Showing posts with label bertandang. Show all posts
Showing posts with label bertandang. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Gambar Pendang by KukoqNyoq Photography

Assalammualaikum...

Hai uols...lame sangat x update blog ni..sebenarnya aku cuti, balik kampung suami dekat Pendang, Kedah. syok duduk kampung ni uols..jadi teruja sangat. tengok sawah padi, ayam, itik, kambing..(mcm sebelum ni x pernah tengok je kan?) tapi disebabkan long time no see so macam jakun sikit la..hahaha


and paling best dah dapat gambar dari OP masa majlis bertandang. untuk majlis kat rumah sendiri x dapat lagi (x tahu bile nak dapat tah)..nak upload sikit la..


 with my Mak & my Abah


 family aku yang over kalau bergambar.. :)


 konsep pakai kami adalah simple tapi cantik..sesuai dengan suasana kampung.

ha..itu jela nak upload..nanti kalau rasa senang hati aku upload lagi ye...daaa :)

Wednesday, October 31, 2012

Review Majlis Bertandang

assalammualaikum..

harini aku cuti..dapat mc and doctor suruh duduk rumah rest cukup-cukup..not very well..bangun tido tadi rasa biasa je..then masa tengah iron baju suami pinggang rasa sakit sampai ke kaki..x larat sangat and kalau difikir-fikirkan baik pergi klinik aje sebab nanti kat office pun x akan tenang buat kerja kan..biasalah perempuan kan? then tadi doctor bagi ubat..dia cakap "kadang-kadang perempuan yang pregnant pun still bleeding jugak". tapi x rasa pun diri pregnant.

ermm so disebabkan aku ni free sangat. nak buat sikit review untuk majlis bertandang hari tu. dah sebulan lebih dah baru terhegeh-hegeh nak buat review bagaikan. gambar dari OP untuk majlis kedua-dua belah pihak x dapat lagi. x tahu bila boleh dapat. rasa macam x sabar sangat nak tengok gambar kahwin hari tu.

masa majlis bertandang hari tu x da pun pelamin, mak mertua sediakan meja makan beradab je. tapi meja makan beradap pun still ada backdrop and boleh buat 2 in 1..lepas aje makan terus angkat meja and susun kerusi and dapat bergambar bersama keluarga and kekawan.


ni gambar dalam bilik..cantik sangat bilik mak mertua sediakan tuk kami. sebab bilik kat rumah aku buat simple gile..x da pun nak upah-upah orang suruh buatkan. semuanya aku and family aku punya idea..

baju untuk majils bertandang ni memang baju kami sendiri. x sewa pun. sebab masa mula-mula nak sewa, tapi disebabkan aku ni jauh sangat and x nak menyusahkan mak mertua so decide nak pakai baju nikah aje. tapi ada sesuatu yang telah jadi pada baju nikah suami. tailor tu salah jahit baju. leher besar and suami x boleh nak pakai langsung baju tu. dah lah masa tu x silap aku 2 weeks before majlis. so decide nak beli baju sama. and cari baju yang sama jugak tapi x jumpa. so jadinya beli lah baju lain..so baju yang aku pakai untuk majlis bertandang tu baju yg sepatutnya aku pakai waktu nikah..

untuk makeup pulak. aku tanya kawan aku. dia dah kahwin and orang kampung suami. tanya dia amik kat mana. so memang x da test makeup bagai. aku deal ngan dorang pun by call. and mak mertua aku yang pergi butik tu. and syukur alhamdulilah makeup yang dia buat sangat cantik. sampaikan ada yang cakap muka aku macam Sari Yanti. oh ilusi semata-mata..so sesiapa yang menghadapi situasi macam aku, duduk jauh dapat pun orang jauh, sila jangan malu bertanya kepada kawan-kawan. and research sikit butik tu. tengok makeup dia. and butik ni pun ada koleksi baju yang cantik-cantik. so siapa berminat cari kat FB dorang Nb De Kasih. serius aku suka makeup dia..rasa macam nak bersanding lagi..hahahha

note: nak buat review tuk majlis kat rumah aku tapi gambar x da sangat. ni pun cilok gambar OP dekat kedah..

Monday, October 8, 2012

Gambar: Majlis Pendang..

Assalammualaikum...

dah second day duduk rumah sendiri...penat melayan suami ni. sekarang masak, kemas rumah, basuh pinggan semua sendirian berhad. suami tolong yang dia boleh tolong. suruh dia pasang penyidai, dia pasang..suruh dia buang sampah dia buang...tpi yang best bila aku masak, dia makan..x banyak cakap. siap puji cakap sedap sedangkan bila aku rasa, aku macam nak ajak dia makan luar je..malu la, sebab x sedap..xpelah, buat azam baru, nak belajar masak sungguh-sungguh. lagipun kan baru lagi..hiisshh...tula, dulu mak suruh belajar masak malas...sekarang hamik kau!!


ok, semalam dok gelak sakan ngn suami...gambar kat majlis sebelah laki dah nak siap..kawan suami yang amik gambar kami. so boleh buat perangai gila-gila. masa kat rumah aku, suami nak buat kepala pun dia malu. lagipun suami aku x reti nak senyum. tapi hasilnya, aku puas hati..credit to KukoqNyoq Photography..aku recommend dia kalo korang rasa nak try khidmat dia. and dia jugak sangat berpatutan harganya..pergilah dekat FB dia utk tengok hasil yang best..

with my sisters and anak-anak buah yang hepi sangat..and kami seperti berada didunia lain..romantik x kami??haha..

gambar yang super best..rasa macam kat zaman 70's pulak..suka sangat..

with nazif..yang sangat x boleh duduk diam..tengok bunga macam nak makan..

cantikkan awan kat belakang tu..


like..like..like...

 like yang ni jugak...

awesome kan gambar..memang serius x rugi amik dia..so sekarang tunggu gambar kat rumah aku pulak...bila nak siap tah...
Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016