Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

Kerabu Mangga

Assalammualaikum..selamat pagi selasa..


awal gila update entry pulak hari ni. sebabnya lepas subuh x elok tidur. sesambil perhangatkan bubur Azhad, sesambil update blog lerrr...


al kisah..semalam dapat mangga. balik kerja terus pulun buat kerabu mangga. tu pun google resepi kerabu mangga. x pernah buat kerabu mangga. ni kira first time la.. lagi-lagi sekarang musim mangga. lepas tu sabtu lepas pergi kenduri kahwin kawan office-mate suami, ada pulak kerabu mangga..makan macam apa tah.. malam tu terus sakit perut cirit birit..


makanya, balik kerja semalam gigih nak buat kerabu mangga.. bahannya pulak bukan ada snagat. so kita belasah ajelah buat..



post gambar ni kat FB.. dorang kata ni jeruk lah, keledek nk wat karipaplah.. nampak x, x berseni sangat tangan.. potong bukan main besar. so x payah nak gelak. dah kata pun first time kan.. nanti 2nd time mesti lagi cantik.. hahaha.. yang penting rasanya sedap.. tapi yang makannya aku sorang sebabnya suami macam x layan sangat benda benda macam ni..


nak share resepi pun macam segan pulak. sebab aku pun mengoogle jugak. so siapa nak resepi bolehlah google ye.. 


bye..

Tuesday, July 23, 2013

Puasa: Main masak masak

sekarang ni macam malas nak update entry baru..
bukan x da..
ada je..
selalu je jengah blog orang lain..
tengok syok depa update pasal persiapan raya bagai..
:
:

aku punya persiapan macam mana??
:
:

x ada.. 0%..
:
:

sebabnya tahun ni nak raya pakai kain batik..
macam perempuan melayu terakhir gitu..
hahahahha..
:
:

ok, kat instagram aku dok sibuk post gambaq makanan..
sebabnya mak buyong ni rajin pulak memasak..
dah sarat-sarat ni pun nak masak lagi..
tapi dengan bantuan suami tercinta..
dia tolong apa yang patut..
tp chef nya mestilah aku kan..
:
:


nak gambaq lauk buka semalam..
semua homemade ye..
dengan balik kerja terus masak..
nasib barang dah ready awal-awal..
:
:

sebab kenapa aku malas nak membeli?
sebab makanan kat bazar sangat mahal..
so pikir balik, baik aku masak..
jimat pun jimat and x payah nak pikir lauk buat sahur nanti..
:
:

hari ni suami mintak kari ayam..

Tuesday, March 19, 2013

Sandwich ABC

Hari ni.. lagi sekali.. hari malas nak masak.. aku x tahu pasal ape, bila aku tengok ikan aku jadi kembang tekak. bukan aku x nak masak. tapi rasa macam nak muntah bila tengok ikan.. x kan nak start mabuk balik kot.. oh no! x mahu.. x larat nak muntah-muntah..

so tadi buat menu paling senang. aku buat sandwich sayur-sayuran tuk suami. Alhamdulilah lah suami aku x kesah.. nanti dah ok, aku masak balik..

bahan-bahan sangat mudah didapati. sesenang ABC. sebab ada jugak aku tengok orang buat sandwich letak macam-macam sampai tinggi then nanti nak makan, buka mulut seluas yang boleh..

aku pakai roti biasa yang aku bakar dulu, 
pastu aku amik hot dog.. aku belah dua bagi nipis and aku goreng guna minyak yang tersangatlah sikit..
aku bubuh daun salad and hirisan tomato..
pastu letak sikit mayonis..
and boleh dah di ngap!
tu pun bersepah...

alahai dah pikir besok nak makan apa pulak..
x kan hari-hari sandwich..
muak seh!

Thursday, March 14, 2013

Fruit Salad

Hari ni rasa macam penat sangat. sedangkan dekat office x da buat apa pun. kerja pun x banyak. tapi penat rasa macam kerja melambak.. maybe sebab baby aktif siang tadi. dok menendang je.. pinggang pun rasa lenguh ni.. 

nasib baik suami on diet. so x payah nak pikir hari ni nak masak apa. x payah nak bertungkus lumus kat dapur beria-ria sangat kan. walaupun suami cakap kalau x larat x payah masak, beli je kat kedai. tapi aku pulak x suka nak beli makanan kat luar. tah-tah orang yang masak tu kuku panjang.. yeeekk! selalu tau, bila makan kat luar, orang yang hantar makanan tu kuku panjang. aku jadi kembang tekak. balik rumah abis muntah.. sebab tu boleh terpikir sampaikan tukang masak pun kuku panjang...

so hari ni masak menu ringkas sangat.. xpayah nak guna api pun. just potong-potong aja..


fruit salad pulak. memang senang. sedap..and boleh dimakan anytime je. macam biasa kalau x habis, simpan dalam peti sejuk and buat snack time lapar..

aku rujuk My Resepi. macam biasalah..

