnin baru tiba, dah tanya weekend nak buat apa? x kan nak tengok movie lagi.. bankrup la kita. kita survey barang baby ye..hihi

Friday, March 8, 2013

Selamat Hari Wanita

Selamat Hari Wanita to all Wanita kat luar sana..

x tahu pulak hari ni hari wanita...
dah terambil cuti pulak hari ni..
pastu tahu pagi tadi masa dengar Hot Fm..
kira bagus jugak aku cuti..
menyambut hari Wanita bersendirian dirumah..
suami x na cuti...
dia kata banyak meeting..banyak kerja..
hemmmm...


aku memang saja nak amik cuti..
saja nak relax kat rumah..
ingat nak bangun lewat hari ni..
tapi pelik pulak..
mata x ngantuk langsung...
selalu pas subuh aku akan tido balik..
tapi hari ni x pulak..
kan bagus kalau hari-hari bekerja mata baik macam ni..


so bersempena jadi suri rumahtangga sehari..
decide nak masak lunch..
nanti tengahari suami balik nak makan..
nak masak ape tah...
asam pedas sotong la..
sebab sotong je ada..
kalau nak masak lain kena pergi kedai..
malas nak keluar langsung..


mintak mintak la balik lunch nanti suami bawak balik tembikai..
sedapnya dapat tembikai...

Wednesday, March 6, 2013

Wednesday~no idea

harini adalah hari relax buat aku..
pasai pa??
sebab harini my bos x da..
tiba-tiba dapat call suruh dia g KL..
jadinya berlagu riang lah aku..

tapi paling aku x suka bila, dia suruh aku booking flight and driver tuk pickup dia..
tiba boleh pulak x jadi..
tapi bila x jadi x inform aku.
akhirnya manager aku beritahu aku sendiri..
then manager aku pulak kena jadi driver ke KL..
nasib aku perempuan..
kalau x..mesti dia suruh aku jadi driver..
huh!

hati dah sejuk..
tidur pun dah (masuk surau awal harini..sebab ngantuk tahap x leh buka mata)
makan pun dah..
solat je belum sebab masa nak solat tadi ramai pulak yang tengah solat.
tu yang naik atas, makan dulu..
ni baru nak turun solat..


oh lagi satu, dah nak masuk 5 bulan ni memang kaki selalu sakit ke?

Friday, March 1, 2013

Terlanggar

Telah berlaku sesuatu yabg x dijangka tadi..masih seram sejuk lagi ni..
Tadi nak ke offic..mcm biasa..nk masuk ke office aku kena la lalu check point..ada polis port kat situ..tah macam mana..palang check point tu blh jth balik masa ak nak lalu..mengigil sekejap..nasib cermin kereta x pecah..cuma calar kat cermin je..aku ni ha yang terlebih seram sejuk..
Fobia pulak nak lalu kat situ haih..tapi x lalu kat situ nak lalu mana lagi..

Monday, January 28, 2013

Update balik

Assalammualaikum..
hai uolszz..lama gila x update blog. serius bukan aku busy sangat. tapi aku rasa macam dah x reti nak tulis balik.
actually banyak benda nk cerita. bannnnyyyaaaaakkkk sangat. tapi nak start macam mana pun aku x tahu. ada class macam mana nak start tulis mukadimah kat blog x? haha serius macam annoying gila kan aku ni..
sekarang life aku is better than yang dulu. mabuk bawak baby dah kurang (alhamdulilah) dah x muntah-muntah macam dulu walaupun ada jugak kadang-kadang tapi x teruk macam dulu. sekarang pun dah boleh main masak-masak macam dulu. boleh masak tuk suami. and kadang-kadang suami masak untuk aku. ayam masak merah dia memang terbaik.. sebab tu i love u so much!
now baby dalam perut dah 3 months..lagi 6 bulan..semoga Allah melindungi dia. and rasa macam kejap je dah 4 bulan lebih perkahwinan kami. bila orang cakap dah kahwin ni baru kita nampak true colour pasangan kita walaupun dah kawan lama. tapi Alhamdulilah true colour dari suami sangat-sangat aku suka..
then nak cerita apa lagi? ohh this week balik sg buloh kejap sebab akak aku tunang..and next week balik kedah and sg buloh pulak. long vacation..insyaa Allah aku akan update.maybe cerita yang lagi syok..
note: family makin bertambah..my big bro br dpt 1st baby..bln 6 dpt abg ipar baru..bln 8 insyaa Allah dapat baby baru lagi..doakan yang terbaik buat kami sekeluarga ye..

