Showing posts with label Azhad. Show all posts
Showing posts with label Azhad. Show all posts

Wednesday, January 4, 2017

Azhad Dah Sekolah

Assalammualaikum..

Selamat tahun baru 2017. Sekejap je dah 4 hari berlalu untuk 2017. 

Permulaan tahun baru yang agak baik. Alhamdulilah Azhad pun dah start sekolah. Aku hantar dia tadika PASTI dekat-dekat dengan rumah babysitter and dekat dengan tempat kerja kami. 

Kenapa aku pilih PASTI sebagai permulaan persekolahan Azhad?

Mula-mula aku nak hantar Azhad dekat Little Caliph. Tapi sebab tadika tu agak jauh dari rumah babysitter and agak jauh dari office kami, lebih kurang 30 minit perjalanan pergi dan 30 minit perjalanan balik. So kena habiskan masa 1 jam dijalan dan menghabiskan masa waktu rehat kami di jalanan jugak. 

Aku juga ada buat survey sikit tadika yang sesuai. Bila berdiskusi dengan suami, kami prefer PASTI sebab focus kami bukan nak push Azhad supaya pandai. Eh, siapa x nak anak pandai.. kami nak dia dapat skill lain, lebih kepada soft skill. Azhad pun baru 3 tahun 4 bulan. Kami tahun, masa sekarang ni dia lebih kepada nak main. So bagi dia enjoy dulu.. 

Aku rasa sekarang mak bapak dah alert nak letak anak-anak dorang belajar dekat mana. So aku pun nak yang terbaik. Aku lebih kepada Islamic education. Lain parents lain caranya kan.. 

Tadi dapat gambar Azhad dan kekawan dia dari group whatsapp. Cikgu dia yang bagi. terus rasa macam bahagianya tengok anak sendiri focus buat aktiviti. Bila tengok muka dia rasa macam sedih sangat. Anak ibu dah besar..




Azhad, ibu sentiasa sayang Azhad. Azhad tetap baby ibu...

Friday, December 16, 2016

Cuti-Cuti: Kluang Rail Coffee

Assalammualaikum..

weekend lepas cuti panjangkan.. dari Sabtu sampai ke Isnin sebab Isnin tu Maulidul Rasul. so memang dah plan awal dengan suami nak bawak anak-anak bersuka ria. aktiviti yang dijalankan hanya untuk anak-anak and mak pak pun enjoy jugak.

so suami cakap nak naik keretapi. ko tahu jelah aku ni dok Johor. nak cari keretapi celah mana kan.. kalo KL or Selangor banyaklah jugak boleh jumpa keretapi. siap ada LRT, KTM bagai.. ni latest MRT pulak.. ehh, jangan tak tahu Johor pun ada keretapi. macam keretapi untuk perjalanan jauh. bukan antara bandar.. from Singapore and akan berhenti di KL Central. 

gigih kami laki bini google and tanya kawan-kawan. dorang suggest kalau nak bawak anak saja-saja jalan, naik keretapi from Kempas Baru - Kluang. sebabnya, Kluang famous dengan Kluang Rail Coffee yang katanya kopi dia sedap tu...

mula-mula ingat nak pergi hari ahad (11/12/2016). sekali pergi stesen keretapi tu, staff tu cakap tiket pergi ada, tiket balik x da. so suami beli tiket esoknya, isnin (12/12/2016) beli 4 tiket termasuk anak-anak tapi sekali seat dia asing-asing.. x kan nak letak anak duduk asing-asing pulak. mintak tukar seat, staff cakap nak tukar untuk 4 org susah. dia boleh cari untuk seat 2 orang. aku pun x kesah.. asalkan boleh duduk anak beranak..

ni masa nak pergi, muka semua happy.. faiq je buat muka nak tido. memang time tido dia pun. x lama lepas tu terus dia hanyut bersama abg dia.. memang agak sempit untuk kami 4 orang. nasib dapat seat depan sekali, ada ruang.. suami buka stroller, azhad duduk dalam stroller sampai tertido dia..

sampai-sampai Kluang dalam pukul 12.30 tengahari.. ohh tiket pergi pukul 10.30, Alhamdulilah x delay langsung. risau jugak kalau delay. yelah dengan anak-anak lagi. takut dorang buat perangai. sampai-sampai kluang, tengok Kluang Rail Coffee tu dah closed tapi dalam tu still ada orang. mula-mula rasa frust jugak. tapi tengok operation hour dia.. dia buka balik 2.30pm - 6.00pm. so senyum balik..

kami cari kereta sapu mintak bawak pergi kedai makan Asam Pedas Gulai Kawah yang famous jugak dekat kluang. nasib x jauh dari stesen keretapi. sampai kedai tu tengok x ramai orang.. suami cakap asam pedas dia sedap.. gulai kawah dia bagi aku agak manis. tapi memang gulai kawah manis kot..

asam pedas, gulai kawah, ayam goreng (azhad punya), nasi kosong 3 pinggan total RM20 lebih. suami cakap harga dia berpatutan. sebab dia yang bayar kan...

dari kedai makan tu, call balik pakcik kereta sapu tu mintak dia hantar dekat Kluang Mall pulak. 1st impression aku "wooowww". pasir gudang pun x macam ni... mall dia lengkap.. starbuck, coffee bean, H&M, Brand Outlet, Cotton On.. banyak lagi.. semua ada.. sebelum pergi cakap ngan suami x nak shopping.. sampai sana terus terbeli seluar, kasut.. tapi x banyak sebab takut susah nak bawak balik.. round-round kat situ, solat zohor semua.. nak habis kan masa sebab tiket balik pukul 5.00pm.

lepas dah x tahu nak buat apa dekat Kluang mall, dalam pukul 3.30 call balik pakcik kereta sapu tu bawak kami ke art street.. nasib art street tu dekat ngn stesen keretapi. so dari situ jalan kaki je.. kami x amik masa banyak sangat sebab nak pergi  Kluang Rail Coffee tu nak perkena kopi.. tapi sempat juga amik gambar sikit..





dalam 30 minit kat situ.. terus gerak p Kluang Rail Coffee..sampai-sampai tengok orang beratur bukan main.. kami kena tunggu 20 minit.. 4.30pm baru dapat tempat.. order pun ala kadar sebab nak kejar Asar.. suami cakap kopi dia kaw.. aku order kopi ais..maybe x berapa rasa kaw sangat...

 nampak tu.. bukan main ramai lagi..


letaklah setepek gambar tunjuk dah sampai sini...

minum cepat-cepat.. 4.45pm gerak solat.. keretapi pukul 5.00pm.. alhamdulilah sempat and keretapi x delay jugak. sampai kempas baru dalam pukul 6.30pm..
anak-anak happy.. mak pak dia pun happy jugak..