Bahan-bahan nak buat fruit salad ni senang je..
dah nama pun fruit kan.. perlulah ada fruit..
aku guna 2 biji epal hijau, 2 biji limau sunkist, aku tambah anggur, pastu nata de coco perisa laici..
potong dadu semua buah tu kecuali anggur..
masuk dalam bekas..
letak nata de coco ikut berapa sudu korang suka..
pastu letak mayonis pun ikut suka korang nak bubuh..
pastu aku perah sikit lemon bagi rasa lemon-lemon sikit..
gaul sampai rata..
pastu letak dalam peti sejuk bagi sejuk sikit..
then bolehlah dimakan...


dah macam blog masak-masak pulak..
selamat mencuba :)

Wednesday, March 13, 2013

Potato Salad

Hari ni nak buat entry masak-masak. Macam dah lama x buat entry pasal masak-masak kan..
tapi bukan masak beria sangat.. sebab suami on diet. sebab dia kata dia dah gemuk.. kalau aku x pregnant memang dah join sekaki. tapi sebab aku ni pregnant, aku sorang je belasah nasi and ayam goreng..pastu letak kicap sikit and sambal sikit buat pedas-pedas. kalau aku sorang je yang makan nasi, aku x kesah.. goreng telur pn aku sumbat aja..

so tadi buat ni tuk suami..

potato salad tuk dinner suami. dia makan ni je sambil tengok aku makan nasi. x habis aku masuk dalam peti sejuk. aku cakap nanti malam kalau lapar makan lagi. besok nak buat fruit salad pulak..

bahan bahan dia mudah..
aku curi kat My Resepi je..
kalau benda yang dalam resepi x da, aku skip je.. malas nak ikut beria sangat...

bahan-bahan dia..
kentang perlu lah ada kan.. dah nama pun salad kentang/potato salad kan..
pastu mayonis ikut suka and ikut sedap rasa..
perah lemon sikit. x payah banyak sangat nanti masam pulak..
pastu aku tambah jagung.. aku beli yang dalam tin.. aku buang air dia and basuh sikit sebab kalau x basuh nanti manis sangat.. manis-manis x bagus tuk kesihatan..
pastu garam sikit.. buat rasa- rasa..

kentang tu rebus dulu..
pastu potong la kecik-kecik..
jangan kecik sangat.. agak-agak la ye..
pastu masuk kan semua bahan diatas di dalam bekas..
gaul semua sekali pastu masuk dalam peti sejuk..
pastu boleh lah makan...
 
selamat mencuba :)

Thursday, November 1, 2012

Sambal Udang + Sambal Ikan Bilis Jumaat Lepas

Assalammualaikum & good night..


harini chef wanie masak tuk lunch & dinner tuk besok. maklumlah sekarang chef wanie ni suka sangat main masak-masak. bila dah masak rasa macam suka sangat nak update kat dalam blog ni..suka sangat. rasa x boleh nak tahan-tahan..


inilah chef wanie ye tuan-tuan & puan-puan. ni gambar after penat berperang didapur. masa ni nak keluar teman ketua chef pergi gunting rambut..waahhh!! menyempat lagi nak bergambar..

ini adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak ye...ehh nampak ada udang..ohh lupa nak beritahu, hari ni chef wanie masak sambal udang cincai boncai. sebab x ada lesung batu. maka semua bahan-bahan dipotong kecuali cili tu..cili telah dibelendar seminggu yang lalu..ehh bukan.. dua minggu yang lalu kot..chef wanie dah nyanyuk..dah lupa...

tengah godek-godek peti ais, tengok ada sambal ikan bilis jumaat lepas. x mau pembaziran, campurkan sekali.. senang, habis cerita..memang x ada pembaziran pun..

and..tada!! dah siap!! sambal udang campur sambal ikan bilis jumaat yang lepas. so, masuk dalam bekas elok-elok, dah sejuk, tutup bekas tu elok-elok, and masuk dalam peti sejuk. then besok tengahari, balik rumah sebab rehat panjang, hangatkan, and makan bersama nasi panas bersama suami..sedapnya!!


note: kuat makan sekarang. sebab tu gemok!!

