Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Friday, December 16, 2016

Cuti-Cuti: Kluang Rail Coffee

Assalammualaikum..

weekend lepas cuti panjangkan.. dari Sabtu sampai ke Isnin sebab Isnin tu Maulidul Rasul. so memang dah plan awal dengan suami nak bawak anak-anak bersuka ria. aktiviti yang dijalankan hanya untuk anak-anak and mak pak pun enjoy jugak.

so suami cakap nak naik keretapi. ko tahu jelah aku ni dok Johor. nak cari keretapi celah mana kan.. kalo KL or Selangor banyaklah jugak boleh jumpa keretapi. siap ada LRT, KTM bagai.. ni latest MRT pulak.. ehh, jangan tak tahu Johor pun ada keretapi. macam keretapi untuk perjalanan jauh. bukan antara bandar.. from Singapore and akan berhenti di KL Central. 

gigih kami laki bini google and tanya kawan-kawan. dorang suggest kalau nak bawak anak saja-saja jalan, naik keretapi from Kempas Baru - Kluang. sebabnya, Kluang famous dengan Kluang Rail Coffee yang katanya kopi dia sedap tu...

mula-mula ingat nak pergi hari ahad (11/12/2016). sekali pergi stesen keretapi tu, staff tu cakap tiket pergi ada, tiket balik x da. so suami beli tiket esoknya, isnin (12/12/2016) beli 4 tiket termasuk anak-anak tapi sekali seat dia asing-asing.. x kan nak letak anak duduk asing-asing pulak. mintak tukar seat, staff cakap nak tukar untuk 4 org susah. dia boleh cari untuk seat 2 orang. aku pun x kesah.. asalkan boleh duduk anak beranak..

ni masa nak pergi, muka semua happy.. faiq je buat muka nak tido. memang time tido dia pun. x lama lepas tu terus dia hanyut bersama abg dia.. memang agak sempit untuk kami 4 orang. nasib dapat seat depan sekali, ada ruang.. suami buka stroller, azhad duduk dalam stroller sampai tertido dia..

sampai-sampai Kluang dalam pukul 12.30 tengahari.. ohh tiket pergi pukul 10.30, Alhamdulilah x delay langsung. risau jugak kalau delay. yelah dengan anak-anak lagi. takut dorang buat perangai. sampai-sampai kluang, tengok Kluang Rail Coffee tu dah closed tapi dalam tu still ada orang. mula-mula rasa frust jugak. tapi tengok operation hour dia.. dia buka balik 2.30pm - 6.00pm. so senyum balik..

kami cari kereta sapu mintak bawak pergi kedai makan Asam Pedas Gulai Kawah yang famous jugak dekat kluang. nasib x jauh dari stesen keretapi. sampai kedai tu tengok x ramai orang.. suami cakap asam pedas dia sedap.. gulai kawah dia bagi aku agak manis. tapi memang gulai kawah manis kot..

asam pedas, gulai kawah, ayam goreng (azhad punya), nasi kosong 3 pinggan total RM20 lebih. suami cakap harga dia berpatutan. sebab dia yang bayar kan...

dari kedai makan tu, call balik pakcik kereta sapu tu mintak dia hantar dekat Kluang Mall pulak. 1st impression aku "wooowww". pasir gudang pun x macam ni... mall dia lengkap.. starbuck, coffee bean, H&M, Brand Outlet, Cotton On.. banyak lagi.. semua ada.. sebelum pergi cakap ngan suami x nak shopping.. sampai sana terus terbeli seluar, kasut.. tapi x banyak sebab takut susah nak bawak balik.. round-round kat situ, solat zohor semua.. nak habis kan masa sebab tiket balik pukul 5.00pm.

lepas dah x tahu nak buat apa dekat Kluang mall, dalam pukul 3.30 call balik pakcik kereta sapu tu bawak kami ke art street.. nasib art street tu dekat ngn stesen keretapi. so dari situ jalan kaki je.. kami x amik masa banyak sangat sebab nak pergi  Kluang Rail Coffee tu nak perkena kopi.. tapi sempat juga amik gambar sikit..





dalam 30 minit kat situ.. terus gerak p Kluang Rail Coffee..sampai-sampai tengok orang beratur bukan main.. kami kena tunggu 20 minit.. 4.30pm baru dapat tempat.. order pun ala kadar sebab nak kejar Asar.. suami cakap kopi dia kaw.. aku order kopi ais..maybe x berapa rasa kaw sangat...

 nampak tu.. bukan main ramai lagi..


letaklah setepek gambar tunjuk dah sampai sini...

minum cepat-cepat.. 4.45pm gerak solat.. keretapi pukul 5.00pm.. alhamdulilah sempat and keretapi x delay jugak. sampai kempas baru dalam pukul 6.30pm..
anak-anak happy.. mak pak dia pun happy jugak..


