Showing posts with label life after married. Show all posts
Showing posts with label life after married. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Cerita Hari Jumaat

Hari ni aku berjubah uols..
nampak baik and solehah je (amin..) haha..
sebabnya bila aku tengok deretan baju yang tergantung..
aku mesti x tahu nak pakai baju ape..
baju kurung?
alahai dah x muat.
kalau blh pakai pun, baju je yang boleh, kain x boleh..tersangkut..
abis semua baju kurung pahang, kurung moden and segala mak nenek jenis baju kurung x boleh nak pakai..
kan semakin hari pembesaran aku makin hebat..
2, 3 helai je yang still muat..
and x da hati nak buat baju lagi..
tunggu bersalin ye..
selagi boleh bertahan, pakai jela baju yang  boleh ulang-ulang..


semalam ke, semalam lagi satu..
tengok cerita Romantika Shuib Sepah ngan Sarah..
cakap ngn suami..
"abang bila nak honeymoon macam ni"
oooo ayat gile gedikss!!
suami wat x tahu je..
"terpengaruh la tu.."


ok sepanjang tempoh perkahwinan kami,
belum ada istilah honeymoon..
konon ari tu plan cantik punya nak g Sabah..
honeymoon kat sana..
tapi disebabkan kita hanya merancang Allah yang menentukan..
kena cancel honeymoon..
sebab dah mengandung..
suami x bagi aku naik flight sebab SIL aku pernah gugur masa dia 3 bulan..
sebab dia naik flight pergi Sabah..
kira suami aku fobia la bile dengar cerita akak dia tu..
sebenarnya boleh je..
tp takut rahim x kuat..


ermmm...
x pelah.. berangan la dulu..
yang penting next year suami cakap nak g Sabah..
bawak baby sama..
lagi syok!!

Saturday, January 5, 2013

Lelaki susah bergambar

Assalammualaikum..
kenapa ye lelaki ni..bila kita yang perempuan comel ni nak snap snap gambar..buat muka.. dorang akan cakap "isshh..orang luar tengok tu..tu ada yang tengok tu.." ada je yang dirungutkan..pas tu nanti buat muka kena paksa..
ye ye..x semua lelaki yang macam tu..alahai suamiku..bila diajak bergambar bukan main susah..suh senyum keras je rasa senyuman dia..
teringat waktu kawen dulu..cameraman suh senyum sampaikan cameraman yg gelak sebab tengok suami aku buat senyuman kaku..dah dia memang macam ni..dari mula kenal..konon jiwa rock..mat rock x senyum..konon lah kan..
note: itu yg membuatkan dia comel sebenarnya..hihi

Saturday, December 22, 2012

Hadiah

Assslammualaikum..

harini best sgt sebab suami sy yg baik tu dah bagi sesuatu kst saya..
gile x happy?


syyyyyoookkk...lama dah idam benda ni.. Alhamdulilah..dapat jugak...


note: senyum x perlu kata apa-apa..

Thursday, December 20, 2012

Retro Nite

Assalammualaikum..

semalam 19/12/2012 ada Dinner company aku. Theme dia Retro Nite.. Retro uols.. iols bukan berada didalam golongan retro..iols muda remaja gitu..so imej aku haruslah muda remaja kan?haha serius macam nak muntah..

with my few friends..yang join sekali...kalau x da dorang aku datang ngan suami aku jela..ehh..mamang kena pergi ngan suami lah kan..hihi

 minah skuter preeemmm preeeemmm...nasib baik kena cover ayu sebab ramai pakcik makcik tengok..kalau x memang dah buat aksi rempitssss dah...

 time ni memang rasa macam artis u..red carpet gitu..haha verangan uols..
 hero remaja saya..yeaaahh!!!

 time ni rasa macam cepatlah..aku kebuluq ni..baby nak mamam..

 bla and bla..masuk telinga kanan, keluar telinga kiri...

 ni band dari Indonesia.. Batak Band kalau x silap.. ahhh!! nama x penting, masa ni aku tengah menikmati hidangan yang menyelerakan..lapaq!!

 teka siapa ni?? Jamal Abdilah in the house!! suara dia macam dalam kaset u.. syokk dengar dia nyanyi!!

