Thursday, November 1, 2012

Tips Berjimat Cermat dari Acik Wanie

Assalammualaikum..


entry petang hari selepas kembali seperti sediakala iaitu menjadi perempuan berkerjaya. tepat pukul 6, kemas meja, tutup PC kemas beg and bergegas pulang. walau macamana pun berkerjaya seseorang perempuan tu, dia masih ada tanggungjawab besar dirumah. nasib suami aku ni x banyak songeh sangat. so panaskan balik kuah spaghetti, rebus spaghetti and it's enough for our dinner. walaupun dari semalam bawa ke hari ini, asyik makan spagetti aje. tapi untuk mengelakkan pembaziran, makan jugaklah kan..tapi malam ni before tido nak masak untuk esok. esok x bawa bekal macam selalu sebab tengahari waktu rehat sempat balik rumah. sebab rehat kami panjang. so boleh makan sama-sama. sweet x? sweet kan? (sila muntah) :)

sebenarnya entry kali ni nak cerita pasal kisah benar. seorang wanita yang dulu before kahwin dia sangat boros (it's me) bertukar menjadi seorang berjimat cermat (bukan kedekut ye..). dulu dia boros sangat (x lah boros sangat-sangat). kalau ada duit senang aje duit dia nak keluar. cukup bulan x da duit. duit simpanan pun dia jarang nak menyimpan. tapi selepas kahwin, suami dia ni sangat berkira orangnya. maksudnya if dia nak beli sesuatu dia akan fikir dulu benefit yang dia akan dapat kalau dia beli benda ni.

makanya, habit suami dia tu dah berjangkit dengan dia. sekarang ni, kalau pergi kerja dia jarang keluarkan duit dah. dulu breakfast lain harga, lunch lain harga, dinner lain harga. sekarang dia suka masak. masak dekat rumah tuk dibawa ke office. mula-mula dia masak malam tuk makan dinner besok sebab dia takut bile dia balik kerja dia x sempat nak masak sebab dorang dinner before maghrib. tapi lama-lama, tu lah makanan tuk lunch, and makanan tuk dinner..

dalam seminggu, dia spend RM50 untuk dua orang. dia guna duit tu untuk beli barang basah untuk seminggu. dia belilah udang sikit, sotong sikit, ikan sikit, ayam sikit, daging sikit, sayur sikit. kadang-kadang less than RM50 tau..see, murahkan? yela makan dua orang bukan sepuloh orang, so beli sikit-sikit aje la..

kenapalah dia ni nak sangat berjimat cermat. sedangkan x payah pun x pe. bukan x da duit kan?

sebab..

1) dia & suami dia ni perantau. jauh dari family. sorang dekat central sorang lagi dekat northern. tapi bermaustatin dekat south. bayangkan, kalau nak balik kampung..berapa ratus kena spend duit. kalau just balik kampung salah sorang, rasa macam x adil pulakkan. contohnya hari raya haji hari tu, balik central je..yang northern x balik. so amik keputusan Deepavali ni nak balik northern pulak. baru adil..

2) at least adalah duit simpanan waktu kecemasaan. if perlukan dorang balik kampung masa gaji x masuk, at least ada jugak duit kat dalam bank yang boleh dikorekkan..

3) tetiba mengatal nak berjalan jauh-jauh..ke Sabah ke, ke Sarawak ke..mana-mana ke..at least dorang x adalah bergantung pada gaji bulan itu or 2 bulan sebelum itu..boleh pack barang and HOLIDAY TIME!!!

4) the last but x last sangat..manalah tahu next year dorang get the baby (ohh please i want!)..at least ada jugak simpanan..

so, conclusion dari entry panjang lebar ni, silalah berjimat cermat. kepada yang dah berkahwin, walaupun gaji korang besar, tapi ingat kita perlu buat simpanan untuk masa akan datang. x lambat nak mula menyimpan (tahu korang dah start menyimpan dulu). kepada yang nak kahwin and untuk perempuan.. jangan bergantung harap sangat dengan bakal suami korang. jangan jerut leher mereka sampai kesian mereka nak bernafas. bertolak ansur, sebab itu akan ajar korang untuk bertolak ansur selepas kahwin. kan dalam perkahwinan tolak ansur itu perlu :)


note: x pernah bosan untuk masak buat suami. and semoga akan terus gigih berusaha untuk memasak sampai bila-bila. (suami cakap aku boleh masuk masterchef sebab aku masak sedap..sila kembang hidung!)

1 comment:

Rozita said...

nak makan hari2 pun tk cukup..apa yg nak di simpan lagi? 20 sen sehari boleh ler kot. klu dah harga ikan kembung kecik sekilo smpi RM12 skrg...kata lah ada anak 7 org..nak beli bape ekor? 3 ekor ?..ntah lah..

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016