" nanti besar nak jadi polis"
Thursday, September 4, 2014
Cita-Cita
Wednesday, August 27, 2014
Future Planning: Nak Tambah anak?
Friday, April 5, 2013
Hutang. Ini Nasihat
Tiba-tiba je rasa Jumaat yang penuh barakah ini melahirkan banyak idea nak up entry..
Kebanyakkan entry aku berlaku pada hidup aku sendiri or orang sekeliling aku..
Bolehlah kot buat cerita aku ni sebagai muhasabah diri sendiri terutamanya atau buat jelingan mata-mata manja..
Dulu..rasanya 2 tahun yang lepas kot.
Aku kerja dekat KL.. masa tu rasa seksa nak dapat duit. Kerja pagi, malam baru balik. Sedih.. semata-mata nak cari kepingan-kepingan kertas yang berharga. Sampaikan life sendiri pun dah terabai. Sebab tu masa tu aku x rajin tulis blog..
Time kerja kat situ aku masyuk. Mana x masyuk. Kerja masuk pukul 8 pagi. Pukul 10 malam baru balik. Dah x kenal matahari. Kalau dapat balik awal, rasa macam nak berjemur dibawah sinaran matahari petang. Siap rasa silau je. Sebab keluar rumah matahari baru nak naik. Balik rumah matahari dah turun. Sedih..
Disebabkan kemasyukkan aku tu lah aku hilang pedoman sikit. Bila bank A offer kad kredit. Masa tu rasa macam waaahhh!!! Nak nak.. jiwa muda. Mana tahan godaan. Masa tu suami aku yang belum jadi suami lagi la time tu, dah nasihat. X payah.. nanti hutang keliling.. aku degil. Nak jugak. Cakap ngan dia, aku pakai sebab nak isi minyak je. X wat shopping. Tapi kalau bukan nama wanita, mana boleh tahan nafsu menyopping. Betul x? Akhirnya swap sana.. swap sini.. cukup bulan bil datang. Garu kepala nak bayar. Mula-mula boleh bayar. Tapi lama-lama ada je tunggakkan. Makin lama makin banyak..
Masa tu baru ada kesedaran diri. Takut kena istihar muflis aje.. time tu mula teringat nasihat suami (belum lagi masa tu). Menyesal. Aku simpan kad kredit kat bahagian paling tersorok dalam purse. Memang x guna. Setiap kali bil datang, aku jadi resah. Makin lama makin banyak..
Nasib baik suami cakap nak tolong cover tapi dengan syarat aku kena matikan kad kredit tu. Ok and Alhamdulilahlah..awal bulan 1 aritu semua selesai. Dah x ada kad kredit. Dah x da hutang..jiwa dah tenang. Nak belanja pun ikut bajet. Sebab suami aku jenis jimat. Fikir dulu benda tu penting or x..kalau x penting dia suruh tunggu dulu. Dia kawal perbelanjaan aku. Tapi dah nama wanita..shopping online senyap-senyap. Nanti bila dia nampak bungkusan pos laju ke ape ke..dia akan cakap "apa ni?"..aku senyum sambil buat muka gedik..haha
Oh...ini cerita benar... bukan rekaan ye..
Hidup bebas tanpa hutang..yeaaahhh!!
Tuesday, March 26, 2013
Kenangan Berblog
Tiba-tiba aje nak menyingkap memori dekat blog ni.. sebab kadang-kadang aku suka baca balik apa yang pernah aku tulis dekat sini. Kira blog ni macam tempat aku nak merepek benda yang x berfaedah, atau bila aku rasa nak meluahkan sesuatu, atau ape aku rasa and macam-macam.. kadang-kadang bila baca balik, terpikir betul ke aku yang tulis.. gila lawak.. haha..
Aku mula karang mengarang blog masa aku kat universiti lagi. Masa tu muda remaja. Perangai macam budak-budak. Cerita pasal love love la.. kekasih gelap la.. apa-apa la.. lawak sungguh..
Dulu aku aktif berblogging.. benda yang rasa x payah nak cerita pun aku cerita. Dah namanya budak pra-matang kan? Memang macam ni lah..
Kadang-kadang bila baca balik kat ruang komen. Ada je akak or abang yang dok mengomen. Suka masa tu. Tapi silap sebab after habis belajar aku dah kurang berblog ni. Sebab kononnya aku sibuk. Life berubah 360 darjah. Kena kerja, cari duit, cari cinta, jumpa cinta..haha.. masa tu banyak dugaan sebab baru kenal erti hidup yang sebenarnya. Blog pun terabai sampai traffic kat blog turun or dalam erti kata lain x ada siapa nak masuk blog aku.. sedih.. sob sob sob..
Pernah jugak rasa nak tutup je blog aku ni. Pernah tutup tapi buka balik. Sebab rasa macam dah sebahagian dari hidup aku.. tapi kali ni aku x kisah pun kalau ada orang masuk blog aku atau tak. Orang x kenal pun x pe. Sebab ape aku tulis lebih kepada aku and life aku. Nanti aku dh tua, aku buka balik entry lama.. aku akan teringat balik dulu aku macam mana..
Blog ni sebenarnya dairi.. kita tulis, kita simpan and satu masa nanti kita akan baca balik apa pernah kita buat..
Perlukan Keputusan
Lately ni aku serabut gila..bukan serabut sampai nak jadi gila.. tapi banyak benda kena pikir. Sampai nak tidur pun still berpikir sedangkan time tidur adalah time nak rehatkan minda..
Pertama sekali, pasal rumah aku sekarang. X tahu lah nk labelkan benda ni seram ke x.. last week susah kami nak tidur sampaikan sekarang aku nak tidur kena buka lampu. Nanti bila dah betul-betul aku dah tidur, suami akan off lampu. Bukan ada benda menonjolkan diri tapi lebih kepada bergurau senda. Bukan aku yang kena. Suami yang kena and suami jenis cool sikit. Kalau dia kacau suami akan azan or baca ayat Kursi. So sekarang tengah ligan nak cari rumah lain. Tapi macam nak stay je rumah sekarang sebab sewa murah and kalau pindah nak pindah rumah sendiri. X mau sewa dah..
Kedua, aku sebenarnya nak start meniaga. X adalah nak fokus online punya business sebab ramai dah buat. Nak buat kecil-kecil dulu. Jual kat office, jiran-jiran or mintak akak aku yang cikgu tolong jualkan. Then aku dah jumpa la supplier ni.. konon suruh wassup la ape la bagai kalau nk buat pembelian or pertanyaan. Aku dah email, dah wassup tapi x reply. Tahu lah aku beli kuantiti sikit sebab aku baru nak try. Jangan la buat customer ko mcm ni. Kalau ko rasa ko x leh nak layan pertanyaan orang jangan mention langsung nombor ko and suh orang wassup ko.. alahai nyah oiii..
Ketiga, aku ingat nak beli set berpantang Tanamera. Tapi aku pikir dah boleh beli ke? Aku baru je 21 minggu.. masih awal lagi ke? Tapi aku pikir at least sebulan beli la satu barang. Sebab benda-benda ni mahal. Kalau banyak duit x apa la nak beli sekali gus. Dengan botol baby, breastpump lagi.. macam-macam.. ingat last week nak g expo mommy and baby tapi x sempat derr.. sebab g Melaka. Next expo bulan Jun ni. Masih sempat lagi la kan?
Macam-macam nak pikir.. dengan kerja lagi. Makin meningkat dewasa makin banyak kena buat keputusan.. x pelah.. benda ni mematang diri..

