Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, July 14, 2014

Shopping Baju Raya Azhad bila???

Next week dah nak balik kedah..
bila nak shopping baju Azhad ni..
ehhh Azhad x puasa pun dapat baju raya ke??
mestilah.. second time Azhad raya dengan Ibu Abah..
tapi yg ni first time Azhad dapat baju cantik-cantik..
sambil jalan terkedek kedek..
tahun lepas masa tu Ibu dia pun x dapat pakai baju cantik-cantik
sebab Azhad keluar 3 hari raya..


Azhad sekarang dh boleh tatih dah..
jauh jugak dia jalan..
tapi jalan jatuh..
nasib baik dia x putus asa..
good job sayang..
Ibu Abah Love u..
minggu depan kita shopping baju Azhad ye..

Thursday, July 10, 2014

Salam Ramadhan (Lambat!)

blog yg sepi..
bukan x nak update..
tapi malas..
dasar pemalas kan..


masih sempat lagi kot nak wish..
salam Ramadhan semua..
semoga Ramadhan tahun ni lebih bermakna..
gembira jugak tapi ingatlah anak kecil, org tua, kaum wanita and para Mujahidin dekat Palestine..
mereka tengah berjihad..
tetiba emo gila bila tengok dekat FB pasal serangan di Gaza..
x dapat beri tenaga 4 kerat ni..
kita tolong dari segi Doa dan wang..
Allah ada bersama kita..


ok tu jela buat masa ni..
kalo rajin aku update lagi..
again..
SALAM RAMADHAN..

Tuesday, July 23, 2013

Puasa: Main masak masak

sekarang ni macam malas nak update entry baru..
bukan x da..
ada je..
selalu je jengah blog orang lain..
tengok syok depa update pasal persiapan raya bagai..
:
:

aku punya persiapan macam mana??
:
:

x ada.. 0%..
:
:

sebabnya tahun ni nak raya pakai kain batik..
macam perempuan melayu terakhir gitu..
hahahahha..
:
:

ok, kat instagram aku dok sibuk post gambaq makanan..
sebabnya mak buyong ni rajin pulak memasak..
dah sarat-sarat ni pun nak masak lagi..
tapi dengan bantuan suami tercinta..
dia tolong apa yang patut..
tp chef nya mestilah aku kan..
:
:


nak gambaq lauk buka semalam..
semua homemade ye..
dengan balik kerja terus masak..
nasib barang dah ready awal-awal..
:
:

sebab kenapa aku malas nak membeli?
sebab makanan kat bazar sangat mahal..
so pikir balik, baik aku masak..
jimat pun jimat and x payah nak pikir lauk buat sahur nanti..
:
:

hari ni suami mintak kari ayam..

Friday, July 19, 2013

Puasa: Homemade Badak Berendam

ini cerita berbuka semalam..
sebabkan sangat teringin sangat nak makan Badak Berendam..
akhirnya dapat jugak..
tu pun homemade tau...
:
:

balik-balik kerja terus pergi kedai beli barang nak buat Badak Berendam ni.
start masak pukul 6.
nasib aku boleh buat kerja banyak dalam satu masa.
x adalah nak kena tunggu inti siap baru nak buat kuah bagai.
suami pulak lepas hantar aku balik rumah, dia keluar pergi bazar beli nasi.
aku x masak nasi sebab x sempat..
:
:

macam lipas kudung aku kat dapur..
bila siap buat inti ngn kuah dia,
aku pun buat la dia punya tepung..
tapi bila nak bungkus dengan inti, jadi lembik..
2 kali try x jadi..akhirnya aku buang..
aku tambah tepung lagi supaya x terlalu lembik..
tapi x jadi jugak..
macam nak nagis bila gentel tepung tu x jadi..
akhirnya hero aku balik..
masa tu dah pukul 6:45
aku suruh dia tolong buat..
bila dia buat, cantik je jadi bulat-bulat comel..
akhirnya aku serah tugas mengetel tu kat suami..
tangan aku x kreatif macam tangan dia..
huhu..
:
:

dah siap semua tu, masuk dalam peti sejuk nak bagi sejuk..
lepas tu masa nak buka puasa..suami cakap "kenapa kuah badak berendam ni jadi macam ni? sayang guna berapa kotak santan?" aku jawab 3 kotak. dia terkejut..dia mula la bebel-bebel manja..dia cakap santan kotak tu pati pekat..so jadilah badak berendam seperti gambar dibawah ni..
:
:

:
:

likat dan pekat..sedih..sebab suami makan pun macam kena paksa..lepas habis makan semua.. aku amik badak berendam tu.. buat sedikit pengubahsuaian.. masuk balik dalam periuk..tambah air, tambah gula.. pastu masak balik.. akhirnya jadilah badak berendam yang sebenar..
:
:

:
:

kali ni suami cakap sedap.. lepas trawikh, dia makan banyak..senang hati si isteri...dan bila aku share dekat instagram, x sngka pulak Ibu baru Irine Nadia komen kat gambar ni..
:
:

:
:

memang lawak badak berendam aku ni..


