Showing posts with label maklumat dan pendapat. Show all posts
Showing posts with label maklumat dan pendapat. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Caffeine & Kesuburan Wanita

Assalammualaikum...


Salam Jumaat korang...selalunya hari isnin yang malas nak pergi kerja kan. Tapi sekarang dah terbalik. Hari Jumaat pulak malas nak kerja sebab semalam Johor cuti. Birthday Sultan Johor..

Then untuk meningkatkan lagi mood yang dah kelaut, mari amik segelas coffee untuk menambah kecerian. Untuk pengetahuan korang, aku ni addicted pada coffee. rasa macam kalau x amik sehari aku rasa macam hari tu x ceria. and sejak kahwin jugak, suami dah terjebak dengan coffee ni sebab every morning siapkan breakfast mesti bancuh benda alah ni...

then tadi, chat with my friend, then dia cakap Caffeine yang ada dalam coffee ni sangat x bagus untuk sesiapa yang nak get a baby.. Dia dah cakap lama dah. Tapi aku buat x tahu sebab dah namanya addicted kan. Then tadi text suami. suh dia cari information tentang Caffeine and kesuburan wanita ni and dia suh aku baca satu page ni dari Dr Zubaidi berkaitain Caffeine and kesuburan wanita. Takut x dengar??

ok, for those yang nak sangat baby silalah buka page tadi. sebab banyak sangat information kat dalam tu. Dr. Zubaidi cakap dia galakkan lelaki dan perempuan mengentikan pengambilan Caffeine ni. menurut kajian yang telah dilakukan, wanita yang minum lebih 1 cawan coffee sehari akan mengalami ketidaksuburan sebanyak 50% (from the website). see,50% tu..bukan 10% ke..tapi 50%, separuh dari kesuburan. oleh itu, wanita yang nak hamil, kena/ harus/ wajib meninggalkan pengambilan Caffeine.

bila dah abis baca page tu, terus text suami balik, cakap kat suami "starting from now, Coffee not allowed in our house!". ok siap bertanda seru lagi. makna nya peraturan berkuatkuasa bermula dari detik ini, saat ini dan waktu ini. no objection. hamboi kau wanie guna kuasa veto pe..hihi.. Yela, inikan untuk kebaikkan bersama kan?

oh encik coffee yang sedap dan handsome lagi gojes.. sorry ye, kita terpaksa memutuskan hubungan kita demi kebaikkan aku sendiri. please pergi jauh dari diri ini. jangan kau merayu kerana sebarang rayuaan tidak akan dilayan..


note: secara halusnya, aku x kan beli Nescafe lagi and secara halusnya jugak aku seperti memboikot product Israel jugak..

Note lagi: Pray for Gaza!

Thursday, November 1, 2012

Tips Berjimat Cermat dari Acik Wanie

Assalammualaikum..


entry petang hari selepas kembali seperti sediakala iaitu menjadi perempuan berkerjaya. tepat pukul 6, kemas meja, tutup PC kemas beg and bergegas pulang. walau macamana pun berkerjaya seseorang perempuan tu, dia masih ada tanggungjawab besar dirumah. nasib suami aku ni x banyak songeh sangat. so panaskan balik kuah spaghetti, rebus spaghetti and it's enough for our dinner. walaupun dari semalam bawa ke hari ini, asyik makan spagetti aje. tapi untuk mengelakkan pembaziran, makan jugaklah kan..tapi malam ni before tido nak masak untuk esok. esok x bawa bekal macam selalu sebab tengahari waktu rehat sempat balik rumah. sebab rehat kami panjang. so boleh makan sama-sama. sweet x? sweet kan? (sila muntah) :)

sebenarnya entry kali ni nak cerita pasal kisah benar. seorang wanita yang dulu before kahwin dia sangat boros (it's me) bertukar menjadi seorang berjimat cermat (bukan kedekut ye..). dulu dia boros sangat (x lah boros sangat-sangat). kalau ada duit senang aje duit dia nak keluar. cukup bulan x da duit. duit simpanan pun dia jarang nak menyimpan. tapi selepas kahwin, suami dia ni sangat berkira orangnya. maksudnya if dia nak beli sesuatu dia akan fikir dulu benefit yang dia akan dapat kalau dia beli benda ni.

makanya, habit suami dia tu dah berjangkit dengan dia. sekarang ni, kalau pergi kerja dia jarang keluarkan duit dah. dulu breakfast lain harga, lunch lain harga, dinner lain harga. sekarang dia suka masak. masak dekat rumah tuk dibawa ke office. mula-mula dia masak malam tuk makan dinner besok sebab dia takut bile dia balik kerja dia x sempat nak masak sebab dorang dinner before maghrib. tapi lama-lama, tu lah makanan tuk lunch, and makanan tuk dinner..

dalam seminggu, dia spend RM50 untuk dua orang. dia guna duit tu untuk beli barang basah untuk seminggu. dia belilah udang sikit, sotong sikit, ikan sikit, ayam sikit, daging sikit, sayur sikit. kadang-kadang less than RM50 tau..see, murahkan? yela makan dua orang bukan sepuloh orang, so beli sikit-sikit aje la..

kenapalah dia ni nak sangat berjimat cermat. sedangkan x payah pun x pe. bukan x da duit kan?

sebab..

