Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

Suami Isteri satu Company

Hi korang..


siapa dekat sini yang husband or wife satu office???


saya! saya!


memang suami aku satu office dengan aku. opss! silap satu company tapi department lain-lain and lain-lain bangunan. aku dekat main building dia dekat building lain. walaupun sama company tapi kami pergi kerja asing-asing. motipnya? sebab nanti sampai checkpoint dia akan ke kiri, aku akan ke kanan. so kami main bye bye kat situ. so suami akan naik motor aku akan naik kereta. 


dulu masa x ada budak kecik Azhad tu, rajin jugak ajak suami lunch sekali. tapi jarang nak dapat sebabnya nanti dia ada kerja luar lah.. dia dekat atas kapal lah, so bini dia makanlah sorang diri or dengan officemate lain. tapi selalu makan sendiri sebab dalam office aku majoriti lelaki and aku sorang perempua. macam mana kerja semua lelaki? aku x ada masalah..bahkan aku selesa sebab dorang ni pun dah pangkat abang and pakcik dengan aku. so no hal lah.. selagi pandai jaga diri sudah.. sekarang dah ada anak, time rehat selalunya aku akan pergi rumah pengasuh jumpa dia, susukan dia, main dengan dia, gomol gomol dia.. so balik office baru makan..makan laju-laju.. so sekarang lagi susah nak lunch date dengan suami.. ada jugak tapi jarang-jarang berlaku.


ada officemate aku ni, bila dia kerja shift pagi (aku office hour), mesti and wajib makan dengan isterinya. memang kira kena makan sekali. kalau dia tanya aku "wani x makan dengan suami?" aku jawab "saya x kesah..sebab dah biasa x lunch sekali dengan dia". bagi aku senang je, kalau ada masa kami lunch sekali, kami akan lunch sekali..kalau dia sibuk, aku lunch sendiri, pandai bawak diri. kalau dia beritahu aku "sayang, abang makan dengan kawan office, dorang nak belanja" aku akan ok je. aku x dalah sampai nak ikat kaki suami aku.. nak kata x boleh kan..tapi kawan aku ni, kalau kami makan ramai-ramai dengan officemate kami, mesti dia bawak bini dia. mesti angkut sekali. x boleh nak tinggal. kadang-kadang rasa pelik pulak. bini dia ni x bagi suami  dia makan sendiri ke? tapi nak kata apa, lain orang lain caranya kan?


baru nak masuk 2 tahun kahwin dah nak bagi tips. bukan nak bagi tips, tapi bagi aku senang je, jangan buat suami rimas, jangan sekat pegerakkan dia dah ok. tapi suami aku Alhamdulilah bukan jenis keluar malam, bukan jenis lepak kat mamak dengan kawan-kawan. dia cakap zaman tu dah berlalu, sekarang kualiti masa adalah bersama isteri dan anak-anak. yelah, ko dah kerja 8 jam dekat office, balik kerja nak keluar balik jumpa kawan-kawan, bila masa ko dengan anak-anak and isteri? x kan time tidur je kan?? so renung-renungkan dan selamat beramal..


lagi 8 hari nak balik kampung !!!!!

Friday, October 25, 2013

Menyusahkan Orang!

Sepatutnya..sepatutnya Ibu yang menyusukan anaknya x boleh nak tension-tension. effect kat susu weeii.. boleh merundum production weeiii...so cara x nak tension luah kat blog..

Bos aku cuti..sepatutnya happy lah kan. tapi cuti dia pun dia sms aku..email aku. kira x cuti. tapi yang aku angin tu.. dia suh aku update benda yang remeh gile. aku banyak keje jugak. appraisal tahun ni aku kena buat. kalau x buat x dapat bonus la kan..

isunya diantara govt. agensi ni. manja sangat. aircond dekat office dia rosak. ok fine! aku boleh call maintenance tuk repair sebab dia sewa dalam building company aku. department aku pulak liaise ngn pihak govt. ni kan. aritu beria mintak no. hp aku. ko ingat aku senang-senang nak bagi ke? nak kena marah ngn suami aku silalah bagi. tapi aku pikir hal kerja and dia cakap nak update if contractor datang repair. sampai la ni x ada. aku lah dok "menyembah" dorang. call dorang balik. tapi sebab dah panas hati. aku bahas kan jugak. "boleh x tolong update dekat saya. kalau encik x update saya x tahu benda tu dah ok ke x..". alahai bos aku pun satu. nape dia concern sangat ngan "pihak tu" pun aku x tahu..


tenangkan diri balik...

selamat berhujung minggu...   

