Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Review Baju Kahwin (Resepsi)

Dah agak lama x buat review pasal majlis kahwin..selepas 8 bulan lebih and pregnant pun dah nak masuk 8 bulan, baru semalam aku and suami tengok gambar kahwin. tu pun suami cakap "sayang, mana pendrive gambar kahwin kita..nak tengoklah" kalau ikut aku, aku x nak tengok sebab sakit hati tengok badan aku yang dulu. sebab badan sekarang bagaikan di pam-pam guna pam basikal. tapi layankan ajelah suami nak tengok kan..

mula-mula, suami dok depan TV..tengok gambar kahwin pakai TV, laptop sakit xleh nak on.. cucuk pendrive kat TV. aku dok atas sofa.. buat muka malas nak tengok. layan FB lagi best. pastu tengok suami gelak-gelak.. so terjoin sekali. lepas tu turun bawah, dok sebelah suami..tiba-tiba mengeleset dengan suami sebab teringat saat-saat ijab kabul tu.. haha.. manja! (simptom ibu hamil..harap maaf..)

kualiti gambar kurang bagus ye sebabnya aku amik gambar tu melalui TV..maksudnya buka camera HP.. pastu suruh suami pause. then aku tangkap gambar tu. tu jadi macam belang-belang. malas nak transfer gambar masuk laptop sebab laptop tengah sakit sekarang ni..








 ni baju resepsi. aku mintak baju baru yang ni. memang masa ni aku cedok baju Irma Hasmie. sebab sangat suka dengan dress nikah dia. memang jatuh cinta gedebuk-gedebuk. aku x sewa pelamin pun ngan butik pengantin ni. sebab pelamin aku dapat murah dari kawan akak aku. so baju and sekali make up RM1500.. mahal! semua cakap mahal. tapi sebab aku x da masa aku tempah je kat butik tu. aku suka dress dia..tapi aku x suka makeup dia. sebab bulu mata palsu aku nak tertanggal. masa nak outdoor kena singgah butik pengantin tukar bulu mata. tu pun still rasa macam x cantik. makeup nikah is better..


mula-mula baju ni dia wat corak lain..masa tu dia MMS gambar baju tu. menagis la aku. dah lah jauh. kat JB, dia pulak kat Sg. Buloh.. last-last suami aku (belum lagi masa tu) call dorang suka ikut design asal. sampaikan apa-apa urusan dengan butik tu aku malas nak amik tahu. hand over kat suami aku je. dia pun pening. sebab dia bukan tahu sangat pasal baju-baju ni. dia serah 100% kat aku. so bila jadi macam tu, dia jadi orang tengah. aku cakap macam ni, nanti dia sampaikan..


then minggu lepas kawan aku datang rumah mak aku sebab nak hantar kad kahwin, borak sal baju kahwin aku ni, akak aku cakap, butik tu dah up kan harga baju. dulu RM1500 kan..skarang jadi RM2000. sebab adik kawan akak aku nak guna baju aku ni tuk majlis dia. tapi disebabkan baju ni dah keluar majalah. dia pun up kan harga. kalau baju second hand maksud aku baju orang dah pakai, kan jadi murah kan..tapi butik ni memang design dia cantik-cantik. kawan Hatta Dolmat kot. dia lah yang cakap..betul ke x, biarkan aje..haha

Friday, November 16, 2012

Tips Bakal Pengantin ke?

Assalammualaikum..


hari ni nk buat entry kahwin-kahwin la..walaupun dah kahwin 2 bulan yang lepas. tapi sebab ada my girlfriend a.k.a kawan sok sek sok aku tanya tadi macam mane aku boleh buat majlis kahwin sedangkan aku and suami baru je nak hidup..tu dia mintak tips macam mana aku boleh melangsungkan perkahwinan kami dengan jayanya.. (alhamdulilah)

ok firstly, aku and suami memang baru keje. dulu keje dah tapi duit gaji x kemana. cukup bulan habis. menyimpan pun sikit je..(aku lah tu) then suddenly last year aku macam nak sangat ada ikatan dengan suami sebab hubungan kami dah almost 3 years. so x kan nak macam tu je kan? sampai bila kan? aku bercinta bukan nak suka-suka. sebab mana ada istilah bercinta dalam islam. memang x da. kalau nak kahwin terus. x payah lama-lama kan..

