Showing posts with label bersalin. Show all posts
Showing posts with label bersalin. Show all posts

Friday, February 5, 2016

Kronologi Bersalin Anak Ke-2 - Plasenta Privia Type III to IV - Final

Panjang sangat kronologi bersalin aku ni. Nak menghabiskan entry pun rasa macam bercinta sangat..
 
ok baiklah.. sambunglah kita dengan kronologi bersalin my second baby Faiq Nuruddin final part.
 
lepas semua doctor and nurse kelam-kabut tengok aku bleeding kat dalam ward hospital, nurse pun dah call OT untuk emergency czer. bila emergency czer, memang dia akan dahulukan.. dalam pukul 12 tengah ari macam tu, suami datang selepas aku call dia kata aku bleeding and nak kena czer. Bila dia sampai, muka suami nampak dah cuak, dia kemas semua barang-barang aku and dia cuba tenangkan aku.. sebab masa tu aku dah takut sangat. Seumur hidup aku, aku x pernah kena bedah lagi.
 
Pukul 1.30 petang, aku kena tolak pergi bilik OT. Suami ikut sama.. sampai depan bilik OT, dia tak boleh masuk.. dia cium dahi aku and bagi kata-kata semangat.
 
lepas masuk bilik OT, kena bius semua.. and bermulalah operasi membelah perut. Perasaan masa tu? sangat takut. Tapi alhamdulilah semua selamat.. dalam pukul 2 petang, dengar suara anak aku. Alhamdulilah, baby sihat.. terkejut bila doctor cakap baby 3.5kg and dia melintang dalam perut. Sebab, sebelum ni doctor assume baby aku tak besar dalm 2.8kg je and kepala baby dah dekat bawah. Tak apa, yang penting semua selamat..
 
 
inilah baby ibu.. Faiq Nuruddin.. sekarang dah 6 bulan. berat 10kg and still menyusu badan dengan aku. Target untuk full breastfeed 2 tahun. harap-harap impian ibu dimakbulkan Allah..
 
 

Thursday, February 4, 2016

Kronologi Bersalin Anak Ke-2 - Plasenta Privia Type III to IV - Part 3

Bersambung Kronologi Bersalin Anak Ke-2 - Plasenta Privia Type III to IV
 
Lepas raya ke-3, aku check-in balik hospital. Masa tu ada dalam 2 minggu sebelum tarikh czer. Bayangkan duduk dekat ward lama-lama. Suami datang melawat setiap hari. Tapi rindu dekat Azhad. Dapat jumpa pun hari sabtu and ahad. Tu pun dah kena jeling-jeling dengan mak guard.
 
Nak dijadikan cerita, pada 21/2/2015, lepas suami datang melawat dalam pukul 7 macam tu, aku rasa tak sedap perut. Tergerak hati nak beritahu nurse. Terus nurse buat CTG dekat aku and result CTG tu, nurse cakap ada contraction.. tengok graf pun mecanak-canak naik.. nurse call Operation Theatre (OT). Masa tu dah malam. Bagi kes Plasenta Privia jika ada contraction akan terus emergency czer sebab takut heavy bleeding. Lagi satu, kalau dah malam dekat OT doctor tak ramai. Specialist pun tak ada. So doctor dekat OT pun turun jumpa aku.. dia pegang-pegang perut..and dia kata baby aku gerak and assume false contraction. Jadinya, x jadilah czer malam tu.
 
Dalam pukul 10 malam macam tu, aku jadi cirit-birit.. memang x boleh tidur.. rasa perut x sedap.. aku beritahu doctor.. and doctor tu malas nak layan aku kot, dia cakap "puan jangan risau..ni false contraction saja". Bila doctor cakap macam tu aku pun cakaplah " terpulang doctor.. tapi saya rasa sekarang ni sama macam saya heavy bleeding haritu"
 
aku memang x boleh nak tidur malam tu. Asyik ke toilet je. Pagi tu, doctor specialist datang. Dia suruh buat CTG. masa tu x ada contraction pun. so dia suruh aku buka puasa. oh lupa nak beritahu, aku disuruh puasa 6 jam malam tu.. so bila dia suruh aku buka puasa, aku pun makan.. and sambung tidur balik.. dalam pukul 11 pagi macam tu, aku bangun tidur, aku tengok officemate aku check-in ward depan katil aku. borak sikit-sikit, and aku cakap nak mandi..
 
masa dalam toilet, dah mandi semua.. aku rasa macam x selesa dekat miss V aku... lepas tu aku dengar bunyi "pop" and rasa panas kat celah kangkang.. aku tengok, darah banyak turun macam air paip. nasib aku x panik. aku pakai baju semua, tarik bell kat dalam toilet.. dengar dekat luar nurse and doctor dah kecoh-kecoh. bila aku buka pintu bilik air.. masing-masing dah tercengang..
 
akan bersambung dalam Kronologi Bersalin Anak Ke-2 - Plasenta Privia Type III to IV - Final

Wednesday, February 3, 2016

Kronologi Bersalin Anak Ke-2 - Plasenta Privia Type III to IV - Part 2

Sambungan Kronologi Bersalin Anak Ke-2 - Plasenta Privia Type III to IV

Lepas tengok bleeding penuh dekat tilam, masa tu memang mengelabah sangat. Panik tak tahu nak buat apa. Aku terus suruh suami hantar Azhad dekat babysitter dia. Nasib rumah babysitter dengan rumah kami dekat. Aku bangun, gagah jugak jalan pergi toilet.. darah dah menitik-nitik masa jalan tu.. niat hati nak mandi.. tapi suami balik, tengok aku dekat toilet, dia cakap tak payah mandi dah. terus dia suruh ganti kain batik.. siap gitu-gitu je and nak pergi hospital.

