Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

DIY: Props Photobooth

Nasib hari ni free..
x da buat apa sangat..
so menyambil buat sesuatu..
untuk my sister wedding..
gila rajin kan?
sebabnya..bila buat semua ni bagai, boleh mengimbau kenangan masa nak buat preparation wedding sendiri dulu..
masa wedding sendiri x pikir nak buat ni semua..
bila dah lepas and teringat baru nyesal..
so kira bayar balik la kat wedding akak sendiri..
nanti mak buyong ni jugak yang over amik gambar..
yeke?
hahaha..



ni la benda aku buat.. 
props untuk photobooth...
ad lagi..
tapi malas nak show off kat sini..
segan la..
x lawa mana pun..


dah wassup akak aku..
suh dia print and beli kertas keras and lidi satay..
nanti balik sana buat sama-sama..
nanti aku tunjuk hasilnya ye..

Tuesday, April 9, 2013

Review: Inai

Hari ni rasa nak review Majlis Kahwin aku tahun lepas. 15 Sept 2012.
Gambar dah dapat walaupun sikit je dapat tengok sebab yang melambak tu masih ada dekat Sg. Buloh. so boleh la review satu-satu..

mula-mula nak review pasal inai la..
sebab benda simple untuk dicerita..hehe

ok aku pakai inai kat jari and kuku guna inai daun.
x pakai pun inai yang dah siap then kena bancuh ngan air tu.
sebabnya inai macam tu cantik kejap je.
nanti dah buat kerja, basuh pinggan mangkuk, habis inai tu tertanggal.
sebab for sure la kerja aku selepas majlis adalah menyental segala mak nenek periuk and kuali bersama suami tercinta kan?haha..

aku buat ukiran inai kat tangan tu kat kedai bridal india area Sg. Buloh.
Jumaat petang macam tu la..
sebelum aku buat aku ada tanya akak aku, boleh ke x buat inai ukir-ukir ni,
akak aku ustazah, so tahu la serba sikit kan..
dia cakap boleh tapi jangan lebih dari pergelanggan tangan.

aku nak buat macam Irma Hasmie,
and of coz la kan, gaya pun nak tiru dia.
sebab masa dia kawen dia sangat cantik and muslimah sangat.
aku cari paling simple..
kononnya la.. tapi bila dah siap rasa x simple pun..

ko bayangkan, dengan inai kat atas tangan, aku kena bawak kereta,
sebabnya semua sibuk..
aku bawak anak buah aku je tapi dia baru darjah 6 masa tu..
mana reti bawak kereta.
aku suruh dia turunkan hand break dia buat..
tu je yang dia reti..
makanya, sememeh lah inai aku tu..
tapi x teruk sangat...

aku pakai inai kat jari pulak malam tu jugak..
sebab sabtu malam aku nikah,
dah namanya raja kan..
so akak aku pakaikan and aku tidur membuta.
so besok bangun tidur tengok, kat tapak kaki pun ada inai walaupun dah balut ngn plastik..
tapi inai x merah sangat masa tu..
macam x puas hati je..
so 2 jam or 3 jam before nikah akak aku tampal lagi inai kat jari..
and merah akhirnya..
baru tersenyum... hihi

tapi ada cerita lawak..
before nikah pengantin perempuan and pengantin lelaki mana leh jumpa kan..
aku dengan tangan merah semua, suami aku nak jumpa suruh teman beli frame nak letak mas kahwin,
nasib mak bagi tapi kena bawak anak-anak buah aku sama.
sebabnya suami aku bukan orang Sg. Buloh,
then dia tengah tunggu family dia dari Kedah dekat homestay,
pastu dia x reti sangat Sg. Buloh ni,
pastu kawan dia yang jadi pengapit pun x sampai lagi..
terpaksa aku temankan dia..
sedaya upaya cover tangan aku jangan bagi dia nampak..
kalau dia tengok je aku suruh dia pandang tempat lain..
segan weeeiii!!
dia mana pernah tengok aku berinai sakan macam tu..



"eeee..kenapa dengan tangan cik wanie ni??"
muka pelik si zubayr tengok tangan aku macam tu..


nampak la kan corak dia..
habis penuh tangan..


nasib inai kat jari merah..
thanks kat akak aku..usahakan inai aku bagi merah..
pas ni dia kawen aku pulak kena pakaikan kat dia..
dah janji..
so merah lagi la tangan aku..
hahaha


aksi syahdu lepas lafaz akad..
waaahhh rindunya suasana macam ni..


Saturday, January 22, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU dan sakit kepala

assalammualaikum..
ari sabtu yang indah becoz x da keje this weekend..
sangat-sangatlah happy! rasa macam teruja gile..
tapi perasaan happy ni datang kejap je..
tadi masa aku attend weeding kawan sekolah aku,
tibe-tibe kepala aku sakit..
damn sakit..
rasa macam nak hentak kepala kat dinding je...
bile sampai rumah, aku terus tuka baju and terus tido...
tapi bile bangun pun still sakit jugak...
oh!! ape yang telah meyerang kepalaku ini??
aritu kat opis pun penah sakit macam nie jugak..
and awal tahun lepas pun macam tu jugak...
maybe aku dah lama x stress kot??
or aku nie terlalu penat sangat coz keje 13 jam sehari 7 hari simnggu non stop..
kalo mesin pun boleh rosak, nie kan manusia kan????

tapi ape-ape pun aku sangat happy coz jumpe balik klik lame aku...
sangat rindu saat-saat dulu kala...

my friend...sorang dah jadi PUAN ANIZA..sorang lagi akan jadi PUAN ZACK...and lagi 2 orang tu still single..haha..motip!
selamat pengantin baru tu WAN SALFAIZURA & pasangan..semoga bahagia hingga ke anak cucu...

Sunday, December 5, 2010

Wedding Day SHAH AL-HAFIZ & ANIZA SHAHADAN

assalammualaikum..
buka-buka page nie je terus nampak gambar aku yg sedang control ayu..yela berbaju kebaya, haruslah control ayu. x kan nak berjalan bersepah kot..x kuasa mak! haha
.
.
.
actually aku baru je balik dari wedding my bff aku..eh! bukan baru tapi 2, 3 jam yang lepas lah..kira barulah jugak kan??so boleh dikatakan penatlah nie. dari pukul 12 tengahari sampai pukul 3 petang..x pe la demi sehabat tercinta. after this ko datang wedding aku ko pun kena dok lame tau! haha
.
.
.

this is a beautiful bride..ANIZA SHAHADAN.. dia memang cantik pu...so dah tuka status not available la..tp yg sebelah tu still available (not really) haha..
.
.
.
sang putera menunggang kuda..ingin membawa lari sang puteri pujaan hati..haha siap naek kuda lagi..tibe-tibe kuda tu mengamuk macam mana tah..aku lari dah x control ayu dah time tu...haha..tp nice idea la...(dah start dreaming...)
.
.
.

putera dan puteri telah disatukan..x sempat nak bawak puteri naik kuda sbb kain puteri ketat tu..x bolah nak naik...cantikkan warna baju dorang..putih and suci...sweetttt...
.
.
.

semoga perkahwinan yang dibina ini bahagia hingga ke akhir hayat...to ANIZA SHAHADAN & SHAH AL-HAFIZ..sama cantik sama padan...by the way pelamin dorang simple and sooo nice!
Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016