Friday, June 3, 2016

Sabah Part 2

Assalammualaikum..


Sambungan dari Sabah Part 1..


Selamat landing dekat airport Kota Kinabalu puku 9.00am macam tu..
tapi bila turun je kapal terbang rasa macam dah tengahari..
sedangkan baru pukul 9.00am..
tapi airport KK ni masa nak amik luggage rasa macam jauh sangat jalannya..
kena check-in immigration dulu..
lepas tu baru boleh amik luggage..


dah settle semuanya, kami cari kedai makan dulu..
lapar sebab kat dalam flight x makan pun..
sebabnya masa tu tak terasa lapar..
settle isi perut, tunggu pulak kereta sewa..
dalam pukul 11 lebih macam tu baru dapat kereta sewa..
teruslah kami menuju ke hotel.. sebab anak-anak dah tak selesa..


aku book hotel via Trivago..
senang jugak..
aku amik Grand Borneo.
hotel sangat-sangatlah selesa..
anak-anak pun sangat teruja..
kalau nak cari makan senang je sabab dia bersebelahan dengan shopping mall..
tapi bukan tujuan kami dating jauh-jauh nak pegi shopping mall..
tapi sangat berguna jugak shopping mall tu..
sebabnya bagi aku, nak cari makanan kat  Sabah sangat susah..
aku ada sedikit rasa was-was..
muka orang Sabah sama je..
aku x tahu either dorang Islam or not..
so untuk selamat kami makan makanan yg ada dekat semenanjung jugak
(menyesal tak bawak travel cooker)


day 1..
kami x buat apa-apa sangat..
sebab next day tu kami dah nak ke Kundasang..
so kami banyak habiskan masa relax-relax kat hotel..


Azhad paw abah dia beli mainan.. dah namanya family vacation.. so anak-anak keutamaan.. layankan anak-anak je sepanjang percutian ni.. sebab tu kami ni kalau nak cuti pergi mana-mana x nak amik agent or pakage.. x nak terikat..
 

day 2..
lepas breakfast, kami check-out hotel..
kawan aku yang duduk Sabah cakap better aku gerak awal..
sebab pukul 8.00am dekat Sabah dah macam pukul 9.00am dekat semenanjung..
tapi ada masalah sebab kereta kami sewa tu x boleh start..
suami call owner kereta..
dalam pukul 10 lebih baru dia datang tukar bateri baru..
kami gerak ke kundasang dah lewat dari yang dirancang..
untuk menjadikan percutian kami sangat menyeronokkan..
aku pun x adalah nak naik angin ke ape..


dua beradik.. AZhad Syafi & Faiq Nurudin

breakfast dekat Grand Borneo before check-out... memang macam ni kami.. nak makan akan jadi huru-hara


sampai kundasang awal..
mula-mula suami plan nak sembahyang jumaat dalam perjalanan..
Nampak masjid terus singgah..
tapi sepanjang-panjang perjalanan kami..
x Nampak masjid..
banyah Nampak church..
kiri kanan church..
mungkin ada.. tapi bahagian dalam-dalam kampong..


dalam 12.30pm sampai kundasang, isi perut dulu dekat kedai pekan kundasang tu..
rupa-rupanya ada masjid dekat atas bukit..
tapi kami x perasan..
disebabkan check-in hotel dekat kundasang tu pukul 2.00pm
so kami jalan-jalan dulu dekat pekan kundasang tu..


dekat kundasang tu kami stay dekat Kinabalu Pine resort..
sangat cantik resort tu..
sangat puas hati..
dorang provide dinner and breakfast..
and walaupun dinner and breakfast dorang tak berapa nak sedap
tapi kami puas hati..
suami cakap dorang ni sangat menjaga kesihatan pelanggan..
makanan macam makanan dekat hospital..


nak turun malas.. sebab anak-anak tengah tidur.. masa ni baru sampai kat Kundasang..
 
