Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Tuesday, March 1, 2016

Rumah Pertama

Lama sangat mengepam blog ni. Baru je hari tu nekad nak aktif berblog. Ada je benda nak cerita tapi tak tercerita langsung kat sini..
 
Baiklah..
 
Selepas penantian lebih dari 2 tahun lebih, akhirnya apa yang ditunggu dapat jugak. Kami dapat kunci pertama kami. Alhamdulilah..
 
Masa beli rumah hari tu 2 tahun lebih yang lepas, kami main gamble je nak beli rumah ni. Masa tu saja-saja jalan kat show house area Scientax Pasir Gudang. Last-last terbekenan and terletak deposit rumah. Proses pinjaman loan semua senang.. urusan pembelian rumah Alhamdulilah mudah..
 
so bila dah start membayar setiap bulan, kami ni asyik ulang alik round rumah je. Tengok berapa % rumah dah siap walaupun masa tu hanya Nampak tiang je. Excited dia lain macam sikit.. so bila dah dapat kunci, kami x terus masuk rumah. kami buat sikit renovation. tambah tembok luar, buat cornice, buat kitchen cabinet, tukar sliding window, tukar pintu, wiring, and grill..
 
insyaAllah lepas ni kita update pasal dekorasi rumah pulak..
excited sangat!!

Tuesday, April 16, 2013

Ini bukan beli ikan dekat pasar

Baru-baru ni.. atau lebih spesifiknya ahad lepas.. jalan-jalan sebab x tahu nak buat apa kat rumah. Jalan-jalan kami pun sebenarnya bertujuan. Maknanya ada matlamatlah..

Matlamat kami adalah mencari rumah untuk dibeli. Ada few rumah dah survey. Ada yang bajet lebih kemampuan kami..ada yang boleh dipertimbangkan..ada yang bawah bajet.

Diantara banyak-banyak tu of coz la kami pilih bawah bajet kan. Cuma kawasan agak dalam sikit..maknanya bukan di pusat bandar. Kawasan sedang membangun. Mak aku cakap amik je sebab nanti 2,3 tahun x dapat dah rumah harga macam ni. Mak cakap nanti lama-lama penuh lah kawasan tu..

So semalam telefon la company rumah tu. Suami cakap dia nak corner lot sebab boleh tambah-tambah and ada halaman. Tapi corner lot confirm habis. Kata dorang. So macam mana? Keputusan ditangan suami. Dia nak ke x nak..

So sabtu ni kena tengok balik rumah tu. Ok ke x..bincang dengan penjual pasal harga rumah, bulan-bulan berapa and sebagainya..

Dalam kepala ni dah pikir nak design rumah macam mana..terutama bahagian dapur. Siap nak buat tempat laundry lagi..ruang makan, ruang tamu and bla bla. Siap dah survey harga buat kabinet semua..sedangkan rumah pun x ada lagi. Yang ada rumah sewa ajelah..

Berangan itu free, xperlu dibayar..haha

Wednesday, March 27, 2013

Angan & Mimpi

Pagi pagi lagi dah bermimpi dan berangan. Dulu x kahwin boleh la berangan nak kahwin. Sekarang dah kahwin. Mana boleh berangan benda bukan-bukan.. dosa oii..

Masuk kerja ok lagi tadi. X pikir ape pun. Buat kerja macam biasa. Sebab nak buat inspection. Tapi bila semua dah siap. Buat kerja pun sambil bermimpi and berangan..

Nak rumah baru.. nak rumah sendiri. X sabar. Nak hias rumah cantik-cantik. Nak buat gaya moden. Sebab suka tengok rumah orang lain yang cantik. Rumah sekarang x boleh nak hias cantik sangat sebab rumah sewa. Then nak beli barang pun kena pikir banyak kali sebab nanti pindah nak mengangkut jadi satu hal. Dah la duduk rumah x da tanah..

Dh survey barang kat IKEA. Ok kena ada azam.. baru angan and mimpi jadi kenyataan.. simpan duit banyak banyak lagi.. kuat kan usaha!

 living room yang sangat cantik.. berangan!


 or yang macam ni??


 ke yang ni??


yang ni buat aku x nak keluar bilik aje..

note: suka rumah yang simple..

Monday, March 25, 2013

Rumah Idaman

Dekat JB or lebih focus dekat Pasir Gudang ni cuaca sangat terik. Bila keluar lunch rasa macam nk amik daun pisang buat lindung muka. Tapi mana nak menggagau cari daun pisang kat kawasan port yang kepanasan ini.. masuk aje kereta lagi membahang.. kalau main pasang aircond sure abis pecah cermin kereta..sekarang memang musim panas kan..

Ok, tadi lunch ngan suami. Sebenarnya kalau x lapar aku lebih rela tidur di office yang sejuk berbanding berpanas di luar. Tapi sebab tadi ada hal. Kami pergi jumpa agent hartanah.. hamboi! Macam kaya benor..

Kami rancang nak beli rumah. Tapi alahai kenapa rumah sekarang mahal sangat. Hari tu ada borak dengan akak office, dia cerita kat aku dia beli rumah tahun lepas bulan februari macam tu harga RM180k.. tapi sekejapan sahaja rumah tu naik harga sampai RM300k sebab highway baru siap. Rasa macam nak nages dengar. Kalau tahu memang aku beli wei..

Tapi sebab x tahu lah aku pergi jumpa agent jual rumah. Aku tanya Johor Land sebab aku rasa lebih yakin. Dorang dah banyak bina rumah and tengok semua dah sold out. Yang ada pun baru dalam proses nak buat balik. Tu pun akhir tahun ni and di jangka boleh duduk 2015. Ok la kan.. sebab dalam tempoh 2 tahun, manalah tahu rezeki bertambah..

So tadi x beli pun. Just register je sebagai orang yang berminat.. aku dah cakap ngan dia please inform sebab memang nak sangat. Walapun harga rumah rasa macam terpikir mampu ke nak bayar. Tapi itu kemudian..aku pun dah mention kat dia aku nak rumah below RM300k. So kena la tunggu end of this year..

Orang baru berjinak-jinak ni memang banyak kena pikir.. financial kena susun balik.. nanti baby dah keluar macam-macam kena pikir.. baby, pakai lampin aje la ye..hihi


sebagai gambar hiasan 

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016