Tuesday, November 22, 2016

My Family : Perihal Anak-Anak

Assalammualaikum..

lama gila x menulis. sedangkan setiap hari masuk sini usha-usha mana patut. Entahlah dah rasa macam malas nak berblogging tapi pada masa yang sama sangat sayang blog ni.. biasalah, lumrah manusia, ada pasang surutnya...

aku start blogging masa umur aku 20 lebih. baca balik entry lepas kelakar gila terbahak-bahak.. sekarang aku dah 30 tahun. gila dah kertu.. dah 30 ni, alhamdulilah kehidupan makin stabil.. ada rumah sendiri walaupun rumah kecik.. punya suami, alhamdulilah memahami... punya anak-anak yg sihat walaupun lasak dan selalu bikin ibu dia mcm nak jadi raksasa.. and coming soon, next year akan lahir seorang lagi... syukur Alhamdulilah.. Allah tunjuk jalan.. semoga jalan yang diberi sentiasa lurus dan smooth...

buat masa ni aku sorang je girl.. yg lain semua boys. tapi aku x kisah coming soon baby boy or girl.. yang penting, sihat, sempurna..

Azhad Syafi @ Abang Had
umur dah 3 tahun 3 bulan. dah daftar sekolah next year. aku hantar dia dekat PASTI dekat-dekat dengan rumah babysitter dia. senang kami laki bini nak amik dia dari sekolah. sebab rumah babysitter dekat dengan office kitaorang..kalau aku busy, suami take turn amik dia macam tu sebaliknya...

kami masuk kan dia sekolah awal pun bukan nak suh dia belajar sangat.. sebenarnya nak suruh dia explore new thing. kami perasan dia agak boring dekat rumah babysitter dia sebab dalam ramai-ramai (4 orang termasuk azhad) dia paling tua sekali. sebab tu dia asyik tengok tv and sangat addicted dengan ultraman. semua benda nak ultraman. 


 yang paling sulung.. yang kadang-kadang buat ibu jadi raksasa.. tapi dia penyejuk hati.. ada satu kejadian ni.. dalam kereta, before amik dia kat rumah babysitter ibu delete semua game dia. sebab dia kalau main game boleh fokus lebih satu jam.. memang dia akan jadi behave tapi x sesuai untuk dia yg masih kecik untuk terdedah dengan gadjet. bila dia buka hp ibu, dia tanya game mana,, ibu buang? time tu aku dah pandang suami.. terus aku cakap hp ibu rosak.. semua game dah xda.. terus dia cakap "takpelah.." dan dia sangat suka sebut "takpelah.." kalau dia x dapat sesuatu...

Faiq Nuruddin @ Faiq Tutin (azhad pronounce) @ adik Faiq
yang ni anak terpaling manja buat masa ni. mungkin dia tahu dia akan jadi abang nanti.. so ibu pun layan je dia punya manja. ibu harap dia boleh jaga adik dia nanti macam tu jugak untuk Azhad.. umur sekarang 1 tahun 4 bulan.. dia ni x tahu lah nak cakap habit ke ape.. kalau nak tidur, ibu kena peluk dia.. dia akan paut kat leher kita, muka kita ngn muka dia akan bercantum pastu kena cakap "syg anak ibu.." usap-usap belakang dia.. bila kita x peluk dia.. dia akan nagis sambil hentak kaki.. bila peluk balik.. dia akan senyap. tadi pagi, dia punya menagis sebab ibu bangun nak mandi and x peluk dia.. bila abah datang peluk dia x nk.. dia nak ibu.. tapi ibu ni sebab nak pergi kerja, memang malas nk layan sangat. nanti semua kerja x jalan...

kalau kita cakap "azhad sini.. ibu nak sayang" nanti dia marah.. dia suruh kita peluk dia.. sayang dia.. 

sekarang pun dia dah lasak.. dia belajar dari abang dia.. kalau time maghrib, ibu abah solat jemaah.. dorang buat kerja berdua.. nanti ada yang main lari-lari.. kadang-kadang abang dia panggil adik dia "adik, ludah-ludah" kita yang tengah solat ni rasa mcm x fokus. dia main ludah-ludah atas sofa.. lepas solat memang dua-dua kena ngan ibu..bila kita marah dia, nanti terkebil-kebil pandang kita.. pastu mintak ehsan dari ibu atau abah..

budak suka makan jugak. Alhamdulilah sangat senang makan, sayur pun makan and sangat suka makan buah.. lain pulak azhad.. Azhad sangat memilih makan.

semoga Allah sentiasa memelihara keluarga kami.

Tuesday, September 2, 2014

Holiday: Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalammualaikum... Selamat Bekerja kembali...

Cuti merdeka yang lepas.. Sabtu, Ahad, Isnin.. lama beno cutinya.. nak balik Sg Buloh atau Kedah kena lagi lama.. so kami plan nak bercuti-cuti..habiskan masa bersama terutama dengan anak..and dengan suami juga.. 


kami plan nak cuti dekat Melaka.. dekat je dari JB.. dalam 2 jam macam tu, tapi sebab cuti sekolah sama jadinya macam JB-Sg Buloh je lamanya.. pasrahlah menghadap jam yang macam apa tah..