so last year macam dah spend sikit duit la.. sebab aku tahu aku x boleh nak harapkan suami sorang tuk tanggung semua kos perkahwinan. untungnya orang perempuan sebab orang perempuan ni dapat duit hantaran and duit mas kahwin. so boleh ringankan beban pihak perempuan. tapi bagi aku, aku nak tolong jugak suami aku. everything we share together.

so beli barang hantaran sikit-sikit. setiap bulan spend RM500 untuk beli barang hantaran. then tuk tips yang terbaik, beli time sale gile-gile. hari tu kebetulan sale kat SOGO. aku x sangka aku boleh beli 3 items tuk hantaran suami bersama-sama handbag tu aku (then claim balik kat suami) and siap beli cadar kahwin bagai. jimat kan?


selain itu, kalau nak jimat, try buat survey butik pengantin yang boleh bagi korang servis yang tip top. baju yang terkini, pelamin yang murah, makeup yang cantik but under budget. macam aku, alhamdulilah, pelamin aku sangat murah. RM500 je. tapi sangat puas hati sebab pelamin tu kawan akak aku yang tolong buat. dia kata harga kawan-kawan. dari situ aku boleh kurangkan budget. baju resepi aku aku sepersalinan aja..RM1500..so baju + pelamin=RM2000.. still in my budget. cuma part servis butik pengantin yang buat baju aku tu yang aku x suka sangat. nanti story lain...







pelamin kecik je sebab rumah pun kecik jugak..x leh wat besar-besar, x cukup ruang..

aku jugak bagi sebahagian 50% duit hantaran kat mak aku tuk buat preparation untuk makanan and kemah semua. disebabkan konsep kenduri aku tu rewang so kat situ boleh jimat. mak aku bayar canopi semua tu lepas majlis sebab kebanyakkan tetamu datang dia bagi salam keruk..(salam tapi buh duit sekali) dari situ rasa ringan beban kami. mak guna duit tu jugak tuk bayar semua sekali. and ada balance mak bagi kat aku sikit sebab masa tu nak pindah rumah baru..


bagi aku, x payah majlis macam artis. artis majlis macam wedding of the year sebab dorang banyak sponsar. kita ni orang biasa. kalau ada yang sponsar syukur alhamdulilah, kalau x da buat la sekadar yang termampu aja. yang penting jangan membazir. perkahwinan ni untuk mencari keredhaan Allah. jangan sampai Allah tarik redha Dia pada kita..banyak lagi nak guna duit after kahwin...



note: Good luck for bakal pengantin semua..nak wat kerja baik ni Allah akan tolong punya.. percayalah..

Thursday, November 15, 2012

Gambar Pendang by KukoqNyoq Photography

Assalammualaikum...

Hai uols...lame sangat x update blog ni..sebenarnya aku cuti, balik kampung suami dekat Pendang, Kedah. syok duduk kampung ni uols..jadi teruja sangat. tengok sawah padi, ayam, itik, kambing..(mcm sebelum ni x pernah tengok je kan?) tapi disebabkan long time no see so macam jakun sikit la..hahaha


and paling best dah dapat gambar dari OP masa majlis bertandang. untuk majlis kat rumah sendiri x dapat lagi (x tahu bile nak dapat tah)..nak upload sikit la..


 with my Mak & my Abah


 family aku yang over kalau bergambar.. :)


 konsep pakai kami adalah simple tapi cantik..sesuai dengan suasana kampung.

ha..itu jela nak upload..nanti kalau rasa senang hati aku upload lagi ye...daaa :)

Wednesday, October 31, 2012

Review Majlis Bertandang

assalammualaikum..