 and siapa pulak ni?? Amy Search la weeiii... suka time dia nyanyi lagu Gadisku.. pandang suami buat muka comel..sebab suami suka nyanyi lagu tu untuk aku.. and suara dia memang poweerr!! peeewwwiiitt!!
 and aku menang Lucky Draw..dapat TV LCD SHARP 32" u...ada cerita disebalik Lucky Draw ni.. dorang boleh pulak cabut nombor aku 2 kali. and yang kali kedua tu hadiah Samsung Galaxy SIII plus cash mony RM2000 ok..tapi aku bukan pelahap..aku bagitahu CEO aku, aku dah dapat hadiah dah tadi..so hadiah tu bagi kat orang lain. tapi malam tu sangat bertuah tuk aku..tuah anak sama..rezeki Allah kan..Alhamdulilah :)

note: yeaaahh!!



Thursday, December 13, 2012

3rd Anniversary

Assalammualaikum..

sebenarnya entry ni tuk besok. tapi sebab bosan and x da hati nak join suami tengok bola. x pelah, awalkan sikit entry ni..

x sangka dah genap 3 tahun dah. 3 tahun dok bercinta. kenal hati budi akhirnya kahwin. alhamdulilah hubungan yang berakhir ke jinjang pelamin. and harap-harap akan kekal sampai ke Jannah.

dulu konon rancang nak kahwin tarikh ni. sebab yelah kan tarikh keramat and tarikh pun kena pada hari jumaat. tapi sebab ibu bapa masing-masing dok risau anak dara and anak bujang dorang dok jauh dari keluarga so dipercepatkan majlis. x kesah lah, sebab lagi senang bagi kami and boleh mengelakkan berlakunya maksiat. yelah, kita hanya plan..tapi Chief Master Plan kan Allah... Allah yang perancang terhebat. siapalah kita nak mengubah segala perancangan dari Allah..

to Abang..thanks for everything.. terima kasih sebab dah jadi Imam and Ustaz buat sayang..
Love u So Much!



Entry Malas

uittt uitt..

opssss...

Assalammualaikum...


lama sangat x update blog ni. serius malas. hari-hari buka blog..tengok-tengok..round-round.. intai-intai blog orang lain, tapi blog sendiri terbiar. pasai pa tah malas semacam je.. sebab pembawakkan ke? oh please don't blame the baby ok. dia x bersalah. sila salahkan diri sendiri yang memang sedia tahu pemalas. haha.. maybe salah satu sebab rasa malas tu sebab morning sickness yang agak teruk sikit. sekarang dia datang waktu pagi. bangun tido pening..then nanti masuk office mulalah wek sana wek sini. sampai sekarang ni, kat rumah dah x masak. dah x ada segman masak memasak bersama achik wanie dah. sebab dah tak boleh nak bau benda yang tumis-tumis ni.. tunggu ok balik, nanti akan ke udara segman itu ye...

next week ada dinner. dengar cerita hampir 10 tahun x pernah ada dinner kat company aku tu. serius sadis gile. tapi ok lah kan bila dia buat balik. sebab tukar management lain. so staff pun macam happy. tapi paling x sabar nak tunggu gaji. nak tengok berapa bulan bonus dapat. gila mata duitan..hahhaha.. so tema dinner Retro. suami dah warning siap-siap tak ada baju baru. pakai je apa ada.. aku pun cam ala..nanti ada best dress bagai.. mestilah nak.. perintah suami harus taat ye.. ok make over baju yang ada..kalau ada rezeki best dress tu, mesti dapat punya.. kalau bergaya bagai nak rak tapi x da rezeki memang x dapat lah kan..tapi yang penting hadiah lucky draw best and Amy Search ada..hihi..


ok nanti update lain sal dinner tu ye..tengah pening kepala tapi malas nak layan.

note: MC lagi..bulan ni asyik MC je..maaf ye bos..