1) dia & suami dia ni perantau. jauh dari family. sorang dekat central sorang lagi dekat northern. tapi bermaustatin dekat south. bayangkan, kalau nak balik kampung..berapa ratus kena spend duit. kalau just balik kampung salah sorang, rasa macam x adil pulakkan. contohnya hari raya haji hari tu, balik central je..yang northern x balik. so amik keputusan Deepavali ni nak balik northern pulak. baru adil..

2) at least adalah duit simpanan waktu kecemasaan. if perlukan dorang balik kampung masa gaji x masuk, at least ada jugak duit kat dalam bank yang boleh dikorekkan..

3) tetiba mengatal nak berjalan jauh-jauh..ke Sabah ke, ke Sarawak ke..mana-mana ke..at least dorang x adalah bergantung pada gaji bulan itu or 2 bulan sebelum itu..boleh pack barang and HOLIDAY TIME!!!

4) the last but x last sangat..manalah tahu next year dorang get the baby (ohh please i want!)..at least ada jugak simpanan..

so, conclusion dari entry panjang lebar ni, silalah berjimat cermat. kepada yang dah berkahwin, walaupun gaji korang besar, tapi ingat kita perlu buat simpanan untuk masa akan datang. x lambat nak mula menyimpan (tahu korang dah start menyimpan dulu). kepada yang nak kahwin and untuk perempuan.. jangan bergantung harap sangat dengan bakal suami korang. jangan jerut leher mereka sampai kesian mereka nak bernafas. bertolak ansur, sebab itu akan ajar korang untuk bertolak ansur selepas kahwin. kan dalam perkahwinan tolak ansur itu perlu :)


note: x pernah bosan untuk masak buat suami. and semoga akan terus gigih berusaha untuk memasak sampai bila-bila. (suami cakap aku boleh masuk masterchef sebab aku masak sedap..sila kembang hidung!)

Friday, September 3, 2010

~saya menjalankan tugas untuk menyebarkan benda yang baik~

takut nyer nak wat n3 nie...n3 nie menciplak punya..tapi tuan punya n3 nie mohon di maafkan ye..jangan saman saya...anda yang suruh saya sebarkan..saya sebarkan lah..saya menjalankan tugas sebagai umat islam..untuk menyebarkan perkara yang baik...
.
.
.
n3 ini berbunyi..
.
.
.
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam..
.
.
.
saya memang mengambil bulat-bulat..x mau ambil lonjong-lonjong..sebab saya suka apa yang di tulis...so sape yang terasa..cepat-cepat bertindak..

Tuesday, May 11, 2010

~makhluk tuhan paling seksi tengah cemburu nie..~

tadikan..ada makhluk TUHAN PALING SEKSI menghadapi masalah cemburu..
sampai penat aku nak mengatasi masalah dia tu..
tengah fikir macam mana nak buat bagi dia tak cemburu..
tadi search kat intenet..dok cari cara-cara nk bagi makhluk TUHAN PALING SEKSI tu cool down sikit..
.
.
.
tapi kita kena tahu gak kenapa boleh cemburu kan a.k.a JELOUS..
entah pasal pa tah dok cemburu x tentu pasal kan...
.
.
.
sebab-sebab nyer ialah..jeng jeng jeng..
.
.
.
aku baca, perasaan cemburu a.k.a. JELOUS nie sebab perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai..ha macam mana tu??ok teruskan lagi..Dari aspek psikologi psikologi seseorang yang bersikap sebegitu biasanya kurang yakin kepada diri sendiri dan sering kali berprasangka buruk serta was-was kepada pasangannya..ermmmm...nk baca lagi korang baca kat sini..
.
.
.
dengan rajin nya juga aku nk share macam mana nk kurangkan perasaan tu..supaya ia x jadi makin teruk kan???
.
.
.
1. Minum air putih paling sedikit tiga gelas.
2. Tarik nafas dalam-dalam lalu hembuskan sekuat mungkin. Lakukan minimum 50 kali. Dijamin Anda keletihan sendiri dan lupa pada rasa cemburu.
3. Anda juga boleh pasang muzik
4. Sementara, simpan semua benda-benda yang boleh membuatkan Anda ingat padanya.
5. Alihkan fikiran pada hal lain yang lebih positif.
6. jumpe sahabat lama. share masalah sama-sama
7. Jangan lupa berdoa pada Tuhan. Mintalah petunjuk untuk mengatasi masalah cemburu Anda.
.
.
.
haaa dah tahu kn??selamat mencuba!!
Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016