Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Kerabu Mangga

Assalammualaikum..selamat pagi selasa..


awal gila update entry pulak hari ni. sebabnya lepas subuh x elok tidur. sesambil perhangatkan bubur Azhad, sesambil update blog lerrr...


al kisah..semalam dapat mangga. balik kerja terus pulun buat kerabu mangga. tu pun google resepi kerabu mangga. x pernah buat kerabu mangga. ni kira first time la.. lagi-lagi sekarang musim mangga. lepas tu sabtu lepas pergi kenduri kahwin kawan office-mate suami, ada pulak kerabu mangga..makan macam apa tah.. malam tu terus sakit perut cirit birit..


makanya, balik kerja semalam gigih nak buat kerabu mangga.. bahannya pulak bukan ada snagat. so kita belasah ajelah buat..



post gambar ni kat FB.. dorang kata ni jeruk lah, keledek nk wat karipaplah.. nampak x, x berseni sangat tangan.. potong bukan main besar. so x payah nak gelak. dah kata pun first time kan.. nanti 2nd time mesti lagi cantik.. hahaha.. yang penting rasanya sedap.. tapi yang makannya aku sorang sebabnya suami macam x layan sangat benda benda macam ni..


nak share resepi pun macam segan pulak. sebab aku pun mengoogle jugak. so siapa nak resepi bolehlah google ye.. 


bye..

Tuesday, July 23, 2013

Puasa: Main masak masak

sekarang ni macam malas nak update entry baru..
bukan x da..
ada je..
selalu je jengah blog orang lain..
tengok syok depa update pasal persiapan raya bagai..
:
:

aku punya persiapan macam mana??
:
:

x ada.. 0%..
:
:

sebabnya tahun ni nak raya pakai kain batik..
macam perempuan melayu terakhir gitu..
hahahahha..
:
:

ok, kat instagram aku dok sibuk post gambaq makanan..
sebabnya mak buyong ni rajin pulak memasak..
dah sarat-sarat ni pun nak masak lagi..
tapi dengan bantuan suami tercinta..
dia tolong apa yang patut..
tp chef nya mestilah aku kan..
:
:


nak gambaq lauk buka semalam..
semua homemade ye..
dengan balik kerja terus masak..
nasib barang dah ready awal-awal..
:
:

sebab kenapa aku malas nak membeli?
sebab makanan kat bazar sangat mahal..
so pikir balik, baik aku masak..
jimat pun jimat and x payah nak pikir lauk buat sahur nanti..
:
:

hari ni suami mintak kari ayam..

Monday, July 8, 2013

JJCM: Lunch Date ngan Suami

Tadi i ada lunch date uols..
style kak ton sungguh..
hahaha..
:
:

tadi aku lunch date ngan suami aku ler. tu pun paksa dia sebab semalam tengok JJCM. ada si Qi tu makan kat Restoran Rahmat. and restoran tu sangatlah dekat ngan tempat kerja kami. kalau orang tanya "eh, sedap x makan kat restoran tu.." at least boleh lah jawab. x dalah bunyi cengkerik je..
:
:

kami x order banyak sebab makan berdua je. so makan ikut perut dua orang. nanti order penuh meja apa kata orang sebelah. pastu membazir. issshhh nafsu syaiton nirojim tu.
:
:


lauk kami amik.. ikan siakap goreng (besaq habaq hang!), sambal petai (sedap!), udang sambal (sedap!) sayur, kuah kari, pencicah, air sirap limau & air limau ais..
:
:

harga pun x berapa nak mahal sangat. ok la..puas hati..so sekarang dah mengantuk.. nk tidoq je rasanya..

Wednesday, March 27, 2013

Alahai DOMINOS

Kejadian ini berlaku pada hari ini. Nak kata kejadian lawak. Boleh lah kot..