Saturday, December 8, 2012

Emosi & Makan

Assalammualaikum...


lama x update blog. lately ni macam-macam jadi pada diri. rasa macam nak update blog tapi lebih kepada x larat menguasai diri.. rasa nak sesuaikan hormon baru dalam badan bukan amik masa seminit, dua minit...maybe sebulan, 2 bulan and ada orang sampai 8 bulan. semoga Allah permudahkan segalanya...

dalam keadaan yang banyak disesuaikan, macam-macam jadi..emosi paling penting untuk diatasi. wanita mengandung ni, emosi x berapa stabil. contoh, suami balik lewat, tarik muncung dah sedepa. tu dah biasa..selama ni ok je kalau suami cakap "abang balik lambat malam ni.."

sekarang ni pun susah nak makan. masa baru-baru dapat tahu pregnant boleh je telan apa-apa tapi lepas tu siaplah kau...kena duduk tepi mangkuk jamban, muntah balik apa yang makan.. then sekarang nak masuk 6 weeks. bila suami cakap "nak makan apa malam ni" terus kembang tekak. baru cakap je tu..bila ingat ayam, ikan and sebagainya terus jadi weeekkkk!!!

tapi makan jugak sebab x mau manja diri. 'dia' dalam perut tu sian, nak jugak zat dari ibu dia kan..so kenalah jugak makan walaupun tahu kejap lagi ada aksi wek wek sampai nangis. harap-harap x lama la simptom ni...

ni makanan aku..kadang-kadang mengigil jugak badan sebab x da tenaga..tapi nak buat macam mana..


note: suami punya ekzoz moto hilang pulak..angin pulak dia..kesian dia.. "abg, jom cari rumah lain.."

Saturday, December 1, 2012

Kuat vs X Kuat

Assalammualaikum..

hai korang..selamat berhujung minggu. baru lepas operasi mengemas rumah, sapu rumah, mop lantai and rumah sekarang sudah blink-blink wa cakap sama lu..suami yang mop lantai and basuh bilik air.. tugas berat kasi dekat dia. aku kan ermmm..haha..

ok just nak share pengalaman bila dah dapat tahu aku pregnant. excited x terhingga. macam x caya. sampaikan UPT tu aku tengok banyak kali. lebih dari 10 kali kot... "Ya Allah, lindungilah dia.."

aku x ada morning sickness tapi aku ada evening sickness..lepas lunch sampai ke malam, kalau makan mesti muntah. so breakfast aku makan banyak sebab takut "dia" x dapat zat dari aku kan. kadang-kadang rasa macam x larat. tapi advance dari kawan-kawan, lepas muntah, makan balik..recover balik la kan..tapi makan balik pun muntah jugak. kena kuat semangat. suami pun suruh sabar. nak lepaskan 1st stage ni..so untuk pemulaan, asid folic kena makan. tapi siapa yang nak pregnant, ambil awal. sebenarnya untuk yang nak berkahwin pun digalakkan makan asid folic ni. aku pas kahwin baru tahu. tu pun sebulan selepas kahwin. makan pun skip skip je sampai doctor cakap "kalau nak baby, kena makan" then pas tu makan setiap pagi..sebiji sekali je..


lain-lain simptom x da lagi. cuma dah x leh macam dulu walaupun sebenarnya kuat nak buat kerja or berjalan, tapi kena jadi x kuat..jalan kena pelahan, buat kerja kena pelahan..semua kena perlahan. sebab "dia" x kuat lagi...



note: tungggu 8 weeks baru buat buku pink...

Saturday, November 3, 2012

26 tahun

Assalammualaikum...


hari ini 3 Nov 2012.. 26 tahun yang lalu pada tarikh yang sama tapi tahun berbeza.. lahirlah bayi perempuan yang comel and cute. siapakah bayi comel itu?

yeaah. right it's me.. dah makin tua. makin nak kelihatan kedut dimuka. tapi yang penting kekal comel (sila jangan muntah) :)

malam tadi tepat pukul 12 malam. suami buat surprise. terkejut sampai menagis.

