Tiba-tiba je rasa Jumaat yang penuh barakah ini melahirkan banyak idea nak up entry..
Kebanyakkan entry aku berlaku pada hidup aku sendiri or orang sekeliling aku..
Bolehlah kot buat cerita aku ni sebagai muhasabah diri sendiri terutamanya atau buat jelingan mata-mata manja..
Dulu..rasanya 2 tahun yang lepas kot.
Aku kerja dekat KL.. masa tu rasa seksa nak dapat duit. Kerja pagi, malam baru balik. Sedih.. semata-mata nak cari kepingan-kepingan kertas yang berharga. Sampaikan life sendiri pun dah terabai. Sebab tu masa tu aku x rajin tulis blog..
Time kerja kat situ aku masyuk. Mana x masyuk. Kerja masuk pukul 8 pagi. Pukul 10 malam baru balik. Dah x kenal matahari. Kalau dapat balik awal, rasa macam nak berjemur dibawah sinaran matahari petang. Siap rasa silau je. Sebab keluar rumah matahari baru nak naik. Balik rumah matahari dah turun. Sedih..
Disebabkan kemasyukkan aku tu lah aku hilang pedoman sikit. Bila bank A offer kad kredit. Masa tu rasa macam waaahhh!!! Nak nak.. jiwa muda. Mana tahan godaan. Masa tu suami aku yang belum jadi suami lagi la time tu, dah nasihat. X payah.. nanti hutang keliling.. aku degil. Nak jugak. Cakap ngan dia, aku pakai sebab nak isi minyak je. X wat shopping. Tapi kalau bukan nama wanita, mana boleh tahan nafsu menyopping. Betul x? Akhirnya swap sana.. swap sini.. cukup bulan bil datang. Garu kepala nak bayar. Mula-mula boleh bayar. Tapi lama-lama ada je tunggakkan. Makin lama makin banyak..
Masa tu baru ada kesedaran diri. Takut kena istihar muflis aje.. time tu mula teringat nasihat suami (belum lagi masa tu). Menyesal. Aku simpan kad kredit kat bahagian paling tersorok dalam purse. Memang x guna. Setiap kali bil datang, aku jadi resah. Makin lama makin banyak..
Nasib baik suami cakap nak tolong cover tapi dengan syarat aku kena matikan kad kredit tu. Ok and Alhamdulilahlah..awal bulan 1 aritu semua selesai. Dah x ada kad kredit. Dah x da hutang..jiwa dah tenang. Nak belanja pun ikut bajet. Sebab suami aku jenis jimat. Fikir dulu benda tu penting or x..kalau x penting dia suruh tunggu dulu. Dia kawal perbelanjaan aku. Tapi dah nama wanita..shopping online senyap-senyap. Nanti bila dia nampak bungkusan pos laju ke ape ke..dia akan cakap "apa ni?"..aku senyum sambil buat muka gedik..haha
Oh...ini cerita benar... bukan rekaan ye..
Hidup bebas tanpa hutang..yeaaahhh!!
1 comment:
aaaa sebab nafsu shopping la aku sampai ke harini tak berani nak amik credit card ni wey.
kadang2 rasa mcm senang la sikit kalau ada kredit kad. tapi masih lagi takut hahah
Post a Comment