Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, November 22, 2016

My Family : Perihal Anak-Anak

Assalammualaikum..

lama gila x menulis. sedangkan setiap hari masuk sini usha-usha mana patut. Entahlah dah rasa macam malas nak berblogging tapi pada masa yang sama sangat sayang blog ni.. biasalah, lumrah manusia, ada pasang surutnya...

aku start blogging masa umur aku 20 lebih. baca balik entry lepas kelakar gila terbahak-bahak.. sekarang aku dah 30 tahun. gila dah kertu.. dah 30 ni, alhamdulilah kehidupan makin stabil.. ada rumah sendiri walaupun rumah kecik.. punya suami, alhamdulilah memahami... punya anak-anak yg sihat walaupun lasak dan selalu bikin ibu dia mcm nak jadi raksasa.. and coming soon, next year akan lahir seorang lagi... syukur Alhamdulilah.. Allah tunjuk jalan.. semoga jalan yang diberi sentiasa lurus dan smooth...

buat masa ni aku sorang je girl.. yg lain semua boys. tapi aku x kisah coming soon baby boy or girl.. yang penting, sihat, sempurna..

Azhad Syafi @ Abang Had
umur dah 3 tahun 3 bulan. dah daftar sekolah next year. aku hantar dia dekat PASTI dekat-dekat dengan rumah babysitter dia. senang kami laki bini nak amik dia dari sekolah. sebab rumah babysitter dekat dengan office kitaorang..kalau aku busy, suami take turn amik dia macam tu sebaliknya...

kami masuk kan dia sekolah awal pun bukan nak suh dia belajar sangat.. sebenarnya nak suruh dia explore new thing. kami perasan dia agak boring dekat rumah babysitter dia sebab dalam ramai-ramai (4 orang termasuk azhad) dia paling tua sekali. sebab tu dia asyik tengok tv and sangat addicted dengan ultraman. semua benda nak ultraman. 


 yang paling sulung.. yang kadang-kadang buat ibu jadi raksasa.. tapi dia penyejuk hati.. ada satu kejadian ni.. dalam kereta, before amik dia kat rumah babysitter ibu delete semua game dia. sebab dia kalau main game boleh fokus lebih satu jam.. memang dia akan jadi behave tapi x sesuai untuk dia yg masih kecik untuk terdedah dengan gadjet. bila dia buka hp ibu, dia tanya game mana,, ibu buang? time tu aku dah pandang suami.. terus aku cakap hp ibu rosak.. semua game dah xda.. terus dia cakap "takpelah.." dan dia sangat suka sebut "takpelah.." kalau dia x dapat sesuatu...

Faiq Nuruddin @ Faiq Tutin (azhad pronounce) @ adik Faiq
yang ni anak terpaling manja buat masa ni. mungkin dia tahu dia akan jadi abang nanti.. so ibu pun layan je dia punya manja. ibu harap dia boleh jaga adik dia nanti macam tu jugak untuk Azhad.. umur sekarang 1 tahun 4 bulan.. dia ni x tahu lah nak cakap habit ke ape.. kalau nak tidur, ibu kena peluk dia.. dia akan paut kat leher kita, muka kita ngn muka dia akan bercantum pastu kena cakap "syg anak ibu.." usap-usap belakang dia.. bila kita x peluk dia.. dia akan nagis sambil hentak kaki.. bila peluk balik.. dia akan senyap. tadi pagi, dia punya menagis sebab ibu bangun nak mandi and x peluk dia.. bila abah datang peluk dia x nk.. dia nak ibu.. tapi ibu ni sebab nak pergi kerja, memang malas nk layan sangat. nanti semua kerja x jalan...

kalau kita cakap "azhad sini.. ibu nak sayang" nanti dia marah.. dia suruh kita peluk dia.. sayang dia.. 

sekarang pun dia dah lasak.. dia belajar dari abang dia.. kalau time maghrib, ibu abah solat jemaah.. dorang buat kerja berdua.. nanti ada yang main lari-lari.. kadang-kadang abang dia panggil adik dia "adik, ludah-ludah" kita yang tengah solat ni rasa mcm x fokus. dia main ludah-ludah atas sofa.. lepas solat memang dua-dua kena ngan ibu..bila kita marah dia, nanti terkebil-kebil pandang kita.. pastu mintak ehsan dari ibu atau abah..

budak suka makan jugak. Alhamdulilah sangat senang makan, sayur pun makan and sangat suka makan buah.. lain pulak azhad.. Azhad sangat memilih makan.

semoga Allah sentiasa memelihara keluarga kami.

