Tuesday, April 9, 2013

Review: Inai

Hari ni rasa nak review Majlis Kahwin aku tahun lepas. 15 Sept 2012.
Gambar dah dapat walaupun sikit je dapat tengok sebab yang melambak tu masih ada dekat Sg. Buloh. so boleh la review satu-satu..

mula-mula nak review pasal inai la..
sebab benda simple untuk dicerita..hehe

ok aku pakai inai kat jari and kuku guna inai daun.
x pakai pun inai yang dah siap then kena bancuh ngan air tu.
sebabnya inai macam tu cantik kejap je.
nanti dah buat kerja, basuh pinggan mangkuk, habis inai tu tertanggal.
sebab for sure la kerja aku selepas majlis adalah menyental segala mak nenek periuk and kuali bersama suami tercinta kan?haha..

aku buat ukiran inai kat tangan tu kat kedai bridal india area Sg. Buloh.
Jumaat petang macam tu la..
sebelum aku buat aku ada tanya akak aku, boleh ke x buat inai ukir-ukir ni,
akak aku ustazah, so tahu la serba sikit kan..
dia cakap boleh tapi jangan lebih dari pergelanggan tangan.

aku nak buat macam Irma Hasmie,
and of coz la kan, gaya pun nak tiru dia.
sebab masa dia kawen dia sangat cantik and muslimah sangat.
aku cari paling simple..
kononnya la.. tapi bila dah siap rasa x simple pun..

ko bayangkan, dengan inai kat atas tangan, aku kena bawak kereta,
sebabnya semua sibuk..
aku bawak anak buah aku je tapi dia baru darjah 6 masa tu..
mana reti bawak kereta.
aku suruh dia turunkan hand break dia buat..
tu je yang dia reti..
makanya, sememeh lah inai aku tu..
tapi x teruk sangat...

aku pakai inai kat jari pulak malam tu jugak..
sebab sabtu malam aku nikah,
dah namanya raja kan..
so akak aku pakaikan and aku tidur membuta.
so besok bangun tidur tengok, kat tapak kaki pun ada inai walaupun dah balut ngn plastik..
tapi inai x merah sangat masa tu..
macam x puas hati je..
so 2 jam or 3 jam before nikah akak aku tampal lagi inai kat jari..
and merah akhirnya..
baru tersenyum... hihi

tapi ada cerita lawak..
before nikah pengantin perempuan and pengantin lelaki mana leh jumpa kan..
aku dengan tangan merah semua, suami aku nak jumpa suruh teman beli frame nak letak mas kahwin,
nasib mak bagi tapi kena bawak anak-anak buah aku sama.
sebabnya suami aku bukan orang Sg. Buloh,
then dia tengah tunggu family dia dari Kedah dekat homestay,
pastu dia x reti sangat Sg. Buloh ni,
pastu kawan dia yang jadi pengapit pun x sampai lagi..
terpaksa aku temankan dia..
sedaya upaya cover tangan aku jangan bagi dia nampak..
kalau dia tengok je aku suruh dia pandang tempat lain..
segan weeeiii!!
dia mana pernah tengok aku berinai sakan macam tu..



"eeee..kenapa dengan tangan cik wanie ni??"
muka pelik si zubayr tengok tangan aku macam tu..


nampak la kan corak dia..
habis penuh tangan..


nasib inai kat jari merah..
thanks kat akak aku..usahakan inai aku bagi merah..
pas ni dia kawen aku pulak kena pakaikan kat dia..
dah janji..
so merah lagi la tangan aku..
hahaha


aksi syahdu lepas lafaz akad..
waaahhh rindunya suasana macam ni..


No comments:

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016