Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

Suami Isteri satu Company

Hi korang..


siapa dekat sini yang husband or wife satu office???


saya! saya!


memang suami aku satu office dengan aku. opss! silap satu company tapi department lain-lain and lain-lain bangunan. aku dekat main building dia dekat building lain. walaupun sama company tapi kami pergi kerja asing-asing. motipnya? sebab nanti sampai checkpoint dia akan ke kiri, aku akan ke kanan. so kami main bye bye kat situ. so suami akan naik motor aku akan naik kereta. 


dulu masa x ada budak kecik Azhad tu, rajin jugak ajak suami lunch sekali. tapi jarang nak dapat sebabnya nanti dia ada kerja luar lah.. dia dekat atas kapal lah, so bini dia makanlah sorang diri or dengan officemate lain. tapi selalu makan sendiri sebab dalam office aku majoriti lelaki and aku sorang perempua. macam mana kerja semua lelaki? aku x ada masalah..bahkan aku selesa sebab dorang ni pun dah pangkat abang and pakcik dengan aku. so no hal lah.. selagi pandai jaga diri sudah.. sekarang dah ada anak, time rehat selalunya aku akan pergi rumah pengasuh jumpa dia, susukan dia, main dengan dia, gomol gomol dia.. so balik office baru makan..makan laju-laju.. so sekarang lagi susah nak lunch date dengan suami.. ada jugak tapi jarang-jarang berlaku.


ada officemate aku ni, bila dia kerja shift pagi (aku office hour), mesti and wajib makan dengan isterinya. memang kira kena makan sekali. kalau dia tanya aku "wani x makan dengan suami?" aku jawab "saya x kesah..sebab dah biasa x lunch sekali dengan dia". bagi aku senang je, kalau ada masa kami lunch sekali, kami akan lunch sekali..kalau dia sibuk, aku lunch sendiri, pandai bawak diri. kalau dia beritahu aku "sayang, abang makan dengan kawan office, dorang nak belanja" aku akan ok je. aku x dalah sampai nak ikat kaki suami aku.. nak kata x boleh kan..tapi kawan aku ni, kalau kami makan ramai-ramai dengan officemate kami, mesti dia bawak bini dia. mesti angkut sekali. x boleh nak tinggal. kadang-kadang rasa pelik pulak. bini dia ni x bagi suami  dia makan sendiri ke? tapi nak kata apa, lain orang lain caranya kan?


baru nak masuk 2 tahun kahwin dah nak bagi tips. bukan nak bagi tips, tapi bagi aku senang je, jangan buat suami rimas, jangan sekat pegerakkan dia dah ok. tapi suami aku Alhamdulilah bukan jenis keluar malam, bukan jenis lepak kat mamak dengan kawan-kawan. dia cakap zaman tu dah berlalu, sekarang kualiti masa adalah bersama isteri dan anak-anak. yelah, ko dah kerja 8 jam dekat office, balik kerja nak keluar balik jumpa kawan-kawan, bila masa ko dengan anak-anak and isteri? x kan time tidur je kan?? so renung-renungkan dan selamat beramal..


lagi 8 hari nak balik kampung !!!!!

Thursday, May 23, 2013

Selera Masing-masing

Aduhai... kenapa ye aku ni sekarang ni aku menghadapi masalah mudah lupa? kenapa ye? kenapa!!!

bayangkan, last week aku ada janji ngan orang aku nak hantar report total manhour department aku kat dia. tapi disebabkan last week busy sikit, hidup huru hara..aku jadi lupa. selalu aku akan note kecik and tampal kat PC aku. so kalau terjeling mesti akan ingat. ni  x, hari ni baru aku ingat. kelam kabut jadinya..cepat-cepat buat pastu terus email kat dia.. alahai, simptom ibu hamil ke? ke aku dah tua?..


ok, entry ni panjang sikit kot. nak up entry penuh motivasi. aku belum pakar motivasi lagi. bagi nasihat cikai-cikai boleh lah..


entry ni untuk orang yang nak kahwin or dah berkahwin. mana-mana pun bolehlah.. aku x kesah...


dulu..sebelum aku kahwin, aku kenal dengan suami dah 3 tahun lebih.. hubungan kami susah tau. kadang-kadang tengok orang lain syok je..kawan sekejap dah kahwin. cemburu jugak.. sebab may be lelaki tu dah ada kerja tetap, dah stabil duit semua bagai. tapi cakap pada diri itu bahagian dia. bahagian aku x sampai lagi..cepat lambat aku pun x tahu..lagi pun kami kenal pun dua-dua baru habis belajar. masa tu baru nak masuk alam pekerjaan..


