Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Thursday, March 28, 2013

Tips: Hilangkan Angin

Dulu masa awal mengandung aku selalu muntah-muntah. Makan apa aje muntah sampai perut masuk angin. Nak tunggu lepas 1st trimester tu rasa macam hazab sangat. Penat sangat sebab kita rasa nak makan. Pastu bila dah makan rasa nak keluar balik. Kalau kat rumah ok lagi. Cuba bayangkan time tu kat luar. Makan ngan suami. Pas makan dah buat muka.. muka hazab nak tahan muntah. Suami bagi sokongan moral suruh tahan.. tapi x tahan ajak suami balik. Kat dalam kereta dah ada plastik. Siap kan payung sebelum hujan katanya..


Masuk kereta je start la.. keluar semua. Sampai suami pun cakap dia kembang tekak. Kesian kat dia. Tapi dia tahan. Dia urut belakang aku.. Tq suami..


Akibatnya aku selalu masuk angin.. kalau dah kena tu memang rasa macam nak tertonggeng-tonggeng tahan. Kalau x mengandung aku selalu meniarap and letak bantal bawah perut. Bagi angin keluar. Bila dah keluar rasa macam bestnya.. tapi ni dah mengandung x berani nak buat macam tu. Kesian kat baby kena tindih..


Satu hari tu sebab x tahan, aku mintak pendapat kawan-kawan kat FB macam mana nak buat kalau perut masuk angin time mengandung. Macam-macam lah petua dorang turunkan dekat aku. Tapi sebab aku nak yang mudah. Aku ikut petua SIL aku. Dia cakap masa dia mengandung dulu dia ambil Supplement Garlic. And untuk pengetahuan korang, garlic bagus untuk buang angin selain halia. So aku ajak suami cari dekat Watson. Sebelum beli tanya kat orang farmasi supplement ni sesuai x untuk perempuan mengandung. Dia tanya kenapa nak makan. Aku cakap sebab aku selalu masuk angin and perut x selesa. Dia suggest kalau nak ambil, ambil yang dos rendah..


tengok kat tepi botol. yang ni apa yang dicadangkan orang farmasi tu dekat aku..


so ni lah supplement yang aku ambi.. Alhamdulilah angin-angin kurang dah. so kalau nak makan ape pun rasa macam sedap sikit. sebab dah x rasa sakit ada angin.


Beauty: Kegemaran Wanita

Hari isnin hari tu, aku ada pesan sesuatu. aku ni kan boleh dikategorikan sebagai perempuan yang suka shopping online. kalaulah Watson ke, Guardian ke ada online shop kan bes. x payah nak start enjin kereta, berpanas terik, or keluar malam-malam semata-mata nak beli barang penjagaan diri. malam tadi pun baru perasan Neurogain dah habis. kena beli baru. malas nak keluar derr...


Ok merapu banyak. kembali pada cerita asal. aku beli Hansaegee Nature. produk dari Korea. tapi alamat dekat Desa Park City KL je. bukan terus dari Korea. kalau terus dari Korea memang mahal la.. x mampu aku.. konon-konon nak feeling feeling muka macam artis Korea. tapi dah muka Jawa nak jadi Korea celah mana tah.. haha..


aku beli dua benda ni..



satu untuk tanggalkan segala blackheads, whiteheads or segala heads kat hidung. and lagi satu mineral mask.. 


first time pakai benda ni aku rasa ehh wangi nya.. syok pulak tu.. aku biarkan lebih dari 15 minit. sebab aku pakai dari mula start berita sampai habis berita. baru tanggal. suami aku pun pakai. sebab melayankan isteri dia ni so kena lah pakai. isteri nak cantik, suami pun kena tempias jugak.. harus lah kan..


and.. tadaaaa.. hasilnya.. yeeekkk!!! dulu rajin pergi buat facial. so orang yang buat facial tu yang keluarkan. x tahu macam mana rupanya. tapi sebab dah lama x buat facial sebab malas. hasilnya macam ni la.. hadooii seram pulak tengok.


lepas tu aku pakai mask pulak. dah jadi Suria Pekasa Hitam pulak..


sedap pakai mask ni. sejuk je.. sangat sejuk sampai lena..dalam 45 minit cam tu baru buka. lepas buka rasa macam waaaahhhh!! muka shining shining gitu. lembap je.. aku x terus basuh. aku biar je kulit aku serap semua mineral yang ada kat situ..


haaa.. hasilnya.. gambar baru di ambil tadi...


ok tipu.. ni gambar edit pakai camera 360. hihi.. tapi feel good sangat pakai produk ni. kalau pakai selalu boleh kot jadi kulit muka macam ni..hihi..kalah artis Korea u..

siapa nak beli boleh pergi dekat shop online dia Hansaegee Nature


note: x dapat pun upah promote produk dia ni.. huhu

note lagi: senang hati bos besar x da. jadi bos kecik la aku..hahha
Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016