Dalam 2 minggu sebelum 30/8 dah booking hotel. mula-mula x tahu nak stay kat mana. tapi ada kawan office cakap D'Village Resort dekat Ayer Keroh not bad. so kami pun booking bilik tu. bagi aku..personal view.. Resort tu macam x berapa nak syok. mula-mula dorang bagi bilik katil single 2 biji. aku pergi balik kaunter aku mintak tukar sebab Azhad tidur tengah-tengah.. masuk bilik kedua, tengok bilik ok sikit tapi pintu bilik air rosak.. bau bilik macam bau lama.. tapi aku cakap dengan suami jangan nak cakap bukan-bukan sebab kita x tahu kita masuk bilik siapakan.. masuk bilik bagi salam. waktu maghrib suami azan dalam bilik. sebab bau bilik tu menunjukkan bilik tu dah lama x berpenghuni. Alhamdulilah malam tu kami tidur dengan lena, x da dengar bunyi orang tumbuk sambal belacan ke ape ke..Azhad pun tidur lena je sampai ke pagi..suami cakap dia x nak stay kat situ lagi..


habis cerita pasal bilik...


sampai-sampai hotel, kemas-kemas barang semua, tukar baju..kami pergi ke Wonderland. sebab nak bawak Azhad mandi kolam. kalau untuk budak-budak syoklah jugak..tapi bagi aku syok lagi StarHill Country Resort tu.. sebab air dia pun biru.. ni kat Wonderland air macam dah berkeladak..siap pakej ada sampah.. tapi sebab bayar dah mahal so layankan aje.. tiket masuk lupa berapa RM..rasa dalam RM30+ kot.. budak umur setahun x kena bayaran..dalam pukul 6 balik bilik.. sebab dah nak mahgrib.. Azhad pun dah ngantuk sangat. tidurkan dia..dalam pukul 8 lebih, dia bangun tidur sambil tersenyum simpul.. perut pun dah lapar..round melaka cari kedai makan tapi x tahu nak makan ape. nak pergi Umbai suami cakap macam jauh sangat. so terjumpa kedai Dapur Maju ke Restaurant Maju lupa nama.. makan malam kat situ.. tempat tu cantik.. tapi bagi aku makanan dia x sedap sangat tapi mahal.. aku makan pun x habis sebab azhad dah merengek nak lepas.. dia tu kalau pergi makan suka menjerit..risau kalau ganggu pelanggan lain..x pasal-pasal kami kena halau nanti..


bosan tunggu makanan lambat sangat sampai Azhad pun ikut bosan jugak..


Ahad pulak bawak Azhad pergi Zoo Melaka & Night Safari.. Syok dia dapat tengok binatang.. nak dia tengok live semua binatang tu.. biar sel-sel otak dia berhubung.. kami pergi awal-awal pagi.. pukul 9 pagi.. masa ni x ada orang sangat.. x beratur panjang..so selesa sangat berjalan-jalan time tu.. keluar dari zoo dalam pukul 11.00 pagi..tengok orang dah sesak dekat kaunter tiket.. nasib baik pergi awal...



keluar dari Zoo balik bilik hotel.. tidurkan Azhad kejap..kemas-kemas barang semua..sempat mandi segarkan badan sebab berjalan dalam Zoo tu sama macam exercise..pecah lemak semua.. check-out pukul 12 lebih..lepas tu cari makanan lunch.. kami lunch dekat Restaurant Selera Kampung dekat dengan Mahkota Prade. makan Asam Pedas Tetel, Udang Sambal, Siput sedut masak lemak, sayur sikit..azhad makan ayam gorang dengan nasi je..tu pun dia x nak makan sangat sebab dia nak main.. nak lepas tapi kami buat x tahu je..pasang video animals senyap dia..Ibu Abah makan dengan penuh selera.. lapar punya pasal.. bagi aku, restaurant tu not bad.. sedap..kenyang..untuk 4 lauk, 2 pinggan nasi, air limau ais 2, total RM44.. ok lah...


lepas makan semua, tak tahu nak pergi mana, kami pergi Masjid Selat sebab nak sembahyang jamak Zuhur Asar.. sampai dekat masjid tu.. view dia cantik sangat.. Azhad bukan main lagi suka..berjalan and berlari sakan dia.. x nak dipegang langsung.. so sembahyang gilir-gilir dengan suami..stay dekat masjid tu lama jugak sebab Azhad x puas berjalan...


nak suruh bergambar pun dia x nak..nak lepas je kerjanya..


Weekend yang sangat bermakna buat kami.. spend quality time with husband and son.. suami cakap next trip akhir tahun ni nak pergi Cameron Highland pulak.. doakan kami sentiasa dimurahkan rezeki.. aku pun doa semoga korang pun dimurahkan rezeki supaya kita dapat buat benda bermakna bersama keluarga tercinta...
  


Wednesday, August 27, 2014

Future Planning: Nak Tambah anak?

Assalammualaikum...


sebenarnya ramai dah cakap dengan aku suruh tambah anak selagi muda.. ye aku memang masih muda.. umur baru 18+10 tahun. Muda kan? dorang cakap lagi, nanti umur 30 dan ke atas boleh rehat and fokus pada pembesaran anak-anak..

ye memang x dinafikan.. idea tu sangat bijak. and planning kami suami isteri memang nak tambah anak and kami x merancang pun. kalau ada rezeki sekarang kami terima. tengok azhad pun kesian je.. dia main sorang-sorang kat rumah. nasib abah dia rajin layan. aku pun layan jugak tapi biasalah orang perempuan, kerja banyak..so abah dia memang selalu main dengan dia. nanti di akan ikut kita mana saja kita pergi. kalau kita masuk bilik, dia ikut..lepas tu kita bye bye dia..baru dia keluar...

tapi suami cakap kalau boleh biar bersalin after raya tahun depan. sebab dia x nak jadi macam azhad dulu. bersalin time raya.. dia nk balik kampung dia pun susah...kesian dia..haha..

sebenarnya bagi aku, perancangan keluarga tu bagus. lagi-lagi untuk ibu muda or 1st time nak dapat anak. kadang-kadang dorang rasa dorang dah sedia nak anak. tapi dorang perlu tahu and prepare fizikal and mental untuk besarkan anak. serius masa azhad baru ada..aku ok lagi..tapi lepas 3 bulan, dia mula nagis malam, tidur kami pun dah x betul..sebab asyik berjaga malam je.. memang masa tu stress.. tapi bila fikir balik, ujian tu semua dari Allah..anak pun pemberian Allah.. masa tu mental memang terus jadi kuat. 

lain anak, lain caranya.. and aku memang x pernah ada rasa fobia nak beranak. betullah cakap orang, sakit time bersalin je..bila nampak anak depan mata, sakit tu pun dah lupa.. and sangat rindu nak mengandung balik...

