Hari ni baru masuk kerja selepas 5 hari bercuti. start hari khamis hari tu sampailah semalam. balik kampung, and Alhamdulilah majlis perkahwinan kakak aku berjalan lancar walaupun penat macam apa.. tapi x pelah, sebab dapat kumpul adik beradik. tidur bersepah..rumah pun bersepah dengan manusia sampai ke dapur, dalam bilik mak and semua tempat. kalau ngantuk ke, penat ke, tidur la mana-mana. ada tidur depan pelamin la..nak cari tempat yang kena ekon je. x da ekon x mau. sebab panas. macam-macam perangai. yelah, adik beradik ada 6 orang. 3 lelaki 3 perempuan, ipar duai ada 5 orang, anak buah ada 9 orang nak masuk 10 orang.. lagi sorang dalam perut aku..pastu campur nenek 2 orang, mak abah lagi..semua sekali 24 orang. rumah pulak kecik. rumah teres biasa je. bayangkan betapa padatnya rumah...
tapi bila sorang dah balik, makin kurang orang. semalam aku and suami orang pertama yang beransur balik. pastu abang aku yang kat Seremban, pagi ni akak aku pulak.. makin sunyilah rumah tu. kalau riuh, riuh sgt..kalau sunyi, sunyi sangat.. mak abah mana x suka kalau anak-anak dia balik tengok dorangkan?
dah start rindu nak manja-manja ngan mak and abah.. :(
selamat pengantin baru buat kakak aku and abang ipar baruku..selamat datang ke dalam family baru ini yang kecoh, suka gelak x cover, bising-bising.. jangan malu-malu sangat. buat je macam biasa..
pengantin yang malu-malu..
ni pun nak jadi pengantin jugak.. x sedar dah memboyot..pastu pasai pa tah suami aku buat muka cam tu..
with my sister in law..dia sambut anniversary perkahwinan yang ke-11 jugak masa tu..
gambar family x da. sebab x sempat nk snap guna henpon. tunggu gambar dari OP akak aku..
No comments:
Post a Comment