Tuesday, September 2, 2014

Holiday: Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalammualaikum... Selamat Bekerja kembali...

Cuti merdeka yang lepas.. Sabtu, Ahad, Isnin.. lama beno cutinya.. nak balik Sg Buloh atau Kedah kena lagi lama.. so kami plan nak bercuti-cuti..habiskan masa bersama terutama dengan anak..and dengan suami juga.. 


kami plan nak cuti dekat Melaka.. dekat je dari JB.. dalam 2 jam macam tu, tapi sebab cuti sekolah sama jadinya macam JB-Sg Buloh je lamanya.. pasrahlah menghadap jam yang macam apa tah..


Dalam 2 minggu sebelum 30/8 dah booking hotel. mula-mula x tahu nak stay kat mana. tapi ada kawan office cakap D'Village Resort dekat Ayer Keroh not bad. so kami pun booking bilik tu. bagi aku..personal view.. Resort tu macam x berapa nak syok. mula-mula dorang bagi bilik katil single 2 biji. aku pergi balik kaunter aku mintak tukar sebab Azhad tidur tengah-tengah.. masuk bilik kedua, tengok bilik ok sikit tapi pintu bilik air rosak.. bau bilik macam bau lama.. tapi aku cakap dengan suami jangan nak cakap bukan-bukan sebab kita x tahu kita masuk bilik siapakan.. masuk bilik bagi salam. waktu maghrib suami azan dalam bilik. sebab bau bilik tu menunjukkan bilik tu dah lama x berpenghuni. Alhamdulilah malam tu kami tidur dengan lena, x da dengar bunyi orang tumbuk sambal belacan ke ape ke..Azhad pun tidur lena je sampai ke pagi..suami cakap dia x nak stay kat situ lagi..


habis cerita pasal bilik...


sampai-sampai hotel, kemas-kemas barang semua, tukar baju..kami pergi ke Wonderland. sebab nak bawak Azhad mandi kolam. kalau untuk budak-budak syoklah jugak..tapi bagi aku syok lagi StarHill Country Resort tu.. sebab air dia pun biru.. ni kat Wonderland air macam dah berkeladak..siap pakej ada sampah.. tapi sebab bayar dah mahal so layankan aje.. tiket masuk lupa berapa RM..rasa dalam RM30+ kot.. budak umur setahun x kena bayaran..dalam pukul 6 balik bilik.. sebab dah nak mahgrib.. Azhad pun dah ngantuk sangat. tidurkan dia..dalam pukul 8 lebih, dia bangun tidur sambil tersenyum simpul.. perut pun dah lapar..round melaka cari kedai makan tapi x tahu nak makan ape. nak pergi Umbai suami cakap macam jauh sangat. so terjumpa kedai Dapur Maju ke Restaurant Maju lupa nama.. makan malam kat situ.. tempat tu cantik.. tapi bagi aku makanan dia x sedap sangat tapi mahal.. aku makan pun x habis sebab azhad dah merengek nak lepas.. dia tu kalau pergi makan suka menjerit..risau kalau ganggu pelanggan lain..x pasal-pasal kami kena halau nanti..


bosan tunggu makanan lambat sangat sampai Azhad pun ikut bosan jugak..


Ahad pulak bawak Azhad pergi Zoo Melaka & Night Safari.. Syok dia dapat tengok binatang.. nak dia tengok live semua binatang tu.. biar sel-sel otak dia berhubung.. kami pergi awal-awal pagi.. pukul 9 pagi.. masa ni x ada orang sangat.. x beratur panjang..so selesa sangat berjalan-jalan time tu.. keluar dari zoo dalam pukul 11.00 pagi..tengok orang dah sesak dekat kaunter tiket.. nasib baik pergi awal...



keluar dari Zoo balik bilik hotel.. tidurkan Azhad kejap..kemas-kemas barang semua..sempat mandi segarkan badan sebab berjalan dalam Zoo tu sama macam exercise..pecah lemak semua.. check-out pukul 12 lebih..lepas tu cari makanan lunch.. kami lunch dekat Restaurant Selera Kampung dekat dengan Mahkota Prade. makan Asam Pedas Tetel, Udang Sambal, Siput sedut masak lemak, sayur sikit..azhad makan ayam gorang dengan nasi je..tu pun dia x nak makan sangat sebab dia nak main.. nak lepas tapi kami buat x tahu je..pasang video animals senyap dia..Ibu Abah makan dengan penuh selera.. lapar punya pasal.. bagi aku, restaurant tu not bad.. sedap..kenyang..untuk 4 lauk, 2 pinggan nasi, air limau ais 2, total RM44.. ok lah...


lepas makan semua, tak tahu nak pergi mana, kami pergi Masjid Selat sebab nak sembahyang jamak Zuhur Asar.. sampai dekat masjid tu.. view dia cantik sangat.. Azhad bukan main lagi suka..berjalan and berlari sakan dia.. x nak dipegang langsung.. so sembahyang gilir-gilir dengan suami..stay dekat masjid tu lama jugak sebab Azhad x puas berjalan...


nak suruh bergambar pun dia x nak..nak lepas je kerjanya..