Mula-mula pagi macam biasa aku breakfast kat rumah. Minum susu ngan roti dah kenyang. Sampai office pergi department sebelah nak beli kuih. Sebab selalu pukul 10 lebih aku dah lapar balik. Biasalah perut ada dua. Perut yang kat dalam paling penting. Kalau aku x makan. Akan ada aksi tendang menendang sampai aduii sakit perut ibu nak..

Kebetulan ada orang sedekah kuih. So boleh la amik apa pun yang ada kat situ. Rezeki lebih lah kan.. aku amik lebih bagi department aku makan sama. Letak je kat pantry sebab orang dalam department aku semua laki. Aku je perempuan. Siapa yang letak makanan kat atas meja pantry dorang sebat..
Dalam pukul 11 lebih macam tu. Officemate aku suh order DOMINOS. Ok fine, order la sebab dia belanja. Nak pendekkan cerita 4 kali telefon kot. X sampai pun. Sampai rehat. Semua x keluar makan. Sempatlah semua membuta dulu.. lepas bangun tidur,solat semua.. Dominos still x sampai..

Tiba-tiba kawan aku cakap tadi Dominos telefon cakap x boleh hantar sebab di luar kawasan. Ehhh boleh pulak. Mula-mula tadi beria cakap lagi setengah jam la bagai..so semua kebulur la..kesian wei.. aku pulak kalau x makan xpe. Tapi pikir yang dalam perut ni je..

So aku telefon suami aku. Dia cakap nak hantar makanan. Macam mana tah kawan aku yang tadi dia cakap dia dah tempah mee goreng mamak. Cepat-cepat aku telefon suami aku cakap x yah hantar makanan.. then makan la kami bersama-sama didalam keadaan lapar dan hangin satu badan..
Disebabkan Dominos..semua jadi susah.. alahailah DOMINOS

gambar x berapa nak cantik pulak dah..

Tuesday, March 19, 2013

Sandwich ABC

Hari ni.. lagi sekali.. hari malas nak masak.. aku x tahu pasal ape, bila aku tengok ikan aku jadi kembang tekak. bukan aku x nak masak. tapi rasa macam nak muntah bila tengok ikan.. x kan nak start mabuk balik kot.. oh no! x mahu.. x larat nak muntah-muntah..

so tadi buat menu paling senang. aku buat sandwich sayur-sayuran tuk suami. Alhamdulilah lah suami aku x kesah.. nanti dah ok, aku masak balik..

bahan-bahan sangat mudah didapati. sesenang ABC. sebab ada jugak aku tengok orang buat sandwich letak macam-macam sampai tinggi then nanti nak makan, buka mulut seluas yang boleh..

aku pakai roti biasa yang aku bakar dulu, 
pastu aku amik hot dog.. aku belah dua bagi nipis and aku goreng guna minyak yang tersangatlah sikit..
aku bubuh daun salad and hirisan tomato..
pastu letak sikit mayonis..
and boleh dah di ngap!
tu pun bersepah...

alahai dah pikir besok nak makan apa pulak..
x kan hari-hari sandwich..
muak seh!

Thursday, March 14, 2013

Fruit Salad

Hari ni rasa macam penat sangat. sedangkan dekat office x da buat apa pun. kerja pun x banyak. tapi penat rasa macam kerja melambak.. maybe sebab baby aktif siang tadi. dok menendang je.. pinggang pun rasa lenguh ni.. 

nasib baik suami on diet. so x payah nak pikir hari ni nak masak apa. x payah nak bertungkus lumus kat dapur beria-ria sangat kan. walaupun suami cakap kalau x larat x payah masak, beli je kat kedai. tapi aku pulak x suka nak beli makanan kat luar. tah-tah orang yang masak tu kuku panjang.. yeeekk! selalu tau, bila makan kat luar, orang yang hantar makanan tu kuku panjang. aku jadi kembang tekak. balik rumah abis muntah.. sebab tu boleh terpikir sampaikan tukang masak pun kuku panjang...

so hari ni masak menu ringkas sangat.. xpayah nak guna api pun. just potong-potong aja..


fruit salad pulak. memang senang. sedap..and boleh dimakan anytime je. macam biasa kalau x habis, simpan dalam peti sejuk and buat snack time lapar..

aku rujuk My Resepi. macam biasalah..