Saturday, January 5, 2013

Lelaki susah bergambar

Assalammualaikum..
kenapa ye lelaki ni..bila kita yang perempuan comel ni nak snap snap gambar..buat muka.. dorang akan cakap "isshh..orang luar tengok tu..tu ada yang tengok tu.." ada je yang dirungutkan..pas tu nanti buat muka kena paksa..
ye ye..x semua lelaki yang macam tu..alahai suamiku..bila diajak bergambar bukan main susah..suh senyum keras je rasa senyuman dia..
teringat waktu kawen dulu..cameraman suh senyum sampaikan cameraman yg gelak sebab tengok suami aku buat senyuman kaku..dah dia memang macam ni..dari mula kenal..konon jiwa rock..mat rock x senyum..konon lah kan..
note: itu yg membuatkan dia comel sebenarnya..hihi

Wednesday, December 26, 2012

Wednesday

Morning Wednesday!
x sabar nk tunggu jumaat ni..nk balik Sg. Buloh...

Monday, December 24, 2012

Try Test

tengah godek-godek benda baru ni sambil nak tunggu pukul 6. harini kerja lemau sebab ramai cuti ni..sok kan dah start cuti krismas..tu yang x thu nak wat ape..kerja semua siap..godek-godek ajelah kerjanya...

Thursday, December 13, 2012

Entry Malas

uittt uitt..

opssss...

Assalammualaikum...


lama sangat x update blog ni. serius malas. hari-hari buka blog..tengok-tengok..round-round.. intai-intai blog orang lain, tapi blog sendiri terbiar. pasai pa tah malas semacam je.. sebab pembawakkan ke? oh please don't blame the baby ok. dia x bersalah. sila salahkan diri sendiri yang memang sedia tahu pemalas. haha.. maybe salah satu sebab rasa malas tu sebab morning sickness yang agak teruk sikit. sekarang dia datang waktu pagi. bangun tido pening..then nanti masuk office mulalah wek sana wek sini. sampai sekarang ni, kat rumah dah x masak. dah x ada segman masak memasak bersama achik wanie dah. sebab dah tak boleh nak bau benda yang tumis-tumis ni.. tunggu ok balik, nanti akan ke udara segman itu ye...

next week ada dinner. dengar cerita hampir 10 tahun x pernah ada dinner kat company aku tu. serius sadis gile. tapi ok lah kan bila dia buat balik. sebab tukar management lain. so staff pun macam happy. tapi paling x sabar nak tunggu gaji. nak tengok berapa bulan bonus dapat. gila mata duitan..hahhaha.. so tema dinner Retro. suami dah warning siap-siap tak ada baju baru. pakai je apa ada.. aku pun cam ala..nanti ada best dress bagai.. mestilah nak.. perintah suami harus taat ye.. ok make over baju yang ada..kalau ada rezeki best dress tu, mesti dapat punya.. kalau bergaya bagai nak rak tapi x da rezeki memang x dapat lah kan..tapi yang penting hadiah lucky draw best and Amy Search ada..hihi..


ok nanti update lain sal dinner tu ye..tengah pening kepala tapi malas nak layan.

note: MC lagi..bulan ni asyik MC je..maaf ye bos..

Wednesday, December 5, 2012

Hadiah

Tadi suami balik rumah..melawat isteri yang x berapa nak sihat ni.. then tadi lepas dia makan semua..borak-borak pasal hadiah akhir tahun... ceeehhh ada hadiah akhir tahun pulakss dah..

well, end of this year banyak company yang konon-konon akan bagi bonus dekat staff lah kan. berapa bulan x tahu. kalau aku sebulan pun ok je. Alhamdulilah. leh simpan buat sambut baby ibu ni. tapi kalau x dapat pun x pe..bukan rezeki baby ibu lah kan (sedangkan lama lagi kot nak deliver) :)

saja mengatal. dia cakap suh aku tuka HP baru. kesian kot tengok aku yang casing belakang dia macam nak tertanggal. then selalu sangat dengan sendirinya sim card jadi rejected. then boleh termati sendiri. dia suh aku pakai Tab sebab dia tahu aku tulis blog. so konon leh update blog and FB anywhere and anytime. kononnya.. tapi dia boleh cakap "macam mana sayang nak angkat call, tab kan besar". ok macam dia nak tarik balik je apa dia bagi.. aku ni kan cepat sikit berfikir. terus je cakap "nak Samsung Galaxy Note SII". tersenyap sekejap sang suami "mahal sayang.." haha.. ok x nak demand.. nak pakai touch skrin tapi bukan Samsung Galaxy Note SII pn x pe. yang penting leh berinternet.