Weekend yang sangat bermakna buat kami.. spend quality time with husband and son.. suami cakap next trip akhir tahun ni nak pergi Cameron Highland pulak.. doakan kami sentiasa dimurahkan rezeki.. aku pun doa semoga korang pun dimurahkan rezeki supaya kita dapat buat benda bermakna bersama keluarga tercinta...
  


Wednesday, August 27, 2014

Future Planning: Nak Tambah anak?

Assalammualaikum...


sebenarnya ramai dah cakap dengan aku suruh tambah anak selagi muda.. ye aku memang masih muda.. umur baru 18+10 tahun. Muda kan? dorang cakap lagi, nanti umur 30 dan ke atas boleh rehat and fokus pada pembesaran anak-anak..

ye memang x dinafikan.. idea tu sangat bijak. and planning kami suami isteri memang nak tambah anak and kami x merancang pun. kalau ada rezeki sekarang kami terima. tengok azhad pun kesian je.. dia main sorang-sorang kat rumah. nasib abah dia rajin layan. aku pun layan jugak tapi biasalah orang perempuan, kerja banyak..so abah dia memang selalu main dengan dia. nanti di akan ikut kita mana saja kita pergi. kalau kita masuk bilik, dia ikut..lepas tu kita bye bye dia..baru dia keluar...

tapi suami cakap kalau boleh biar bersalin after raya tahun depan. sebab dia x nak jadi macam azhad dulu. bersalin time raya.. dia nk balik kampung dia pun susah...kesian dia..haha..

sebenarnya bagi aku, perancangan keluarga tu bagus. lagi-lagi untuk ibu muda or 1st time nak dapat anak. kadang-kadang dorang rasa dorang dah sedia nak anak. tapi dorang perlu tahu and prepare fizikal and mental untuk besarkan anak. serius masa azhad baru ada..aku ok lagi..tapi lepas 3 bulan, dia mula nagis malam, tidur kami pun dah x betul..sebab asyik berjaga malam je.. memang masa tu stress.. tapi bila fikir balik, ujian tu semua dari Allah..anak pun pemberian Allah.. masa tu mental memang terus jadi kuat. 

lain anak, lain caranya.. and aku memang x pernah ada rasa fobia nak beranak. betullah cakap orang, sakit time bersalin je..bila nampak anak depan mata, sakit tu pun dah lupa.. and sangat rindu nak mengandung balik...

Monday, August 18, 2014

Weekend: Aktiviti Family Kami

Assalammualaikum... happy working day!!

Cuti sabtu and ahad lepas. Alhamdulilah sangat bermanfaat sebabnya dapat spend time dengan suami and anak. Waktu cuti nak habiskan masa untuk family. Bagi aku, cuti adalah cuti. Jangan gatal nak bawak balik kerja. Sebab 5 hari hantar anak dekat rumah pengasuh. Balik rumah dah petang. Nanti sampai rumah main kejap je.. Kalau dia merengek nak tidur, kena tidurkan dia.. kalau dia dapat bertahan sampai pukul 10 malam tanpa tidur kejap waktu maghrib tu bolehlah lama sikit main dengan dia. Tapi ibu pun balik kerja kena uruskan hal rumah. So anak dengan Abah jelah. Sebab tu bila ibu cakap "sayang abah tu.." sambil cium-cium pipi abah..nanti dia tepis tepis muka kita x bagi cium. Ibu cemburu tau..


Dari last week lagi dah plan dengan suami nak bawak Azhad berjalan. Biar ada aktiviti dia nak buatkan? so Sabtu pagi-pagi lepas dia bangun dalam pukul 8 pagi macam tu, terus bawak dia pergi Taman Layang-Layang dekat Pasir Gudang ni. Dari rumah ke taman tu x sampai 20 minit. Dekat aje. Dia dapat bebas dekat padang.. bukan main lagi dia suka. Kami biarkan je dia jalan, tapi pada masa yang sama pantau jugak. Kalau dah jauh sangat dia berjalan.. Abah dia tukang kejar.. dia siap bye bye kita lagi...



tengok.. seronoknya dia.. budak baru dapat kaki.. memang macam ni.. gambar ni Abah dia yang edit.. Abah dia memang suka edit gambar..