suami aku study kat UKM, tapi mungkin course yang dia amik susah dekat Malaysia ni. x banyak mana pun. so macam-macam dia buat.. Dia pernah kerja macam-macam. kesian sangat kat dia. bila cerita balik kesusahan dia dulu, rasa cam nak nagis je. tapi nasib suami aku tu sabar. orang yang paling sabar aku pernah jumpa. and aku pun belajar sabar jugak. x push push dia sangat. x cakap "bila nak kahwin??" and alhamdulilah..kesabaran kami terbalas..x pernah pun rancang nak kahwin tahun lepas. kami target tahun ni. tapi sebabkan mak abah dia suruh cepat, kami ikutkan ajelah..itulah kuasa Allah.


dia pernah cakap "kesian kat sayang kahwin dengan suami x ada kereta.." tapi aku jawab "ala x pe lah abang..kereta ni pun abang jugak yang bayar. kalau dua-dua ada kereta lagi lah susah.." seriously aku x pernah kesah dia ada kereta ke x. sebab sebelum kahwin, aku dah beli kereta. aku cakap ngan dia x payah nak beli kereta lah sebab aku dah beli. nanti nak membayar jadi susah. tapi beberapa bulan sebelum tunang, dia dah start bayarkan kereta aku tu. masa tu kira sorang separuh. sebab aku yang guna kereta tu. so beban aku nak bayar kereta kurang dah. kalau dia nak guna kereta, aku bagi kat dia. tapi bagi dia, biar aku guna kereta dan dia guna moto. bila dah kahwin, tanggungjawab untuk bayar kereta dah jadi 100%. aku dah x membayar dah. kebanyakkan gaji dia adalah untuk keperluaan kami dan gaji aku adalah untuk kehendak kami. keperluan dan kehendak kan x sama. kita perlu utama kan keperluan kan?


hidup didunia serba canggih ni, kena ada tolak ansur suami dan isteri. sebab tu orang cakap rezeki lepas kahwin rezeki murah. sebab bukan terbahagi pada dua dah. tapi terhimpun jadi satu. jangan guna istilah your money is my money and my money is my money. kesian kat suami..jangan bebankan dia. kalau x mampu buat cara x mampu. kalau rezeki lebih, simpan. manalah tahu next month ada emergency nak guna duit ke kan?


sebab tu, aku pelik bila orang yang dah ada kerja ok, dah ada GF tapi x kahwin. nak tunggu apa lagi. lebih baik berkahwin. kalau cakap x cukup duit sebab hantaran tinggi, cakap kat GF, "sebaik-baik wanita adalah rendah maharnya" so kepada kaum hawa, janganlah letak tinggi sangat. ikut kemampuan lelaki tu.. jangan siksa dia. nanti x kahwin pulak..


apa yang aku cerita tadi based on pengalaman aku. pengalaman mematangkan seseorang. and it's only pendapat aku. kalau x setuju, ikutlah..tepuk dada tanya selera.. selera nak macam mana.. setiap orang selera berbeza. mungkin aku suka makan tempe korang x kan?

Wednesday, May 22, 2013

Anak Derhaka?

Sebenarnya malas nak up entry pasal artis. suka hati mereka la nak jadi apa kan? tapi sebab macam rasa sebagai manusia, anak, orang yang beragama Islam so i need to..

lately ni selalu sangat keluar kat surat khabar or kat internet pasal sorang mamat artis ni. aku pun rasa semua kenal kot. mula-mula suka jugak tengok dia sebab ada pakej lengkap kan? tapi bila jadi macam ni rasa macam x nak suka.. naik menyampah pun ada. kalau marah mak macam mana pun jangan cerita kat media. nak jaja cerita ko.. nak naik cepat tu bukan cara nya.. kalau ko bagus, memang ko akan cepat naik lah..kalau setakat ada muka hensem tapi berlakon macam apa, memang orang x suka..

tahu x peritnya seorang mak mengandungkan ko? ko ingat senang..dengan mabuk-mabuk masa mula-mula pregnant. pastu bila perut makin besar, nak bawak ko dalam rahim mak ko..ingat kerja senang. pastu at the same time kena buat kerja. kalau suri rumah tangga, kena masak, kemas rumah, basuh kain, layan suami, semua bagai.. kalau kerja, dengan tekanan tempat kerja. tapi dia senyap je, dia pasrah je, redha je..x mengeluh pun..sebab yang dia sedah usung kehulu kehilir tu amanah Allah yang perlu dijaga..