Wednesday, July 24, 2013

Penantian

Hari ni aku pakai baju warna merah..
motif bagi tahu kaler baju kenapa??
:
:

sebabnya..bila aku pakai kaler merah orang cakap ada maksud lain..
sedangkan aku x tahu nak pakai baju ape..
baju mengandung aku x banyak..
nak beli lain rasa x berbaloi..
sebab tengah tunggu hari je ni..
so pakai lah ape yang ada..
itu pun nak jadi isu..
haii la pakcik..
:
:

baru lepas siapkan list name tuk bagi kad raya..
tunggu bos approve..
tapi bos x da..
semoga boleh siap sebelum aku bersalin..
aku x suka lah kerja aku tinggal macam tu je..
ni pun dok pikir ni.. Minute of Meeting pasal safety nak kena hantar before end of this month..
tapi x siap satu ape..
sebab meeting x buat lagi..
macam mana nak wat minute kn?
semua sibuk.. semua lemau nak buat meeting time puasa ni..
aku dengan x larat, sakit perut bagai pun bos still pas kat aku..
sedangkan dia tahu aku tengah tunggu hari and x larat..
:
:

macam entry luahan perasaan kan?
ni pun tengah kira hari bila baby nak kua..
abah dia request before 1st August sebab pikir cuti dia, then dia dah beli tiket flight 8th August nak balik raya kat kedah..kalau x burn macam tu je..
then dia leh cakap "kalau baby nak kua lepas 1st August, baby kua 5th August ye.."
sebabnya dia leh cuti sampai raya..
tapi harap-harap jangan lah dalam tempoh 1st and 2nd August sebab nak kena balik Sg Buloh..
kalau before 1st August nak bersalin kat JB..
aiissshhh pening pulak..
:
:

sekarang kalau cakap pasal tanda nak bersalin..x tahu lah..
kadang-kadang ada..
kadang-kadang x da..
kadang-kadang laju je wat keje..
kadang-kadang rasa x larat..
:
:

semoga Allah permudahkan..

Friday, July 5, 2013

Nak Cuti!!

aduhaii..
sakit hati benor ni..
:
:

nak apply cuti next week 11hb & 12hb tapi yang lepas 11hb je... yang 12hb jd unpaid leave pulak. sedangkan cuti ada lagi ni..
:
:

haiiii lah HRMS...kenapalah ko sekat cuti aku..aku nak cuti ler...

Tuesday, July 2, 2013

Luahan Hati: Kerja

sebenarnya aku didalam kegelisahan..
aku kena hantar kerja aku besok.
tapi tersangkut dekat bos aku..
bila kerja melibatkan department lain and kena submit pada hari yang ditetapkan tapi x boleh nak buat macam tu sebab bos department ko x approve lagi benda tu, ko akan jadi x senang nak duduk..



aku dah cakap dah dekat dia pagi tadi..
tapi dia cakap "saya malas nak baca-baca ni, banyak sangat guideline dia..tengoklah nanti petang nanti.."
so apa yang perlu ko buat?
tunggu sampai petang?
dah lah kerja tu kena dia approve dulu..
pastu ada next step lagi..
aiiissshhhh!!!

