Monday, March 25, 2013

Rumah Idaman

Dekat JB or lebih focus dekat Pasir Gudang ni cuaca sangat terik. Bila keluar lunch rasa macam nk amik daun pisang buat lindung muka. Tapi mana nak menggagau cari daun pisang kat kawasan port yang kepanasan ini.. masuk aje kereta lagi membahang.. kalau main pasang aircond sure abis pecah cermin kereta..sekarang memang musim panas kan..

Ok, tadi lunch ngan suami. Sebenarnya kalau x lapar aku lebih rela tidur di office yang sejuk berbanding berpanas di luar. Tapi sebab tadi ada hal. Kami pergi jumpa agent hartanah.. hamboi! Macam kaya benor..

Kami rancang nak beli rumah. Tapi alahai kenapa rumah sekarang mahal sangat. Hari tu ada borak dengan akak office, dia cerita kat aku dia beli rumah tahun lepas bulan februari macam tu harga RM180k.. tapi sekejapan sahaja rumah tu naik harga sampai RM300k sebab highway baru siap. Rasa macam nak nages dengar. Kalau tahu memang aku beli wei..

Tapi sebab x tahu lah aku pergi jumpa agent jual rumah. Aku tanya Johor Land sebab aku rasa lebih yakin. Dorang dah banyak bina rumah and tengok semua dah sold out. Yang ada pun baru dalam proses nak buat balik. Tu pun akhir tahun ni and di jangka boleh duduk 2015. Ok la kan.. sebab dalam tempoh 2 tahun, manalah tahu rezeki bertambah..

So tadi x beli pun. Just register je sebagai orang yang berminat.. aku dah cakap ngan dia please inform sebab memang nak sangat. Walapun harga rumah rasa macam terpikir mampu ke nak bayar. Tapi itu kemudian..aku pun dah mention kat dia aku nak rumah below RM300k. So kena la tunggu end of this year..

Orang baru berjinak-jinak ni memang banyak kena pikir.. financial kena susun balik.. nanti baby dah keluar macam-macam kena pikir.. baby, pakai lampin aje la ye..hihi


sebagai gambar hiasan 

No comments:

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016