Aduhai... kenapa ye aku ni sekarang ni aku menghadapi masalah mudah lupa? kenapa ye? kenapa!!!
bayangkan, last week aku ada janji ngan orang aku nak hantar report total manhour department aku kat dia. tapi disebabkan last week busy sikit, hidup huru hara..aku jadi lupa. selalu aku akan note kecik and tampal kat PC aku. so kalau terjeling mesti akan ingat. ni x, hari ni baru aku ingat. kelam kabut jadinya..cepat-cepat buat pastu terus email kat dia.. alahai, simptom ibu hamil ke? ke aku dah tua?..
ok, entry ni panjang sikit kot. nak up entry penuh motivasi. aku belum pakar motivasi lagi. bagi nasihat cikai-cikai boleh lah..
entry ni untuk orang yang nak kahwin or dah berkahwin. mana-mana pun bolehlah.. aku x kesah...
dulu..sebelum aku kahwin, aku kenal dengan suami dah 3 tahun lebih.. hubungan kami susah tau. kadang-kadang tengok orang lain syok je..kawan sekejap dah kahwin. cemburu jugak.. sebab may be lelaki tu dah ada kerja tetap, dah stabil duit semua bagai. tapi cakap pada diri itu bahagian dia. bahagian aku x sampai lagi..cepat lambat aku pun x tahu..lagi pun kami kenal pun dua-dua baru habis belajar. masa tu baru nak masuk alam pekerjaan..
suami aku study kat UKM, tapi mungkin course yang dia amik susah dekat Malaysia ni. x banyak mana pun. so macam-macam dia buat.. Dia pernah kerja macam-macam. kesian sangat kat dia. bila cerita balik kesusahan dia dulu, rasa cam nak nagis je. tapi nasib suami aku tu sabar. orang yang paling sabar aku pernah jumpa. and aku pun belajar sabar jugak. x push push dia sangat. x cakap "bila nak kahwin??" and alhamdulilah..kesabaran kami terbalas..x pernah pun rancang nak kahwin tahun lepas. kami target tahun ni. tapi sebabkan mak abah dia suruh cepat, kami ikutkan ajelah..itulah kuasa Allah.
dia pernah cakap "kesian kat sayang kahwin dengan suami x ada kereta.." tapi aku jawab "ala x pe lah abang..kereta ni pun abang jugak yang bayar. kalau dua-dua ada kereta lagi lah susah.." seriously aku x pernah kesah dia ada kereta ke x. sebab sebelum kahwin, aku dah beli kereta. aku cakap ngan dia x payah nak beli kereta lah sebab aku dah beli. nanti nak membayar jadi susah. tapi beberapa bulan sebelum tunang, dia dah start bayarkan kereta aku tu. masa tu kira sorang separuh. sebab aku yang guna kereta tu. so beban aku nak bayar kereta kurang dah. kalau dia nak guna kereta, aku bagi kat dia. tapi bagi dia, biar aku guna kereta dan dia guna moto. bila dah kahwin, tanggungjawab untuk bayar kereta dah jadi 100%. aku dah x membayar dah. kebanyakkan gaji dia adalah untuk keperluaan kami dan gaji aku adalah untuk kehendak kami. keperluan dan kehendak kan x sama. kita perlu utama kan keperluan kan?
hidup didunia serba canggih ni, kena ada tolak ansur suami dan isteri. sebab tu orang cakap rezeki lepas kahwin rezeki murah. sebab bukan terbahagi pada dua dah. tapi terhimpun jadi satu. jangan guna istilah your money is my money and my money is my money. kesian kat suami..jangan bebankan dia. kalau x mampu buat cara x mampu. kalau rezeki lebih, simpan. manalah tahu next month ada emergency nak guna duit ke kan?
sebab tu, aku pelik bila orang yang dah ada kerja ok, dah ada GF tapi x kahwin. nak tunggu apa lagi. lebih baik berkahwin. kalau cakap x cukup duit sebab hantaran tinggi, cakap kat GF, "sebaik-baik wanita adalah rendah maharnya" so kepada kaum hawa, janganlah letak tinggi sangat. ikut kemampuan lelaki tu.. jangan siksa dia. nanti x kahwin pulak..
apa yang aku cerita tadi based on pengalaman aku. pengalaman mematangkan seseorang. and it's only pendapat aku. kalau x setuju, ikutlah..tepuk dada tanya selera.. selera nak macam mana.. setiap orang selera berbeza. mungkin aku suka makan tempe korang x kan?
2 comments:
walau tak ada harta, cari la lelaki yg bertanggungjawab. insyaAllah, ok.
Kalau gaji tinggi2 harta benda byk tapi rasa tgjwb tu takde pun susah jgk. Lagi2 kalau dpt jenis llaki yg bini kerja, ada duit sendiri so abaikan sahaja. pandai2lah bini nak hidup .
Dah penah merasa wey. Aku pulak as isteri (bekas), tension sebab tetiap bulan aku yg kene OT sebab nak make sure duit cukup utk keperluan dan juga kehendak. Alasan dia senang, sebab gaji aku lagi byk (lebih 100 dari dia), and kalau aku OT dapat lagi byk dari dia OT.
stress ! mujur alhamdulillah bakal suami skrg sgt bertanggungjawab. walaupun dia muda lagi dari aku, dia try as best as possible utk provide benda2 asas kat aku.
Moga jodoh ktorg panjang. amin.
eh panjang sgt komen ni kan mcm entry blog pulak hahaha
Wanie~ betul tu..so apply la istilah sharing is caring..niat kat hati kita bantu suami..suami pulak, bila isteri dah bantu jangan cari alasan nak lepaskan diri..
Post a Comment