1st time dalam hidup dapat hadiah bunga. x pernah pun mintak lebih-lebih dekat suami. dia sentiasa ada disamping saya dah cukup bermakna buat saya.

tadi mengada-ngada ajak suami keluar window shopping..kacau dia bawak kereta. dia layankan aja. nak marah x boleh sebab birthday girl kan.. hihi :)

then tadi jugak dapat ni. kasut yang boleh dibawak berlari. biar murah asal selesa. boleh pakai kemana sahaja. yang penting insyaAllah boleh menutup aurat. and jugak, dapat novel ini. dah lama x teruskan hobi layan perasaan..

sampai-sampai rumah rasa lapar. nasib sebelum keluar tadi dah masak. masak sup tulang korban. so tadi rebus bihun. and makan bihun sup. hujan-hujan, sejuk-sejuk, memang best layan bihun sup panas-panas..


note: happy birthday to me.. doa saya supaya saya akan jadi Isteri Yang Solehah buat suami & mendidik diri menjadi Muslimah yang sebenar-benarnya.. Amin

Thursday, November 1, 2012

Tips Berjimat Cermat dari Acik Wanie

Assalammualaikum..


entry petang hari selepas kembali seperti sediakala iaitu menjadi perempuan berkerjaya. tepat pukul 6, kemas meja, tutup PC kemas beg and bergegas pulang. walau macamana pun berkerjaya seseorang perempuan tu, dia masih ada tanggungjawab besar dirumah. nasib suami aku ni x banyak songeh sangat. so panaskan balik kuah spaghetti, rebus spaghetti and it's enough for our dinner. walaupun dari semalam bawa ke hari ini, asyik makan spagetti aje. tapi untuk mengelakkan pembaziran, makan jugaklah kan..tapi malam ni before tido nak masak untuk esok. esok x bawa bekal macam selalu sebab tengahari waktu rehat sempat balik rumah. sebab rehat kami panjang. so boleh makan sama-sama. sweet x? sweet kan? (sila muntah) :)

sebenarnya entry kali ni nak cerita pasal kisah benar. seorang wanita yang dulu before kahwin dia sangat boros (it's me) bertukar menjadi seorang berjimat cermat (bukan kedekut ye..). dulu dia boros sangat (x lah boros sangat-sangat). kalau ada duit senang aje duit dia nak keluar. cukup bulan x da duit. duit simpanan pun dia jarang nak menyimpan. tapi selepas kahwin, suami dia ni sangat berkira orangnya. maksudnya if dia nak beli sesuatu dia akan fikir dulu benefit yang dia akan dapat kalau dia beli benda ni.

makanya, habit suami dia tu dah berjangkit dengan dia. sekarang ni, kalau pergi kerja dia jarang keluarkan duit dah. dulu breakfast lain harga, lunch lain harga, dinner lain harga. sekarang dia suka masak. masak dekat rumah tuk dibawa ke office. mula-mula dia masak malam tuk makan dinner besok sebab dia takut bile dia balik kerja dia x sempat nak masak sebab dorang dinner before maghrib. tapi lama-lama, tu lah makanan tuk lunch, and makanan tuk dinner..

dalam seminggu, dia spend RM50 untuk dua orang. dia guna duit tu untuk beli barang basah untuk seminggu. dia belilah udang sikit, sotong sikit, ikan sikit, ayam sikit, daging sikit, sayur sikit. kadang-kadang less than RM50 tau..see, murahkan? yela makan dua orang bukan sepuloh orang, so beli sikit-sikit aje la..

kenapalah dia ni nak sangat berjimat cermat. sedangkan x payah pun x pe. bukan x da duit kan?

sebab..

1) dia & suami dia ni perantau. jauh dari family. sorang dekat central sorang lagi dekat northern. tapi bermaustatin dekat south. bayangkan, kalau nak balik kampung..berapa ratus kena spend duit. kalau just balik kampung salah sorang, rasa macam x adil pulakkan. contohnya hari raya haji hari tu, balik central je..yang northern x balik. so amik keputusan Deepavali ni nak balik northern pulak. baru adil..

2) at least adalah duit simpanan waktu kecemasaan. if perlukan dorang balik kampung masa gaji x masuk, at least ada jugak duit kat dalam bank yang boleh dikorekkan..

3) tetiba mengatal nak berjalan jauh-jauh..ke Sabah ke, ke Sarawak ke..mana-mana ke..at least dorang x adalah bergantung pada gaji bulan itu or 2 bulan sebelum itu..boleh pack barang and HOLIDAY TIME!!!