Thursday, July 18, 2013

Puasa: Kuih Badak Berendam

sedar x sedar dah 8 hari berpuasa..
and Alhmadulilah aku x tinggal lagi walaupun banyak sangat drama..
perut pedih la, lapar la, rasa nak muntah la..
tapi semua tu ku tahan labu..
berkat sokongan suami tercinta..
:
:

puasa pertama, kedua & ketiga kat Kedah.
bayangkan, waktu buka kat sana 7:40
hazab nak tunggu waktu buka.
pukul 6:30 dah lentok-lentok atas katil..
x larat nak tolong mak mertua masak..
nasib dia paham...
:
:

puasa keempat & kelima kat Sg. Buloh,
ok sikitlah sebab buka puasa pukul 7:30
x ada drama sangat.
then boleh bangun lambat lepas sahur..
pastu cuaca sangat sejuk dan nyaman...
x adalah penat sangat...
:
:

puasa keenam & sampai sekarang dah dekat Pasir Gudang,
lagi cepat.. 7:19 dah buka puasa..
drama tetap ada..
iaitu, nak makan apa buka nanti..sebab suami x bagi aku masak kalau kerja, dia kesian tengok aku penat, pastu kelam kabut nak masak. dia suruh beli aje. yelah aku kan dah sarat..tapi kalau dia nak aku masak aku ok je..so decide akan masak waktu weekend aje..
pastu kalau kat Pasir Gudang maknanya dah kerja kan? so x da nya nak bangun lewat-lewat, pastu waktu kerja pun dah lain. masuk pukul 8:30 pukul 5:00 dah balik..so kat ofis asyik la ngantuk. nasib bos faham keadaan aku..kadang-kadang tertido jugak..
:
:

petang ni rasa nya nak buat kuih Badak Berendam la.. ngidam sangat..semalam cari kat bazar x jumpa sedangkan sebelum ni aku tengok ada je. time aku dah nak sangat time tu jugak lah x da. satu bazar aku tawaf, tapi x jumpa pun si badak tu..mana dia berendam pun aku x tahu. so decide nak wat sendiri. makan sampai puas!

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan

Assalammualaikum..
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
:
:

Yeaahhh! Ramadhan datang lagi. 
semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada yang lepas-lepas.
penuh barakah, dan kita dapat menjalankan Ibadah ini dengan sesempurna yang boleh...
:
:

malam ni nak balik Sg Buloh, esok nak balik Kedah..
memang kuat berjalan betul mak buyong ni kan?
yang penting Ramadhan kali ni, aku sambut sebagai seorang isteri dan Insyaallah Ibu..
walaupun x beraya nanti and x tahu puasa kali ni penuh ke x..
:
:


sumber: En. Google

Tuesday, July 2, 2013

Nak Puasa Dah..

Assalammualaikum..

lagi berapa hari je nak masuk bulan Ramadhan. aku memang sangat x sabar. sebabnya 1st time puasa sebagai isteri. yeaaahh!! bangun pagi-pagi, siapkan hidangan sahur untuk suami..sahur sama-sama..macam comel je kan? masa bujang dulu, lantak kau lah nak sahur ke x, tapi aku jenis manusia bangun sahur. suami aku je, dulu teringat, call banyak kali suruh bangun sahur pun, kadang-kadang je angkat. kalau tengok jam dah pukul 5.15 tapi x bangun-bangun memang aku tahu dia tido x sedar. tapi tahun ni, kalau aku kejut, x bangun memang siaplah..hahah..kejam! tapi sejak kahwin, bila aku nak puasa ganti, dia akan bangun sekali ngan aku. teman aku sahur. sweet x? haha..


ok, next week nak balik Kedah. jauh perjalanan wei.. tapi dah refer doctor dah samada aku boleh jalan jauh ke x, sebab next week aku dah 36 weeks bersamaan dengan 9 bulan. bak kata orang, anytime je boleh terbersalin. doctor cakap no problem tapi kena standby apa yang patut. barang baby dah masuk dalam beg, barang ibu pun kena packing jugak nanti kalau kena masuk hospital, x adalah kelam kabut suami aku tu. pastu dah mintak HR aku buat surat tiga surat nak bersalin nanti. dekat JB, dekat Sg. Buloh and dekat Kedah. aku x ada niat nak bersalin dekat mana-mana. if in case baby nak keluar kat kedah, manalah tahu kan? 


tapi mintak-mintaklah baby bagi ibu dia makan ketupat palas ngan rendang. aku dah request kat mak mertua aku dah. sebabnya, nanti raya bukan boleh dapat makan semua tu.. tengok je orang makan time tu.. pastu baju raya pun x da. tapi aku dah cakap kat suami, aku nak tempah baju raya selepas raya. x kira! hahaha
Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016