Tuesday, August 26, 2014

Resepi Azhad: Udang Masak Lemak Bersama Labu

Assalammualaikum..


lama x buat entry baru kan.. sibuk sikit tapi ada  masa jugak blog walking dekat blog orang lain..


ni Azhad Syafi. Alhamdulilah dah besar. dah nak masuk 1 tahun 2 bulan. banyak akal sekarang. x boleh nampak orang pakai tudung and baju cantik.. dia dah nagis macam kita nak tinggalkan dia..

so sejak dia dah menjangkau umur 1 tahun lebih. macam-macam dia dah makan. makan nak macam orang besar. bubur dah x suka. dia nak nasi. tapi nasi tu x keras sangat x lembik sangat. dah pandai suap makanan dalam mulut sendiri. sampaikan kalau dia makan roti, dia nak suap semua. bila kita amik dari tangan dia, mula la dia menagis. 

so sejak dah jadi big boy jugak, aku kena pelbagaikan makanan dia. so setiap hari ibu dia pening kepala nak masak makanan kat dia nak hantar dekat pengasuh. harini aku masak lemak udang dengan labu. pengasuh dia cakap azhad suka makan labu. Labu kan makanan kegemaran Rasulullah.. Good boy anak!

resepi Masak Lemak Udang and Labu untuk anak 1 tahun dan ke atas..

sedikit bawang merah
1 biji bawang putih
kunyit hidup (untuk menjadikan ia berwarna kuning)
tumbuk bahan di atas..
amik periuk, panaskan minyak sedikit, tumis bahan hingga wangi..
masukkan serai yang di ketuk sedikit..
bia kan seketika..
tambah air sedikit..
masukkan sedikit santan.
masukkan udang..
biar seketika..
lepas tu masukkan labu...
masak hingga labu lembut..
kalau nak letak garam pun boleh..
ditambah dengan habatussauda'
siap!
gambar x da sebab lupa nak amik..
sebabnya suami yang masukkan makanan azhad dalam tapuware..
ibu Azhad tengah makeup nak pergi kerja masa tu..
hihi..


selamat mencuba..

Tuesday, August 19, 2014

Azhad Syafi


Bila tengok pembesaran and perkembangan anak sendiri depan mata walaupun x 24 jam bersama dengan dia, hati tetap rasa sayu. 


x tahu kena, bila tengok gambar ni rasa nak menitis air mata. Dari x pandai apa-apa..yang hanya tahu tidur, menagis dan menyusu.. sekarang dah berjalan, ketawa, senyum, cemburu, mengamuk. Semua ada. Bila nak tidur malam.. tengok muka dia disebelah.. tenang sangat tidurnya. 


Ya Allah terima kasih atas pinjaman yang sementara ini. Berikan kami masa yang lebih lama untuk kami memikul tanggungjawab ini.. sesungguhnya kami menyayanginya keranaMu Ya Allah..


Azhad Syafi anak ibu dah besar..

Monday, August 18, 2014

Weekend: Aktiviti Family Kami

Assalammualaikum... happy working day!!

Cuti sabtu and ahad lepas. Alhamdulilah sangat bermanfaat sebabnya dapat spend time dengan suami and anak. Waktu cuti nak habiskan masa untuk family. Bagi aku, cuti adalah cuti. Jangan gatal nak bawak balik kerja. Sebab 5 hari hantar anak dekat rumah pengasuh. Balik rumah dah petang. Nanti sampai rumah main kejap je.. Kalau dia merengek nak tidur, kena tidurkan dia.. kalau dia dapat bertahan sampai pukul 10 malam tanpa tidur kejap waktu maghrib tu bolehlah lama sikit main dengan dia. Tapi ibu pun balik kerja kena uruskan hal rumah. So anak dengan Abah jelah. Sebab tu bila ibu cakap "sayang abah tu.." sambil cium-cium pipi abah..nanti dia tepis tepis muka kita x bagi cium. Ibu cemburu tau..


Dari last week lagi dah plan dengan suami nak bawak Azhad berjalan. Biar ada aktiviti dia nak buatkan? so Sabtu pagi-pagi lepas dia bangun dalam pukul 8 pagi macam tu, terus bawak dia pergi Taman Layang-Layang dekat Pasir Gudang ni. Dari rumah ke taman tu x sampai 20 minit. Dekat aje. Dia dapat bebas dekat padang.. bukan main lagi dia suka. Kami biarkan je dia jalan, tapi pada masa yang sama pantau jugak. Kalau dah jauh sangat dia berjalan.. Abah dia tukang kejar.. dia siap bye bye kita lagi...



tengok.. seronoknya dia.. budak baru dapat kaki.. memang macam ni.. gambar ni Abah dia yang edit.. Abah dia memang suka edit gambar..

Petang tu pulak ingat nak bawak azhad mandi kolam. Pergi dekat Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang ingat dia open untuk public. Tak kesah pun kalau kena bayar sebenarnya. Tapi dia cakap x boleh.. kalau nak mandi kena buat member card setahun. untuk family RM1000, untuk individu RM800. Kesian pulak dekat Azhad, dengan baju swimming dia..dengan pelampung dia.. aku cakap dekat budak jaga kaunter tu.."mintak setengah jam je..kesian kat anak akak" tapi dia x bagi jugak. So kami pun balik dengan hampa. Dalam kereta kami decide nak pergi Kompleks Mutiara dekat Bandar Dato' Onn jauh tu.. dari Pasir Gudang ke sana dalam 40 minit jugak..x apa demi anak.. kat situ ada kolam public..free je masuk. tapi sampai-sampai kolam tutup sebab pump dia rosak.. bertambah-tambah kesian kat Azhad. so bagi dia main bola dekat padang dekat situ..


tengok muka Azhad sedih.. (sebenarnya dia bukan sedihpun. Dia mana tahu apa-apa..haha)


x dapat mandi kolam, kita mandi air paip dekat sebelah kolam ye..

lepas tu semalam..Ahad la kan.. kami bawak dia mandi kolam pulak. Dekat Starhill Country & Club JB. Lupa ticket masuk berapa ringgit. Tapi Azhad free je. Aku x mandi sebab malas. So Abah dia yang melayan dia mandi. Abah dia cerita mula-mula tu dia takut.. tapi lama-lama bukan main happy dia.. lepas mandi semua, masuk kereta dia senyap je..kereta jalan..bagi susu terus lena.. penat sangat dia..