ko x tahu peritnya nak keluarkan ko.. ko tahu x, kalau mak ko x kuat, dia boleh meninggal.. besarnya pengorbanan seorang ibu.. lepas tu dia kena besarkan ko, kecing berak semua dia basuh, bagi ko susu, ko makan..kadang-kadang diri sendiri x terjaga..tapi bila ko dah berjaya, ko buat mak ko macam tu. kalau mak ko mintak duit, bagi ajelah..kalau diikutkan berjuta-juta ringgit dia invest tuk ko tau. and lagi 1, ko tu anak lelaki, memang kewajipan ko jaga mak ayah ko, bukan lepas dah berjaya lepas tangan macam tu aje. bila mak marah merajuk, keluar rumah, cakap mak macam tu, macam ni..

kalau ko tu orang Islam, percaya pada agama ko, ko x kan buat macam ni.. tahu x syurga dibawah telapak kaki mak..aku harap ko taubat..sebelum terlambat, mintak ampun kat mak ko..


peringatan untuk diri aku jugak.. I Love My Mak So Much!

Tuesday, May 7, 2013

PRU 13.. Teruskan Kehidupan

adui!!
penatnya.. sakit and lenguh pinggang ni..
sebabnya lama sangat duduk dalam kereta..


pagi tadi dalam pukul 1.30 pagi baru sampai rumah..
bertolak dari Sg Buloh dalam pukul 9.00 malam..
menyinggah isi minyak, cucuk duit tu yang jadi lambat...
lepas tu suami x leh nak speed laju sebab hujan..
jalan licin..
isteri dia kat sebelah dah macam apa..
sikit-sikit "abang!!"
pastu kena marah sebab buat suami terkejut..
last-last dia suruh tido. tapi x tido pun teman dia borak-borak..
bila masuk sempadan Johor dah menguap x sudah..
akhirnya lena jugak...
tapi lena-lena pun boleh pulak tepuk peha suami buat gaya terkejut..
kesian suami tension nak drive..
dah memang isteri awak macam ni..redha aje la..hahahaha


PRU13 dah habis..
siapa follow FB aku boleh nampak kot aku sebelah mana..
xpela, yang penting 1st time megundi..
excited weii!!
lepas mengundi je aku hantar mak pulak undi kat tempat lain..
anak beranak undi lain-lain tempat..
terasa kemeriahan macam raya je weii..
siap main hon hon..
entah dengan siapa x kenal tiba-tiba leh jadi x tahu malu..
hebatkan penangan PRU 13 ni..


diharapkan kerajaan menepati janji..
ingat slogan Janji Ditepati..
jangan tunggu 5 tahun lagi nak PRU 14 baru nak tepati semua janji..
and ingat sikit pada pekerja swasta macam kami..
x dapat apa pun..tapi bertimbang rasa sikit.. kami pun mengundi jugak.. ingat tu.. haha..



oh.. lupa..
ada pesanan khidmat masyarakat sikit..
jangan bangkitkan isu perkauman..
telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya..
kita is Malaysian..
ada Melayu, India, Cina and banyak lagi kaum..
jaga perasaan mereka semua..



apa pun fahaman politik kita..
silaturahim jangan terputus..


note: buat masa ni malas nak baca surat khabar



Saturday, November 20, 2010

Aku suka tengok FILM melayu. Tapi FILM ni aku x nak

assalammualaikum..selamat pagi..memang pagi yang cerah sesangat kan??semalam aku tido lena gila-gila..hujan malam tadi, rasa sejuk sangat-sangat. sampaikan semalam tido x buka kipas. kalo buka jugak memang sejuk sampai ke tulang..huhu itulah yang bestnya tido malam sabtu sebab tahu besok x kerja. tapi kalo kena kerja ari sabtu, langsung x menikmati tido yang best itu..cian dia..
.
.
.
tadi dengan syoknya after kemas rumah semua, aku adalah buat tinjauan ke blog kekawan yang lama x d jenguk. mesti dorang marah aku kan??haha..ermmm ramai yang cerita pasal 2 ALAM..aku pun nak wat la sikit n3 pasal movie yang di katakan sangat syok and boleh mencecah RM40 juta tu..hebat gile producer tu. aku tengok producer film yang dah sah top-top pun x dalah cakap movie dorang leh cecah banyak cm tu. and x silap film MAGIKA yang aku tengok aritu ngan akak aku kat OU yang aku rasa syok and wat aku gelak-gelak kat dalam panggung tu pun x cecah banyak tu..issshhh high confident level betul procuder tu...sangat-sangat lah..macam nak tabik spring melantun-lantun je kat dia.
.
.
.
tapi manusia ni kalo terlebih dos over confident x bagus jugak. nanti wujud perasaan riak and takbur. ishh sifat yang sangat keji tu. jangan-jangan..x baik..ALLAH x suka..
.
.
.
ok truly and honestly aku belum tengok. and memang sangat-sangat tak mau tengok. aku tengok iklan dia kat KOSMO! pun aku dah rasa cita macam ni perlu di blacklist dari senarai. OMG!! 2 page dia guna tuk wat iklan. pastu aku tengok lagi, dia je yang dok sign autograph..mane artis-artis yang lain. ehhh macam dia pulak pelakon.. ehh kan dia tu confident so x pelah..haha...tu kan cerita dia...
.
.
.
.
.
.
p/s: aku suka film melayu tau..aku tengah tunggu film YUSRY KRU ni..rasa-rasa YUSRY cakap x film dia boleh cecah RM50 juta??hehe...

