Thursday, August 4, 2016

Tips Anak Asyik Terjaga Malam

Assalammualaikum..
 
Baru-baru ni terfikir. Aku kena teruskan penulisan dekat blog ni. at least about parenting. Aku x akan komen macam mana orang lain didik anak. Sebab lain orang lain caranya.. Anak tu kn amanah..pandai-pandailah korang didik...
 
sebab kenapa aku kena tulis balik.. sebabnya, aku ni pelupa.. bila anak kedua ni menghadapi sesuatu situasi yg aku rasa anak pertama pernah lalui.. tapi bila aku nak ingat balik macam mana aku handle.. aku jadi lupa...
 
Mak anak dua memang macam ni.. kalau anak dah ramai, aku x tahu jadi macam mana. x pe kalau x ada reader.. ia untuk aku kan...
 
Baru-baru ni..
 
 
anak aku si Faiq Nuruddin, dia bukan susah nak tidur. Dah tidur pun.. pastu nanti tetiba dia terjaga.. melalak.. sedangkan dia dah mengantuk.. mula-mula fikir dia lapar.. bg susu dia x nak.. tepuk perut..ingat kembung.. bila urut pun dia still nagis.. mak pak dia dh ngntuk. penat esok nak kerja.. jd rungsing..
 
terus kepala ni fikir macam-macam. google kalo ada parents yg hadapi masalah ni.. tetiba ada baca blog ni, dia cakap kalau anak x nyenyak tidur, macam dia mimpi buruk or apa-apa jela.. boleh baca surah Al-Zalzalah hembus dekat umbun-umbun anak..
 
 
 
selain tu.. time nak tidurkan anak.. aku juga amalkan ayat kursi, 3 qul & bismilahilazi..
 
 

 
kita percaya, terdapat makhluk Allah yg boleh dilihat dan tidak boleh dilihat.. berlindung pada Allah dari segala kejahatan yg nampak atau tak...
 
 
 

Monday, July 25, 2016

Macam Mana Kita Nak Didik Anak-Anak


Assalammualaikum..

Bagaimana nak handle anak yang tantrum dia kuat. kita provoke macam-macam dia still x boleh nak accept. Dari selemah lembut bicara sampai dah setegas-tegasnya pun dia still x boleh nak ikut...

Ini cara aku..


aku ibu 2 orang anak. Yang sulung 3 tahun, yang bongsu (not really bongsu) 1 tahun. Yang sulung Azhad. Yang bongsu Faiq. Faiq, buat masa sekarang Alhamdulilah senang nak dikawal. Cuma bila dating manja dia nak berdukung. Memang terpaksa la berdukung. Dia ni kalau nak sesuatu contohnya nak susu, dia x boleh nak sabar. Dia boleh menagis macam kena dera. Macam tu juga kalau dia nak dukung, menagis sampai telangkup atas lantai. tapi sebab dah ada pengalaman handle anak sebelum ini, kalau aku rasa x sempat.. aku biarkan aja dia nagis. Bukan biarkan maksudnya, aku x layan. aku akan layan dia tapi aku x akan dukung.. yela mana nak buat susu, nak berdukung lagi. Dari anak aku kena air panas, baik aku biarkan aje dia menagis.. tapi aku x akan ambil masa yang lama..aku akan buat kerja aku cepat-cepat and terus angkat dia... peluk dia, tenangkan dia.. bagi dia selamat dengan kita..


untuk Azhad pulak. Budak umur 3 tahun yang sedang membesar. cabaran dia makin kuat. Dia suka tarik perhatian kami. Kalau kita focus kat adik dia, dia akan menjerit, balik mainan and buat macam-macam sampai kadang-kadang boleh naik darah. Dekat rumah aku memang x disediakan rotan. Aku buat macam mana kalau dia buat salah? Aku selalu akan kurung dia. Make sure dalam bilik tu x ada benda yang merbahaya. switch on kipas, tutup pintu. memang dia akan meraung.. bila rasa dh reda, buka pintu.. Tanya dia nak buat lagi atau x.. kalau dia still berkeras, aku akan biarkan lagi.. sampailah dia ok..

Kadang-kadang, Azhad tantrum teruk sangat. contohnya, sejak 3 hari yang lepas dia x nak minum air. Bukan kurang minum air, tapi dia tolak air tu. Puncanya dia demam. Mula-mula dia ok lagi.. bagi makan ubat, then dia minum air.. tapi ada satu hari panas dia x turun-turun.. bawak pergi KPJ. doctor check tonsil dia bengkak. Doctor on antibiotic. dari situ dia sangat susah makan ubat and reject air masak. hari sabtu dia dah kebah demam. kami suruh bagi air dia x nak. kami ok lg.. semalam adalah kemuncak kemarahan abah dia.

