Tuesday, February 2, 2016

Kronologi Bersalin Anak Ke-2 - Plasenta Privia Type III to IV Part 1

For the beginning, aku cerita dulu pasal my second baby. Rasanya tak pernah lagi aku cerita dekat dalam ni yang aku pregnant and bersalin baby ke-2. aku aktif FB and Instagram. So dekat situ aku selalu update.

At least adalah jugak memori anak ke-2 kat dalam ni.

Pada 22 Julai 2015 alhamdulilah aku selamat bersalin anak kedua dekat Hospital Sultan Ismail JB secara czer. Mengandung anak kedua ni banyak betul memori berbanding mengandung anak pertama. Awal-awal pregnancy aku dah tahu aku ada masalah. Uri dekat bawah.. atau medical terms Plasenta Previa. Masa tu doctor cakap "awak jangan risau..uri akan naik balik". Bila doctor cakap macam tu.. rasa x risau sangat. Sampailah minggu ke 30 pregnancy, masa check-up klinik kesihatan, aku tergerak hati beritahu nurse yang uri aku kat bawah. terus nurse refer doctor kat klinik kesihatan. Jumpa doctor, terus kena scan. sampai dua orang doctor tengok..and dorang cakap aku plasenta previa type 3 to 4. Ingatkan uri dah naik and dengan harapan boleh bersalin normal.. tapi hasil scan, memang uri tutup jalan habis. So kena refer specialist dekat HSI pada 1 Julai 2015. Doctor and nurse time tu dah bagi nasihat supaya aku jangan buat kerja berat and jangan dukung anak.

nak dijadikan cerita.. malam first Ramadhan 2015 (aku lupa puasa berapa haribulan) sebelum tarikh doctor bagi untuk refer specialist ada something berlaku pada aku..
 
suami aku pergi terawikh. aku yang suruh dia pergi sedangkan dia macam tak confident nak tinggalkan aku dengan anak aku Azhad. Tapi sebab aku suruh dia pergi jugak, dia pun pergi. Lepas Isyak, aku sempat buat sembahyang terawikh 8 rakaat, lepas tu Azhad buat perangai. Nampak macam dia mengantuk, so aku pun nak siap-siapkan dia untuk tidur. bawak dia pergi toilet, masa dia kat dalam toilet, dia buat perangai.. aku pun apa lagi dukung dia.. siap-siapkan dia semua, suami balik and masuk tidur macam biasa..
 
masa bangun tidur untuk sahur, aku dah rasa perut lain macam. Bila cakap kat suami, dia macam x ambil kesah sangat. sebab hari sebelum tu aku mengalami cirit birit yang teruk, so suami ingat symptom cirit-birit. Lepas sahur, tunggu subuh, aku buat kerja sikit..sidai kain baju, sapu rumah bagai.. lepas solat subuh, aku mengantuk lagi.. aku sambung tidur. Dalam pukul 8pagi macam tu, Azhad bangun.. aku mintak suami layan Azhad sebab aku macam ngantuk sangat.. masa tengah tidur, aku rasa macam ada benda mengalir.. aku panggil suami.. bila dia selak selimut terus dia cakap "Allahu Akhbar, bleeding" aku pun terus bangun.. tengok kaki, tilam baju semua penuh dengan darah.. macam nak pengsan sebab tak pernah tengok darah banyak macam tu..
 
akan bersambung dalam Kronologi Bersalin Anak Ke-2 - Plasenta Privia Type III to IV

No comments:

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016