Bahan-bahan nak buat fruit salad ni senang je..
dah nama pun fruit kan.. perlulah ada fruit..
aku guna 2 biji epal hijau, 2 biji limau sunkist, aku tambah anggur, pastu nata de coco perisa laici..
potong dadu semua buah tu kecuali anggur..
masuk dalam bekas..
letak nata de coco ikut berapa sudu korang suka..
pastu letak mayonis pun ikut suka korang nak bubuh..
pastu aku perah sikit lemon bagi rasa lemon-lemon sikit..
gaul sampai rata..
pastu letak dalam peti sejuk bagi sejuk sikit..
then bolehlah dimakan...


dah macam blog masak-masak pulak..
selamat mencuba :)

Wednesday, March 13, 2013

Potato Salad

Hari ni nak buat entry masak-masak. Macam dah lama x buat entry pasal masak-masak kan..
tapi bukan masak beria sangat.. sebab suami on diet. sebab dia kata dia dah gemuk.. kalau aku x pregnant memang dah join sekaki. tapi sebab aku ni pregnant, aku sorang je belasah nasi and ayam goreng..pastu letak kicap sikit and sambal sikit buat pedas-pedas. kalau aku sorang je yang makan nasi, aku x kesah.. goreng telur pn aku sumbat aja..

so tadi buat ni tuk suami..

potato salad tuk dinner suami. dia makan ni je sambil tengok aku makan nasi. x habis aku masuk dalam peti sejuk. aku cakap nanti malam kalau lapar makan lagi. besok nak buat fruit salad pulak..

bahan bahan dia mudah..
aku curi kat My Resepi je..
kalau benda yang dalam resepi x da, aku skip je.. malas nak ikut beria sangat...

bahan-bahan dia..
kentang perlu lah ada kan.. dah nama pun salad kentang/potato salad kan..
pastu mayonis ikut suka and ikut sedap rasa..
perah lemon sikit. x payah banyak sangat nanti masam pulak..
pastu aku tambah jagung.. aku beli yang dalam tin.. aku buang air dia and basuh sikit sebab kalau x basuh nanti manis sangat.. manis-manis x bagus tuk kesihatan..
pastu garam sikit.. buat rasa- rasa..

kentang tu rebus dulu..
pastu potong la kecik-kecik..
jangan kecik sangat.. agak-agak la ye..
pastu masuk kan semua bahan diatas di dalam bekas..
gaul semua sekali pastu masuk dalam peti sejuk..
pastu boleh lah makan...
 
selamat mencuba :)

Saturday, March 9, 2013

Hari Sabtu: Nasi Ayam

Hari ni saja je masak nasi ayam.. konon nak try buat sebab memang x pernah buat sendiri. Dulu masa anak dara pernah jugak buat.. tapi dengan housemate. And aku just tukang kacau and tolong sikit..
Now aku buat sendiri. 100% air tangan aku. Suami tolong pergi kedai beli barang nak masak. So macam lipas kudung la aku kat dapur.. buat segala bagai. Aku x pernah kesah kena masak tuk suami. Sebab aku tahu besar ganjaran isteri menyenangkan hati suami..
Bila nasi ayam sah siap. Hidang cantik-cantik atas meja. Siap sidai baju, mandi segala bagai baru makan. (Konon mandi dulu sebelum makan takut kalau mandi lepas makan perut buncit. Tapi perut memang dah membuncit pun..hihi)
Bila rasa..macam hampa sikit. Ayam goreng masin sebab terlebih letak garam. Tapi suami aku baik..dia cakap ok la ni.. belajar dari kesilapan. X kritik aku sampai aku x nak masak..and dia makan bertambah..dia pandai jaga hati aku..hihi..
Tengok la ni..nampak je sedap..tapi memang sedap kalau ayam goreng tu x masin..hihi..