Kinabalu Pine Resort.. sangat cantik..
 
belakang tu sebenarnya Gunung kinabalu.. tapi kami datang awan lindung..
 
depan bilik kami.. buka pintu terus nampak gunung kinabalu..

Thursday, June 2, 2016

Sabah Part 1

Assalammualaikum..


awal May 2016 aku satu family pergi holiday..
tapi dalam Negara jelah..
nak pergi oversea suami aku x nak..
alas an dia anak kecik lagi..
duduk dalam flight lama-lama dia takut anak meragam..
tu pun flight 2 jam anak dah buat perangai..
x nak pakai seat belt la.. x selesa la.. berak la..
tapi Alhamdulilah semuanya dipermudahkan..


aku beli tiket flight awal January..
masa tu Airasia ada tiket murah..
aku main beli je..
discuss dengan suami nak pegi bila..
so memasing setuju 5 May - 10 May..
lepas dah beli semuanya..
baru terfikir yang kami buat renovation rumah..
bertabahlah nak himpun duit..


suami cakap insyaAllah akan ada rezeki tu..
just ikut flow je..
Alhamdulilah bulan March dapat bonus..
simpan sikit duit untuk Holiday..
lagi sikit buat belanja renovation rumah..


jadinya, 5 May flight ke Sabah pagi.. pukul 7.30am..
kami keluar rumah awal.. pukul 5.30am..
sebab tak nak rushing.. yelah dengan anak lagi masa tu..
anak-anak tidur kami angkut je..
dorang nak flight x mandi..


sampai Senai Airport, suami park kereta kat parking luar depan airport..
kalau parking luar murah sikit berbanding parking dalam..
tapi walaupun parking kat luar..
parking tu siap ada bumbung..
and x jauh dari main entrance airport..
jalan kaki tak sampai 5 minit pun..


sebab dah siap check-in awal-awal..
so pagi tu just check-in luggage je..
settle semua pun cepat..
solat subuh pun dekat airport..
pukul 7 lebih dah boleh masuk dalam flight..
Alhamdulilah perjalanan lancer walaupun dalam hati sangat nervous..
sebab aku sedikit fobia naik flight..


Faiq Nuruddin.. sangat behave.. cukup time dia tidur..
 
 
dalam Flight.. Azhad sangatlah melasak.. macam 1st time naik flight sedangkan before ni penah je naik. tp masa tu kecik lagi dia x ingat.
sekarang setiap hari asyik mintak nak tebang..

Tuesday, June 10, 2014

Review Homestay & Pakej di Langkawi

Assalammualaikum..

disebabkan terasa macam sangat PUAS HATI dengan trip ke Langkawi walaupun Cable Car x dapat nak naik tapi bolehlah kot review one by one.


kita mula dengan Homestay D'sentosa ni ye. aku x tahu nak explain jalan or nama tempat kat sana. sebab mostly kat sana aku guna waze. nak p mana memang search guna waze. Alhamdulilah x sesat and selamat tiba on time lagi. tapi homestay ni dekat dengan Resort Tok Senik. amik simpang ke Ulu Melaka and Makam Mahsuri. kalau dari Pekan Kuah dalam 15 minit macam tu. x jauh sangatlah.. 


rate untuk semalam RM350. tapi aku punya trip 3 hari 2 malam so bayar RM700. check out pukul 3.30 pm. x da limit time nk check out pukul berapa. kira berbaloi untuk 10 orang. yang penting sangat selesa. ada 3 bilik. 2 bilik air, dapur lengkap dengan peti ais, rice cooker, mesin basuh, air mineral pun disediakan. kalau nk jimat boleh masak. kalau malas makan kat luar pun boleh. dekat dengan homestay tu ada kedai makan Hjh Fatimah. bagi aku murah. ari pertama lunch kat situ untuk 9 orang makan RM50 org je. pastu hari ketiga makan lagi kat situ untuk 10 orang makan pulak RM45. x ke murah. so jimat sangat. untuk dinner mak and mak mertua masak dekat rumah. homestay ni jugak sediakan tempat untuk BBQ tapi x sempat nak guna.. jadual pack. pastu malas sama. haha..

see.. cantikkan rumah tu..masa masuk je rumah ni terkezut kejap..sebab rasa macam dialu-alukan sangat..