ok. done untuk hadiah aku. dia tanya pulak dia dapat apa. ok, faham..dia pun nak jugak. dia nak camera Nikon. kalau boleh DSLR. tapi aku cakap x payah DSLR sangat la. dulu ye aku suka DSLR tapi bila fikir balik, baik beli camera yang mcm DSLR tapi yang kecil and comel. boleh masuk dalam handbeg. tapi apa yang best? any recommendation? bajet RM2K kebawah.. yang mutu dia ok..

Sunday, December 2, 2012

Malam Isnin

Assalammualaikum..

selamat malam isnin.. jangan lupa and pura-pura lupa. besok kerja. jangan mengada nak MC, kalau sakit teruk baru MC ye.. tingkatkan prestasi and kurangkan MC. End this year pun dah nak dekat. lagi berapa hari je..kalau banyak sangat MC takut bonus x dapat je nanti kan.. so silalah rajin walaupun rasa nak heret kaki pergi kerja tu macam ada batu besar kena ikat kat kaki..

x da apa sangat nak update. cuma saja je nak update sebab takut blog ni bersarang labah-labah pulak. ok lah, selamat malam and selamat bekerja korang..


note: tengah tengok suami iron baju.. bukan senang nak dapat cam ni.. :)

Saturday, March 24, 2012

Cuci-Cuci

assalammualaikum..

baru selesai mencuci blog ni. banyak blog yang terpaksa di remove.. sedih..dulu happening je tapi sekarang kawan-kawan blog tegar dah x da. mybe sebab dulu FB x sebest blog kot. sekarang orang ad FB, semua lari kat FB..blh update status using fon, blog leceh..kena wat entry panjang lebar siap ngn gambar..tp perbezaan blog and FB ketara kot. status FB blh taip sikit. kalo kat blog sebanyak mane pn blh..

dh seminggu lebih aku off FB..mula-mula macam susah..sebab bile pegang fon je rs nak update status..tapi x pe demi kebaikan aku ikut kan aje...arrrgggghhh!! tahan nafsu!!!

Friday, March 16, 2012

Nasib oh nasib

sudahku bilang tadi..rupa-rupanya blog ini sudah diblokin sama abg and akak IT..wadduuh kok bisa buat aku begitu..blog ini bukan blog parti politik or apa-apa..blog suka-suka mahu mengilakan jiwa ini..kan jadinya susah mahu memblogkan diri..

aku ni dah lah bukan manusia rajin, balik je kerja sudah memalaskan diri ditilam..x pun di depan tv..pas 2 dengan kain baju satu bakul yng perlu disental. nasib baik sental pakai mesin basuh, kalo dibuatnya sental pakai tangan ditepi sungai..memang aku anta dobi tiap-tiap minggu then duit abis terbang melayang-layang macam kena puting beliung...adduuiii...bila aku kat opis je nafsu nak update blog ni jadi hebat..aduuii lagi...

lantak la..nk blok ke ape...nk letak batu-bata pun x pe..asal kan prestasi aku gemilang...mengantuk seh...nasib besok cuti..boleh bermalas-malasan...bujanglah katakan...hihi

Curi-curi..

dah lama x mengonlinekan diri..berfacebook and berbelog segala bagai. sebab sedang aktif bekerja and diri kadang kala tidak sihat. and lagi satu, di office no blog or whatever. sedang berbelog secara curi-curi and bile akak and abang IT dapat tahu, abis la..

dear en. IT, saya berbelog sekadar suka-suka. please don't sekat blog saya..hihi

Tuesday, March 13, 2012

Selalu aje lupa

sibuk pikir macam-macam..pikir pasal majlis yang insyallah akan berlangsung end of this year..nak wat checklist tapi berterabur..x tersusun..sepatutnya yang penting dulu. tapi yang x berapa penting didahulukan..nasib teringat nak renew lesen..kalo x memang wat x tahu je and drive dengan lesen yang dah mati...adduii pening dengan segala hal. nasib ada pembantu-pembantu disana yang tolong survey ape yang perlu. kalo x memang patah kaki la ni...


*kenapergikursuskawenbarubolehkawen ACIK WANIE!!!*
Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016