Wednesday, May 21, 2014

Suami Isteri satu Company

Hi korang..


siapa dekat sini yang husband or wife satu office???


saya! saya!


memang suami aku satu office dengan aku. opss! silap satu company tapi department lain-lain and lain-lain bangunan. aku dekat main building dia dekat building lain. walaupun sama company tapi kami pergi kerja asing-asing. motipnya? sebab nanti sampai checkpoint dia akan ke kiri, aku akan ke kanan. so kami main bye bye kat situ. so suami akan naik motor aku akan naik kereta. 


dulu masa x ada budak kecik Azhad tu, rajin jugak ajak suami lunch sekali. tapi jarang nak dapat sebabnya nanti dia ada kerja luar lah.. dia dekat atas kapal lah, so bini dia makanlah sorang diri or dengan officemate lain. tapi selalu makan sendiri sebab dalam office aku majoriti lelaki and aku sorang perempua. macam mana kerja semua lelaki? aku x ada masalah..bahkan aku selesa sebab dorang ni pun dah pangkat abang and pakcik dengan aku. so no hal lah.. selagi pandai jaga diri sudah.. sekarang dah ada anak, time rehat selalunya aku akan pergi rumah pengasuh jumpa dia, susukan dia, main dengan dia, gomol gomol dia.. so balik office baru makan..makan laju-laju.. so sekarang lagi susah nak lunch date dengan suami.. ada jugak tapi jarang-jarang berlaku.


ada officemate aku ni, bila dia kerja shift pagi (aku office hour), mesti and wajib makan dengan isterinya. memang kira kena makan sekali. kalau dia tanya aku "wani x makan dengan suami?" aku jawab "saya x kesah..sebab dah biasa x lunch sekali dengan dia". bagi aku senang je, kalau ada masa kami lunch sekali, kami akan lunch sekali..kalau dia sibuk, aku lunch sendiri, pandai bawak diri. kalau dia beritahu aku "sayang, abang makan dengan kawan office, dorang nak belanja" aku akan ok je. aku x dalah sampai nak ikat kaki suami aku.. nak kata x boleh kan..tapi kawan aku ni, kalau kami makan ramai-ramai dengan officemate kami, mesti dia bawak bini dia. mesti angkut sekali. x boleh nak tinggal. kadang-kadang rasa pelik pulak. bini dia ni x bagi suami  dia makan sendiri ke? tapi nak kata apa, lain orang lain caranya kan?


baru nak masuk 2 tahun kahwin dah nak bagi tips. bukan nak bagi tips, tapi bagi aku senang je, jangan buat suami rimas, jangan sekat pegerakkan dia dah ok. tapi suami aku Alhamdulilah bukan jenis keluar malam, bukan jenis lepak kat mamak dengan kawan-kawan. dia cakap zaman tu dah berlalu, sekarang kualiti masa adalah bersama isteri dan anak-anak. yelah, ko dah kerja 8 jam dekat office, balik kerja nak keluar balik jumpa kawan-kawan, bila masa ko dengan anak-anak and isteri? x kan time tidur je kan?? so renung-renungkan dan selamat beramal..


lagi 8 hari nak balik kampung !!!!!

No comments:

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016