Abah: Azhad, abah beli botol air baru azhad minum air tau
Azhad: ok.. abah beli botol baru

tapi bila sampai Jusco, beli botol air baru.. dia x nak minum.. masa tu kami dh marah dia. Dia mintak macam-macam kami x layan, dia melalak kat jusco tu jugak. orang dah pandang-pandang. kami buat x tahu.. bila macam dah x boleh nak handle, aku suruh suami bawak masuk dalam kereta. Suami aku cakap dia marah Azhad kat dalam kereta, tapi x pukul lah.. masa on the way balik tu, pujuk lagi dia minum.. tapi dia x nak.. sampai satu tahap.. suami aku bawak dia pergi KPJ. parking kereta.. apa lagi melalak la dia sebab abah dia cakap nak bawak dia pergi cucuk sebab x minum. terus dia amik botol air and minum.. kesian masa ni sebab dia minum sambil menagis.

masing-masing ada cara macam mana nak didik anak. Aku sangat yakin. ada yang buat x tahu anak nak buat apa.. bg umpan gadget suruh anak senyap.. anak aku, memang main gadget. tapi limit kan.. mak paknya pun x boleh nak main henpon depan anak. anak dah tidur masa tu baru sibuk balas whatapps.. baru sibuk tengok FB..

macam aku cakap tadi.. layan mak bapak.. lain cara asuh anak..

Friday, June 3, 2016

Sabah Part 2

Assalammualaikum..


Sambungan dari Sabah Part 1..


Selamat landing dekat airport Kota Kinabalu puku 9.00am macam tu..
tapi bila turun je kapal terbang rasa macam dah tengahari..
sedangkan baru pukul 9.00am..
tapi airport KK ni masa nak amik luggage rasa macam jauh sangat jalannya..
kena check-in immigration dulu..
lepas tu baru boleh amik luggage..


dah settle semuanya, kami cari kedai makan dulu..
lapar sebab kat dalam flight x makan pun..
sebabnya masa tu tak terasa lapar..
settle isi perut, tunggu pulak kereta sewa..
dalam pukul 11 lebih macam tu baru dapat kereta sewa..
teruslah kami menuju ke hotel.. sebab anak-anak dah tak selesa..


aku book hotel via Trivago..
senang jugak..
aku amik Grand Borneo.
hotel sangat-sangatlah selesa..
anak-anak pun sangat teruja..
kalau nak cari makan senang je sabab dia bersebelahan dengan shopping mall..
tapi bukan tujuan kami dating jauh-jauh nak pegi shopping mall..
tapi sangat berguna jugak shopping mall tu..
sebabnya bagi aku, nak cari makanan kat  Sabah sangat susah..
aku ada sedikit rasa was-was..
muka orang Sabah sama je..
aku x tahu either dorang Islam or not..
so untuk selamat kami makan makanan yg ada dekat semenanjung jugak
(menyesal tak bawak travel cooker)


day 1..
kami x buat apa-apa sangat..
sebab next day tu kami dah nak ke Kundasang..
so kami banyak habiskan masa relax-relax kat hotel..


Azhad paw abah dia beli mainan.. dah namanya family vacation.. so anak-anak keutamaan.. layankan anak-anak je sepanjang percutian ni.. sebab tu kami ni kalau nak cuti pergi mana-mana x nak amik agent or pakage.. x nak terikat..
 

day 2..
lepas breakfast, kami check-out hotel..
kawan aku yang duduk Sabah cakap better aku gerak awal..
sebab pukul 8.00am dekat Sabah dah macam pukul 9.00am dekat semenanjung..
tapi ada masalah sebab kereta kami sewa tu x boleh start..
suami call owner kereta..
dalam pukul 10 lebih baru dia datang tukar bateri baru..
kami gerak ke kundasang dah lewat dari yang dirancang..
untuk menjadikan percutian kami sangat menyeronokkan..
aku pun x adalah nak naik angin ke ape..


dua beradik.. AZhad Syafi & Faiq Nurudin

breakfast dekat Grand Borneo before check-out... memang macam ni kami.. nak makan akan jadi huru-hara


sampai kundasang awal..
mula-mula suami plan nak sembahyang jumaat dalam perjalanan..
Nampak masjid terus singgah..
tapi sepanjang-panjang perjalanan kami..
x Nampak masjid..
banyah Nampak church..
kiri kanan church..
mungkin ada.. tapi bahagian dalam-dalam kampong..


dalam 12.30pm sampai kundasang, isi perut dulu dekat kedai pekan kundasang tu..
rupa-rupanya ada masjid dekat atas bukit..
tapi kami x perasan..
disebabkan check-in hotel dekat kundasang tu pukul 2.00pm
so kami jalan-jalan dulu dekat pekan kundasang tu..


dekat kundasang tu kami stay dekat Kinabalu Pine resort..
sangat cantik resort tu..
sangat puas hati..
dorang provide dinner and breakfast..
and walaupun dinner and breakfast dorang tak berapa nak sedap
tapi kami puas hati..
suami cakap dorang ni sangat menjaga kesihatan pelanggan..
makanan macam makanan dekat hospital..


nak turun malas.. sebab anak-anak tengah tidur.. masa ni baru sampai kat Kundasang..
 