Monday, January 7, 2013

Jalan-jalan..Makan-makan

Assalammuslaikum..
pagi isnin yg malas..tadi pas subuh tido balik walaupun x elok ko nk tdo lepas subuh..tapi kalo ak x tdo ak akan pening kepala..tapi pagi tadi kemalasan sangat..yelah 2 hari cuti..leh suka hati ko nak bangun pukul berapa kan and tambah tolak AJL semalam..tido lambat..lagi lah makin malas..xpe, ku gagahkan diri ini untuk mencari sesuap nasi..amboikan..macam mak jemah..hahaha
weekend ni kami x melekat kat umah..ad je benda yang nak diajak berjalan..semalam suami ajak tengok wayang..cite Life Of Pi.
cite dah lama baru nak tengok..sebenarnya lama kot x tengok wayang..and review dari cite tu, ak suka..mengajar kita tentang kepercayaan kita pada tuhan kita..bila kita dalam kesusahan Allah x pernah tinggalkan kita..Dia nak uji iman kita..

so after tengok movie tu cepat-cepat pergi solat..keluar wayang dah pukul 6.30..nak sembayang dulu before movie start tp movie start sebelum asar lagi..after solat perut lapar..kalo ikut hawa nafsu ak, ak nak makan KRR.. tapi hawa nafsu suami aku x macam hawa nafsu aku..makan la nasi aje..lepas makan, solat magrib and balik runah nak kejar AJL pulak..tapikan uols..dalam kereta lagi aku dah wek wek..nasib ada plastik..smua plastik ak shopping tadi ak amik..suami cakap "aik..makan nasi je muntah..ari tu makan pizza hut ok je". ak pun pelik..makan nasi je ak jd x sedap perut..cuba kasi ak spagetti ke, KRR ke, pizza hut ke..berselera ak makan..aiikk anak ibu ni western ke..sayang, abah orang melayu, ibu orang jawa..please jangan jadi mat salleh sangat..botak kepala abah nanti..
ak pun x boleh nak manja-manja ikuta nafsu.makan aje ape yang ada..alahai perut..
gambar pertama..gambar semalam..makan nasi..pastu badan terseksa
gambar kedua gambar makan pizza  hut..yg ni makan x muntah langsung..

Tuesday, December 25, 2012

Menu Lunch: Buah Jambu Air dan Asam Boi

Sekarang ni makin teruk lah..dah x boleh nak bau orang masak. dahlah kejap lagi akak ipar and abang nak datang rumah..sepatutnya tuan rumah kena masak..tapi ni terbalik pulak..tetamu bawak makanan..dasyat dah ni..ni pun makan buah jambu air and asam boi..rasa ni lah menu lunch paling sedap..
jumaat ni nak balik sg buloh..rindu kari daging mak..sedapnya..

Thursday, December 20, 2012

Retro Nite

Assalammualaikum..

semalam 19/12/2012 ada Dinner company aku. Theme dia Retro Nite.. Retro uols.. iols bukan berada didalam golongan retro..iols muda remaja gitu..so imej aku haruslah muda remaja kan?haha serius macam nak muntah..

with my few friends..yang join sekali...kalau x da dorang aku datang ngan suami aku jela..ehh..mamang kena pergi ngan suami lah kan..hihi

 minah skuter preeemmm preeeemmm...nasib baik kena cover ayu sebab ramai pakcik makcik tengok..kalau x memang dah buat aksi rempitssss dah...

 time ni memang rasa macam artis u..red carpet gitu..haha verangan uols..
 hero remaja saya..yeaaahh!!!

 time ni rasa macam cepatlah..aku kebuluq ni..baby nak mamam..

 bla and bla..masuk telinga kanan, keluar telinga kiri...

 ni band dari Indonesia.. Batak Band kalau x silap.. ahhh!! nama x penting, masa ni aku tengah menikmati hidangan yang menyelerakan..lapaq!!

 teka siapa ni?? Jamal Abdilah in the house!! suara dia macam dalam kaset u.. syokk dengar dia nyanyi!!

