Friday, February 5, 2016

Kronologi Bersalin Anak Ke-2 - Plasenta Privia Type III to IV - Final

Panjang sangat kronologi bersalin aku ni. Nak menghabiskan entry pun rasa macam bercinta sangat..
 
ok baiklah.. sambunglah kita dengan kronologi bersalin my second baby Faiq Nuruddin final part.
 
lepas semua doctor and nurse kelam-kabut tengok aku bleeding kat dalam ward hospital, nurse pun dah call OT untuk emergency czer. bila emergency czer, memang dia akan dahulukan.. dalam pukul 12 tengah ari macam tu, suami datang selepas aku call dia kata aku bleeding and nak kena czer. Bila dia sampai, muka suami nampak dah cuak, dia kemas semua barang-barang aku and dia cuba tenangkan aku.. sebab masa tu aku dah takut sangat. Seumur hidup aku, aku x pernah kena bedah lagi.
 
Pukul 1.30 petang, aku kena tolak pergi bilik OT. Suami ikut sama.. sampai depan bilik OT, dia tak boleh masuk.. dia cium dahi aku and bagi kata-kata semangat.
 
lepas masuk bilik OT, kena bius semua.. and bermulalah operasi membelah perut. Perasaan masa tu? sangat takut. Tapi alhamdulilah semua selamat.. dalam pukul 2 petang, dengar suara anak aku. Alhamdulilah, baby sihat.. terkejut bila doctor cakap baby 3.5kg and dia melintang dalam perut. Sebab, sebelum ni doctor assume baby aku tak besar dalm 2.8kg je and kepala baby dah dekat bawah. Tak apa, yang penting semua selamat..
 
 
inilah baby ibu.. Faiq Nuruddin.. sekarang dah 6 bulan. berat 10kg and still menyusu badan dengan aku. Target untuk full breastfeed 2 tahun. harap-harap impian ibu dimakbulkan Allah..
 
 

No comments:

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016