bagi pakej pulak. aku amik dengan kawan aku Qayum. dia buka Travel agency kat sana. sewa van yang 12 orang boleh masuk. pastu amik Mangrove River RM250 kira 1 bot tu kami punya semua. amik cable car RM15 satu kepala tapi nasib dia buat open ticket sebab kami x naik pun cable car tu sebab hujan. so x kena bayaran ape-ape..jimat duit kat situ..


so if sesiapa rasa nak ke langkawi with family or kawan-kawan bolehlah roger aku..aku boleh tolong bg no owner homestay and Qayum.. ermmm x dapat komesyen pn promot dorang ni.. buat ikhlas hati.. :)

Monday, June 9, 2014

Langkawi Trip

Assalammualaikum...


Seminggu cuti.. blog pun ikut cuti jugak.. ni pun rasa macam x puas nak bercuti. rasa nak cuti lagi lagi lagi.. macam company ni bapak kau punya kan wani.. hahahha..

Ok, macam yang diberitahu aritu.. aku cuti balik kampung.. Selatan Utara habaq ang.. letih? bukan aku yang bawak kereta.. so x berapa nak letih sangat. aku jaga anak je.. hahaha..

1/6 aritu buat akikah Azhad. ingat nak buat kecik je..tapi tetamu datang sampai pukul 6 lebih. macam bukan akikah..tapi macam kenduri kahwin. Alhamdulilah, makanan pun x membazir.. abis semuanya..

 Azhad with sepupu dia Abg Nazief. Belah suami aku, Azhad and Nazief ni je cucu mak and abah mertua aku.. x ramai lagi cucu.. bukan main manja dia dengan abang Nazief..melentok lentok..

kambing golek. order thru internet. kepuasaan x 100%.. dalam 40% je sebab x berapa nak enak. kami pulak x tahu nak order kat siapa. lepas majlis mak mertua baru beritahu yg ada sedara yang boleh buat kambing golek. xpelah, next akikah pulak ye..

2/6 pulak berangkat ke Langkawi.. 3 hari 2 malam kat sana. tapi x banyak tempat boleh pergi sebab cuaca yang tidak mengizinkan.. hujan.. cable car x dapat naik.. hampa!


homestay kami..sangat puas hati.. cantik.. kalau sesiapa nak pergi langkawi dengan family boleh amik homestay ni. sangat Recommended! ada 3 bilik.. 2 bilik air.. dapur lengkap periuk belangga..nak masak pun boleh, mesin basuh auto, tv ada astro.. aircond semua bilik termasuk ruang tamu.. English style. memang syok. so lepas ni kalau ada jodoh nak ke Langkawi dengan family, memang aku book rumah ni lagi. D'sentosa homestay.


Dataran Lang.. Azhad masa ni meronta nak lepas. macam dah boleh berjalan je kan..




underwater world.. Azhad senyap je dok dalam ni.. ikan banyak. mata besar tengok ikan..

Mangrove River. syok.. Azhad pun syok dapat rasa angin laut.. senyap je dia. x takut langsung.. dapat tengok helang, ikan and dapat tengok ikan lumba-lumba.. rezeki kami aritu.. mana lagi tempat yang best kami pergi.. shopping.. and tu je..sebab bawak orang tua kan.. dorang penat.. x leh jalan lama sangat. rasa masih x puas berjalan. suami cakap nak pergi lagi. tapi dengan kami aje..


Friday, May 16, 2014

Tips: Travel with Baby Part 1

Assalammualaikum..

Jumaat datang lagi.. Alhamdulilah.. besok cuti, kemain sukakan? tadi nak bangun tidur pun liat. lagi-lagi bila si busuk aku tu pun asyik dok berkepit je ngan aku.. lepas sembahyang subuh sambung balik bermalas-malasan dengan si busuk. ok xpe, besok cuti..kita pergi taman main buai ye..


sebenarnya, bulan ni aku rasa macam nak sangat cepat berlalu. sebabnya akhir bulan mei 30/5 - 8/6 aku cuti. lama kot x bercuti. last cuti aritu masa bulan 1 balik kedah. yang ni pun nak balik kedah jugak tapi tambah trip sampai ke langkawi. mau x syoknya.. dalam kepala dah buat list nak menyopping pinggan mangkuk kat sana. ko tengok feeling mak mak sangat kan?