Mula-mula suami nak drive tapi jiran cakap call ambulans. Nasib company aku memang ada ambulans and jarak antara rumah dengan tempat kerja sangat dekat. x sampai 10 minit, ambulans datang.. terus pergi emergency dekat HSI. Masa tu dah cuak sangat sebab rasa macam baby x gerak dalam perut.
 
Sampai-sampai dekat hospital.. terus kena bawak pergi bilik bersalin. Doktor dating, check tekanan darah, pasang CTG, pastu tanya bleeding banyak mana. lepas tu kena transfer masuk ward pulak. suami tak boleh tunggu dalam ward. Cuma waktu melawat dalam pukul 6 lebih suami dating bawak makanan untuk buka puasa. Rupanya masa tu aku diberitahu tak boleh makan and minum. Tapi aku cakap aku puasa..nak buka puasa. Nasib nurse bagi makan tapi pukul 8 malam kena start puasa balik. Sebabnya, doctor takut aku bleeding balik. Kalau bleeding balik, kes aku jadi emergency czer. So, aku kena tinggal dekat hospital selama 3 hari.
 
Lepas 3 hari, doctor bagi aku balik tapi dengan syarat, if bleeding lagi terus pergi hospital, jangan angkat benda berat, jangan travel. Dah lah masa tu puasa, fikir nak raya.. lagi kami buntu. tapi suami cakap raya tak payah balik kampong. Kita raya 3 beranak je dekat JB. Sedih je dengar. Dahlah family masing-masing jauh. Nasib mak aku nak dating jaga aku tapi seminggu sebelum raya mak aku balik Sg. Buloh kesian kat abah aku sebab kena tinggal lama-lama.
 
seminggu sebelum raya, aku kena check-in hospital balik sampai aku czer. sepatutnya aku czer 27/7/2015. Lama nak tunggu. Aku fikir, tak kan nak raya kat hospital. merayu dekat doctor nak balik rumah. kesian kat suami and anak.. doctor check semua, dia bagi lepas balik tapi raya ke-3 kena masuk hospital balik. sempatlah aku masak rending, ketupat and bihun sup tulang untuk raya. Terasa sikit kemeriahan raya.
 
Akan bersambung dalam Kronologi Bersalin Anak Ke-2 - Plasenta Privia Type III to IV

Tuesday, February 2, 2016

Kronologi Bersalin Anak Ke-2 - Plasenta Privia Type III to IV Part 1

For the beginning, aku cerita dulu pasal my second baby. Rasanya tak pernah lagi aku cerita dekat dalam ni yang aku pregnant and bersalin baby ke-2. aku aktif FB and Instagram. So dekat situ aku selalu update.

At least adalah jugak memori anak ke-2 kat dalam ni.

Pada 22 Julai 2015 alhamdulilah aku selamat bersalin anak kedua dekat Hospital Sultan Ismail JB secara czer. Mengandung anak kedua ni banyak betul memori berbanding mengandung anak pertama. Awal-awal pregnancy aku dah tahu aku ada masalah. Uri dekat bawah.. atau medical terms Plasenta Previa. Masa tu doctor cakap "awak jangan risau..uri akan naik balik". Bila doctor cakap macam tu.. rasa x risau sangat. Sampailah minggu ke 30 pregnancy, masa check-up klinik kesihatan, aku tergerak hati beritahu nurse yang uri aku kat bawah. terus nurse refer doctor kat klinik kesihatan. Jumpa doctor, terus kena scan. sampai dua orang doctor tengok..and dorang cakap aku plasenta previa type 3 to 4. Ingatkan uri dah naik and dengan harapan boleh bersalin normal.. tapi hasil scan, memang uri tutup jalan habis. So kena refer specialist dekat HSI pada 1 Julai 2015. Doctor and nurse time tu dah bagi nasihat supaya aku jangan buat kerja berat and jangan dukung anak.

nak dijadikan cerita.. malam first Ramadhan 2015 (aku lupa puasa berapa haribulan) sebelum tarikh doctor bagi untuk refer specialist ada something berlaku pada aku..
 
suami aku pergi terawikh. aku yang suruh dia pergi sedangkan dia macam tak confident nak tinggalkan aku dengan anak aku Azhad. Tapi sebab aku suruh dia pergi jugak, dia pun pergi. Lepas Isyak, aku sempat buat sembahyang terawikh 8 rakaat, lepas tu Azhad buat perangai. Nampak macam dia mengantuk, so aku pun nak siap-siapkan dia untuk tidur. bawak dia pergi toilet, masa dia kat dalam toilet, dia buat perangai.. aku pun apa lagi dukung dia.. siap-siapkan dia semua, suami balik and masuk tidur macam biasa..
 
masa bangun tidur untuk sahur, aku dah rasa perut lain macam. Bila cakap kat suami, dia macam x ambil kesah sangat. sebab hari sebelum tu aku mengalami cirit birit yang teruk, so suami ingat symptom cirit-birit. Lepas sahur, tunggu subuh, aku buat kerja sikit..sidai kain baju, sapu rumah bagai.. lepas solat subuh, aku mengantuk lagi.. aku sambung tidur. Dalam pukul 8pagi macam tu, Azhad bangun.. aku mintak suami layan Azhad sebab aku macam ngantuk sangat.. masa tengah tidur, aku rasa macam ada benda mengalir.. aku panggil suami.. bila dia selak selimut terus dia cakap "Allahu Akhbar, bleeding" aku pun terus bangun.. tengok kaki, tilam baju semua penuh dengan darah.. macam nak pengsan sebab tak pernah tengok darah banyak macam tu..
 
akan bersambung dalam Kronologi Bersalin Anak Ke-2 - Plasenta Privia Type III to IV
Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016