Dah agak lama x buat review pasal majlis kahwin..selepas 8 bulan lebih and pregnant pun dah nak masuk 8 bulan, baru semalam aku and suami tengok gambar kahwin. tu pun suami cakap "sayang, mana pendrive gambar kahwin kita..nak tengoklah" kalau ikut aku, aku x nak tengok sebab sakit hati tengok badan aku yang dulu. sebab badan sekarang bagaikan di pam-pam guna pam basikal. tapi layankan ajelah suami nak tengok kan..
mula-mula, suami dok depan TV..tengok gambar kahwin pakai TV, laptop sakit xleh nak on.. cucuk pendrive kat TV. aku dok atas sofa.. buat muka malas nak tengok. layan FB lagi best. pastu tengok suami gelak-gelak.. so terjoin sekali. lepas tu turun bawah, dok sebelah suami..tiba-tiba mengeleset dengan suami sebab teringat saat-saat ijab kabul tu.. haha.. manja! (simptom ibu hamil..harap maaf..)
kualiti gambar kurang bagus ye sebabnya aku amik gambar tu melalui TV..maksudnya buka camera HP.. pastu suruh suami pause. then aku tangkap gambar tu. tu jadi macam belang-belang. malas nak transfer gambar masuk laptop sebab laptop tengah sakit sekarang ni..
ni baju resepsi. aku mintak baju baru yang ni. memang masa ni aku cedok baju Irma Hasmie. sebab sangat suka dengan dress nikah dia. memang jatuh cinta gedebuk-gedebuk. aku x sewa pelamin pun ngan butik pengantin ni. sebab pelamin aku dapat murah dari kawan akak aku. so baju and sekali make up RM1500.. mahal! semua cakap mahal. tapi sebab aku x da masa aku tempah je kat butik tu. aku suka dress dia..tapi aku x suka makeup dia. sebab bulu mata palsu aku nak tertanggal. masa nak outdoor kena singgah butik pengantin tukar bulu mata. tu pun still rasa macam x cantik. makeup nikah is better..
mula-mula baju ni dia wat corak lain..masa tu dia MMS gambar baju tu. menagis la aku. dah lah jauh. kat JB, dia pulak kat Sg. Buloh.. last-last suami aku (belum lagi masa tu) call dorang suka ikut design asal. sampaikan apa-apa urusan dengan butik tu aku malas nak amik tahu. hand over kat suami aku je. dia pun pening. sebab dia bukan tahu sangat pasal baju-baju ni. dia serah 100% kat aku. so bila jadi macam tu, dia jadi orang tengah. aku cakap macam ni, nanti dia sampaikan..
then minggu lepas kawan aku datang rumah mak aku sebab nak hantar kad kahwin, borak sal baju kahwin aku ni, akak aku cakap, butik tu dah up kan harga baju. dulu RM1500 kan..skarang jadi RM2000. sebab adik kawan akak aku nak guna baju aku ni tuk majlis dia. tapi disebabkan baju ni dah keluar majalah. dia pun up kan harga. kalau baju second hand maksud aku baju orang dah pakai, kan jadi murah kan..tapi butik ni memang design dia cantik-cantik. kawan Hatta Dolmat kot. dia lah yang cakap..betul ke x, biarkan aje..haha
2 comments:
seriously baju ni sangatlah cantik dan kene sangat dgn ko..sangat la lawa ok
tu la..rasa macam nak pakai byk kali e..hihi
Post a Comment