Petang tu pulak ingat nak bawak azhad mandi kolam. Pergi dekat Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang ingat dia open untuk public. Tak kesah pun kalau kena bayar sebenarnya. Tapi dia cakap x boleh.. kalau nak mandi kena buat member card setahun. untuk family RM1000, untuk individu RM800. Kesian pulak dekat Azhad, dengan baju swimming dia..dengan pelampung dia.. aku cakap dekat budak jaga kaunter tu.."mintak setengah jam je..kesian kat anak akak" tapi dia x bagi jugak. So kami pun balik dengan hampa. Dalam kereta kami decide nak pergi Kompleks Mutiara dekat Bandar Dato' Onn jauh tu.. dari Pasir Gudang ke sana dalam 40 minit jugak..x apa demi anak.. kat situ ada kolam public..free je masuk. tapi sampai-sampai kolam tutup sebab pump dia rosak.. bertambah-tambah kesian kat Azhad. so bagi dia main bola dekat padang dekat situ..


tengok muka Azhad sedih.. (sebenarnya dia bukan sedihpun. Dia mana tahu apa-apa..haha)


x dapat mandi kolam, kita mandi air paip dekat sebelah kolam ye..

lepas tu semalam..Ahad la kan.. kami bawak dia mandi kolam pulak. Dekat Starhill Country & Club JB. Lupa ticket masuk berapa ringgit. Tapi Azhad free je. Aku x mandi sebab malas. So Abah dia yang melayan dia mandi. Abah dia cerita mula-mula tu dia takut.. tapi lama-lama bukan main happy dia.. lepas mandi semua, masuk kereta dia senyap je..kereta jalan..bagi susu terus lena.. penat sangat dia..







Nanti Insyaallah Ibu Abah bawak Azhad mandi mandi lagi ye.. tunggu 30hb ni.. kita pergi jalan-jalan tempat lain pulak ye..

weekend yang sangat bermakna.. so jom kita manfaatkan weekend kita dengan anak-anak. Happykan mereka, so secara x langsung kita pun happy walaupun kita penat sikit...

Monday, May 12, 2014

Baby Room & Jalan-Jalan

Assalammualaikum & Good morning korang...

semalam Mother's Day.. tapi x menyambut pun. Walaupun first time in my life menyambutnya. kenapa x sambut? tah malas nak sambut bagai. kenapa kena letak sehari je sebagai Mother's Day? kenapa x hari-hari? 365 hari setahun, sehari je sambut Mother's Day..hari-hari melawan kat mak abah. So baik x payah sambutkan? So kita buat hari-hari is Mother's Day..hari-hari kita hargai mak abah kita kan? dapat pahala..

Ni kisah hari minggu kami anak beranak. Sabtu pergi kenduri kahwin kawan office, lepas pergi kenduri kahwin pergi Jusco beli barang dapur bagai. Dengan kebaya aku pergi Jusco. Rimas aiihh berkebaya bagai, so pergi Jusco kejap je pastu balik rumah.. so sambung jalan ari Ahad. Keluar rumah 11.30 pagi, gantung kuali and periuk. makan kat luar, just bawak makanan budak tecik tu je la.. masuk kereta, lepas tu ada bunyi pelik dalam kereta, pandang seat belakang nak tengok ada binatang ke masuk. mana tahu ada harimau ke ular ke kan.. nampak sangat nipu.. hahahha..

tah macam mana suami aku perasan "cermin kereta pecah!" secara automatiknya pusing belakang. tapi bila tahu cermin kereta pecah x marah pun. walaupun masa tu ada orang tengah mesin rumput. terus pergi cari kedai repair cermin kereta. kau rasa kedai ada ke buka ari Ahad walaupun Johor ni cuti Jumaat Sabtu tapi ada ada yang masih follow Sabtu Ahad sebagai cuti. macam company aku. so merata kami cari and akhirnya ada kedai dekat Seri Alam yang buka. so melayang rm300. xpela Allah nak duga kita ni dengan macam-macam cara. salah satunya macam ni lah..