 and siapa pulak ni?? Amy Search la weeiii... suka time dia nyanyi lagu Gadisku.. pandang suami buat muka comel..sebab suami suka nyanyi lagu tu untuk aku.. and suara dia memang poweerr!! peeewwwiiitt!!
 and aku menang Lucky Draw..dapat TV LCD SHARP 32" u...ada cerita disebalik Lucky Draw ni.. dorang boleh pulak cabut nombor aku 2 kali. and yang kali kedua tu hadiah Samsung Galaxy SIII plus cash mony RM2000 ok..tapi aku bukan pelahap..aku bagitahu CEO aku, aku dah dapat hadiah dah tadi..so hadiah tu bagi kat orang lain. tapi malam tu sangat bertuah tuk aku..tuah anak sama..rezeki Allah kan..Alhamdulilah :)

note: yeaaahh!!



Thursday, November 1, 2012

Sambal Udang + Sambal Ikan Bilis Jumaat Lepas

Assalammualaikum & good night..


harini chef wanie masak tuk lunch & dinner tuk besok. maklumlah sekarang chef wanie ni suka sangat main masak-masak. bila dah masak rasa macam suka sangat nak update kat dalam blog ni..suka sangat. rasa x boleh nak tahan-tahan..


inilah chef wanie ye tuan-tuan & puan-puan. ni gambar after penat berperang didapur. masa ni nak keluar teman ketua chef pergi gunting rambut..waahhh!! menyempat lagi nak bergambar..

ini adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ye...ehh nampak ada udang..ohh lupa nak beritahu, hari ni chef wanie masak sambal udang cincai boncai. sebab x ada lesung batu. maka semua bahan-bahan dipotong kecuali cili tu..cili telah dibelendar seminggu yang lalu..ehh bukan.. dua minggu yang lalu kot..chef wanie dah nyanyuk..dah lupa...

tengah godek-godek peti ais, tengok ada sambal ikan bilis jumaat lepas. x mau pembaziran, campurkan sekali.. senang, habis cerita..memang x ada pembaziran pun..

and..tada!! dah siap!! sambal udang campur sambal ikan bilis jumaat yang lepas. so, masuk dalam bekas elok-elok, dah sejuk, tutup bekas tu elok-elok, and masuk dalam peti sejuk. then besok tengahari, balik rumah sebab rehat panjang, hangatkan, and makan bersama nasi panas bersama suami..sedapnya!!


note: kuat makan sekarang. sebab tu gemok!!

Wednesday, October 31, 2012

Spagetti Carbonara: Menu orang putih :)

Assalammualaikum..

entry kedua suri rumah harini..harini ajelah jadi suri rumah..besok jadi working women pulak..so harini sambil menanti suami pulang kerja..bosan-bosan x tahu nak buat apa, buka peti sejuk, keluarkan barang nak masak tuk dinner..rajin x aku? :)

so dinner harini, aku masak Spagetti Carbonara. tekak ni rasa nak makan makanan orang putih pulak. well masakan paling senang didunia..u know that..main campak-campak pastu dah siapkan??

macam biasalah, bahan-bahan nak buat makanan orang putih ni kena ada Prego Carbonara la kan..aku pakai yang mushroom punya..sebab aku suka mushroom sangat-sangat..then perlulah ada bawang kan..potong bawang pun sampai nak nagis..nampak sangat macam x selalu masakkan? itu dulu ye..dah jadi isteri ni hari-hari kena masak tau. nak pikat suami kena pikat perut dia jugak..cececeh..then aku guna sosej yang dipotong kecil-kecil. selalu pakai daging kisar je tapi sebab daging kisar x da, yang ada daging korban so gunalah apa yang ada kan..

and tada!!! dah siap dah..sekejap sangat masak benda ni..x sampai 20 minit pun. sekarang tengah tunggu suami balik..nak makan sama-sama sambil hirup teh panas. waahhh gitu..hihi

ni carbonara yang x dicampur dengan sapegetti sebab yang ni nak simpan dalam peti sejuk. besok panaskan balik and boleh jadi bekalan tengah ari kami..well, kami memang selalu bawak bekal dari rumah..haha..


note: cara untuk berjimat cermat adalah bawak bekal pergi office. nasib suami saya sangat suka bawak makanan yang saya masak...sangat jimat..rm50 tuk seminggu and kadang less than RM50. tu pun sebab beli barang masakan tuk seminggu terus..x percaya? cuba la buat..