disebabkan cuti ni nk g island. aku kena mengoogle pasal percutian bawak anak kecil. tapi aku skip untuk island hopping sebab aku takut nak bawak Azhad naik bot laju. dahlah tengah laut. dibuatnya dia meraung kat atas bot, x ke naya.. walaupun aku nak sangat island hopping tu. last aku pergi pun masa last sem masa study kat UUM dulu..dah bertahun weeii..


so apa yang perlu aku bawak untuk Azhad nanti?
1) aku kena get ready semua food dia. food dia aku masak sendiri. so aku kena buat stok utk food dia. nasib aku sewa homestay yang lengkap semuanya, senang aku nak masak nanti. rasa x rumit pun.. dah masak nanti, letak dalam tharmos untuk bubur..masuk dalam beg..senang je..

2) aku kena bawak lampu tidur. beli dekat MR.DIY tak sampai RM3 pun. senang nak bawak travel sebab azhad dia x tidur dalam bilik yang gelap gelita. at least kena ada cahaya yang samar-samar yang x terlalu terang. mudah jugak untuk aku sebab kalau nak tukar pampers dia tengah malam, tak lah teraba-raba..

3) aku kena cari sunblock untuk baby, sebab ko pun tahu dekat pulau nanti cuaca macam mana kan. kulit baby kan nipis lagi. and sekarang ni disebabkan penipisan lapisan ozon, so cahaya yang sampai ke bumi tu sangat kurang sihat. ehh aku macam cikgu geografi pulak..

4) baju tidur and baju siang yang cukup.. penting! baju yang x panas and selesa..

lagi ape ye??

xpelah, nanti dah packing barang, sesempatnya aku amik gambar. boleh buat rujukkan kepada sesiapa yang nak travel pergi island bawak anak kecik..

Friday, July 5, 2013

Nak Cuti!!

aduhaii..
sakit hati benor ni..
:
:

nak apply cuti next week 11hb & 12hb tapi yang lepas 11hb je... yang 12hb jd unpaid leave pulak. sedangkan cuti ada lagi ni..
:
:

haiiii lah HRMS...kenapalah ko sekat cuti aku..aku nak cuti ler...

Monday, March 18, 2013

D'Village Resort

hari ni.. dari pagi sampai petang dok cari resort or chalet kat Melaka. sebab weekend ni nak piknik ngn family. bukan x buat kerja. tapi sambil menyelam haruslah pandai minum air sama kalau tekak keringkan.. walaupun aku x reti menyelam...

semua resort and chalet penuh. hanya dapat D'village Resort kat Ayer Keroh.. x da pun pantai or laut. yang ada hanya swimming pool je.. boleh la.. budak-budak kan suka air.. aku main basah kaki aje lah kot...

view kat internet tengok ok.. so mintak 2 buah chalet. al-maklumlah family ramai.. anak buah je 8 orang. tu yang saiz besar-besar.. adik beradik 6 orang.. campur ipar duai lagi.. plus mak abah lagi.. nak sewa 1 buah chalet rasa macam tin sardin pulak  kan.. 1 chalet RM292.. free breakfast tuk 4 orang...

rasa macam x sabar nak tunggu weekend ni.. nanti kalau ok, aku review sikit pasal resort tu ye.. mana la tahu ada yang nak pergi cuti ngan keluarga kan..






Monday Blues

pagi tadi, masuk je office and start buat kerja mata dah ngantuk.. x tertahan..sebab weekend aritu dah terbiasa tido lambat, then bangun pun lambat. senang hati sebab baby belum keluar lagi. selalu sangat after solat subuh mesti tidur balik..

so stop kan kerja. pergi cafe cari nescafe. memang degil aku ni. kalau suami aku tahu memang habis kena bebel.  pastu konon-konon rehat ni nak tidur. tapi mata segar pulak. nanti dah pukul 2 baru ngantuk balik. monday blues lah sangat kan...

tadi survey chalet dekat Melaka. sebab sabtu ni nak piknik ngan family. kebetulan mak aku ada kenduri dekat Melaka and aku ada kenduri dekat Muar. aku suruh dia datang Melaka sabtu. rindu kat mak abah aku. so ajak abang and akak aku semua. lama sangat x berkumpul macam ni. x sabar pulak nak tunggu sabtu ni..sedangkan baru je masuk minggu baru. and nasib ada lagi chalet. sebab kebanyakkan chalet dah penuh. so weekend ni aku ada banyak benda nak buat. nak g expo mommy and baby dekat Danga City Mall, pastu terus g Melaka, pastu g kenduri..pastu balik rumah..pastu Isnin bangun dengan perasaan malas sebab x puas tido...hahahha

p/s: nanti aku review chalet tu ye..

