Assalammualaikum..
lagi berapa hari je nak masuk bulan Ramadhan. aku memang sangat x sabar. sebabnya 1st time puasa sebagai isteri. yeaaahh!! bangun pagi-pagi, siapkan hidangan sahur untuk suami..sahur sama-sama..macam comel je kan? masa bujang dulu, lantak kau lah nak sahur ke x, tapi aku jenis manusia bangun sahur. suami aku je, dulu teringat, call banyak kali suruh bangun sahur pun, kadang-kadang je angkat. kalau tengok jam dah pukul 5.15 tapi x bangun-bangun memang aku tahu dia tido x sedar. tapi tahun ni, kalau aku kejut, x bangun memang siaplah..hahah..kejam! tapi sejak kahwin, bila aku nak puasa ganti, dia akan bangun sekali ngan aku. teman aku sahur. sweet x? haha..
ok, next week nak balik Kedah. jauh perjalanan wei.. tapi dah refer doctor dah samada aku boleh jalan jauh ke x, sebab next week aku dah 36 weeks bersamaan dengan 9 bulan. bak kata orang, anytime je boleh terbersalin. doctor cakap no problem tapi kena standby apa yang patut. barang baby dah masuk dalam beg, barang ibu pun kena packing jugak nanti kalau kena masuk hospital, x adalah kelam kabut suami aku tu. pastu dah mintak HR aku buat surat tiga surat nak bersalin nanti. dekat JB, dekat Sg. Buloh and dekat Kedah. aku x ada niat nak bersalin dekat mana-mana. if in case baby nak keluar kat kedah, manalah tahu kan?
tapi mintak-mintaklah baby bagi ibu dia makan ketupat palas ngan rendang. aku dah request kat mak mertua aku dah. sebabnya, nanti raya bukan boleh dapat makan semua tu.. tengok je orang makan time tu.. pastu baju raya pun x da. tapi aku dah cakap kat suami, aku nak tempah baju raya selepas raya. x kira! hahaha
1 comment:
heheeh
semoga dapat emrasa dulu weyyy
Post a Comment