Friday, December 24, 2010

hanya untuk sesuap nasi

assalamualaikum yow!..
how are you yow!
jadi minah rock pulak aku nie..
maaf makcik, pakcik, atuk, nenek..saya terover excited pulak malam nie...
.
.
.
penat..penat..sangat penat nak mencari sepuluh suap nasi...sesuap macam x kenyang pulak. so kena cari sepuluh suap nasi untuk hidup zaman nie. zaman sekarang nie semua nak guna duit. so bile nak cari duit, macam-macam lubang la, saluran la yang digunakan. ada yang alhamdulilah pakai saluran yang betul. tapi ada jugak pakai saluran yang salah..tu semua gara-gara nak kaya cepat. aku??? alhamdulilah aku doa semoga sampai aku mati aku akan kekal disaluran yang betul..amin...

nie gambar bangunan depan bangunan aku...

eh..macam ada benda kat situ...

la...orang rupanya...berani mati sungguh...
.
.
.
x kira, kerja apa pun yang penting halal untuk menjadikan makanan yang kita makan itu sebagai darah daging kita...

Tuesday, December 21, 2010

hidup baru

asalammualaikum all....

harini aku memang otai yow! aku EL harini yow! atas alasan atuk sakit yow! tapi aku dh mintak kebenaran kat mak aku untuk mengunakan alasan itu sebab atuk aku belah abah and mak dah x da...

"atuk..orang mintak maaf guna alasan tu..orang wat semua tu sebab..sebab..orang nak g tengok offer letter. orang dapat kerja baru...orang mintak maaf.."
aku wat semua tu bukan suka-suka ok. sangat susah nak dapat cuti kat department aku tu. sangat tercekik tulang leher nie bile nak mohon cuti. kalo nak mintak MC x boleh pulak. MC mahal wooo...1 MC boleh mau rm30..kopak den..kopak....so aku pun gunalah alasan yang sangat bermanfaat...haha..bak kate dak-dak opis...
"wanie kan otai..."
hahaha..otai la sangat..tapi otai la jugak..sebenarnyer aku bukan otai, aku terpaksa bile keadaan memaksa aku wat macam tu. if aku dapat supervisor yang sangat cool, berdedikasi, memahami...aku memang sumpah x buat macam tu! memang aku x kan wat! aku nak jadi pekerja yang berdedikasi..

by the way, 4hb aku akan mula kerja kat company baru. aku harap tahun depan, dengan tahun baru, azam baru..aku nak bina career aku...walaupun position aku nanti sangat lari dengan bidang yang aku amik, tapi x salah mencuba. hidup kalo berada di dalam ruang yang sama amat membosankan..so x salah nak lari sedikit kan???

" YA ALLAH, lancarkan perjalanan hidupku ini...aku mahu petunjukMU.."

Sunday, August 8, 2010

~sentap i~

best x bile dpt SMS dr boss..
"wanie besok cuti ok.."
best kan..
.
.
.
tp tibe-tibe jadi x best bile..
"selasa pukul 8am kite gerak g PERAK. duk sana 2 minggu"
.
.
.
oh damn!!
1st pose x boleh ngn fmly la...
x suka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, August 4, 2010

~fobiakah aku dengan kerja?~

salam..
aku dekat opis sekarang nie. bersendirian..boss aku n semua staff lain ke Manjung tengok site belah sana. aku pulak diamanahkan tuk dok dekat opis n siapkan semua keje-keje yang boss aku bagi. tapi opis nie memang x macam opis korang yang lengkap dengan semua peralatan. opis aku banyak yang kurang. opis baru setup. n everythng about HR and admin aku kena setup n siapkan before bos aku balik. and bile dah dok sorang-sorang banyak tugas aku diberi melalui email, SMS or call. ermmm aku x kisah semua tu.

aku rasa macam aku sebenarnyer x bekerja. aku boleh masuk opis ikut aku nak masuk bile. sebab, opis nie bukan ada orang datang. tapi aku kena g opis jugak. and yang paling best ikut suka aku nak balik pukul berapa. kekadang aku dok opis 2,3 jam je.. yang laen aku dok umah. aku siapkan kerja aku dekat rumah. kalo bos bagi kerja, aku buka email, n aku buat kat umah. kadang-kadang tengah malam pun still buat kerja gak. coz company nie x da ape-ape lagi. yang ada hanyalah sebuah meja di hadapan tuk aku duduk dan buat kerja. maybe after boss aku balik, perabut akan masuk.