Nanti Insyaallah Ibu Abah bawak Azhad mandi mandi lagi ye.. tunggu 30hb ni.. kita pergi jalan-jalan tempat lain pulak ye..

weekend yang sangat bermakna.. so jom kita manfaatkan weekend kita dengan anak-anak. Happykan mereka, so secara x langsung kita pun happy walaupun kita penat sikit...

Friday, August 15, 2014

Susu Suffy untuk Azhad

Assalammualaikum...

Salam Jumaat...


Alhamdulilah dah Jumaat.. besok cuti, so dah plan besok nak spend time dengan suami and anak. So besok ingat nak bawak Azhad pergi swimming. Excited kan? ibu dia yang excited terlebih. Anak relax je. Dia pun x tahu swimming tu apa...


Alhamdulilah jugak now Azhad dah setahun. So memang elok sangat ajar dia swimming supaya dia x takut air macam ibu dia.Ok jangan nak gelak. Ibu dia bukan takut air yang ada dalam bilik air tu. Tapi ibu dia takut air yang banyak macam air laut..memang takut sampai boleh menagis kalau disuruh berenang dalam tu...


so cerita pasal anak kesayangan yang sorang ni. Yela dia je anak yang aku ada.. Insyaallah akan tambah lagi. Coming Soon... Azhad sebenarnya dah diberi susu campuran. Breast Milk still bagi sebabnya Azhad masih sangat suka susu ibu. Tapi sebab susu makin kurang and kesuntukkan kerja di pejabat, aku dah campurkan Azhad dengan susu Formula.


Macam-macam jenis susu Azhad dah cuba. Masa mula nak campurkan, masa tu umur dia 8 bulan. aku cuba bagi susu Dumex. Tapi dia reject. Bukan sebab dia muntah or apa..Dia memang x nak.. dia minum pun kurang. lepas tu aku bagi susu Snow. memang dia suka susu tu sebab manis. tapi tahi dia jadi warna gelap and dia kerap buang air besar dalam 1 hari tu. so bincnag dengan suami nak tukar susu lain. Mula-mula nak bagi susu kambing Karihome. Tapi harga dia buat ibu abah tercungap-cungap. reject susu tu.. pas tu bagi susu Anmum. sekali minum Anmum dia ada sembelit tapi lepas tu dia ok. tahi dia pun cantik.. tapi rasa mcm x nak guna Anmum.. so sekarang bagi dia susu kambing jenama Suffy.. dia minum sampai habis. semalam pun dia berak. tapi nak kena pantau jugak. harga dia RM40 sekotak. Suami cakap agak mahal. tapi demi anak and kebaikkan dia..aku x kesah... lagipun susu kambing adalah susu terbaik selepas susu ibu.

gambar pun nampak islamik kan??

Wednesday, August 13, 2014

Azhad Turn 1

Assalammualaikum...


Rasanya sebulan baru ada entry baru.. x pun berbulan-bulan lamanya baru nak update entry baru. Sebab ape? Sebab malas kot. Sedangkan hari-hari aku buka blog ni. Aku bukan penulis tegar seperti dulu kala. 

Sebenarnya nak cerita. Azhad dah setahun. Dah bujang anak aku tu. hai la.. dialah intan, dialah permata.. bila dah setahun, macam-macam skill dia dah ada. Antaranya.. dia boleh sepak bola. mana dia belajar? dia belajar dari sepupu dia.. dia tengok Abg Nazief sepak bola..dia pun sepaklah. tapi sepak slow-slow. sampaikan remote control pun dia nak sepak. amboi anak ibu tu... video dia main bola ada dekat ig aku. boleh cari WanieBoahari dia jugak dah pandai berjalan. berjalan tu masa dia 11 bulan lagi. mula-mula x stabil. sekarang dah stabil. kerjanya ikut je mana kita pergi.. kita pergi dapur pun dia nak ikut.. nanti dia peluk kaki kita..

so ahad aritu adalah buat besday party yang x berapa nak party sangat. lebih kepada open house. jemput jiran tetangga..jemput kawan-kawan rapat. pastu ajak budak-budak. x ada adegan potong kek sebab azhad dia bukan nak potong kek. nanti dia tepuk kek tu.. lagipun kalau kita bagi orang makan.. kita dapat pahala sebab kita bersedekah. so aku pun masak mee bandung, makaroni cheese bakar, koktel and kek.. semua made by me ye. x ada beli-beli. tapi lupa nak snap-snap gambar. aku penat seharian dekat dapur sampai besoknya tu aku EL. nampak x bertapa aku ni sebagai orang kuat. kahkahkah.. 
 ala sian anak ibu.. anak ibu ni boy ye...

tq untuk pengasuh Azhad yang sudi bagi basikal ni kat azhad.. tu mainan kat belakang tu pun ada yang bagi. banyak jugak dia dapat tapi kena simpan dulu sebab Azhad x reti nak main mainan tu..nanti dia dah reti nak main, baru dikeluarkan. ok 3 bulan ibu abah x beli mainan Azhad ye...

ibu and abah Love you...

Monday, July 14, 2014

Shopping Baju Raya Azhad bila???

Next week dah nak balik kedah..
bila nak shopping baju Azhad ni..
ehhh Azhad x puasa pun dapat baju raya ke??
mestilah.. second time Azhad raya dengan Ibu Abah..
tapi yg ni first time Azhad dapat baju cantik-cantik..
sambil jalan terkedek kedek..
tahun lepas masa tu Ibu dia pun x dapat pakai baju cantik-cantik
sebab Azhad keluar 3 hari raya..


Azhad sekarang dh boleh tatih dah..
jauh jugak dia jalan..
tapi jalan jatuh..
nasib baik dia x putus asa..
good job sayang..
Ibu Abah Love u..
minggu depan kita shopping baju Azhad ye..