lepas repair cermin kereta kami pegi Jusco Tebrau City. nampak x, kami ni suka pergi Jusco? nampak x?? sebab senang..ada Baby Room nanti bila Azhad nak menyusu tapi yang x syoknya Baby Room tu dekat tingkat atas. kalau aku ada kat tingkat bawah, azhad meraung nak susu ko rasa macam mana aku nak berlari ke atas? so bila ada dekat tingkat atas, aku masuk dalam Baby Room tu nyusukan azhad puas-puas.. kalau dia x nak then aku dah jalan merata, dia pulak nak nyusu aku masuk surau kat tingkat dua. so aku nyusukan dia dalam surau. aku jarang susukan dia dekat public. kecuali terpaksa and kena cari tempat tersorok sikit. macam tu lah payahnya sebab kebanyakkan shopping complex kat Malaysia ni belum friendly Breastfeeding lagi.

lepas berjalan, cari seluar jeans abahnya, haruslah balik rumah. malas nak balik sampai lewat malam. ohh aku memang belum melatih Azhad berjalan malam. sebabnya masa tu dia baby lagi, macam x elok nak bawak baby jalan malam. sekarang dah 9 bulan..rasa dah boleh jalan malam tapi ibu abah dia malas.. tapi malam ni plan nak ke Bandar Baru Uda sedangkan besok cuti kan? sebabnya excited melampau nak beli baju dekat ZAWARA.. sebabnya abahnya dah dapat jeans..ibunya pun x nak kalah..hahahhaha                          

Tuesday, June 4, 2013

Family Saya

Hari ni baru masuk kerja selepas 5 hari bercuti. start hari khamis hari tu sampailah semalam. balik kampung, and Alhamdulilah majlis perkahwinan kakak aku berjalan lancar walaupun penat macam apa.. tapi x pelah, sebab dapat kumpul adik beradik. tidur bersepah..rumah pun bersepah dengan manusia sampai ke dapur, dalam bilik mak and semua tempat. kalau ngantuk ke, penat ke, tidur la mana-mana. ada tidur depan pelamin la..nak cari tempat yang kena ekon je. x da ekon x mau. sebab panas. macam-macam perangai. yelah, adik beradik ada 6 orang. 3 lelaki 3 perempuan, ipar duai ada 5 orang, anak buah ada 9 orang nak masuk 10 orang.. lagi sorang dalam perut aku..pastu campur nenek 2 orang, mak abah lagi..semua sekali 24 orang. rumah pulak kecik. rumah teres biasa je. bayangkan betapa padatnya rumah...


tapi bila sorang dah balik, makin kurang orang. semalam aku and suami orang pertama yang beransur balik. pastu abang aku yang kat Seremban, pagi ni akak aku pulak.. makin sunyilah rumah tu. kalau riuh, riuh sgt..kalau sunyi, sunyi sangat.. mak abah mana x suka kalau anak-anak dia balik tengok dorangkan?


dah start rindu nak manja-manja ngan mak and abah.. :(


selamat pengantin baru buat kakak aku and abang ipar baruku..selamat datang ke dalam family baru ini yang kecoh, suka gelak x cover, bising-bising.. jangan malu-malu sangat. buat je macam biasa..



pengantin yang malu-malu..

ni pun nak jadi pengantin jugak.. x sedar dah memboyot..pastu pasai pa tah suami aku buat muka cam tu..

with my sister in law..dia sambut anniversary perkahwinan yang ke-11 jugak masa tu..  

gambar family x da. sebab x sempat nk snap guna henpon. tunggu gambar dari OP akak aku..

Monday, May 27, 2013

Penat


it's not me ok..
tapi macam nak jadi macam ni. serius ngantok gila ni. sebab sampai dari Sungai Buloh to Pasir Gudang around 12:00 am. mula-mula masuk highway from Sg. Buloh dekat Jejantas tu dah jem dah. aku suruh suami aku cilok mencilok.. masuk dekat R&R Jejantas Sungai Buloh. kalau x, memang kena tunggu lama. lagi lambat sampai Pasir Gudang.. so bila lepas, nk susur ke Nilai pulak Jem. nasib jem berjalan tapi x leh speed laju-laju. bahaya. tapi disebabkan bukan aku yang drive, so aku relax je. cuma x boleh tido la..kesian kat suami aku. tu pun pukul 10 lebih dia dah cakap dia dah ngantuk. aku yang dok sebelah ni pun terpaksa tahan mata. apa yang aku buat tau.. nampak flat kereta orang, aku buat ayat. contoh JNB aku jadikan Jenab, JNY jadi Jenny.. sampai suami aku cakap "nak tido..tido ajelah.." dia dah tension..malas nak layan aku.. hahaha.