aku x tahu apa yang aku nak dalam diri. pagi tadi bangun tido, aku rasa macam aku x mau kerja kat sini. tapi bile mak aku cakap "x pelah, tengok sebulan dua nie macam mana..kalo x ok berhentilah. lagipun dekat ngan umah.." so aku pun dengar je cakap mak aku. kadang-kadang apa yang mak kita cakap tu adalah yang terbaik. aku try untuk enjoykan diri aku dengan kerja-kerja aku nie. mcm HEMY penah cakap, aku kena tahu macam mana nak enjoy dengan kerja aku sekarang.

dulu aku amik keputusan untuk berhenti kerja kat company lame coz aku x selesa kerja kat sana. diganggu lepas tu aku selalu sakit. pastu sebulan duk rumah sebelum dapat kerja baru. tapi bile dah sebulan kerja kat situ, baru aku tahu company aku tu banyak hutang sampai x boleh bayar gaji pekerja. aku bukan berhenti kerja. tapi staff kat situ diberi cuti sehingga dimaklumkan. so macam paham-paham sendirilah. kena cari kerja laen. tapi gaji semua orang belum dapat-dapat lagi. mcm-mcm dijanjikan tapi HARAM x dapat. sekarang kerja ngan company nie. company printing yang x da apa-apa. yang memang baru n tersangat-sangat baru nak bangun. kekadang aku terpikir, aku takut aku kena tipu lagi. kerje dah buat tapi gaji x dapat. aku terlalu FOBIA dengan kerja skrg. nak accept sesuatu kerja pun kekadang aku pikir berjuta-juta kali. PENGALAMAN MEMATANGKAN AKU..

Thursday, July 22, 2010

~selamat datang ke REAL WORLD!~

salam...
lama nya x menulis n3 baru...
aku x da mood sejak masuk bulan JULAI nie...
banyak masalah yang terpaksa di hadapi..
nak atau tak nak memang kena hadapi gak..
.
.
.
tak tahu nak cakap macam mana lagi..
bukan tak pernah bercakap pasal masalah nie..
tapi selagi HAK aku x dapat selagi tu aku rs semacam...
.
.
.
teringat kata kawan aku petang tadi..
"aku x kan halalkan sampai mati.."
perlu ke aku wat cm tu??
x halal kan sampai mati??
perlu ke??
tapi yang pasti aku x mau menjadi kejam..
tapi kalo aku cakap aku halal kan tapi hati aku x redha kira x halal jugak kn???
tapi memang sekarang aku x redha dengan apa yang dia buat pada aku n pada KAMI...
.
.
.
dulu..
aku berhenti kerja coz aku nak selesaikan masalah..
tapi bile masuk tempat kerja baru..
masalah lagi teruk dari masalah dulu..
tapi aku x mau menyesal...
apa yang berlaku ada hikmah..
pengalaman nie terlalu mahal..
membuatkan aku menjadi manusia matang...
.
.
.
SELAMAT DATANG KE REAL WORLD!!

Tuesday, June 8, 2010

~i LIKE it..maknanya aku suka laaa~

selamat malam kekawan..
ape habaq la nie??
ewah-ewah speaking kedah la pulak..
because why tiba-tiba speaking kedah nie???
.
.
.
ya ya ya...
tahu tahu tahu..
.
.
.
kekasih hatiku orang kedah..
tapi ada sebab lain jugak...
sebabnya..
.
.
.
BOSS baru aku orang kedah..
(ehhh yeke??)
sebab aku dengar loghat orang belah-belah sana je..tapi mane tahu kot dia orang perlis ke, penang ke..boleh jadi jugak kan????
.
.
.
aku nie main bantai je..ishhh..
.
.
.
ok..
aku rasa sekarang ni aku sudah mencintai kerjaku ini..
boleh cari makan..
n boleh mengumpul duit jugak..
untuk ape???
korang rasa untuk apa??
.
.
.
opsss salah..
kawen tu memang nak..
tapi nak membahagiakan ayahanda and bonda tercinta..
itu YANG PENTING
semoga hasratku tercapai..
amin...
.
.
.
1st gaji nak buat apa???
nak bayar duit kereta..
haha before nie abah aku bayarkan..
tapi kereta tu aku yang lenjan a.k.a guna..
so aku rasa sampai serunya dah tuk aku membayarnya pulak..
.
.
.
harap-harap after 3 month nie, gaji makin naik la..hehe...
i LIKE it!!!

