Assalammualaikum...
Merujuk gambar diatas.. Sila lihat di belakang aku tu...yeaahhh rumah aku telah diserang oleh mereka yang aku sayang. dah lah rumah kecil je, sekali Mak, Abah, Akak-akak, Abang ipar, Anak buah total semuanya termasuk kami suami isteri adalah 15 orang. Makanya tido pun bergelimpangan di ruang tamu sampai ke bilik. nak jalan pun rasa x da space. x pelah, sekali sekala kan...
yang paling kelakar, pagi tu nak buat breakfast untuk dorang, tengok pinggan kami ada 2 je. kami mana pernah mendapat kunjungan seramai itu, makanya pagi-pagi dalam pukul 6.45 pagi, dengan muka x mandi ajak suami cari kedai runcit beli barang-barang nak masak. dan jugak beli pinggan polistrin. sampai mak cakap "kesiannya korang". lepas ni kena beli pinggan la, takut kena serbu lagi macam hari tu...
aku bersama anak buah yang sulung. dah besar budak ni...kejap je besar. budak paling dimanjakan oleh kami sebab anak buah sulung kan..and aku pakai dress dari thepoplook..
dan ini adalah mereka yang saya sayang. sebahagian sahaja..yang sebahagian lagi malu nak bergambar..hihi..rindu dah dekat mereka...
note: 2, 3 hari ni rasa x sihat. pagi td bangun kepala pusing...

2 comments:
ada 2 je pinggan?takkan la takde yg bagi adiah kawin pinggan..kekekeke
ad..yg bg 1 set je..lain semua bg cawan, gelas, microwave smpy 2, rice cooker smpy 3, iron baju, periuk mcm2..pinggan je dorg x bg...lesung batu apa lg..haha
Post a Comment