Serius weii.. memang serius..aku dah meroyan nak shopping..aku rasa sejak bulan lepas lagi..eh! silap..2 bulan lepas. lepas perut makin kelihatan. badan makin berkembang dengan pesatnya, aku stopkan aktiviti menyopping ini. motifnya? sebab nak tunggu lepas bersalin. dapat balik badan macam zaman anak dara (kalau boleh) kalau x dapat bentuk badan asal, baju kurung semua kena tempah balik..sebab stock baju kurus dulu. seluar jeans pun kena beli yang baru. tapi rasanya no jeans dah kot. nak pakai skirt or dress..sebab suami lagi suka aku macam tu. so untuk penjimatan jangan berangan nak shopping sekarang. bertahan selagi mampu. tinggal sebulan lebih aje and untuk makluman, baju raya pun aku x da. kesian! haha..
:
:
so bila buka ThePopLook rasa macam nak klik je ADD TO BAG.. pastu sekarang ada lagi banyak website shopping yang cantik-cantik macam Cala Qisya lagi lah meroyan. pastu buka instagram tengok baju cantik-cantik..rasa nak beli..rasa nak email cakap nak..tapi fikir balik..sabarkan hati.. nanti dah lepas bersalin, nak shopping balik, silakan.. nak balas dendam time tu. jangan suami demam tengok sudah. sebab kalau dulu, cukup bulan je, balik rumah mesti bawak bungkusan. suami dah tahu ape benda tu.. tapi sekarang dia makin happy sebab cukup bulan je, x ada bungkusan di tangan.
:
:
rasa macam nak buat list.. ape benda nak shopping. start simpan duit untuk shopping nanti. x adalah nak meroyan x da duit sebab duit habis kat shopping je kan? so sekarang sabar ye.. fikir anak dalam perut..fikir nak bersalin nanti..fikir kesihatan. jangan fokus nak menyopping je.. Fokus Wanie..FOKUS!!!
1 comment:
beb
jgn la shopping dulu beb. sebab dulu aku tgk blogger yg mekchu tu dia beli dress2 lepas bersalin dah tak elok nak pakai.
sabar eh !
jom calaqisya ! eh :p
Post a Comment