Tuesday, June 17, 2014

Anak Tidur Pakai Buai

Assalammualaikum..


arini nak cerita pasal buaian. cara nak tidurkan anak tanpa buaian. sebenarnya bukan cara pun sebab anak aku tu tidur berbuai. mula-mula x tahu pun sebab kita memang dibesarkan dengan buaian. Azhad sampai umur 3 bulan lebih tidur tanpa buaian. tapi macam mana tergatal tangan p beli buaian. ingat nak senangkan kerja..tapi apa pun x jadi.. nak pergi mana-mana susah sebab kena angkut buaian sama. 


dekat rumah pengasuh dia pun, dia tidur berbuai. sebabnya nak senangkan kerja pengasuh dia. yelah, ada banyak kerja yang dia kena buatkan selain nak melayan kerena Azhad tu kan.. so mula-mula fikir x pela Azhad tidur buaian..


sekarang rasa macam menyesal pulak kenalkan Azhad dengan buaian. nak jalan susah, nak tidur x da buaian susah. sekarang umur dah 10 bulan. agak-agak kalau aku ajar dia tidur x pakaian buaian dekat rumah ok x? dia pun dengan aku time malam je sebab siang aku kerja kan.. so sekarang malam-malam aku memang x bagi buaian kat dia. Alhamdulilah dia nak..tepuk tepuk sambil bagi susu.. nanti dia golek-golek pastu dia tidur sendiri. so sekarang nak plan time weekend x nak bagi dia buaian. kalau nak tidur, masuk bilik, tepuk-tepuk bontot dia, bagi susu..rasanya menjadi x? harap-haraplah..


sebenarnya ibu dia dah start nak berjalan-jalan.. payah kalau asyik kena angkut buaian azhad je..

Monday, June 9, 2014

Langkawi Trip

Assalammualaikum...


Seminggu cuti.. blog pun ikut cuti jugak.. ni pun rasa macam x puas nak bercuti. rasa nak cuti lagi lagi lagi.. macam company ni bapak kau punya kan wani.. hahahha..

Ok, macam yang diberitahu aritu.. aku cuti balik kampung.. Selatan Utara habaq ang.. letih? bukan aku yang bawak kereta.. so x berapa nak letih sangat. aku jaga anak je.. hahaha..

1/6 aritu buat akikah Azhad. ingat nak buat kecik je..tapi tetamu datang sampai pukul 6 lebih. macam bukan akikah..tapi macam kenduri kahwin. Alhamdulilah, makanan pun x membazir.. abis semuanya..

 Azhad with sepupu dia Abg Nazief. Belah suami aku, Azhad and Nazief ni je cucu mak and abah mertua aku.. x ramai lagi cucu.. bukan main manja dia dengan abang Nazief..melentok lentok..

kambing golek. order thru internet. kepuasaan x 100%.. dalam 40% je sebab x berapa nak enak. kami pulak x tahu nak order kat siapa. lepas majlis mak mertua baru beritahu yg ada sedara yang boleh buat kambing golek. xpelah, next akikah pulak ye..

2/6 pulak berangkat ke Langkawi.. 3 hari 2 malam kat sana. tapi x banyak tempat boleh pergi sebab cuaca yang tidak mengizinkan.. hujan.. cable car x dapat naik.. hampa!


homestay kami..sangat puas hati.. cantik.. kalau sesiapa nak pergi langkawi dengan family boleh amik homestay ni. sangat Recommended! ada 3 bilik.. 2 bilik air.. dapur lengkap periuk belangga..nak masak pun boleh, mesin basuh auto, tv ada astro.. aircond semua bilik termasuk ruang tamu.. English style. memang syok. so lepas ni kalau ada jodoh nak ke Langkawi dengan family, memang aku book rumah ni lagi. D'sentosa homestay.


Dataran Lang.. Azhad masa ni meronta nak lepas. macam dah boleh berjalan je kan..




underwater world.. Azhad senyap je dok dalam ni.. ikan banyak. mata besar tengok ikan..

Mangrove River. syok.. Azhad pun syok dapat rasa angin laut.. senyap je dia. x takut langsung.. dapat tengok helang, ikan and dapat tengok ikan lumba-lumba.. rezeki kami aritu.. mana lagi tempat yang best kami pergi.. shopping.. and tu je..sebab bawak orang tua kan.. dorang penat.. x leh jalan lama sangat. rasa masih x puas berjalan. suami cakap nak pergi lagi. tapi dengan kami aje..


Friday, May 23, 2014

Car Seat Azhad

Assalammualaikum.. hai korang..

Disebabkan next week aku nak travel jauh bawak si budak kecik Azhad tu.. aku rasa..bukan aku rasa dah. aku NAK beli car seat untuk dia. sebab aku fikir demi keselamatan anak aku tu. Kalau sayang anak, kena fikir keselamatan dia sama..


ada tanya pendapat kawan-kawan. most of them cakap, "buat apa car seat ni, aku sampai anak dah besar berpangku je" krikk kriikk krriikk.. pastu jadi serba salah nak beli ke x.. memang sejak dari kecik aku x pernah ajar Azhad duduk dekat car seat sebab bagi aku x ada kepentingan langsung. Rumah pengasuh dekat dengan rumah aku. x payah nak susah payah nak kereta nak anta Azhad. lepas tu kalau nak bershopping ke ape ke, aku memang pergi dengan suami.. so suami drive aku pangku Azhad. so memang x ada kepentingan langsung. memang car seat tu x ada dalam list.


tapi bila fikir balik, aku kena jugak ajar dia duduk dalam car seat. bayangkan kami selalu travel Selatan-Utara, Utara-Selatan. kalau Azhad tu berpangku je, penat badan dia..sebab tu lepas balik kampung, dia punya merengek sampai berhari-hari. letih sangat kot. 


so sempat buat research sikit macam mana nak handle budak yang baru nak belajar duduk dekat car seat. banyak dapat ilmu. apa yang penting, hati Ibu Abah dia kena kuat sikit. jangan anak menagis terus angkat.. tenangkan dia..semoga Azhad x reject car seat. Nanti aku buat entry selepas Azhad dah duduk dalam car seat. Ibu dia x sabar nak pergi beli. malam ni jugak ibu dia ajar abah dia pergi beli car seat.



tersuka car seat ni. Brand Aldo. kalau malam ni x jumpa, aku nak beli online. harga dia pun not bad jugak.. masih dalam budget kami...