Tuesday, October 30, 2012

Ikan Tenggiri masak Lemak Cili Api

Assalammualaikum..

jangan gelakkan saya...ye betul..ni 1st time saya masak..ikan tenggiri masak lemak cili api. bila suruh suami rasa..dia cakap sedap. rasa kembang-kembang hidung dah ni..


note: sekarang ni suka main masak-masak..sebab tu rasa macam gemuk dah ni..

Saturday, October 20, 2012

Post: Makan..

Assalammualaikum & selamat petang uols..

sekarang tengah teman suami minum petang. sejak kahwin and duduk sendiri ni, asyik makan aja..makan x control langsung tau..

isteri : x nak makan, x nak makan, x nak makan...
suami : Makan, makan, makan...

so terpaksa la si isteri ni makan bersama. kalau memang dah katup mulut x mau makan, suami siap nak suap lagi..kalau makan sesuap dia akn tambah lagi..jadi berpuluh-puluh suap..

"suami..saya nak diet la...x mau gemuk lepas kahwin ni"..mampu diluah dalam hati aje...

tapi lately ni asyik lapar je si isteri ni...pening-pening, sakit pinggang..nak buat check up takut macam x aje lagi. takut ter'over' confident aje..so sekarang, makan perlu dijaga..jangan makan benda yang memudaratkan. manalah tahu ada 'sesuatu' dalam perut ni kan?


lihat itu...saya dah surrender dah...

Wednesday, October 17, 2012

Asam Pedas Gitu..

Assalammualaikum...

apa khabar korang..x mau cakap banyak..hari ni aku masak ASAM PEDAS u..1st trial gitu..

makan bertambah...gemuk lah macam ni...

Tuesday, October 16, 2012

Main Masak-masak..Sayur Kacang & Daging Masak Kicap

Assalammualaikum...

hari-hari balik kerja mesti bekejaran nak balik cepat. dah pikir hari ni nak masak apa tuk suami..nasib rumah and office sangat dekat...10 minit macam tu la..yang buat lambat sebab nak keluar dari port tu banyak check point. kena check bonet kereta bagai..kalo x..5 minit je dari rumah ke office...

ok, tadi masak bersama suami. suami tolong kupas bawang and potong kacang panjang. and ketua tukang masak haruslah isteri kan..so tadi masak ini..

my temptation..memang gemok lah macam ni..tapi masak lebih sebab sekarang bawak bekal pergi office..memang sangat jimat..sayur kacang dengan telur and daging masak kicap..sedap!!!
 haha..puji diri sendiri nampak..

Saturday, March 24, 2012

Nasi Arab Best!

assalammualaikum...

baru je balik dari dinner with mak and fmly akak..kenyang sangat sebab makan nasi arab near Larkin at JB..nasib share ngn mak kalo x memang nak termuntah abiskan sorang. ape x nya, nasi dia banyak sangat and sgt panjang-panjang plus dengan ayam yg besar (sebab mak x nk makan kambing) pastu boleh pulak order kebab.. and i thought kebab is only daging je..sebab kat gambar at menu dia macam daging only. tapi bila sampai ha..hambik kau!! daging + roti yang banyak and + bawang yang yerkkk!!! bila tengok anak buah aku makan bawang macam tu je rs macam...ooohhh x boleh nak huraikan macam mana. and aku bukan x makan bawang langsung but when makan bawang yg sebijik without di potong-potong rasa macam nak kua balik apa yang dimakan. and aku terus stop makan..Alhamdulilah Ya Allah dengan rezeki and nikmat yang Engkau telah berikan kepada kami..and also thanks to my brother in law coz belanja tadi. kalo aku la kan..memang tunggu gaji and sebulan sekali x pun dua bulan sekali x pun x tahu bile baru boleh makan nasi arab tu...sebab its totally banyak!!!

then now is only...cari website untuk tambah pengetahuan agama yang cetek then open twitter coz aku x da FB..off for temporary..then ada baca tweet dari seseorang..tweet dia macam ni..

