Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Gila Nak Menyopping

Serius weii.. memang serius..aku dah meroyan nak shopping..aku rasa sejak bulan lepas lagi..eh! silap..2 bulan lepas. lepas perut makin kelihatan. badan makin berkembang dengan pesatnya, aku stopkan aktiviti menyopping ini. motifnya? sebab nak tunggu lepas bersalin. dapat balik badan macam zaman anak dara (kalau boleh) kalau x dapat bentuk badan asal, baju kurung semua kena tempah balik..sebab stock baju kurus dulu. seluar jeans pun kena beli yang baru. tapi rasanya no jeans dah kot. nak pakai skirt or dress..sebab suami lagi suka aku macam tu. so untuk penjimatan jangan berangan nak shopping sekarang. bertahan selagi mampu. tinggal sebulan lebih aje and untuk makluman, baju raya pun aku x da. kesian! haha..
:
:

so bila buka ThePopLook rasa macam nak klik je ADD TO BAG.. pastu sekarang ada lagi banyak website shopping yang cantik-cantik macam Cala Qisya lagi lah meroyan. pastu buka instagram tengok baju cantik-cantik..rasa nak beli..rasa nak email cakap nak..tapi fikir balik..sabarkan hati.. nanti dah lepas bersalin, nak shopping balik, silakan.. nak balas dendam time tu. jangan suami demam tengok sudah. sebab kalau dulu, cukup bulan je, balik rumah mesti bawak bungkusan. suami dah tahu ape benda tu.. tapi sekarang dia makin happy sebab cukup bulan je, x ada bungkusan di tangan.
:
:

rasa macam nak buat list.. ape benda nak shopping. start simpan duit untuk shopping nanti. x adalah nak meroyan x da duit sebab duit habis kat shopping je kan? so sekarang sabar ye.. fikir anak dalam perut..fikir nak bersalin nanti..fikir kesihatan. jangan fokus nak menyopping je.. Fokus Wanie..FOKUS!!!

Saturday, May 4, 2013

Pesta Buku PWTC

Laporan terkini..sekarang sudah berada di Sungai Buloh..
My sweet Hometown..
Dan selama 3 hari jugak suami x ada di sisi..
Serius aku dah rindu dia..
Rindu benda halal x apa..dapat pahala..


Semalam buat tangkapan di PWTc..
Rambang mata..
Rasa macam semua nak dikautnya..
Tapi nasib kewarasan akal melebihi kewarasan nafsu..


Hari ni pulak nak pergi KL beli kain ela nak buat baju kenduri akak nanti..
Nak beli baju tuk mak mertua..
Dah la raya x dapat balik kampung mertua..
So bagi baju penganti diri la..
Hihi..


So rasanya KL lenggang kan?
Selamat mengundi semua..


Pilih pilih..
Kalau kaya beli semua..
Haha..

Monday, April 1, 2013

Hari Yang Indah

Hari sabtu haritu adalah yang indah.. berjalan-jalan pun di Bukit Indah.. mana x indah bukan??


Hari tu plan kami berjalan sambil survey barang baby.. mula- mula pergi JPO.. tapi jujur aku habaq kat hangpa semua. Jiwa aku x kena dengan JPO. Sebab aku bukan gila branded sangat. Suami cakap jiwa aku kena dekat Jusco je. Tu yang dia bawak aku pergi Jusco Bukit Indah lepas tu..kami lepak JPO x sampai pun 30 minit. Terus cabut. Tu pun parking charge RM3 tau.. kalau Jusco RM1 je sampai malam tau..


Ok sampai jusco terus beli tiket cite The Croods. Ramai cakap syok. Memang syok pun. Dalam panggung asyik gelak and sekarang memang aku suka tengok cerita macam tu je. Jenis kartun. Cerita seram gua x layan.. sebab jiwa gua jiwa ayu..haha.. nak review cite tu rasa x payah la..better pergi tengok. Sebab syok gua cakap sama lu.. (gile gengster!)


Lepas habis tu masuk AEON. Ada mamber sale. So pergi dekat bahagian baby. Tengok ada botol susu AVENT. Memang dah aim botol susu tu. Sebelum ni ada survey untuk botol susu lain. Ada yang harga ok. Tapi tah kenapa nak AVENT jugak. Survey kedai lain. Harga berbeza. Dekat Pasir Gudang harga RM189. Dekat kedai lain harga RM200 lebih tapi dapat diskaun30% jadi RM199. Masuk AEON harga RM189 and diskaun 20% jadi lagi murah RM150. So suami cakap amik jela. At least sebulan kami beli 1 barang. Nanti x da rasa beban sangat bila dah nak bersalin. Get ready awal-awal katanya.. selain tu beli 2 helai baju baby jugak. Warna putih sebab jantina x pasti..excited kan?? Bulan depan nak beli ape pulak? Ok dah thu..nanti beritahu untuk entry bulan depan la..