Thursday, May 22, 2014

Perangai Dia

Assalammualikum korang..


petang yang lemau. so ape yang nak diborakkan arini?


nothing.. zero.. empty.. kepala otakku dah blank.. 


today is lazy day. pasal ape tah.. asyik ingat anak dekat rumah pengasuh. dia dah banyak akal sekarang. dah x nak duduk atas riba.. kalau dia tengok tv, nanti dia punya tangan cari kita..bila dah dapat pegang kita dia senyap je..lepas tu bila kita angkat dia duduk atas riba, dia akan mengelosor ke bawah.. memang x suka dipegang. kalau dia berdiri, dia ingat dia dah besar, main lepas tangan je..kita ni yang dok menjerit takut dia jatuh. lagi satu, kalau time dia berdiri, kita tahan belakang dia, bukan main dia syok menyandar sambil berdiri.. anak la anak.. nasib baik sayang..


sekarang tengah risau.. next week nak travel jauh. nak balik rumah mak mertua, nak buat kenduri akikah Azhad. dah nak 10 bulan baru nak buat. at least buatkan? dari x buat langsung walaupun x dapat sunat 7 hari tu. benda yang lepas jangan dikenang. nanti anak no. 2 Insyaallah nak amik sunat 7 hari tu. so himpun duit dari sekarang. ingat kambing ni murah ke? sekarang ni semua kena duit. nak kumpul duit nak masuk rumah baru lagi.. issshhh jangan mengeluh. tu lah namanya KEHIDUPAN..


back to the story..


sekarang ni risau lagi pasal Azhad jugak. nak belikan car seat kat dia tapi ada orang kata kalau anak dah besar baru nak ajar duduk dalam car seat memang x nak lah budak tu. tapi bila fikir balik keselamatan dia, aku kena ajar jugak dia duduk dalam car seat. selama ni duduk berpangku je kan.. sebabnya senang nak menyusu. selalu kalau dia menyusu dia akan tidur terus. tapi dengan ibu dia pun x pakai seat belt, ko rasa lagi bahayakan? sayang anak, kena fikir keselamatan anak jugak kan? so this weekend aku nak mencari car seat dia.. kena BIASAKAN jugak dia duduk dalam tu. harap-harap dia x reject car seat tu. 


ok dah x ada idea. nak solat asar, pastu ada rutin kena buat sebelum balik. bekalan Azhad untuk hari esok.. 


Bye!


Friday, May 16, 2014

Tips: Travel with Baby Part 1

Assalammualaikum..

Jumaat datang lagi.. Alhamdulilah.. besok cuti, kemain sukakan? tadi nak bangun tidur pun liat. lagi-lagi bila si busuk aku tu pun asyik dok berkepit je ngan aku.. lepas sembahyang subuh sambung balik bermalas-malasan dengan si busuk. ok xpe, besok cuti..kita pergi taman main buai ye..


sebenarnya, bulan ni aku rasa macam nak sangat cepat berlalu. sebabnya akhir bulan mei 30/5 - 8/6 aku cuti. lama kot x bercuti. last cuti aritu masa bulan 1 balik kedah. yang ni pun nak balik kedah jugak tapi tambah trip sampai ke langkawi. mau x syoknya.. dalam kepala dah buat list nak menyopping pinggan mangkuk kat sana. ko tengok feeling mak mak sangat kan?


disebabkan cuti ni nk g island. aku kena mengoogle pasal percutian bawak anak kecil. tapi aku skip untuk island hopping sebab aku takut nak bawak Azhad naik bot laju. dahlah tengah laut. dibuatnya dia meraung kat atas bot, x ke naya.. walaupun aku nak sangat island hopping tu. last aku pergi pun masa last sem masa study kat UUM dulu..dah bertahun weeii..


so apa yang perlu aku bawak untuk Azhad nanti?
1) aku kena get ready semua food dia. food dia aku masak sendiri. so aku kena buat stok utk food dia. nasib aku sewa homestay yang lengkap semuanya, senang aku nak masak nanti. rasa x rumit pun.. dah masak nanti, letak dalam tharmos untuk bubur..masuk dalam beg..senang je..

2) aku kena bawak lampu tidur. beli dekat MR.DIY tak sampai RM3 pun. senang nak bawak travel sebab azhad dia x tidur dalam bilik yang gelap gelita. at least kena ada cahaya yang samar-samar yang x terlalu terang. mudah jugak untuk aku sebab kalau nak tukar pampers dia tengah malam, tak lah teraba-raba..

3) aku kena cari sunblock untuk baby, sebab ko pun tahu dekat pulau nanti cuaca macam mana kan. kulit baby kan nipis lagi. and sekarang ni disebabkan penipisan lapisan ozon, so cahaya yang sampai ke bumi tu sangat kurang sihat. ehh aku macam cikgu geografi pulak..

4) baju tidur and baju siang yang cukup.. penting! baju yang x panas and selesa..

lagi ape ye??

xpelah, nanti dah packing barang, sesempatnya aku amik gambar. boleh buat rujukkan kepada sesiapa yang nak travel pergi island bawak anak kecik..

Monday, May 12, 2014

Baby Room & Jalan-Jalan

Assalammualaikum & Good morning korang...

semalam Mother's Day.. tapi x menyambut pun. Walaupun first time in my life menyambutnya. kenapa x sambut? tah malas nak sambut bagai. kenapa kena letak sehari je sebagai Mother's Day? kenapa x hari-hari? 365 hari setahun, sehari je sambut Mother's Day..hari-hari melawan kat mak abah. So baik x payah sambutkan? So kita buat hari-hari is Mother's Day..hari-hari kita hargai mak abah kita kan? dapat pahala..