khamis ni kena balik Sungai Buloh lagi. tapi dah pesan kat mak aku, aku x nak wat kerja sangat. ari tu aku buat kerja, mengemas rumah, suami aku and abg aku pulak mengecat rumah. sebab nak terima menantu baru kan. tapi kira kemas untuk hari raya sama. sebab aku cakap time raya aku dah x larat kan..dah bersalin kot time tu..dah x larat...suami pulak dah membebel sebab aku angkat benda berat-berat. pastu pinggang sakit..baby pulak, sejak balik kampung ni, dah pandai tendang-tendang kuat-kuat. dia pun penat jugak kot sebab ibu dia pulun buat kerja..sian baby ibu..


jap lagi nak buat check-up lagi. yang keberapa kali pun dah x tahu. yang penting setiap bulan. tapi rasa macam nak tido mengatasi segalanya..syoknya kalau hari ni hari Ahad.. and aku boleh cuti seminggu terus..ahh!!! minggu yang penat!!!

Tuesday, May 21, 2013

DIY: Props Photobooth

Nasib hari ni free..
x da buat apa sangat..
so menyambil buat sesuatu..
untuk my sister wedding..
gila rajin kan?
sebabnya..bila buat semua ni bagai, boleh mengimbau kenangan masa nak buat preparation wedding sendiri dulu..
masa wedding sendiri x pikir nak buat ni semua..
bila dah lepas and teringat baru nyesal..
so kira bayar balik la kat wedding akak sendiri..
nanti mak buyong ni jugak yang over amik gambar..
yeke?
hahaha..



ni la benda aku buat.. 
props untuk photobooth...
ad lagi..
tapi malas nak show off kat sini..
segan la..
x lawa mana pun..


dah wassup akak aku..
suh dia print and beli kertas keras and lidi satay..
nanti balik sana buat sama-sama..
nanti aku tunjuk hasilnya ye..

Erti Kekeluargaan


This weekend and next week akan menempuh perjalanan yang panjang..
from JB to Sg Buloh with Love..


ada majlis di Sg Buloh next week...
balik banyak kali sebab nak tolong mak apa yang patut..
kesian mak x da orang nak membantu..
xpelah, kami yang jauh ni bertolak ansur..
bak kata mak..
"semoga dimurahkan rezeki."


x kesahlah samada keluarga mertua ke, keluarga sendiri ke..
kalau dah kahwin, dah masuk dalam keluarga tu,
ia akan jadi macam keluarga kita jugak..
x ada istilah, itu keluarga awak..bukan keluarga saya..
bila kita berkahwin, kita pun dah berkahwin dengan keluarga dia jugak..
so janganlah nak berat sebelah..


doakan perjalanan kami nanti selamat..
dan aku diberi kekuatan untuk menempuh perjalanan yang panjang..
dah la tengah 3rd trimester ni..
kalau dok lama dalam kereta rasa macam pinggang sakit gila..

Monday, March 18, 2013

D'Village Resort

hari ni.. dari pagi sampai petang dok cari resort or chalet kat Melaka. sebab weekend ni nak piknik ngn family. bukan x buat kerja. tapi sambil menyelam haruslah pandai minum air sama kalau tekak keringkan.. walaupun aku x reti menyelam...

semua resort and chalet penuh. hanya dapat D'village Resort kat Ayer Keroh.. x da pun pantai or laut. yang ada hanya swimming pool je.. boleh la.. budak-budak kan suka air.. aku main basah kaki aje lah kot...

view kat internet tengok ok.. so mintak 2 buah chalet. al-maklumlah family ramai.. anak buah je 8 orang. tu yang saiz besar-besar.. adik beradik 6 orang.. campur ipar duai lagi.. plus mak abah lagi.. nak sewa 1 buah chalet rasa macam tin sardin pulak  kan.. 1 chalet RM292.. free breakfast tuk 4 orang...

rasa macam x sabar nak tunggu weekend ni.. nanti kalau ok, aku review sikit pasal resort tu ye.. mana la tahu ada yang nak pergi cuti ngan keluarga kan..