Monday, June 7, 2010

~1ST DAY KERJA part 2~

selamat petang...
aku masih di opis lagi..
opis hour aku dr pukul 10 am sampai pukul 7 pm..
so kena tahan la sampai pukul 7 pm..
.
.
.
1st day kerja..
macam2 otak ni kena terima..
pasalproduk kena tahu..
dengar presentation dari staff sini pasal produk..
pastu sekarang tengah dengar marketing plan..
pastu sempat pulak aku mengupdate n3 baru nie..
hahahha..
multi tasking kan...
hehhehe...
.
.
.
dengar org bercakap ni buat perut bergendang mesra..
lagu keroncong ni..
lapar..
mauuu pulang..
mauu makan dehhh...

~1ST DAY KERJA~

assalammualaikum...
selamat pagi..
sekarang aku berada di pejabat a.k.a office..
ermmm 1st day kerja hari ni...sebagai MARKETING EXCUTIVE...
.
.
.
sampai-sampai borak dengan staff kat sini..
dorang pun macam aku..baru jugak..
and dorg bilang sama aku...3 bulan nie kerja memang training aje la..
yaaa...aku sudah merasakan kebosanannya..
and yang paling best..dapat tahu jugak..next week aku dah kena travel...
ermmmm nanti mesti aku merinduinya...
.
.
.
p/s: doa kan dia berjaya interview besok
p/s: DOA UNTUK GAZA

Thursday, June 3, 2010

~INTERVIEW KERAJAAN..MACAM MANE??~

assalammualaikum...
pagi yg agak suam-suam kuku..
nie sbebab semalam emosi aku x stabil..
so dibawak sampai ke hari ni...
tp arini lagi baek dari semalam la...
.
.
.
td pagi aku dpt masej dr buah ati penggarang jantung..
dia cakap ada interview 8hb nie..
jawatan PEGAWAI TADBIR N41...
dekat kementerian kesihatan..
syukur alhamdulilah..
semoga rezeki die terbuka luas dan ALLAH mempermudahkan urusan dia nanti..
.
.
.
tp satu je..
aku x pernah interview utk kerajaan..
just amik exam SPA je...
ermm aku ckp la kena la tahu pasal isu semasa...
tapi ape lg yg dia perlu ada and perlu tahu..
sape2 yg ad pengalaman n berjaya..
bg idea sikit..
hehe
.
.
.
P/S: SENTIASA BERDOA UNTUK GAZA

Tuesday, June 1, 2010

~NEW..~

ALHAMDULILAH..
selama sebulan..
tepat sebulan..
akhirnyer aku dpt jugak..
.
.
.
gembira x terhingga..
walaupun aku x tahu ape yang bakal aku hadapi kelak..
mungkin lagi teruk dr yang dulu..
gaji rendah sikit dr dulu..
tp aku harap aku blh bina masa depan & bina kerjaya disana...
.
.
.
aku dpt new job..
MARKETING EXECUTIVE
walaupun lari dr tajuk..
HR ke MARKETING
memang lari sungguh..
dh la x penah belajar marketing...
tp try aje la...
.
.
.
bos aku ckp...die x tgok CGPA tp die tgok prestasi aku nnti..
good luck for me...
.
.
.
P/S: SAMA-SAMA BERDOA UNTUK GAZA