Kinabalu Pine Resort.. sangat cantik..
 
belakang tu sebenarnya Gunung kinabalu.. tapi kami datang awan lindung..
 
depan bilik kami.. buka pintu terus nampak gunung kinabalu..

Thursday, June 2, 2016

Sabah Part 1

Assalammualaikum..


awal May 2016 aku satu family pergi holiday..
tapi dalam Negara jelah..
nak pergi oversea suami aku x nak..
alas an dia anak kecik lagi..
duduk dalam flight lama-lama dia takut anak meragam..
tu pun flight 2 jam anak dah buat perangai..
x nak pakai seat belt la.. x selesa la.. berak la..
tapi Alhamdulilah semuanya dipermudahkan..


aku beli tiket flight awal January..
masa tu Airasia ada tiket murah..
aku main beli je..
discuss dengan suami nak pegi bila..
so memasing setuju 5 May - 10 May..
lepas dah beli semuanya..
baru terfikir yang kami buat renovation rumah..
bertabahlah nak himpun duit..


suami cakap insyaAllah akan ada rezeki tu..
just ikut flow je..
Alhamdulilah bulan March dapat bonus..
simpan sikit duit untuk Holiday..
lagi sikit buat belanja renovation rumah..


jadinya, 5 May flight ke Sabah pagi.. pukul 7.30am..
kami keluar rumah awal.. pukul 5.30am..
sebab tak nak rushing.. yelah dengan anak lagi masa tu..
anak-anak tidur kami angkut je..
dorang nak flight x mandi..


sampai Senai Airport, suami park kereta kat parking luar depan airport..
kalau parking luar murah sikit berbanding parking dalam..
tapi walaupun parking kat luar..
parking tu siap ada bumbung..
and x jauh dari main entrance airport..
jalan kaki tak sampai 5 minit pun..


sebab dah siap check-in awal-awal..
so pagi tu just check-in luggage je..
settle semua pun cepat..
solat subuh pun dekat airport..
pukul 7 lebih dah boleh masuk dalam flight..
Alhamdulilah perjalanan lancer walaupun dalam hati sangat nervous..
sebab aku sedikit fobia naik flight..


Faiq Nuruddin.. sangat behave.. cukup time dia tidur..
 
 
dalam Flight.. Azhad sangatlah melasak.. macam 1st time naik flight sedangkan before ni penah je naik. tp masa tu kecik lagi dia x ingat.
sekarang setiap hari asyik mintak nak tebang..

Wednesday, June 1, 2016

Baiti Jannati


Assalammualaikum..

Alhamdulilah, akhirnya impian kami suami isteri jadi kenyataan.
Finally, house renovation is done!


Jadinya sekarang perlahan-lahan tengah angkut barang sikit-sikit.
kalau nak angkut sekali banyak, kereta kecik je.. Bukan Hilux boleh sumbat barang banyak..
so nak mengangkat trip by trip.
InsyaAllah sabtu ni (4/6/2016) akan fully pindah.
sewa lori 1 tan untuk angkat mesin basuh, peti ais, almari and barang-barang yang berat.
al-maklum, suami ada slip disc so dia tak boleh nak angkat barang berat sendiri..
aku pulak, bersalin czer, so kena jaga..jangan nak melasak sangat..


ruang tamu.. kami pilih warna dusty blue untuk wall.. langsir pulak warna dark blue.
tapi ada masalah sikit dekat langsir tu.  Sebab nak buat langsir pakai ring dekat bahagian atas, bila pasang dia betul-betul kena dekat cornice tu. Siap pakej terlipat. So suami bawak turun kayu langsir tu ke bawah sikit and langsir tu terpaksa alter labuh..

Ni pulak bahagian kesayangan suami. Dari rumah tak siap lagi dia cakap nak pasang spotlight. Dah nama pun Baiti Jannati.. so nak jadikan Rumahku, Syurgaku kena lah ikut kan tapi kena make sure cantik. Khat tu kami beli dekat Top Khat dekat Semenyih. Masuk kedai tu terus rambang mata..
 
 
 
Tak banyak barang sangat dekat rumah kami tu. Suami cakap slow-slow beli barang.
Sofa tak ada, meja makan tak ada..
Set bilik tidur je kami beli dulu.
Kos renovation pun dah nak cecah RM40K.
Memang korek duit simpanan.
Lepas settle semua ni kena start simpan duit balik..
 
 
Walaupun rumah kami ni tak adalah besar sangat..
Tapi biarlah ia menjadi Baiti Jannati..
Rumahku Syurgaku..
syurga buat kami sekeluarga..
 
 
 

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016