Wednesday, February 6, 2013

New Chapter

Few days ago my sister engagement. and finally she meet someone yang boleh jaga dia. tu lah, aturan Allah sangat sempurna. cepat or lambat and bila kita bersabar, tawakal, sentiasa berdoa insyaa Allah kita dapat bahagian yang telah Allah janjikan untuk kita dari dalam perut lagi.

aku totally happy..lagi 1 step je my akak tu akan jadi macam aku and akak aku. (aku ada 2 orang akak). bak kata suami aku..lepas ni tanggungjawab mak and abah akan terlepaslah sebab semua anak perempuan dia dah berkahwin. so tanggungjawab tu akan digalas oleh suami pulaklah.. sebab tu after kahwin syurga dibawah telapak kaki suami. 1st priority is suami.

semoga apa yang Allah kirimkan dekat dia akan menjaga dia sebaik yang mungkin. menjadi suami yang terbaik untuk dia. amin..

dihari bersejarah buat my sister.. as usually kami x da pelamin. dulu akak aku yg 1st tunang x da pelamin, aku tunang x da pelamin, akak aku yang ni tunang pun x da pelamin. pembaziran! duit nak guna buat kahwin sebab masing-masing tunang x lama. x sampai setahun. aku lupa akak aku yang 1st tunang tu bape bulan. aku tunang just 4 bulan. akak aku ni tunang pun ikutkan 4 bulan jugak. kan Islam suruh kita jangan bertunang lama-lama. paling lama 6 bulan..so kalau boleh tunang ni buat sesimple yang boleh.

ehh menyelit pulak gambar ni..baby pun nak masuk dalam blog ibu jugak..hihi.. tadi scan tuk 3 bulan. selalu checkup kat kerajaan je. tapi kerajaan suruh scan this friday. and aku rasa x boleh nak pergi sebab banyak kerja nak buat and that day aku nak travel jauh. so buat kat swasta je. boleh borak lebih lebih ngn doktor. aku ngn doktor tu dah macam kawan baik. hahahha

Wednesday, January 30, 2013

Budak Tecik

Comel kan kaki budak tecik ni..
rasa x sabar nak tunggu anak sendiri plak..
alahai..acik wanie geram..
nak jumpa Aufa..
tunggu acik wanie balik ye..

Monday, January 28, 2013

Update balik

Assalammualaikum..
hai uolszz..lama gila x update blog. serius bukan aku busy sangat. tapi aku rasa macam dah x reti nak tulis balik.
actually banyak benda nk cerita. bannnnyyyaaaaakkkk sangat. tapi nak start macam mana pun aku x tahu. ada class macam mana nak start tulis mukadimah kat blog x? haha serius macam annoying gila kan aku ni..
sekarang life aku is better than yang dulu. mabuk bawak baby dah kurang (alhamdulilah) dah x muntah-muntah macam dulu walaupun ada jugak kadang-kadang tapi x teruk macam dulu. sekarang pun dah boleh main masak-masak macam dulu. boleh masak tuk suami. and kadang-kadang suami masak untuk aku. ayam masak merah dia memang terbaik.. sebab tu i love u so much!
now baby dalam perut dah 3 months..lagi 6 bulan..semoga Allah melindungi dia. and rasa macam kejap je dah 4 bulan lebih perkahwinan kami. bila orang cakap dah kahwin ni baru kita nampak true colour pasangan kita walaupun dah kawan lama. tapi Alhamdulilah true colour dari suami sangat-sangat aku suka..
then nak cerita apa lagi? ohh this week balik sg buloh kejap sebab akak aku tunang..and next week balik kedah and sg buloh pulak. long vacation..insyaa Allah aku akan update.maybe cerita yang lagi syok..
note: family makin bertambah..my big bro br dpt 1st baby..bln 6 dpt abg ipar baru..bln 8 insyaa Allah dapat baby baru lagi..doakan yang terbaik buat kami sekeluarga ye..