~alergik aku dtg blk..aduyai!!~

dah lama aku menjejakkan kaki disini..
ermmm bukan bizi tp ketidaksempatan aku tuk update blog nie...
banyak benda yg aku prepare but berkecai macam tu aja..
.
.
.
now!
get ready for 2nd interview...
10.30 am
hari ini...
.
.
.
.
PRESENTATION!!
.
.
.
aku gemuruh bile berdiri depan org n kena present...
mmng aku alergik bab2 mcm nie..
aduyai!!!
.
.
.
p/s:sori x sempat singgah blog korang

Thursday, May 6, 2010

~khilaf~

YA ALLAH...
susah nyer..tapi aku tahu ini dugaan mu YA ALLAH..yg mahu menguji kecekalan hambamu ini
.
.
.
aku insan biasa...
bile berada dlm kesusahan baru teringat akan NYA...
aku hamba yg KHILAF...
.
.
.
susah nyer nk dpt ape yg aku nk..
tp aku redha...
and aku x menyesal sbb keputusan yg aku buat itu..
aku tahu rezekimu ada untukku..
.
.
.
amin...

Monday, May 3, 2010

~mane aci beb...ni x adil..~

ermmm tibe2 je semangat nk menguodate n3 baru berkobar2 nie..br je post n3 baru..ni post lagi..tah2 jap lagi aku post lagi...naseb baek x kena pakai stem nk post n3 baru nie..kalo x seminggu sekali belum sure aku nk post..hehheheh...
.
.
.
td bc komen si HEMY bg...die kate UPM nie nk kabel je kalo nk mintak keje..aku mane ad kabel..kabel eleterik pn x da...kalo ad pn TNB pnyer...x kn nk curi plak..x pasal2 nnti kena saman..femes aku nnti kan??hehhe...dh melalut d malam yg indah n permai nie..
.
.
,
ok la..kalo benarlah kata MR. HEMY tu tentang kabel2 nie bagai..mcm mane org yg mcm aku yg muda remaja nie nk membina kerjaya...kate nk kurangkan pengangguran..tp bile wat mcm nie mmng ramay la siswazah yg dok tanam anggur tp x maju2...jgn la mcm nie beb...baek x yah iklan kn jawatan kosong...dok perap je jwtn tu sbb tahu msti ad org msk pnye sbb ape???sbb ad kabel...
.
.
.
isshhh x patut la mcm nie...
ini tidak adil...

Sunday, May 2, 2010

~rencana~

malam ahad...
esok nothing to do...
x perlu bangkit kalem kabut nk g keje..
x perlu rempuh dan tempuh jem kat jln ampang tu...
coz i'm a jobless starting tomorrow la...
hehehhe..
.
.
.
x membanggakan pn...
but aku berani wat something perubahan kn..
.
.
.
so start besok mcm2 agenda dlm kepala...
.
.
.
1st nk g pejabat pendaftaran kt putrajaya nk amik salinan surat beranak..ilang la..x tahu letak mane...hilang dalam kawalan da...
2nd plak nk g jumpe Mr. TINUT..nk bg borang kat die n isi same2 borang keje tu n g anta kt UPM...ermmm mintak2 adalah rezeki kami kat situ..amin...
next nyer kalo sempat nk g bangunan MARA plak..
.
.
.
ermmm macam2 dok rencana dlm kepala nie...bukan bile aku dh resign bermakna start tuk goyang kaki...kena tingkatkan usaha utk berjaya..
.
.
.
YEAH!! BABY YEAH!!!
.
.
.
td tgok YUNA n AIZAT nynyi kat AIM...suka tgok YUNA tu..pandai maen gitar...n amik nset msg mr. TINUT...
.
.
.
wanie: t'ingin la nk jd cm yuna..pandai maen gitar
mr. TINUT: nnti ... ajr kn nk??
wanie: nak nak nak

.
.
.
nasib abek mr. TINUT pandai maen gitar...tp die kate class bermula after kawen..ohhh lame lg la nk pndai maen gitar nie

Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016