Kita hidup di zaman di mana manusia lebih mengagungkan celebrity yg belum tentu boleh membawa mereka ke syurga berbanding Rasulullah SAW :/

betol la kan..zaman sekarang..manusia lebih menagungkan selebrity daripada Rasulullah SAW..tu la nama nya zaman sekarang. aku harap, semoga ALLAH pelihara hati kita untuk sentiasa mencintai-Nya and Rasulullah SAW..Amin..

Monday, March 5, 2012

Ayam Penyet yang mabeles

assalammualaikum..

arini nak cerita pasal makan la..tetibe terliur nak makan Ayam Penyet..aku sebenarnya sgt obsess or overdose suka Ayam Penyet. 1st time makan ayam penyet kt The Curve. tu pun ayam penyet AP..memang terangkat la bila perkena ayam penyet kat situ. dengan menagis, peluh menitik-nitik didahi..hingus macam nak kua tapi segan-segan nak kua je..memang mabeles la aku cakap. pastu last year puasa, buka puasa dengan kawan-kawan kat ayam penyet wong solo..lagi super duper sedap and peda..sampai nk mendidih perut la..tu pun siap extra sambal..ha amik kau..sekali makan rs macam x boleh nak berhenti walaupun kepedasan dah sampai tahap maximum.. aku lupa aku ada masalah sakit perut bila aku makan pedas. lepas makan, kau tanggung la sakit tu ye..ni la namanya orang x mau dengar cakap..hahah..aku x peduli dah..suka punya pasal..


sekarang dah pindah kt JB..aku x tahu mana ayam penyet terbaik..yang aku dh makan kt Kg. Pasir Putih kat Pasir Gudang..sedap sangat tapi x sesedap kt wong solo tu...masih meneroka ayam penyet terbaik disini..





"sgt;terliur beb!!!

Sunday, January 29, 2012

Makanan RM900..

26hb yg lepas, aku g jalan-jalan + makan-makan= sesi mengemokkan badan. ok fine! aku memang x tahu langsung jalan-jalan area JB ni terutamanya Pasir Gudang. and bile ada sorang kawan aku ni ajaka makan kat Senibong Seafood kat area Permas Jaya, aku pun cam ok jela..sebab mostly kawan-kawan aku yang from JB cakap kat situ sedap. and bila pikir balik aku bukan taiko area JB and x kan jadi taiko pun ikut jela..

ok, kt sini tempat kami makan. if korang memang from JB tentu korang tahu kot tempat ni kat mana.



with my friend.. Pia a.k.a Peah..muka itam and sangat kegembiraan sebelum makan..


the few makanan malam tu. sebabkan yang makan tu 22 orang maka, ni adalah hidang untuk table kami yang ada 7 orang


after makan. memang akan jadi macam ni,,x mau pembaziran. so makan sampai licin..kalo boleh nk makan sampai berkilat..


and after makan, kawan aku cakap ape yang kami makan adalah berharga RM900..whathehell???? RM900? makanan sangat biasa. ikan macam x da isi. ketam isi dah kecut, tomyam 1 kuali kecil..harga boleh sampai RM900? aku tengok meja lain, sotong goreng tepung banyak sampai nak terkeluar dari pinggan. and the owner cakap konon nanti nak bagi kami lebih-lebih and buat 4 hidang tapi malam tu ada 3 hidang je. and bila sampai umah, aku and my friend still x sangka harga boleh sampai RM900..and sampai sekarang masih x sangka. ok fine! ni yang terakhir aku makan kat situ..



Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016