harini aku cuti..dapat mc and doctor suruh duduk rumah rest cukup-cukup..not very well..bangun tido tadi rasa biasa je..then masa tengah iron baju suami pinggang rasa sakit sampai ke kaki..x larat sangat and kalau difikir-fikirkan baik pergi klinik aje sebab nanti kat office pun x akan tenang buat kerja kan..biasalah perempuan kan? then tadi doctor bagi ubat..dia cakap "kadang-kadang perempuan yang pregnant pun still bleeding jugak". tapi x rasa pun diri pregnant.

ermm so disebabkan aku ni free sangat. nak buat sikit review untuk majlis bertandang hari tu. dah sebulan lebih dah baru terhegeh-hegeh nak buat review bagaikan. gambar dari OP untuk majlis kedua-dua belah pihak x dapat lagi. x tahu bila boleh dapat. rasa macam x sabar sangat nak tengok gambar kahwin hari tu.

masa majlis bertandang hari tu x da pun pelamin, mak mertua sediakan meja makan beradab je. tapi meja makan beradap pun still ada backdrop and boleh buat 2 in 1..lepas aje makan terus angkat meja and susun kerusi and dapat bergambar bersama keluarga and kekawan.


ni gambar dalam bilik..cantik sangat bilik mak mertua sediakan tuk kami. sebab bilik kat rumah aku buat simple gile..x da pun nak upah-upah orang suruh buatkan. semuanya aku and family aku punya idea..

baju untuk majils bertandang ni memang baju kami sendiri. x sewa pun. sebab masa mula-mula nak sewa, tapi disebabkan aku ni jauh sangat and x nak menyusahkan mak mertua so decide nak pakai baju nikah aje. tapi ada sesuatu yang telah jadi pada baju nikah suami. tailor tu salah jahit baju. leher besar and suami x boleh nak pakai langsung baju tu. dah lah masa tu x silap aku 2 weeks before majlis. so decide nak beli baju sama. and cari baju yang sama jugak tapi x jumpa. so jadinya beli lah baju lain..so baju yang aku pakai untuk majlis bertandang tu baju yg sepatutnya aku pakai waktu nikah..

untuk makeup pulak. aku tanya kawan aku. dia dah kahwin and orang kampung suami. tanya dia amik kat mana. so memang x da test makeup bagai. aku deal ngan dorang pun by call. and mak mertua aku yang pergi butik tu. and syukur alhamdulilah makeup yang dia buat sangat cantik. sampaikan ada yang cakap muka aku macam Sari Yanti. oh ilusi semata-mata..so sesiapa yang menghadapi situasi macam aku, duduk jauh dapat pun orang jauh, sila jangan malu bertanya kepada kawan-kawan. and research sikit butik tu. tengok makeup dia. and butik ni pun ada koleksi baju yang cantik-cantik. so siapa berminat cari kat FB dorang Nb De Kasih. serius aku suka makeup dia..rasa macam nak bersanding lagi..hahahha

note: nak buat review tuk majlis kat rumah aku tapi gambar x da sangat. ni pun cilok gambar OP dekat kedah..

Monday, October 8, 2012

Gambar: Majlis Pendang..

Assalammualaikum...

dah second day duduk rumah sendiri...penat melayan suami ni. sekarang masak, kemas rumah, basuh pinggan semua sendirian berhad. suami tolong yang dia boleh tolong. suruh dia pasang penyidai, dia pasang..suruh dia buang sampah dia buang...tpi yang best bila aku masak, dia makan..x banyak cakap. siap puji cakap sedap sedangkan bila aku rasa, aku macam nak ajak dia makan luar je..malu la, sebab x sedap..xpelah, buat azam baru, nak belajar masak sungguh-sungguh. lagipun kan baru lagi..hiisshh...tula, dulu mak suruh belajar masak malas...sekarang hamik kau!!