Wednesday, October 31, 2012

Spagetti Carbonara: Menu orang putih :)

Assalammualaikum..

entry kedua suri rumah harini..harini ajelah jadi suri rumah..besok jadi working women pulak..so harini sambil menanti suami pulang kerja..bosan-bosan x tahu nak buat apa, buka peti sejuk, keluarkan barang nak masak tuk dinner..rajin x aku? :)

so dinner harini, aku masak Spagetti Carbonara. tekak ni rasa nak makan makanan orang putih pulak. well masakan paling senang didunia..u know that..main campak-campak pastu dah siapkan??

macam biasalah, bahan-bahan nak buat makanan orang putih ni kena ada Prego Carbonara la kan..aku pakai yang mushroom punya..sebab aku suka mushroom sangat-sangat..then perlulah ada bawang kan..potong bawang pun sampai nak nagis..nampak sangat macam x selalu masakkan? itu dulu ye..dah jadi isteri ni hari-hari kena masak tau. nak pikat suami kena pikat perut dia jugak..cececeh..then aku guna sosej yang dipotong kecil-kecil. selalu pakai daging kisar je tapi sebab daging kisar x da, yang ada daging korban so gunalah apa yang ada kan..

and tada!!! dah siap dah..sekejap sangat masak benda ni..x sampai 20 minit pun. sekarang tengah tunggu suami balik..nak makan sama-sama sambil hirup teh panas. waahhh gitu..hihi

ni carbonara yang x dicampur dengan sapegetti sebab yang ni nak simpan dalam peti sejuk. besok panaskan balik and boleh jadi bekalan tengah ari kami..well, kami memang selalu bawak bekal dari rumah..haha..


note: cara untuk berjimat cermat adalah bawak bekal pergi office. nasib suami saya sangat suka bawak makanan yang saya masak...sangat jimat..rm50 tuk seminggu and kadang less than RM50. tu pun sebab beli barang masakan tuk seminggu terus..x percaya? cuba la buat..

Tuesday, October 30, 2012

Ikan Tenggiri masak Lemak Cili Api

Assalammualaikum..

jangan gelakkan saya...ye betul..ni 1st time saya masak..ikan tenggiri masak lemak cili api. bila suruh suami rasa..dia cakap sedap. rasa kembang-kembang hidung dah ni..


note: sekarang ni suka main masak-masak..sebab tu rasa macam gemuk dah ni..

Wednesday, October 17, 2012

Asam Pedas Gitu..

Assalammualaikum...

apa khabar korang..x mau cakap banyak..hari ni aku masak ASAM PEDAS u..1st trial gitu..

makan bertambah...gemuk lah macam ni...

Tuesday, October 16, 2012

Main Masak-masak..Sayur Kacang & Daging Masak Kicap

Assalammualaikum...

hari-hari balik kerja mesti bekejaran nak balik cepat. dah pikir hari ni nak masak apa tuk suami..nasib rumah and office sangat dekat...10 minit macam tu la..yang buat lambat sebab nak keluar dari port tu banyak check point. kena check bonet kereta bagai..kalo x..5 minit je dari rumah ke office...

ok, tadi masak bersama suami. suami tolong kupas bawang and potong kacang panjang. and ketua tukang masak haruslah isteri kan..so tadi masak ini..

my temptation..memang gemok lah macam ni..tapi masak lebih sebab sekarang bawak bekal pergi office..memang sangat jimat..sayur kacang dengan telur and daging masak kicap..sedap!!!
 haha..puji diri sendiri nampak..

Sunday, November 21, 2010

PEDIH tau..PEDIH sangat

menitis airmataku dipipi..
.
.
sangat pedih...
x mampu menahan kepedihan hingga air mata jatuh ke pipi jugak...
.
.
.
semua ni angkara ENGKAU tahu x!!!
.
.
.
tq ENCIK bawang sebab buat air mata ku mengalir..
pedihh woo potong ko...
asal la tiap kali aku potong ko mesti pedih????
.
.
.
tapi x pe...
finally aku masak ko jugak sampai jadi macam ni..
.
.
.
macam sedap x??
sedap tau..
tengok tangan sape yang masak la..
haha..
not 1st trial..
but 2nd trial..
MOI SUP DAGING KORBAN!!
.
.
.
erkkk ALHAMDULILAH..
.
.
.
P/S: aku bukan tukang masak. aku memang x pandai masak. tapi mempunyai hati untuk masak..



nak share any idea or topic or ape-ape korang email aku kat waniespecteles86@gmail.com..see you again...
Copyright to Wanie Boahari
Designed by UMIESUEstudio 2016