Sunday, August 29, 2010

~umah terbakar panggil bomba..bomba datang x berlumba pun~

"rumah terbakar panggil bomba..
bomba datang berlumba-lumba..."

berlumba-lumba ape nyer..nie rumah dah nak rentung baru ko nak datang...nasib baik penduduk kat sini cepat...mak ak dh menjerit-jerit (nasib comey)...nasib api dah padam..20 minit kemudian baru nak datang..x cekap langsung...kalo time tu api x boleh nak padam..abis satu baris umah kat sini dh tinggal tiang-tiang saja...umah aku kt sg buloh..boleh pulak bomba batang berjuntai yg datang..sedangkan bomba paling dekat bandar baru...sangat tak cekap..ehhh abang aku pun bomba gak..

Thursday, August 19, 2010

~setan kena rantai ke????~

assalammualaiku..alhamdulilah...tadi aku masak mee kari and sambal sotong..sedap..aku rasa memang sedap...family aku pun makan sedap...siap beri sedikit kat jiran belakang umah...ape salahnyer kite memberi kan??bukan nak balasan..tapi niat berkongsi apa yang kita ada..walaupun x banyak..cukup lah untuk dijamah...hehe..

sebenarnya, n3 kali nie bukan nak cite sal juadaah buka puasa..cuma nak cite tentang kemusykilan hati ni..ermmm dari kecik lagi aku di ajar. pada bulan puasa setan and hantu diikat..dorang x kacau pada kita pada bulan puasa nie...sebab tu, masuk je bulan ramadhan, aku sangat suka..sebab aku nie dikategorikan sebagai penakut..kalo malam-malam dengar bunyi cicak pun aku dh rasa semacam je...penakutkan betul aku nie...

tapi tadi, pas buka puasa, sembahyang magrib, macam biasalah aku SMS dengan kekasih hati aku. macam biasa, cite sal makan ape tadi, p tarawikh x...tapi tadi die cakap die mimpi sesuatu..mimpi yang menakutkan pagi tadi. pastu die cakap die siap kena tindih..aku pun terkejutlah..ehh bulan puasa setan, antu, jin mana ada..dia kena ikat kan???macam mana boleh tindih..tapi die cakap lagi. "ada pendapat yang cakap, dirantai tu bermaksud bukan setan tu dirantai dengan rantai besi kena ikat macam tu..dirantai maksudnya, pergerakkan setan dirantai,setan akan jadi lemah, dia x boleh kacau manusia macam bulan-bulan lain."

betul ke??makna nyer die still ada cuma die jadi lemah??ermmm mmng masa mula puasa aritu, aku mimpi benda yang seram..aku lupa mimpi apa..tapi aku ingat, anak buah aku yg kecik terkena something, and ramai sangat orang bermuka hitam..aku and family aku nak ubatkan anak buah aku..pastu sekarang nie, kat TV9 ada pasang cite ULAR EMAS..cite tu konon-konon bulan ramadhan...maknanya??ermmm...