ok, semalam dok gelak sakan ngn suami...gambar kat majlis sebelah laki dah nak siap..kawan suami yang amik gambar kami. so boleh buat perangai gila-gila. masa kat rumah aku, suami nak buat kepala pun dia malu. lagipun suami aku x reti nak senyum. tapi hasilnya, aku puas hati..credit to KukoqNyoq Photography..aku recommend dia kalo korang rasa nak try khidmat dia. and dia jugak sangat berpatutan harganya..pergilah dekat FB dia utk tengok hasil yang best..

with my sisters and anak-anak buah yang hepi sangat..and kami seperti berada didunia lain..romantik x kami??haha..

gambar yang super best..rasa macam kat zaman 70's pulak..suka sangat..

with nazif..yang sangat x boleh duduk diam..tengok bunga macam nak makan..

cantikkan awan kat belakang tu..


like..like..like...

 like yang ni jugak...

awesome kan gambar..memang serius x rugi amik dia..so sekarang tunggu gambar kat rumah aku pulak...bila nak siap tah...

Thursday, October 4, 2012

Album & Kad Ucapan

Assalammualaikum korang...

harini mood mengemas datang..so packing barang, baju semua masuk dalam beg sebab besok after kerja nak pergi rumah sewa kami nak anta semua barang tu. so hari sabtu nanti x dalah rasa macam kelam kabut gila nak kemas rumah tu kan? so besok jugak plan nak sembahyang kat rumah tu. al-maklumlah, rumah tu kosong dah lama. x tahu ada apa dalam rumah tu kan? so mintak suami tolong bacakan Yassin sekali besok. aku pulak..ermm paham-paham ajelah..women time..hihi..tapi besok x plan nak tido rumah tu lagi la..balik skudai balik..sebab barang-barang macam tilam, meja, semua tu hari sabtu baru kedai perabot nak hantar..

tadi masa tengah kemas-kemas, teringat kat ucapan yang kawan-kawan bagi. so aku and suami susun atur la dalam albun yang super gojes pemberian kawan suami..memang serius super gojes sangat!!!


i told you...album ni gojes sebab ada nama kami lagi...tapi sayang tarik tu salah..bukan 22 julai tapi 22 september la..


ni pulak kad ucapan dari kawan-kawan..aku abadikan dalam album gojes tu..and sekarang x sabar nak tunggu gambar dari OP aku..bila nak siap pun aku x tahu...

Wednesday, September 26, 2012

Gambar: Majlis Resepsi 16/9/2012

Assalammualaikum..

macam lame sangat lepas jadi Puan ni aku x update entry baru kan? x sempat ke malas???haha..nak sesuaikan diri dari seorang menjadi berdua. ada suami yang perlu dijaga makan minumnya walaupun aku baru sekali masak untuk suami. tapi bukan bermaksud x nak masak. tapi buat masa ni menumpang dekat rumah akak. so masak bersama akak la..belum 100% air tangan isteri. insyallah, next week pindah rumah sendiri. duduk berdua bersama suami and boleh masak-masak untuk suami. bak kata kawan aku "macam main pondok-pondok".

ada gambar untuk majlis resepsi kat rumah aku hari tu. nak upload banyak-banyak rasa macam x semangat nak edit.

  gambar dari camera abang aku..

Wednesday, September 19, 2012

Dia Suami Saya

Alhamdulilah..dengan sekali lafaz..dia menjadi suami saya..teman saya dunia akhirat insyallah..dan juga imam saya..Semoga ikatan perkahwinan ini akan terus kekal sehingga ke Jannah..

Wanie & Zikrey

Thursday, September 6, 2012

Dugaan Kahwin 2

apa yang diharap..apa yang diimpikan x jadi kenyataan..apa rasanya??sakit hati kan? sedihkan? geramkan? and rasa macam x nak kahwinkan?and bila ada orang cakap majlis aku nanti x ada orang datang sebab banyak lagi majlis kahwin time tu memang rasa lagi tertekan kan?baik pakai baju kurung time raya hari tu je masa kahwin nanti..