Ni kisah hari minggu kami anak beranak. Sabtu pergi kenduri kahwin kawan office, lepas pergi kenduri kahwin pergi Jusco beli barang dapur bagai. Dengan kebaya aku pergi Jusco. Rimas aiihh berkebaya bagai, so pergi Jusco kejap je pastu balik rumah.. so sambung jalan ari Ahad. Keluar rumah 11.30 pagi, gantung kuali and periuk. makan kat luar, just bawak makanan budak tecik tu je la.. masuk kereta, lepas tu ada bunyi pelik dalam kereta, pandang seat belakang nak tengok ada binatang ke masuk. mana tahu ada harimau ke ular ke kan.. nampak sangat nipu.. hahahha..

tah macam mana suami aku perasan "cermin kereta pecah!" secara automatiknya pusing belakang. tapi bila tahu cermin kereta pecah x marah pun. walaupun masa tu ada orang tengah mesin rumput. terus pergi cari kedai repair cermin kereta. kau rasa kedai ada ke buka ari Ahad walaupun Johor ni cuti Jumaat Sabtu tapi ada ada yang masih follow Sabtu Ahad sebagai cuti. macam company aku. so merata kami cari and akhirnya ada kedai dekat Seri Alam yang buka. so melayang rm300. xpela Allah nak duga kita ni dengan macam-macam cara. salah satunya macam ni lah..

lepas repair cermin kereta kami pegi Jusco Tebrau City. nampak x, kami ni suka pergi Jusco? nampak x?? sebab senang..ada Baby Room nanti bila Azhad nak menyusu tapi yang x syoknya Baby Room tu dekat tingkat atas. kalau aku ada kat tingkat bawah, azhad meraung nak susu ko rasa macam mana aku nak berlari ke atas? so bila ada dekat tingkat atas, aku masuk dalam Baby Room tu nyusukan azhad puas-puas.. kalau dia x nak then aku dah jalan merata, dia pulak nak nyusu aku masuk surau kat tingkat dua. so aku nyusukan dia dalam surau. aku jarang susukan dia dekat public. kecuali terpaksa and kena cari tempat tersorok sikit. macam tu lah payahnya sebab kebanyakkan shopping complex kat Malaysia ni belum friendly Breastfeeding lagi.

lepas berjalan, cari seluar jeans abahnya, haruslah balik rumah. malas nak balik sampai lewat malam. ohh aku memang belum melatih Azhad berjalan malam. sebabnya masa tu dia baby lagi, macam x elok nak bawak baby jalan malam. sekarang dah 9 bulan..rasa dah boleh jalan malam tapi ibu abah dia malas.. tapi malam ni plan nak ke Bandar Baru Uda sedangkan besok cuti kan? sebabnya excited melampau nak beli baju dekat ZAWARA.. sebabnya abahnya dah dapat jeans..ibunya pun x nak kalah..hahahhaha                          

Friday, May 9, 2014

Bayi Tumbuh Gigi

Assalammualaikum

Alhmadulilah Azhad is getting better than yesterday. Cuma malam tadi setiap 2 jam or 3 jam dia akan bangun and merengek dan akan berlanjutan sehingga menagis. Anak nak membesar memang macam tu la perangainya.. lagi-lagi budak kecik yang tak tahu nak cakap, dia hanya boleh meluahkan perasaan dia melalui tangisan dan rengekkan sahaja. Nasib jugak Abah dia boleh bangun malam juga tolong jaga anak sama. Kalau nak tidurkan anak memang kerja abahya.. sebabnya suara abahnya sedap..nanti dengan ibunya pun boleh tidur.. hahaha

Sebenarnya aku macam perasaan Azhad nk tumbuh gigi atas sebab dia suka gigit-gigit bibir dia. Gigi bawah dah tumbuh dah. Masa tumbuh gigi bawah dia x demam pun. selamba je main-main. Tapi yang ni dia siap demam, cirit birit and merengek walaupun suhu badan x tinggi sangat. bila rasa gusi atas dia memang macam keras.. nak menunggu gigi tu keluar take time jugak. tadi siap google lagi cara-cara nak bagi kurangkan kesakitan nak tumbuh gigi. Tapi bagi aku biar dia keluar secara semula jadi..

Tanda-tanda anak nak tumbuh gigi.. demam tapi suhu x tinggi sangat melebih 40 darjah celcius. Azhad pun demam paling tinggi 38.5 darjah celcius. tanda kedua, cirit birit. Yang ni memang ia.. Azhad asyik berak je. sehingga kini. Malam tadi tak pasti pukul berapa dia berak. kononnya nak tunggu habis berak baru basuh, last-last ibu dia tidur. Bila terjaga dengar dia nagis, rupanya Abah dia bangun basuh berak dia kat sinki. I Love u Abah.. suami aku cakap masa dia angkat Azhad nak basuh berak, Azhad tengah tidur. Bila pakaikan pampers dia tidur jugak. kesian dia. tanda ketiga, air liur asyik keluar. yang ni pun betul jugak.. sampaikan air liur dia jatuh ke lantai masa dia main.. kena sentiasa lap jela..

Semoga anak bujang Ibu cepat sihat.. anak tak sihat, Ibu susah hati lebih sampai tak nak makan..



Thursday, May 8, 2014

Anak kecilku demam

Assalammualaikum..

Hari ini dan semalam hari kelam kabut sedikit. Azhad demam panas semalam. Itu pun tahu puncanya pagi semalam masa nak sembahyang subuh. Terpegang badan dia rasa panas sangat. Dia pulak dah start merengek. So bergilir dengan suami solat. Lepas habis solat terus buka baju dia semua, terus mandikan. tapi sebelum mandikan dia..dia dah berak. Jarang dia berak waktu subuh. Lepas mandi semua.. try nak bagi dia tidur, tapi dia merengek jugak. Terpaksa masukkan dia dalam buaian.

Ibu abah terpaksa pergi kerja jugak, sebabnya ada kerja yang perlu disiapkan. Nasib ada pengasuh yang baik and rumah pengasuh dengan tempat kerja tak jauh sangat. So in case ada apa-apa boleh terus pecut je. Pemilihan pengasuh sangat penting. Macam aku, aku takut nak hantar anak dekat taska or nusrey sebabnya terlalu banyak kes melibatkan taska or nursery. Alhamdulilah sangat pengasuh anak aku tu bagus orangnya. 

ok back pada cerita asal. Melalut pulak dah...

Hari ni Azhad still demam. pagi tadi before pergi kerja tengok badan dia panas lagi. tapi again Ibu Abah x boleh cuti sebab dah amik cuti seminggu akhir bulan ni nak bawak mak abah and Mak Abah mertua ke Langkawi. So Ibu Abah terpaksa mintak balik kejap. Kan dah cakap Office and rumah pengasuh dekat sangat. Bila balik tengok dia, dia punya menagis and merengek rasa macam kita pun nak nagis jugak. tadi tengok suhu dia dah ok, tapi mungkin tinggal tak sedap badan kot. Budak nak beralih bulan kot. Sabtu ni 10/5/2014 dia dah masuk 9 Bulan. Sekejap je kan dah besar.


Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016