Tuesday, March 1, 2016

Rumah Pertama

Lama sangat mengepam blog ni. Baru je hari tu nekad nak aktif berblog. Ada je benda nak cerita tapi tak tercerita langsung kat sini..
 
Baiklah..
 
Selepas penantian lebih dari 2 tahun lebih, akhirnya apa yang ditunggu dapat jugak. Kami dapat kunci pertama kami. Alhamdulilah..
 
Masa beli rumah hari tu 2 tahun lebih yang lepas, kami main gamble je nak beli rumah ni. Masa tu saja-saja jalan kat show house area Scientax Pasir Gudang. Last-last terbekenan and terletak deposit rumah. Proses pinjaman loan semua senang.. urusan pembelian rumah Alhamdulilah mudah..
 
so bila dah start membayar setiap bulan, kami ni asyik ulang alik round rumah je. Tengok berapa % rumah dah siap walaupun masa tu hanya Nampak tiang je. Excited dia lain macam sikit.. so bila dah dapat kunci, kami x terus masuk rumah. kami buat sikit renovation. tambah tembok luar, buat cornice, buat kitchen cabinet, tukar sliding window, tukar pintu, wiring, and grill..
 
insyaAllah lepas ni kita update pasal dekorasi rumah pulak..
excited sangat!!

No comments:

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016