Saturday, June 16, 2012

Kursus Kahwin part 2

assalammualaikum...

hari ini penat tak terhingga. baru pukul 8 mata dah layu. tapi tak boleh nak tido awal sebab takut tengah malam nanti terjaga..

arini baru hari pertama pergi kursus kawen. baru hari pertama. tapi penat nya macam dah berhari-hari. sedangkan hanya duduk dan dengar aje pun. tapi seronok jugak sebab banyak info yang berguna lagi-lagi tentang alam rumah tangga..

sebenarnya, bagi aku kursus kawen ni sesuai untuk orang yang lagi berapa bulan nak kawen. macam aku ni..hihi..sebab..kita still ingat ape yang kita belajar, and try praktik kan benda tu dekat rumah. insyallah, kita akan bahagia. so kepada bakal pengantin, dan jugak pada diri sendiri..nanti masa time kenduri muka dah makeup cantik..tapi jangan lupa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Solat jangan tinggal. so tips nya, sebelum makeup, amik air sembahyang siap-siap..bila dengar je azan..suh mak andam berhenti makeup and solat dulu..yang penting mak andam kena perempuan. jangan amik mak nyah..semoga nanti majlis kita akan jadi majlis yang barakah and penuh dengan pahala..buka majlis penuh dengan dosa...


Friday, June 15, 2012

Kursus Kahwin

assalammualaikum..

sunyi nya malam ni..Malam sabtu yang sunyi. tetibe teringat dekat mak and abah..rasa macam rindu sangat. kalo dulu weekend je dah start enji kereta balik umah mak and abah. tapi sekarang, nak start enjin kereta nak balik kena pikir banyak kali..jauh..dengan kos lagi. sebab sekarang x macam dulu. dulu hidup sendiri..sekarang hidup di fasa nak berdua. perjalanan hampir sampai. kena banyak berkorban. kena korban macam-macam..tapi yang penting, saya sayang and rindu dekat mak and abah..

besok kena bangun pagi. lagi 3 bulan je lagi..genap arini..3 bulan sebelum masuk fasa baru dalam hidup. so bile orang cakap "ha! baru nak amik kursus kawen??" yes! memang besok baru nak pergi amik kursus kawen. besok masing-masing free and kursus ni perlu amik cepat sebab next step akan terbantut kalo x pergi amik kursus kawen. nak kena daftar nikah semua.. benda tu kan penting. and hopefully benda tu semua beres before puasa nanti sebab nanti. kad jemputan pulak dah finalize but ada few thing yang nak diubah oleh encik tunang selepas aku cakap confirm ngn kedai tu. besok mintak-mintak kedai tu still boleh terima sebarang perubahan. en. tunang saya agak cerewat jugak sebenarnya..

kadang-kala bile Allah bagi kita kesusaahan sebab akan wujud kenikmatan dalam kesusahan itu..walaupun payah..dugaan itu perlu ditempuh untuk merasai nilai kenikmatan.. 

Thursday, June 14, 2012

Harapan

assalammualaikum..

rasa cam nak nages je malam ni..ermm bile pikir bajet akan lari berbatu-batu..nak harapkan duit hantaran 100% memang x boleh..bagi mak sikit buat kenduri nanti..aku hanya mampu berdoa semoga Allah luaskan pintu rezeki buat aku..bukan nak buat benda x elok..aku nak buat pahala ni..memang kalo makin dipikirkan...memang makin serabut..serabut sampai x boleh nak tido malam...ni dah nak dekat pukul 12 pun masih berjaga..Ya Allah..tolonglah permudahkan segalanya..

Sunday, June 10, 2012

Keliru..tak tahu..

assalammualaikum...

dah pukul 4.45 pagi..masih x tido lagi sebab layan EUFA 2012 antara Germany and Portugal...and of coz la aku pilih Germany kan...aku memang setia pada yang satu..haha..and finally Germany is winner tonight! and this Tuesday i got breakfast..Nasi Ambeng..haha..bukan judi but suka-suka je. kalo x dapat Nasi Ambeng pun aku still akan sokong Germany..Go Germany!!!

