sedar x sedar dah 8 hari berpuasa..
and Alhmadulilah aku x tinggal lagi walaupun banyak sangat drama..
perut pedih la, lapar la, rasa nak muntah la..
tapi semua tu ku tahan labu..
berkat sokongan suami tercinta..
:
:
:
puasa pertama, kedua & ketiga kat Kedah.
bayangkan, waktu buka kat sana 7:40
hazab nak tunggu waktu buka.
pukul 6:30 dah lentok-lentok atas katil..
x larat nak tolong mak mertua masak..
nasib dia paham...
:
:
:
:
puasa keempat & kelima kat Sg. Buloh,
ok sikitlah sebab buka puasa pukul 7:30
x ada drama sangat.
then boleh bangun lambat lepas sahur..
pastu cuaca sangat sejuk dan nyaman...
x adalah penat sangat...
:
:
puasa keenam & sampai sekarang dah dekat Pasir Gudang,
lagi cepat.. 7:19 dah buka puasa..
drama tetap ada..
iaitu, nak makan apa buka nanti..sebab suami x bagi aku masak kalau kerja, dia kesian tengok aku penat, pastu kelam kabut nak masak. dia suruh beli aje. yelah aku kan dah sarat..tapi kalau dia nak aku masak aku ok je..so decide akan masak waktu weekend aje..
pastu kalau kat Pasir Gudang maknanya dah kerja kan? so x da nya nak bangun lewat-lewat, pastu waktu kerja pun dah lain. masuk pukul 8:30 pukul 5:00 dah balik..so kat ofis asyik la ngantuk. nasib bos faham keadaan aku..kadang-kadang tertido jugak..
:
:
petang ni rasa nya nak buat kuih Badak Berendam la.. ngidam sangat..semalam cari kat bazar x jumpa sedangkan sebelum ni aku tengok ada je. time aku dah nak sangat time tu jugak lah x da. satu bazar aku tawaf, tapi x jumpa pun si badak tu..mana dia berendam pun aku x tahu. so decide nak wat sendiri. makan sampai puas!
No comments:
Post a Comment