Thursday, February 7, 2013

Nak Cuti!

Assalammualaikum..

alahai x sabar rasanya nak tunggu besok..
ada ape dengan besok?
alahai besok kan last kerja then kita akan cuti for CNY..
so aku amik kesempatan..
cuti seminggu terus..
nak jalan jauh...
dari selatan ke utara uols..
hebat x??
hahahha..


balik ni dah rancang apa nak buat..
pergi basuh kereta..
kereta aku x pernah basuh dari aku amik dari bangkel masa accident dulu sampai sekarang..
bukan x nak basuh tapi JB asyik ujan..nanti dah basuh menyesal pulak.. 
pastu nak packing baju..
campak-campak masuk beg..
nak kemas rumah..
nak tinggal rumah lama-lama so kena la make sure rumah kemas kan..


memang rasa x sabar nak berjalan ni..
dah lama x berjalan..
dah lama x mintak cuti panjang macam ni...
doa kan perjalanan kami selamat ye..
to all of u yang nak jalan jauh macam aku..
hati-hati ye..
periksa kereta, tayar, air, & semua yang berkaitan..



nanti kalau ada kesempatan aku update entry dari utara ye..

Monday, December 24, 2012

Legoland

semalam aku, suami and family akak aku pergi Legoland. sebenarnya, tu percutian yg x dijangka bg aku and suami and yg dijangka bg family akak aku. tahu-tahu je tiket kami dah di beli..so nk buat mcm mana kn? suami pun ckp ok la, pergi ajelah kan... orang luar JB dah lama sampai kami yg dok JB ni x pergi-pergi lagi..
kami tolak dari rumah dalam pukul 10 lebih..awal tu..sebab Legoland buka pukul 10..ingat kami paling awal tapi rupanya..adoi..dah ramai datang. yg beratur panjang nak beli tiket pun ada..nasib dah beli awal. tips pertama untuk korang yg nak pegi,silalah beli tiket dekat travel agency sebab harga lagi murah. tiket aku RM110 sorang. kalo beli walk in RM140..
masuk-masuk aje x thu nak pergi mana..so decide nk naik keretapi.. ni lagi satu azab.. nk kena beratur lagi. so conclusionnya memang nk masuk Legoland memang kena beratur. tips kedua untuk korang, kesabaran perlu dikumpul dari rumah ye..kalau x sabar memang korang akan bertambah panas plus cuaca yang panas dekat situ..dengan berkat kesabaran, akhirnya dalam 12.20 kami dapat naik keretapi..12.30 dah sampai stesen..x sampai 10 minit pun..
lepas habis smua tu, kami haus sangat..pergi kedai..beli air..harga air kat situ adalah RM6. sedangkan kalau beli kat luar adalah RM2.20. dia ikut rate singapore ke ape tah...gila mahal..tips ketiga untuk korang adalah, bawak air banyak dari rumah ye...and bawak makanan siap-siap dari rumah..situ semua mahal..
sebenarnya banyak permainan x sempat nak main sebab tgk barisan yg panjang..jadi kami decide jalan-jalan nk cuba permainan yang kami sempat main aje..yg paling best adalah 4D movie dekat bahagian imagination..macam real..walaupun beratur panjang, tapi bebaloi..nak masuk lost advanture x sempat pulak dah..kejar sembahyang asar masa tu..so bila lepas sembahyang, nk menapak balik pergi sana memang x lah..kaki rasa dah lenguh, dalam pukul 6.30 kami balik..untuk hari sabtu and ahad dia tutup pukul 8.30 malam..tapi kami ni dah lost energy..so decide balik la..kaki pun rasa macam x rasa ni..
cakap ngan suami nak pergi lagi..suami cakap lepas harga tiket jadi RM30. nak tunggu berapa lama tah..
ok ad sikit gambar untuk tatapan korang :)

One day holiday

Assalammualaikum
serius penat x hilang. nak pergi office pun rasa x larat. nasib sok cuti. leh jugak plan tido lama-lama
rasa macam x sempat nak cite panjang-panjang sebab nak g office dah ni.. tengok gambar dulu ye..
Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016