Saturday, July 31, 2010

~kisah jiran tertangga~

assalammualaikum..
sabtu yang membosankan bagi aku. and maybe sabtu yang menyeronokkan bagi korang pulak kan??. aku tengok, dua tiga menjak nie. blog aku bersepah n3 sedih n jiwang karat pulak. ishhh aku nie bukan minah jiwang tau. aku nie agak brutal dan berjiwa keras tapi lembut. hahaha. tak mau sememeh je. sian blog aku nie. nanti x pasal-pasal visitor kate aku nie blogger jiwang. takmau la!!

arini kat umah aku ada weeding. aku x pergi pun weeding tu. bukan aku nie x mau bercampur ngan masyarakat sekeliling. lagi-lagi weeding tu weeding jiran sebelah umah aku sebelah lagi. so boleh di translate kan disini. weeding jiran aku la. the masalah problem is.. aku bukan tak bercampur ngan jiran. aku nie peramah ok. tengah sidai baju, jumpa acik sebelah umah ke, belakang umah ke, tepi umah ke, mesti aku tegur punya. x reti nak borak panjang-panjang nie, so aku maniskan muka and tanya la ape yang patut nak tanya. x kan nak tanya "eh, semalam bunyi bising-bising, acik gaduh ngan laki ke??" kalo aku tanya macam tu. confirm cop sirim aku kena cili ngn makcik tu. kalo nak ngumpat, aku ngumpat ngn mak aku je..haha..

tapi jiran aku yang wat majlis kawin nie pulak jenis jiran yang x jaga hati jiran die. mula-mula aku dengar cite dia wat hal ngan jiran depan umah dia. so aku malas nak amik tahu. sekali, batang hidung terkena daaa..citer die macam nie, masa tu aku balik keje lambat. selalu aku parking kat surau coz style paking kat taman aku nie, style parking bersepah. biasa la, umah teres yang halaman umah dah x da sebab orang kat sini pakat sambung umah sampai abis tanah. so bila aku lalu depan surau n tengok parking surau full, aku pun carik la parking kat area lorong umah aku, tengok sekali ada kosong daaa..n kt depan umah pompuan tu. aku pun parking la kejap. coz depan umah aku ada kete abang aku, so nak tunggu abang aku balik umah dia, aku parking la kat situ jap. tengah syok lepak tengok tv ngan family aku, tibe-tibe dengar bunyi hon. abang aku tengok la kalo ada ape-ape. tapi tengok x da ape-ape pun. bunyi lagi hon, and kitorang buat x tahu la. tibe-tibe pompan tu dtg umah aku. korang nak tahu dialog die macam mane? mcm nie..

pompan tu: assalammualaikum! (nada keras)
abg aku: waalaikummusalam. (nada biasa)
pompan tu: sape punye kete WPT 793 tu? alihkan saya nak parking. (nada keras + bongkak and terus bla)
abg aku: kurang ajar punya pompan. aku sepak grill nie, hancur muka ko!


aku yang dengar time tu terus menyirap la..abang aku dah membebel-bebel. aku pun ikut kua. rasa macam nk penampar je kat muka pompan tu. korang bayangkan, kalo time tu, mak or abah aku yang dah tua tu yg jawab salam dia n dia cakap mcm tu kat mak abah korang?angin x? x da perasaan hormat kat jiran tetangga. kalo ye pun aku salah coz parking kat depan umah die, bukan x boleh ke cakap elok-elok. then, bukannya x da perking laen kat situ. boleh je. dia tu, mak aku cite, jiran-jiran semua x suka. masa tu dia sepak kereta jiran sebelah umah aku, pastu parking tengah jalan and bile orang nak lalu x boleh la. bile hhon suh alihkan, boleh dia wat tak tahu je. isshh ada juga manusia macam nie kat dunia. manusia yang x boleh idup berjiran.

aku tahu aku nie muda, and dari kecik mak abah aku ajar kami cara hormat orang tua. tapi disebabkan dia, aku hilang hormat kat dia yang lagi tua dan dah pegang status mak budak. and aritu disebabkan aku marah sangat ngan dia, aku x tegur mak dia jugak. sebab aku rasa mak dia x pandai ajar anak. tapi mak aku marah. mak aku cakap, "mak dia baik, tegur je". so aku pun tegur la. and disebabkan dia jugak, aku x bagi mak aku g weeding dia. aku suh boikot. and mak aku cakap "mak dia baik, mak g makan je, pastu mak balik". ohh baik nya mak aku. I LOVE U MAK..

Saturday, February 27, 2010

~nk ke x nk??~~

si gadis sedang mencari sesuatu di situ..

opss gambar x da kaitan ngn n3 yg nk di tulis nie..
tp mencari jugak la..
bkn mencari d tepi pntai..
tp mencari sesuatu...

aku nk cr camera idaman hati tu..
tp nk bwh 1.5k
lagu murah lagi bagus..
kwn aku rakeman NIKON D40..
tp aku x tahu mane yg bagus...
sape2 tahu pasal camera??
ke nk jual camera ke yg murah??
bg pendapat korang...
Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016