ok x mau cerita pasal bola dah.. sekarang ni aku menghadapi kecelaruan nak pakai tudung ape for my nikah day. baju nikah dah tempah and insyallah bulan sembilan ni boleh amik. and hopefully akan jadi macam ape yang aku idamkan. ok tudung ape yg sesuai ni..


nak pakai tudung Ariani ke? aritu masa tunang dah pakai tudung macam ni..and memang senang je sebab sarung aje..


ke nak pakai tudung ni??cantik..suka tgk material yang kat atas kepala tu..x payah nak pkai benda alah yang serabut bagai kat kepala nanti..nak just nice je..tapi sesuai ke dengan muka??


x pun yang ni? tudung bawal??? tapi dh biasa sangat bawal-bawal ni..


ke nk pakai shawl je??tp aku ni dh selalu sangat pkai shawl ni..tp mcm suka jugak dengan shawl ni.

ok. aku still keliru..x tahu yang mana satu..please help me to decide mana yang better??

Sunday, May 20, 2012

Selamat Pengantin Baru

assalammualaikum...


banyak dapat jemputan kahwin untuk next month..ala macam mana ni??banyak jemputan kena tapis ni..nk pergi ke x nk..di sebabkan oleh masalah-masalah terutamanya duit. sebab semua jemputan kahwin dari arah KL..minggu depan nak balik..x kn nanti nak balik lg??so di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada kawan-kawan saya sebab saya x dapat datang your wedding...wish u all bahagia sampai akhirat..jadi isteri solehah ye..taati suami..

Wednesday, May 16, 2012

Persiapan..

assalammualaikum...

arini boleh update dengan tenang dekat rumah. sebab internet kejap boleh kejap dia jadi bengong. nak update blog sunyi sepi ni kat opis memang x la kan..ok, aku still in mood frust coz x dapat kerja tu. its not official yg cakap aku x dapat. tp sebab aku x dapat jawapan lagi. so utk x nak membuat jiwa aku terseksa dan merana, so anggap jela x da rezeki and aku buat kerja aku yang ada sekarang ni macam biasa. ingat senang ke nak naik pangkat??kerja baru berapa bulan dan nak berangan u...

ok, lagi 3 bulan je..persiapan baru berapa percent..nak kata 50% x boleh nak cakap..but insyallah next month semua kena booking dah..kena bayar deposit semua. macam-macam..rasa macam x cukup duit je ni..tp aku dah bagitahu dulu..aku nak buat sesimple yang boleh. x nak ada pembaziran. sekarang aku rasa aku dh confirm nak amik kad dekat mana, kek utk doorgift ngn sape..tp sekarang nak survey barang special untuk my friend. then ape lagi??oh baju..pelamin..semua in proses..

now..i'm tired..coz today banyak keje kena siapkan..next week ada org jauh nak datang..so kena balik sg buloh..debar la..lagi bape ari je ni... 

Wednesday, April 25, 2012

Cuai

assalammualaikum..

alhamdulilah dah kenyang..lunch arini aku makan sayur je..sebab tengok lauk x menarik. so why not berjimat cermat and sayur sayuran kan sangat bagus utk kesihatan. ok aku bukan pakar kesihatan. tahu sikit-sikit tu boleh la..


arini macam-macam jadi..pagi tadi tengah elok bawak kereta tetibe boleh tertanya kat kawan aku. "Nurul, tengok road-tax aku abis bile?".."bulan ni la wani..tengok mcm tulis APRIL je"..haaa..memang betul road-tax abis bulan ni. bajet ingat bulan depan and konon-konon masih ada masa nk simpan lagi sikit duit roas-tax..haa..kan dah jadi mengelabah..dengan geran kereta semua kt sg. buloh. memang x mampu la aku nak buat ape selain berharap pada abah aku untuk menyelesaikannya. baru je rasa macam nak jadi anak yg sweet gile x menyusahkan orang tua..aduuhhhaiii..xpela nasib jumat ni aku balik sana. boleh selesaikan.


please la lain kali jangan macam ni. tulis kat diari bile kena renew lesen, road-tax and segala bagai. aku ni suka amik endah x endah. and kesian jugak kepada kawan aku sebab aku dah oder barang untuk set hantaran kat dia. then terpaksa cancel kan sebab semua benda ni lah..kena amik next month la..sian kat dia. aku x sengaja..
aduuhaai...