Aku cakap dekat suami aku rasa sentimental sikit. Siap nak nagis. Sebab perasaan 1st time beli baju untuk anak. Jiwa tersentuh.. macam tu ke perasaan masa mak aku pregnant aku dulu.. ke aku ni memang emosi terlebih? jadi excited nak beli lagi. Tapi tunggu next month la..sabar ye baby..
Oh lagi satu, aku sangat x suka dengan mutu servis jusco dekat food court. Orang ramai. Meja banyak kosong tapi orang yang kena bersihkan meja and angkat pinggan lepas customer makan tu x da.. terbiar. Menjijikkan. Aku lapar, nak makan pun hilang selera. Please lah JUSCO upgared mutu servis anda itu..jangan pikir untung aje..



Ibu mengandung yang x mau kalah.. baju by ThepopLook, skirt by Edast, Shawl by UO Mart.. hihi



barang-barang baby yang sempat dibeli.. nages!


and ini lah bukti meja penuh dengan pinggan mangkuk yang terbiar begitu saja. menjijikkan!!!

Thursday, March 28, 2013

Beauty: Kegemaran Wanita

Hari isnin hari tu, aku ada pesan sesuatu. aku ni kan boleh dikategorikan sebagai perempuan yang suka shopping online. kalaulah Watson ke, Guardian ke ada online shop kan bes. x payah nak start enjin kereta, berpanas terik, or keluar malam-malam semata-mata nak beli barang penjagaan diri. malam tadi pun baru perasan Neurogain dah habis. kena beli baru. malas nak keluar derr...


Ok merapu banyak. kembali pada cerita asal. aku beli Hansaegee Nature. produk dari Korea. tapi alamat dekat Desa Park City KL je. bukan terus dari Korea. kalau terus dari Korea memang mahal la.. x mampu aku.. konon-konon nak feeling feeling muka macam artis Korea. tapi dah muka Jawa nak jadi Korea celah mana tah.. haha..


aku beli dua benda ni..



satu untuk tanggalkan segala blackheads, whiteheads or segala heads kat hidung. and lagi satu mineral mask.. 


first time pakai benda ni aku rasa ehh wangi nya.. syok pulak tu.. aku biarkan lebih dari 15 minit. sebab aku pakai dari mula start berita sampai habis berita. baru tanggal. suami aku pun pakai. sebab melayankan isteri dia ni so kena lah pakai. isteri nak cantik, suami pun kena tempias jugak.. harus lah kan..


and.. tadaaaa.. hasilnya.. yeeekkk!!! dulu rajin pergi buat facial. so orang yang buat facial tu yang keluarkan. x tahu macam mana rupanya. tapi sebab dah lama x buat facial sebab malas. hasilnya macam ni la.. hadooii seram pulak tengok.


lepas tu aku pakai mask pulak. dah jadi Suria Pekasa Hitam pulak..


sedap pakai mask ni. sejuk je.. sangat sejuk sampai lena..dalam 45 minit cam tu baru buka. lepas buka rasa macam waaaahhhh!! muka shining shining gitu. lembap je.. aku x terus basuh. aku biar je kulit aku serap semua mineral yang ada kat situ..


haaa.. hasilnya.. gambar baru di ambil tadi...


ok tipu.. ni gambar edit pakai camera 360. hihi.. tapi feel good sangat pakai produk ni. kalau pakai selalu boleh kot jadi kulit muka macam ni..hihi..kalah artis Korea u..

siapa nak beli boleh pergi dekat shop online dia Hansaegee Nature


note: x dapat pun upah promote produk dia ni.. huhu

note lagi: senang hati bos besar x da. jadi bos kecik la aku..hahha

Wednesday, November 28, 2012

Shopping Online

Assalammualaikum...

