Tuesday, March 26, 2013

Kenangan Berblog

Tiba-tiba aje nak menyingkap memori dekat blog ni.. sebab kadang-kadang aku suka baca balik apa yang pernah aku tulis dekat sini. Kira blog ni macam tempat aku nak merepek benda yang x berfaedah, atau bila aku rasa nak meluahkan sesuatu, atau ape aku rasa and macam-macam.. kadang-kadang bila baca balik, terpikir betul ke aku yang tulis.. gila lawak.. haha..

Aku mula karang mengarang blog masa aku kat universiti lagi. Masa tu muda remaja. Perangai macam budak-budak. Cerita pasal love love la.. kekasih gelap la.. apa-apa la.. lawak sungguh..

Dulu aku aktif berblogging.. benda yang rasa x payah nak cerita pun aku cerita. Dah namanya budak pra-matang kan? Memang macam ni lah..

Kadang-kadang bila baca balik kat ruang komen. Ada je akak or abang yang dok mengomen. Suka masa tu. Tapi silap sebab after habis belajar aku dah kurang berblog ni. Sebab kononnya aku sibuk. Life berubah 360 darjah. Kena kerja, cari duit, cari cinta, jumpa cinta..haha.. masa tu banyak dugaan sebab baru kenal erti hidup yang sebenarnya. Blog pun terabai sampai traffic kat blog turun or dalam erti kata lain x ada siapa nak masuk blog aku.. sedih.. sob sob sob..

Pernah jugak rasa nak tutup je blog aku ni. Pernah tutup tapi buka balik. Sebab rasa macam dah sebahagian dari hidup aku.. tapi kali ni aku x kisah pun kalau ada orang masuk blog aku atau tak. Orang x kenal pun x pe. Sebab ape aku tulis lebih kepada aku and life aku. Nanti aku dh tua, aku buka balik entry lama.. aku akan teringat balik dulu aku macam mana..

Blog ni sebenarnya dairi.. kita tulis, kita simpan and satu masa nanti kita akan baca balik apa pernah kita buat..

2 comments:

.::WaNiE::. said...

betullah, ada satu masa wani pun abaikan je blog

tp nak delete terus, sayang. dah ramai jumpa and kenal kawan jgk melalui blog.

last2 start balik. tapi archive yg dari tahun 2007 tu dah di draftkan.. sbb skrg kene jaga air muka bakal family :) sbb dulu2 citer pasal ex-husband. Tutup cerita lama, bukak cerita baru.


Wanie Boahari said...

2 la kan..benda yg lepas diambik sebagai ikhtibar utk masa hadapan.. good luck for new life!!!

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016