4) the last but x last sangat..manalah tahu next year dorang get the baby (ohh please i want!)..at least ada jugak simpanan..

so, conclusion dari entry panjang lebar ni, silalah berjimat cermat. kepada yang dah berkahwin, walaupun gaji korang besar, tapi ingat kita perlu buat simpanan untuk masa akan datang. x lambat nak mula menyimpan (tahu korang dah start menyimpan dulu). kepada yang nak kahwin and untuk perempuan.. jangan bergantung harap sangat dengan bakal suami korang. jangan jerut leher mereka sampai kesian mereka nak bernafas. bertolak ansur, sebab itu akan ajar korang untuk bertolak ansur selepas kahwin. kan dalam perkahwinan tolak ansur itu perlu :)


note: x pernah bosan untuk masak buat suami. and semoga akan terus gigih berusaha untuk memasak sampai bila-bila. (suami cakap aku boleh masuk masterchef sebab aku masak sedap..sila kembang hidung!)

Saturday, October 20, 2012

Post: Makan..

Assalammualaikum & selamat petang uols..

sekarang tengah teman suami minum petang. sejak kahwin and duduk sendiri ni, asyik makan aja..makan x control langsung tau..

isteri : x nak makan, x nak makan, x nak makan...
suami : Makan, makan, makan...

so terpaksa la si isteri ni makan bersama. kalau memang dah katup mulut x mau makan, suami siap nak suap lagi..kalau makan sesuap dia akn tambah lagi..jadi berpuluh-puluh suap..

"suami..saya nak diet la...x mau gemuk lepas kahwin ni"..mampu diluah dalam hati aje...

tapi lately ni asyik lapar je si isteri ni...pening-pening, sakit pinggang..nak buat check up takut macam x aje lagi. takut ter'over' confident aje..so sekarang, makan perlu dijaga..jangan makan benda yang memudaratkan. manalah tahu ada 'sesuatu' dalam perut ni kan?


lihat itu...saya dah surrender dah...

Sunday, October 14, 2012

Danga Bay..MAHAL!!

Assalammualaikum...

besok ulang tahun sebulan kami..x sangka kejap je dah sebulan. rasa macam semalam baru kahwin. and penat masa kahwin pun still terasa. and yang pasti rasa macam rindu nak sibuk-sibuk uruskan majlis kahwin aku tu lagi. and rasa macam nak jadi puteri lagi..tunggu dalam bilik and duduk saja and tadah muka ni bagi orang makeupkan. and paling best bile shoot gambar kahwin sebab suami aku sangat x pandai bergambar..sampaikan cameraman aku tu yang penat sebab dia kata dia yang kena senyum. suami aku..addooii muka keras..susah nak senyum but akhirnya dia senyum jugak..thank you abang...


and semalam, aku ajak suami pergi Danga Bay sebab bosan duduk rumah. al-maklum rumah kami x ada apa-apa lagi. TV x sampai lagi. semalam seng heng telefon cakap selasa ni baru nak hantar mesin basuh, TV and peti sejuk. bila tengok bakul baju kotor, usap aja lah dada. nak hantar dobi rasa puluh ringgit kot habis. so semalam aku pulun basuh baju kerja suami and baju kerja aku pakai tangan. nasib baju kurung and kemeja aja..baju yang lain-lain tu suami cakap tunggu mesin basuh sampai sekali hari selasa ni.


ok, sambung cerita balik. before pergi Danga Bay, cakap ngan suami dia nak makan dulu ke x nak. sebab kalo nak makan aku nak siapkan. tapi suami x nak sebab dia kata dia kenyang lagi sebab petang semalam akak aku and abang ipar aku bersama anak-anak dorang datang tengok rumah. so dorang bawak pisang goreng yang banyak. suami aku memang suka makan benda-benda macam tu, tu yang dia habiskan semua sekali tu..ok tipu, aku pun tolong dia habiskan. so nak dijadikan cerita bila sampai Danga Bay, aku cakap kat suami aku lapar. kami pun cari la makanan. korang tahu cucuk-cucuk..i means fish ball, hot dog yang cucuk pakai lidi yang selalu kat pasar malam RM1 je sebatang tapi kat situ dorang jual RM2 sebatang. aku pandang suami. dia cakap nak x? aku pun pura-pura cover..cakap kat suami x nak la makan ni..sedangkan x sanggup nak makan sebab mahal sangat. then ajak suami makan mee kat warung kat situ.. ok mee udang plus kerang RM7. kami order 1 pinggan je..then order air limau ais 1 jugak. then..korang nak tahu..bila air sampai..memang rasa air limau kat gerai luar sana..tapi yang paling terkejut harga dia RM4.50. kalo kat kedai biasa RM1.50 la cam tu. cekik darah!! suami cakap dia ingat nak ikut mata wang Singapore ke apa..and memang la orang Singapore ramai datang sana. but we are Malaysian ok.x kan nak cekik darah dengan rakyat sendiri kot...cakap ngn suami, taubat nak makan kat sini..baik makan siap-siap kat rumah...