Hai korang, hari ni update entry petang pulak sebab training hari ni abis awal. syukur sangat sebab rasa x sihat sangat hari ni. tapi duduk rumah kena buat preparation for tomorrow presentation. 45 minutes for each person. amik kau! nak cakap apa tah besok...

tadi balik office kejap sebab got text from my officemate. dia cakap aku dapat 2 bungkusan pos laju plus muruku from customer. so yang muruku tu aku x layan. lebih teruja dengan 2 bungkusan itu...

 ni bungkusan yang aku terima..salah satu daripadanya adalah...

daripada ZALORA. 1st time try beli kasut kat sini. beli yang murah dulu. kalau x suka x payah beli lagi. harga dia RM29.90. murah kan?

tapi kotak dia x sama macam kat dalam TV sebab mungkin kasut murah kot...

then ni la kasutnya. x suka yang ada tumit tinggi bagai sebab sure x kan pakai punya. so beli yang flat. so memang akan pakai sampai lunyai. and Alhamdulilah sebab kasut ni sama saiz ngn kaki. saiz 40. besar gajah kaki aku kan? 


Note: aku memang suka beli barang online. tapi tengok jugak website yang mana and review sikit website tu. if ok, jadi regular customer pun x pe. sebab nanti lama-lama mesti dorang kenal kita :)

Tuesday, November 6, 2012

Dress Thepoplook Gorgeous



Assalammualaikum..

hai korang. lama x update new entry. malas sikit. nak update pasal makan-makan pun malas. apa yang aku masak, semua benda yang sama. cuma dah pandai sikit masak Kari Daging (sila bangga pada diri sendiri) hihi...


sekarang ni aku rasa macam aku ni dah didalam kategori gila nak shopping online. tapi hanya website tertentu saja yang aku akan shopping. and rasa macam suka gile shopping kat ThepopLook. hari-hari akan buka website dia tengok baju or dress yang gorgeous gila itu. sekarang dah ada 2 helai dress dari ThepopLook. aku ni tinggi. tinggi aku almost 170cm (tinggi ke?) so sangat susah nak cari dress yang ok dengan aku. selalu kalau nak beli walaupun nak beli kat kedai then tengok kat kaki..x cukup panjang..teeettt! hampa hati. then pendam perasaan nak beli dress or jubah or apa-apa jenis baju macam tu. kalau beli jubah amik saiz over besar then kena hantar alter kat kedai. duit lagi kan?


one day tu, aku rasa macam nak jugak dress (degil!) masa tu seminggu before jadi Puan. beli senyap-senyap. x beritahu pun kat suami (masa tu tunang lagi). tengok kat ThepopLook ada dress dia tulis TALL. so fikir punya fikit, aku rembat jugak satu..aku beli baju ni..



seksi kan? tapi gila ke apa nak pakai baju macam ni? aku akan pakai cardigan dekat luar and tshrit dekat dalam. sebab too sexy. then aku pakai masa nak dating dengan suami (masa tu memang dah suami isteri). apa salahnya beli baju cantik untuk suami kan. then bila pakai baju tu..labuh pulak..kena jugak hantar alter kat kedai.. tapi puas hati and sangat puas hati..

 and semalam dapat second dress from ThepopLook. dress ni..


kali ni amik yang ada lengan baju. sebab malas nak cover pakai cardigan bagai. suka dengan warna biru dia. and semalam jugak try and labuh dia dah cukup. x payah hantar kedai nak alter. baju ni saiz M..so sekarang kalau nak beli baju, dah tahu nak labuh berapa..so sekarang x sabar nak keluar dating ngan suami.. :) 


note: baju ni pun sesuai untuk ibu mengandung :)

Saturday, November 20, 2010

Cari BENDA lain dapat BENDA lain

waahhh kaki lenguh..sape baik ati angkat kaki!! cepat!! tlg urut kaki..hehe..ngada-ngada sungguh kan??
.
.
.
satu carrefour aku meround. konon-konon nak cari chocolate mix yang JARD cite kat blog dia tu. dia kata blh dpt kat situ. tapi aku cari x da pun. aku nak try sebab dia kata boleh kenyang sampai malam. so aku macam nak diet balik nie. sebab tu aku cari benda tu. rasa berat dah naik berpuluh kilo nie..ehh tipu bukan puluh kilo tapi sekilo.. berat tu...tapi bile x dapat cari apa yang dihajati. cari benda lain pulak. yelah cari barang dapur tuk mak aku. aku pergi ngan akak aku. ktorang ingat x sampai la RM100 ktorang belanje. tapi bile kat kaunter, macam mau terbeliak bijik mata. haaa!! amik ko RM200 lebih kena. nampak je sikit tapi...isshhh mahal. nasib akak aku ada. kalo aku pergi sorang-sorang memang kena hulur kad ATM MAYBANK la..sebab keluarkan duit tadi sikit je...so pengajaran disini..wat list dulu before jadi rambang mata...
.
.
.
p/s: ALLAH x suka orang yang suka memboros. nasib barang tuk keperluan. so x kira memboros sebab memang kena guna.hehe..