Monday, December 24, 2012

Legoland

semalam aku, suami and family akak aku pergi Legoland. sebenarnya, tu percutian yg x dijangka bg aku and suami and yg dijangka bg family akak aku. tahu-tahu je tiket kami dah di beli..so nk buat mcm mana kn? suami pun ckp ok la, pergi ajelah kan... orang luar JB dah lama sampai kami yg dok JB ni x pergi-pergi lagi..
kami tolak dari rumah dalam pukul 10 lebih..awal tu..sebab Legoland buka pukul 10..ingat kami paling awal tapi rupanya..adoi..dah ramai datang. yg beratur panjang nak beli tiket pun ada..nasib dah beli awal. tips pertama untuk korang yg nak pegi,silalah beli tiket dekat travel agency sebab harga lagi murah. tiket aku RM110 sorang. kalo beli walk in RM140..
masuk-masuk aje x thu nak pergi mana..so decide nk naik keretapi.. ni lagi satu azab.. nk kena beratur lagi. so conclusionnya memang nk masuk Legoland memang kena beratur. tips kedua untuk korang, kesabaran perlu dikumpul dari rumah ye..kalau x sabar memang korang akan bertambah panas plus cuaca yang panas dekat situ..dengan berkat kesabaran, akhirnya dalam 12.20 kami dapat naik keretapi..12.30 dah sampai stesen..x sampai 10 minit pun..
lepas habis smua tu, kami haus sangat..pergi kedai..beli air..harga air kat situ adalah RM6. sedangkan kalau beli kat luar adalah RM2.20. dia ikut rate singapore ke ape tah...gila mahal..tips ketiga untuk korang adalah, bawak air banyak dari rumah ye...and bawak makanan siap-siap dari rumah..situ semua mahal..
sebenarnya banyak permainan x sempat nak main sebab tgk barisan yg panjang..jadi kami decide jalan-jalan nk cuba permainan yang kami sempat main aje..yg paling best adalah 4D movie dekat bahagian imagination..macam real..walaupun beratur panjang, tapi bebaloi..nak masuk lost advanture x sempat pulak dah..kejar sembahyang asar masa tu..so bila lepas sembahyang, nk menapak balik pergi sana memang x lah..kaki rasa dah lenguh, dalam pukul 6.30 kami balik..untuk hari sabtu and ahad dia tutup pukul 8.30 malam..tapi kami ni dah lost energy..so decide balik la..kaki pun rasa macam x rasa ni..
cakap ngan suami nak pergi lagi..suami cakap lepas harga tiket jadi RM30. nak tunggu berapa lama tah..
ok ad sikit gambar untuk tatapan korang :)

Sunday, November 25, 2012

Diserbu oleh Mereka

Assalammualaikum...

Merujuk gambar diatas.. Sila lihat di belakang aku tu...yeaahhh rumah aku telah diserang oleh mereka yang aku sayang. dah lah rumah kecil je, sekali Mak, Abah, Akak-akak, Abang ipar, Anak buah total semuanya termasuk kami suami isteri adalah 15 orang. Makanya tido pun bergelimpangan di ruang tamu sampai ke bilik. nak jalan pun rasa x da space. x pelah, sekali sekala kan...

yang paling kelakar, pagi tu nak buat breakfast untuk dorang, tengok pinggan kami ada 2 je. kami mana pernah mendapat kunjungan seramai itu, makanya pagi-pagi dalam pukul 6.45 pagi, dengan muka x mandi ajak suami cari kedai runcit beli barang-barang nak masak. dan jugak beli pinggan polistrin. sampai mak cakap "kesiannya korang". lepas ni kena beli pinggan la, takut kena serbu lagi macam hari tu...

aku bersama anak buah yang sulung. dah besar budak ni...kejap je besar. budak paling dimanjakan oleh kami sebab anak buah sulung kan..and aku pakai dress dari thepoplook..


dan ini adalah mereka yang saya sayang. sebahagian sahaja..yang sebahagian lagi malu nak bergambar..hihi..rindu dah dekat mereka...


note: 2, 3 hari ni rasa x sihat. pagi td bangun kepala pusing...

Thursday, June 17, 2010

~nama saya....Call me...~


gambar ni memang ada kena mengena dengan n3 yang aku nk tulis nie..
.
.
.
n3 yang sangat comey mcm penulis nye...
ehhh silap!
bukan2...
comey mcm makcik budak nie..
tu baru bes..
haha...
.
.
.
nama saya AMEERA SAFIYAH..
abah, umi and akak saya panggil saya OYAI..
adik lelaki saya x leh bercakap lagi..
tapi haruslah panggil saya AKAK OYAI..
sebab saya akak dia...
nenek, atuk dan makcik-makcik saya pun panggil saya OYAI..
so memang nama fames saya OYAI...
mane datang name tu sila tanya abah saya ya..
.
.
.
saya nie suka bercakap..
bila saya cakap..
mesti kena paksa ulang banyak kali..
sampai saya tak larat nak mengulang...
sebab apa ye makcik-makcik, pakcik-pakcik, atuk-atuk, and nenek-nenek..
.
.
.
sebabnya..
.
.
.
saya pelat...
tapi itu bukan penghalang untuk saya bercakap dan bercerita...
.
.
.
saya: acik nak g ne?
cik wanie: acik nk g je..
saya: nape acik nk g je?
cik wanie: acik nk cari wit.
saya: nape acik nk cari wit?
cik wanie: sebab nak hidup...
saya: nape acik nak dup?
cik wanie: sebab acik nak makan..
saya: nape acik nak akan?
cik wanie: sengeh..

.
.
.
memang budak kecik nie byk cakap...
nasib baik cara dia cakap sungguh comey..
die nie pun suka nyanyi..
nyayi lagu air pasang malam versi OYAI!

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016