see..limau ais ni macam biasa kat kedai je kan..tapi jangan x tahu...limau ais 5 star...MAHAL!! tapi rasa dia memang sama dengan kat warung!

kami adalah mangsa..tapi ni yang terakhir sebab tu gambar macam nk piat telinga suami kan..ok x..aku x piat betul-betul...

so balik dari Danga Bay..sesat cari jalan pulang sebab kami belum biasa dengan jalan kat sini..dengan minyak dah pergi E..doa semoga ada stesen minyak. and jumpa Caltex walaupun aku suka isi Shell..tapi sebab terpaksa kan. and JB jugak macam KL..jem..and sampai rumah pukul 11 lebih..nasib dah solat isyak before keluar rumah..

and before tido suami main gitar..dah lama x tengok dia main gitar and dia kata dia dah pencen nak main gitar ni..dulu-dulu masa zaman muda-muda boleh la..follow band..tapi sekarang dia kata nak mainkan gitar untuk isteri aje..ohh i terharu tau!! then masa feeling-feeling tengok dia main gitar, dia cakap "syg, search lagu Gadisku..abg lupa lirik"..ok terbantut feeling aku sekejap..by the way thanks sangat dengan lagu tu...love it!!!

Thursday, October 4, 2012

Album & Kad Ucapan

Assalammualaikum korang...

harini mood mengemas datang..so packing barang, baju semua masuk dalam beg sebab besok after kerja nak pergi rumah sewa kami nak anta semua barang tu. so hari sabtu nanti x dalah rasa macam kelam kabut gila nak kemas rumah tu kan? so besok jugak plan nak sembahyang kat rumah tu. al-maklumlah, rumah tu kosong dah lama. x tahu ada apa dalam rumah tu kan? so mintak suami tolong bacakan Yassin sekali besok. aku pulak..ermm paham-paham ajelah..women time..hihi..tapi besok x plan nak tido rumah tu lagi la..balik skudai balik..sebab barang-barang macam tilam, meja, semua tu hari sabtu baru kedai perabot nak hantar..

tadi masa tengah kemas-kemas, teringat kat ucapan yang kawan-kawan bagi. so aku and suami susun atur la dalam albun yang super gojes pemberian kawan suami..memang serius super gojes sangat!!!


i told you...album ni gojes sebab ada nama kami lagi...tapi sayang tarik tu salah..bukan 22 julai tapi 22 september la..


ni pulak kad ucapan dari kawan-kawan..aku abadikan dalam album gojes tu..and sekarang x sabar nak tunggu gambar dari OP aku..bila nak siap pun aku x tahu...

Monday, October 1, 2012

Hidup dah jadi wife orang

Assalammualaikum..

selepas beberapa hari menjadi isteri orang. banyak benda yang perlu dipelajari..suami suka apa..suami x suka apa..gaduh-gaduh..merajuk mintak dipujuk..kadang-kadang dia buat x tahu. biarkan diri ini terpujuk sendiri. nanti sure punya la terpujuk. merajuk pun dah x lama macam masa bercinta dulu kala.

sekarang busy sangat sebab nak pindah rumah baru. sabtu ahad yang lepas lebih banyak habiskan masa kemas rumah. so insyallah sabtu ni akan masuk rumah baru and bermulalah aku sebagai seorang isteri dengan 100%. and x dalah rasa macam bersalah sangat sebab sejak jadi isteri aku hanya masak sekali untuk suami and nasib suami x kesah. tapi sampai bila dia x kesahkan??

ok lah, nak siap-siapkan makanan untuk suami yang kepenatan tu..sian dia..
Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016