Saturday, November 6, 2010

Nasib Baik Tak Cium

sangat penat..
kaki betul-betul rasa nak tercabut..
tapi sangat malas nak cerita apa yang aku buat sampai aku penat sangat nie..
opsss jgn pikir bukan-bukan..
aku hanya melakukan aktiviti mengurangkan lemak dibadan..
so aktiviti yg sangat sihat tapi x sihat utk financial...
.
.
.
malas nak cerita..
tapi ada sesuatu yang nak ditunjuk
.
.
.
.
rapat gila si CAMRY ni parking..
kalo dia cium bontot kete abg aku tu..
memang aku suh dia ganti balik..
bukan ganti sama brand...
tapi ganti ngn CAMRY jugak...









Friday, November 5, 2010

Aktiviti Mengurangkan Lemak Dibadan.

YA ALLAH!! penaaaaaatttt sangaaaatttt!!!


abis lenguh kaki aku nie. tu lah padahnya berjalan. tp kalo x berjalan mcm mane??x kan nak merangkak kot??

hari ni aku kena kerja. kira kerah tenaga untuk bangun pagi and pergi kerja. bile pikir balik, kalokerja hari ni akan dapat triple, so aku pun dengan semangat pergilah kerja.so tadi kat opis, sambil-sambil wat kerja..aku buat kerja lain. yelah, kerja selain kerja yang kena buat tu.. nak tahu kerja apa????



taaaddaaa!!
.
.
.
nie kerja aku. orang lain nak kawin tapi aku pulak excited nak pakai inai. tp bile dah pakai rasa nyesal plak. coz x SANTIK!!! SOMOT-SOMOT la!!!...HOW?????dah la aku nie memang x suka pakai inai. bile rasa nak pakai jadi somot-somot pulak..ermmm terpaksa la...tu la gatai sapa suh kan???


tapi x pe..sedih kejap je. coz after keje..aku ajak opismate aku si GEBOT and si SUE p menghabiskan duit kat OU. plan secara x sengaja. dah la tadi pakai baju serabai gile. ahhhh bia la..aku nak shoping, bukan nak ngorat orang..kan? kan? kan?dalam pukul 5 pm kot aku sampai OU. 1st place yang kitorang tuju adalah MPH! sebab kitorang nampak MPH dulu sebelum nampak kedai lain.
ok fine! aku purak-purak sahaja..haha..
SUE & GEBOT yang berpurak jugak
aku mencari sambungan dari buku BAGAIKAN PUTERI. tajuk buku tu CINTA SANG RATU. ni belum baca lagi tau. sampai-sampai umah terus update blog nie. excited x terhingga nak cite kat sini. sangat gedik ka??haha..
tadaaa!!! buku sudah jumpe..cool kan cover die..nak mata mcm nie jugak la...
after tu jalan la p kesana kesini. macam-macam kedai masuk. kedai kasut la..try-try tapi x mau beli. sampai la p kedai MOMOE..masuk je kedai tu terus nampak kasut comel. wana puteh. sebelum aku menyesal x beli baik aku rembat dulu. kalo x mesti aku menyesal gile. macam aku menyesal x beli baju yang aku suka hari tu. sebab aku ingat baju tu akan ada lagi. tapi bile masuk F.O.S je tengok tengok baju tu x da. OMG!! dah la aku admire ngan baju tu. ermm wahai baju, kita memang x da jodoh utk bersama.sob sob sob..tapi x pe, kejap je sedih aku coz aku jumpe baju lain. sebelum aku sedih lagi. aku pun rembat jugak baju tu. pastu aku masuk JUSCO. tengok ada sale merata. tapi aku x beli ape pun. cuma beli seluar untuk MAK aje. pastu masa nak kua dari JUSCO tu tibe-tibe nampak ELIANTO. OMG!! singgah jap. ingat nak usha-usha je. sekali jadi lain da...so amik sikit la make up kat situ. sebenarnyer aku nie bukan suka make-up pun. saja gatal nak beli. haha
nie hasilnya..x banyak..tapi duit kua dengan banyak nyer...
sekarang kaki dah lenguh, badan dah sengal, mata dah kuyu..nak tido..tapi buku CINTA SANG RATU x baca lagi..bile nak bacanye??ermmmmm
Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016