Saturday, April 14, 2012

Debaran siri 2

assalammualaikum..

tambah entry baru buat kali kedua hari ini..sangat gembira kan arini.. sebab arini dapat mengahadap laptop dan bersuka hati online. and make some preparation for that day! debaran makin terasa. Ya Allah..sampaikan rasa macam sangat nervous. sedangkan bukan buat ape pun.

aku tengah taip entry ni sambil tunggu azan magrib. jap g nk prepare solat magrib pulak. so sambil-sambil la ni. harini online memang khusus nk cari sikit bahan pasal hari ITU! and online with my sis...send picture yg aku rs mcm aku nak and dia akan uruskan dari sg buloh. al maklumlah aku jauh. nak berulang alik jb-sg buloh memang kopak la poket aku. nasib aku ada pembantu kat sana. dia yang pikir kan. aku cari ape yg aku rasa nak. sebab aku dah ada tema yang aku rasa nak. nak buat ala-ala garden gitu. hahah..and aku rasa sangat suka dengan baju aida gadis melayu ni pakai masa dia nikah. nak cedok style dia memang x la kn? debar dah sangat ni..tolak tambah kali bahagi..lagi 5 bulan lebih je lagi..takut nya..

aku suka..suka veil yg dia pakai itu..sebab tema nikah silver kelabu..hihi..

nota: hari ini rasa sangat bersyukur..tenang sangat..terima kasih Ya Allah..

Debaran makin terasa

assalammualaikum..

sangat busy lately ni..sedang bertungkus lumus nak siapkan projek yg dateline dia nk hampir..macam x terkejar. pas tu nak kejar bulan 5 ni pulak..lagi satu majlis besar yang akan merubah hidup aku..hihi debar-debar ni..nasib ada pembantu disana. yang sudi tolong itu ini. and bile sempat online baru aku tahu..banyak lagi benda aku nak siapkan..and macam-macam benda kena booking cepat. lagi berapa bulan je lagi. semuanya terasa kelam kabut...terasa x cukup otak nak berfikir...

Ya Allah permudahkan segala-galanya..semoga semua berjalan dengan sempurna..

Saturday, March 17, 2012

Simple je..

assalammualaikum...

x tahu nak buat apa dimalam minggu ni..no program.. just lepak umah my sister and tido, online, makan...memang bes hidup bujang. nanti dah kawen dah x boleh nak rasa macam ni dah. so ada masa ni, kena menikmati hidup bujang sepuasnya..hihi

disebabkan aku ni dah x da buat apa. so tangan ni dok menggatal cari sample wedding card. aku x suka yang heavy sangat. aku suka yang simple and comel..kalo boleh nk wat mcm kad yang x payah nak lipat-lipat tu macam selalu tu...ok ni few kad yang aku jumpa dah and i think i really like it. tapi kena approval dari encik kekasih. takut dia x nak pulak. tapi selalu dia x akan membantah. sebab dah namanya lelaki. semua dia pass kat perempuan nak buat sampaikan pasal kursus kawen pun aku kena pikir gak..adoii..




yang ni contoh je...kena cari kedai kad murah pulak...byk keje jugak ni..

Tuesday, March 13, 2012

Selalu aje lupa

sibuk pikir macam-macam..pikir pasal majlis yang insyallah akan berlangsung end of this year..nak wat checklist tapi berterabur..x tersusun..sepatutnya yang penting dulu. tapi yang x berapa penting didahulukan..nasib teringat nak renew lesen..kalo x memang wat x tahu je and drive dengan lesen yang dah mati...adduii pening dengan segala hal. nasib ada pembantu-pembantu disana yang tolong survey ape yang perlu. kalo x memang patah kaki la ni...


*kenapergikursuskawenbarubolehkawen ACIK WANIE!!!*
Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016